Você está na página 1de 6

Pilih satu nilai yang diterapkan dalam Pendidikan Moral dan dengan merujuk kepada

tafsiran band jadual di atas, jelaskan bagaimana anda menentukan sama ada murid
telah mencapai nilai tersebut berdasarkan band 1 hingga 6.

Nilai yang dipilih ialah KEJUJURAN. Pelbagai kaedah boleh diguna pakai bagi
menentukan sama ada murid telah mencapai sesuatu band atau tidak. Antara bentuk
pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak,
laporan tugasan, tugasan di rumah dan ujian.

Bagi memudahkan kefahaman tentang kaedah pentaksiran dan penentuan band yang
selayaknya murid tersebut perolehi, contoh dan penjelasan akan diberi mengikut tafsiran band
yang telah ditetapkan.

Bagi Band 1 iaitu murid mengetahui perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran
asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Merujuk kepada Dokumen Standard
Pendidikan Moral Tahun 4, tahap penguasaan Band 1 memerlukan murid menyatakan cara
bersikap jujur kepada jiran. Jadi apa yang boleh dilakukan guru ialah menyediakan satu
lembaran kerja dan meminta murid menyenaraikan cara-cara bersikap jujur kepada jiran.
Selain itu, guru boleh menggalakkan murid untuk membuat peta minda untuk menyatakan
cara-cara bersikap jujur bagi sesuatu gambar ataupun situasi. Murid yang dapat menepati
skor-skor tertentu akan dikira melepasi tahap penguasaan sekali gus melayakkan murid
untuk mendapat Band 1 bagi tajuk Kejujuran.

Gambar 1: Murid membuat peta minda untuk menyatakan cara-cara bersikap jujur bagi
situasi yang diberi oleh guru.
Band 2 di dalam tajuk Kejujuran ini pula memerlukan murid menjelaskan
kepentingan bersikap jujur terhadap jiran. Di sini, guru boleh mengambil aktiviti dialog,
berlakon, mencipta simulasi berkaitan dengan tajuk tersebut. Sekiranya murid dapat
menceritakan semula, ataupun berkomunikasi tentang kepentingan bersikap jujur terhadap
jiran, guru boleh memberi Band 2 kepada murid tersebut.

Tafsiran band 3 mengkehendaki murid boleh menggunakan pengetahuan untuk


melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Untuk menilai aspek ini di bawah tajuk
Kejujuran, guru perlu memastikan murid boleh menunjuk cara bersikap jujur terhadap jiran
dalam sesuatu situasi dengan bimbingan. Antara bentuk pentaksiran yang boleh digunakan
ialah kad arahan dan mencipta situasi. Guru mencipta satu situasi atau masalah yang
memerlukan murid menunjukkan cara mengatasi masalah tersebut dengan menunjukkan nilai
mengikut tema yang ditetapkan. Jika murid tersebut boleh dan dapat menunjukkan cara,
murid tersebut layak untuk memperoleh Band 3 dalam tajuk tersebut.

Gambar 2: Murid menyelesaikan masalah daripada kad situasi dan dibuat dalam kerja
berkumpulan.

Band 4 pula memerlukan murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab,


iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Di bawah tafsiran Band 4 ini, murid
dikehendaki untuk mendemonstrasikan cara bersikap jujur terhadap jiran dalam pelbagai
situasi. Ianya seakan sama dengan tafsiran Band 3, namun begitu pada Band 4 ini, murid
dikehendaki melakukan demonstrasi tanpa bimbingan guru. Guru memberi arahan ataupun
situasi tertentu, murid berfikir dan membuat demonstrasi perlakuan yang sesuai dengan
situasi tersebut di hadapan kelas. Murid yang berjaya melakukan demonstrasi ini dan tepat
dengan situasi yang diberi, murid tersebut layak untuk memperoleh Band 4.

Untuk menentukan sama ada murid tersebut telah mencapai Band 5 pula, murid
melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Dalam tajuk Kejujuran, Band 5 diperoleh
apabila murid dapat mengamalkan cara bersikap jujur terhadap jiran dalam kehidupan
seharian. Bagaimanakah kaedah pentaksiran yang sesuai untuk memastikan murid
mengamalkan cara bersikap adil terhadap jiran dalam kehidupan seharian mereka?. Pada
pendapat saya, guru boleh menyediakan satu senarai semak ataupun soal selidik dan perlu
deselesaikan di rumah. Soal selidik tersebut hendaklah dilengkapkan oleh jiran dan
ditandatangani oleh jiran yang telah melengkapkan soal selidik tersebut. Bagi mengelakkan
ketirisan berlaku, murid dikehendaki menyertakan dokumentasi bergambar bersama jiran
mereka semasa mengisi soal selidik tersebut. Sekiranya skor pada soal selidik itu berjaya
mencapai standard yang telah ditetapkan guru, maka guru boleh memberi Band 5 kepada
murid tersebut. Namun begitu, untuk memberi band 5 kepada murid, murid perlulah
mencapai Band 4 terlebih dahulu.

Akhir sekali, Band 6 ataupun band yang tertinggi dalam pentaksiran, murid berupaya
menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru
secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Bagi mencapai
Band 6, pelbagai cara pentaksiran yang perlu dijalankan guru. Murid mengamalkan sikap
jujur terhadap jiran dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi. Sekiranya Band 5
memerlukan murid mengamalkan sikap jujur sesama jiran, Band 6 pula mengkehendaki
amalan murid tersebut boleh dicontohi oleh sesiapa sahaja. Justeru itu, satu penilaian secara
keseluruhan perlu dijalankan. Selain instrumen soal selidik, guru boleh menggunakan
instrumen temu bual antara ahli keluarga, masyarakat setempat, guru dan jiran terdekat
murid. Sekiranya, hasil temu bual menepati standard penskoran guru bagi melayakkan murid
mendapat Band 6, maka murid tersebut akan mencapai Band 6 dalam nilai Kejujuran.
Berikan contoh-contoh tingkah laku realistik yang anda dapat perhatikan dan adil bagi
murid yang diberikan band tertentu.

Tingkah laku realisitik yang dapat diperhatikan dan adil bagi murid dalam Standard
Kandungan 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam perhubungan dengan jiran dapat
dihuraikan melalui jadual di bawah.

BAND TAHAP PENGUASAAN TINGKAH LAKU


1. Murid menyenaraikan 5 cara bersikap jujur
kepada jiran.
Murid menyatakan cara 2. Murid menulis 5 tingkah laku yang
1 bersikap jujur kepada jiran menunjukkan sikap jujur kepada jiran.
3. Murid menjawab 5 soalan kefahaman
berdasarkan tajuk.

1. Secara berpasangan, murid boleh


menjelaskan secara lisan kepentingan
bersikap jujur.
Murid menjelaskan
2. Murid membentangkan hasil kerja
kepentingan bersikap jujur
2 kumpulan berkaitan kepentingan bersikap
terhadap jiran
jujur terhadap jiran.
3. Murid menceritakan kepada kelas tentang
kesan bersikap jujur kepada jiran.

1. Guru menayangkan satu video mengenai


Murid menunjuk cara
keciciran duit jiran di salah sebuah kedai,
bersikap jujur terhadap jiran
dan mencipta satu lakonan bagi
3 dalam sesuatu situasi dengan
menyelesaikan perkara tersebut. Murid
bimbingan.
dikehendaki untuk melakonkan di hadapan
kelas.
Murid mendemonstrasikan 1. Guru memberi sebuah situasi mengenai
4 cara bersikap jujur terhadap jujur dan amanah dalam memikul
jiran dalam pelbagai situasi. tanggungjawab dalam sesebuah pasukan
permainan di kawasan kejiranan. Murid
mendemonstrasikan tentang cara seorang
ketua pasukan permainan bersikap jujur dan
amanah.

1. Murid sentiasa bersikap jujur sesama jiran.


Murid mengamalkan cara 2. Murid sentiasa bercakap benar tentang diri
bersikap jujur terhadap jiran masing-masing kepada jiran.
5
dalam kehidupan seharian. 3. Sentiasa merahsiakan hal jiran kepada orang
lain dan menjaga sensitiviti jiran.

1. Murid bersikap jujur terhadap jiran dan


anak-anak setempat mencontohi perilaku
Murid mengamalkan sikap
murid tersebut. Sebagai contoh, murid
jujur terhadap jiran dalam
6 tersebut memulangkan wang lebihan salah
kehidupan seharian dan boleh
seorang jiran yang telah membeli kuih.
dicontohi.
Penduduk setempat yang melihat amalan
tersebut akan mencontohi amalan tersebut.

Bagaimana anda dapat mengelak memberi Band yang tidak adil, kerana Band yang
diberikan adalah berat implikasinya terhadap harga seorang manusia.

Di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, autonomi telah diberikan kepada guru


untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. Pentaksiran tersebut
membantu guru dan murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti
pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah tidak membandingkan murid


dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus
dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku, guru
seharusnya menetapkan satu skor standard yang telah ditetapkan di dalam Mesyuarat Panitia
ataupun yang telah dipersetujui bersama oleh guru-guru setelah meneliti kesesuaian murid di
sekolah tersebut. Skor tersebut haruslah dipatuhi oleh guru setelah pentaksiran berlaku.
Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan
kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa
menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar
untuk maju.

Dalam pentaksiran Pendidikan Moral, bukan sekadar satu set nilai sahaja yang perlu
ditaksir. Tidak mencukupi sekadar pelajar dapat memenuhi keperluan atau kehendak skema
permarkahan peperiksaan. Kini pelajar berdepan dengan dunia yang penuh dengan unsur
negatif melalui media massa, media elektronik yang senang mempengaruhi dan merosakkan
sahsiah dan jati diri pelajar walaupun mereka mempelajari pendidikan nilai seperti
Pendidikan Moral di sekolah. Ini jelas dilihat dengan peningkatan masalah sosial yang
melanda pelajar dan remaja dalam masyarakat kita. Menurut Borba (2001), generasi muda
kini berada dalam dunia yang toksik kepada moral. Oleh itu, pelajar perlu memperolehi
kemahiran dan kompetensi dalam membuat pertimbangan dalam dunia yang berkembang
pesat dalam menghadapi pelbagai situasi, dugaan dan cabaran yang tidak dapat dijangka.
Generasi muda harus boleh membezakan yang benar dengan yang salah serta mempunyai
keberanian untuk melaksanakan pegangan ini.

Você também pode gostar