Você está na página 1de 5

CONTOH SOALAN BAHAGIAN B

Poster di bawah menunjukkan cara-cara menenangkan diri daripada bersedih. Tulis ulasan
tentang cara-cara menenangkan diri daripada bersedih itu dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

CARA-CARA MENENANGKAN DIRI DARIPADA BERSEDIH

selalu senyum

elakkan diri daripada perkara sedih

berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling

memaafkan diri

mengingati kejayaan
CONTOH SOALAN BAHAGIAN A

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga alam sekitar. Tulis lima ayat lengkap
tentang cara-cara menjaga alam sekitar berdasarkan gambar.
BAHAGIAN C (KARANGAN TIDAK BERFORMAT)

FAKTA

1.
Kami kian sedar

Prihatin terhadapmu

Lantas tangan-tangan kami

Membentuk alam lestari

Agar hidupan di dadamu


Bait-bait sajak di atas menyatakan betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar agar sentiasa
Aman
terpelihara. Oleh itu, kita perlu sejahtera cara-cara menjaga alam sekitar.
mengetahui

Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Idea Cadangan

Pendahuluan Alam sekitar adalah anugerah tuhan yang perlu dipelihara oleh manusia.
Pelbagai cara untuk menjaga kelestarian alam sekitar
Idea 1 - Pembuangan sampah yang sistematik
- Cth : pemungutan sampah yang kerap dan berkala di kawasan
perumahan, kawasan perindustrian dan sebagainya
- Kawasan persekitaran bersih, ceria dan selamat.
Idea 2 - Mengadakan kempen
- Cth : kempen cintai sungai kita, kitar semula
- Dapat memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar
Idea 3 - Kesedaran mencintai alam sekitar boleh dijalankan sewaktu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
- Cth ; Penerapan dalam mata pelajaran pendidikan sivik dan
kewarganegaraan
- Buku skrap , kuiz dan sebagainya
Idea 4 - Pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui media
massa.
- Cth : surat khabar, radio, televisyen dan sebagainya
- Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
Penutup - Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin meningkat
- Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memulihkan dan
memelihara alam sekitar
BAHAGIAN C (KARANGAN BERFORMAT)

Karangan Jenis Laporan


Soalan

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Ia pasti menjadi sejarah.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka.

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu 31 Ogos nyanyian Sudirman
Haji Arshad. Lirik tersebut menggambarkan seseorang yang cinta akan negaranya dan
menyatakan kemeriahan menyambut Hari Kemerdekaan.

Sekolah kamu telah mengadakan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.
Sebagai setiausaha kamu dikehendaki menulis laporan tentang pelancaran sambutan Bulan
Kemerdekaaan peringkat sekolah kamu.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

Panduan Menulis
-Karangan berformat dan ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang
berlaku.
-Untuk menghasilkan sesuatu laporan, anda harus memikirkan persoalan-persoalan seperti
apa,siapa,bila,di mana, dan mengapa.
-Mesti mengikut format yang ditentukan
Tajuk laporan
Sekian, terima kasih
Pengakuan pelapor Turunkan tandatangan, nama pelapor (huruf besar) dan jawatan
Tarikh ( ditulis sebelah kanan )
Idea-idea
-Tajuk laporan pada 2 Ogos 2016 Kelab Sejarah Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung
melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan
-Tujuan untuk memupuk semangat cinta akan negara menghayati dan bersyukur dengan
kemerdekaan yang dinikmati
-Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor
dan lagu sekolah bacaan doa dan ikrar
-Gimik pelancaran oleh guru-guru dan murid-murid ucapan Guru Besar dan perasmian
sambutan Bulan Kemerdekaan
-Kibaran bendera menyanyikan lagu-lagu patriotik laungan Merdeka
-Majlis berakhir berasa gembira berharap agar sambutan akan diadakan setiap tahun -
bersyukur majlis berjalan lancar
-Sekian, terima kasih, pengakuan pelapor, tarikh, nama pelapor (huruf besar) dan jawatan

Você também pode gostar