Você está na página 1de 17

RAHSIA

RAHSIA

ATUR CARA RINGKAS


DAN ATUR CARA PENTADBIRAN

ISTIADAT PENGURNIAAN SURAT CARA


PELANTIKAN DAN ISTIADAT MENGANGKAT
SUMPAH JAWATAN DAN SETIA SERTA SUMPAH
SIMPAN RAHSIA OLEH
YANG BERHORMAT MENTERI DAN YANG
BERHORMAT TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN

PADA
HARI RABU, 28 JULAI 2015

DI SINGGAHSANA KECIL,
ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR

ATUR CARA RINGKAS

0 RAHSIA
RAHSIA

ISTIADAT PENGURNIAAN SURAT CARA PELANTIKAN DAN ISTIADAT


MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN SETIA SERTA SUMPAH SIMPAN
RAHSIA OLEH
YANG BERHORMAT MENTERI DAN YANG BERHORMAT TIMBALAN
MENTERI PERSEKUTUAN

PADA HARI RABU, 5 JUN 2013 BERSAMAAN 26 REJAB 1434H


JAM 4.30 PETANG DI SINGGAHSANA KECIL,
ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR

Pakaian :-
Lelaki: i) Kebangsaan Rasmi Hitam (bagi Melayu)
- Baju Melayu warna hitam berleher cekak musang, bersongkok hitam,
samping songket hitam benang emas, setokin hitam dan sepatu kulit
warna hitam
- Baju Teluk Belanga tidak dibenarkan
ii) Lounge Suit berwarna gelap (bagi bukan Melayu)
Wanita: i) Baju Kurung/Kebaya Labuh Berselendang/Bertudung (bagi Melayu)
ii) Pakaian Labuh dan Berlengan Panjang (Bukan Melayu)
(Pakaian wanita hendaklah tidak dari jenis kain jarang dan kainnya
tidak berbelah sama ada tepi atau belakang serta tidak sedondon)

Masa Perkara

1 RAHSIA
RAHSIA

Masa Perkara
. Ketibaan dif-dif jemputan melalui Anjung Utama dan
terus mengambil tempat di Singgahsana Kecil.

. Ketibaan bakal YB Menteri dan YB Timbalan Menteri


untuk raptai Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan
dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia
serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai YB Menteri dan YB
Timbalan Menteri Persekutuan.

. Ketibaan YBhg. Ketua Setiausaha Negara dan isteri


melalui Anjung Utama dan dipersilakan mengambil
tempat di Singgahsana Kecil.

. Ketibaan YB Menteri-Menteri dan isteri/suami melalui


Anjung Utama dan dipersilakan mengambil tempat di
Bilik Singgahsana Kecil.

Ketibaan YAA Ketua Hakim Negara dan isteri melalui


Anjung Utama dan dipersilakan mengambil tempat di
Singgahsana Kecil.

. Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri dan dan


YABhg. Puan Sri Datin Noorainee binti Haji Abdul
Rahman melalui Anjung Utama dan diiringi masuk ke
Bilik Seri Setia.

. Ketibaan YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri


Rosmah Mansor melalui Anjung Utama dan diiringi
masuk ke Bilik Seri Setia.

. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan


Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
masuk ke Majlis Singgahsana Kecil.

2 RAHSIA
RAHSIA

Masa Perkara
- Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Setia
Serta Sumpah Simpan Rahsia

- Bacaan Doa

- Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan


Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
meninggalkan Singgahsana Kecil.

- Jamuan ringan.

- Dif-dif jemputan bersurai.

*****************************

3 RAHSIA
RAHSIA

ATUR CARA PENTADBIRAN

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Penyambut-penyambut tiba di Istana Semua


Negara dan melaporkan diri di Foyer Pegawai
Singgahsana Kecil untuk bertugas di Penyambut
Anjung Utama, Anjung Tamu dan
Singgahsana Kecil.

KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN


..... Dif-dif jemputan tiba di Anjung Utama, Penyambut
disambut oleh Pembantu-pembantu Majlis Tetamu
dari JPM dan Istana Negara dan dijemput BIUPA, JPM
masuk mengambil tempat mereka di dan Istana
Singgahsana Kecil. Negara

..... Ketibaan YBhg. Ketua Setiausaha Negara PMRK,


dan isteri di Anjung Utama, disambut oleh DPBD
Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan (PMRK)
dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja (DPBD)
dan dijemput masuk mengambil tempat
mereka di Singgahsana Kecil.

..... Ketibaan YB Menteri-Menteri dan PMRK,


isteri/suami melalui Anjung Utama dan DPBD
disambut oleh Pengerusi Majlis Rasmi
Kerajaan dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja
dan dijemput masuk mengambil tempat
mereka di Singgahsana Kecil.

..... Ketibaan YAA Ketua Hakim Negara dan PMRK,


isteri di Anjung Utama, disambut oleh DPBD
Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan dan
Datuk Pengelola Bijaya Diraja dijemput
masuk mengambil tempat mereka di

4 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan


Singgahsana Kecil.

..... YAB Timbalan Perdana Menteri dan isteri PMRK,


tiba di Anjung Utama, disambut oleh DPBD
Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan dan
Datuk Pengelola Bijaya Diraja.

..... YAB Timbalan Perdana Menteri dan isteri


dipersilakan masuk ke Bilik Seri Setia.

..... YAB Perdana Menteri dan isteri tiba di PMRK,


Anjung Utama, disambut oleh Pengerusi DPBD
Majlis Rasmi Kerajaan dan Datuk Pengelola
Bijaya Diraja.

..... YAB Perdana Menteri dan dan isteri


dipersilakan masuk ke Bilik Seri Setia.

..... KEBERANGKATAN TIBA SPB YANG


DI-PERTUAN AGONG DAN SPB RAJA
PERMAISURI AGONG.

..... Datuk Paduka Maharaja Lela (DPML) DPML


menghadap seterusnya mengiringi
keberangkatan SPB Yang di-Pertuan Agong
dan SPB Raja Permaisuri Agong ke Bilik
Seri Setia.

..... Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan


Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong berangkat ke Bilik Seri
Setia dan disambut oleh YAB Perdana
Menteri dan isteri serta YAB Timbalan
Perdana Menteri dan isteri.

5 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN


ISTERI MASUK KE SINGGAHSANA KECIL.

..... Setiausaha Bahagian, Bahagian Istiadat dan SUB BIUPA


Urusetia Persidangan Antarabangsa (SUB
BIUPA) menjemput dan seterusnya
mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri
dan isteri untuk masuk ke Singgahsana
Kecil dan seterusnya mengambil tempat
duduk di dalam Singgahsana Kecil.

..... YAB PERDANA MENTERI DAN ISTERI


MASUK KE SINGGAHSANA KECIL.

..... Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan PMRK


menjemput dan seterusnya mengiringi
YAB Perdana Menteri dan isteri untuk
masuk ke Singgahsana Kecil dan
seterusnya mengambil tempat duduk di
dalam Singgahsana Kecil.

..... Sebaik sahaja mendapat isyarat daripada P/DPML


Bentara bertugas, Penolong Datuk Paduka
Maharaja Lela membuat pengumuman.

..... MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG


AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI
DAN YANG AMAT BERBAHAGIA DATIN
SRI ROSMAH MANSOR KE SINGGAHSANA
KECIL.

KEBERANGKATAN MASUK SPB YANG


DI-PERTUAN AGONG DAN SPB RAJA
PERMAISURI AGONG KE SINGGAHSANA
KECIL.

6 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Sebaik sahaja mendapat isyarat daripada Bentara


Bentara bertugas, Penolong Datuk Paduka
Maharaja Lela membuat pengumuman.

PENGUMUMAN

MENGUMUMKAN KEBERANGKATAN P/DPML


SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA
BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE
MAJLIS SINGGAHSANA

..... Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan


Seri Paduka Raja Permaisuri Agong
berangkat masuk ke Singgahsana Kecil
didahului oleh Datuk Paduka Maharaja
Lela dengan diiringi oleh 4 orang Juruiring
Baginda.

..... Seri Paduka Baginda Berdua bersemayam


di Singgahsana.

MEMULAKAN ISTIADAT

..... Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap


dan memohon perkenan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk
memulakan Istiadat Pengurniaan Surat
Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat
Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah
Simpan Rahsia oleh YB Menteri dan YB
Timbalan Menteri Persekutuan.

7 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Datuk Paduka Maharaja Lela


menzahirkannya:

..... AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK DPML


MOHON DIAMPUN. PATIK MEMOHON
LIMPAH PERKENAN SERI PADUKA
BAGINDA TUANKU BAGI PATIK UNTUK
MEMULAKAN ISTIADAT PENGURNIAAN
SURAT CARA PELANTIKAN DAN
ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH
JAWATAN DAN SETIA SERTA SUMPAH
SIMPAN RAHSIA SEBAGAI MENTERI DAN
TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN,

AMPUN TUANKU. TITAH DIJUNJUNG.

..... Datuk Paduka Maharaja Lela berundur dan


kembali ke tempat beliau

Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk
Paduka Maharaja Lela mengumumkan
kepada hadirin bahawa istiadat dizahirkan
sekarang.

. MENJUNJUNG TITAH PERINTAH SERI DPML


PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG, MAKA ADALAH DIISTIHARKAN
BAHAWA ISTIADAT PENGURNIAAN
SURAT CARA PELANTIKAN DAN
ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH
JAWATAN DAN SETIA SERTA SUMPAH
SIMPAN RAHSIA SEBAGAI MENTERI DAN
TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN
DIZAHIRKAN SEKARANG.

8 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Sebaik sahaja Datuk Paduka Maharaja Lela


menjunjung titah perintah, Penolong Datuk
Paduka Maharaja Lela membuat
pengumuman.

PENGUMUMAN

AMPUN TUANKU P/DPML


ISTIADAT PENGURNIAAN SURAT CARA
PELANTIKAN DAN ISTIADAT
MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN
SETIA SERTA SUMPAH SIMPAN RAHSIA
SEBAGAI MENTERI PERSEKUTUAN
DIMULAKAN.

BAGI MENYEMPURNAKAN TITAH,


DIPERSILAKAN MENGHADAP YANG
BERHORMAT ____________________
MENGHADAP DAN MENERIMA SURAT
CARA PELANTIKAN DAN SETERUSNYA
MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN
SETIA SERTA SUMPAH SIMPAN RAHSIA
SEBAGAI MENTERI PERSEKUTUAN.

. Pada masa yang sama, Setiausaha Sulit SUSK SPB


Kanan akan membawa Surat Cara YDPA
Pelantikan untuk dipersembahkan kepada
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong

..... YB Senator Dato Sri Abdul Wahid bin


Omar menghadap dan menerima Surat
Cara Pelantikan daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, berundur
tiga langkah, tunduk hormat dan
melafazkan Sumpah Simpan Rahsia.

9 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

. Pegawai Bahagian Kabinet bangun dan Pegawai


tunduk hormat seterusnya berjalan Bahagian
perlahan-lahan ke meja tandatangan surat Kabinet
dan meletakkan surat sumpah dan simpan
rahsia di atas meja.

..... Setelah selesai melafaz sumpah simpan


rahsia, YB Senator Dato Sri Abdul Wahid
bin Omar berundur dan beredar terus ke
meja yang disediakan.

. YB Menteri menandatangani 4 salinan


Surat Sumpah Jawatan dan Setia serta
Sumpah Simpan Rahsia Jawatan.

. Pegawai Bahagian Kabinet akan Pegawai


mengambil surat-surat tersebut dan Bahagian
menyerahkannya kepada YAA Ketua Kabinet
Hakim Negara yang akan
menandatanganinya pula sebagai saksi.

..... Setelah menandatanganinya YAA Ketua


Hakim Negara menyerahkannya kepada
YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

..... YB Senator Dato Sri Abdul Wahid bin


Omar kemudiannya beredar dan kembali
ke kerusinya.

..... Setelah YB Menteri kembali ke tempat


duduk masing-masing, Penolong Datuk
Paduka Maharaja Lela membuat
pengumuman seterusnya.

10 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

PENGUMUMAN

ISTIADAT DITERUSKAN DENGAN


PENGURNIAAN SURAT CARA
PELANTIKAN DAN ISTIADAT
MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN
TAAT SETIA SERTA SUMPAH
MENYIMPAN RAHSIA SEBAGAI
TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN

DIPERSILAKAN MENGHADAP YANG


BERHORMAT __________________________
MENGHADAP DAN MENERIMA SURAT
CARA PELANTIKAN DAN SETERUSNYA
MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN
SETIA SERTA SUMPAH SIMPAN RAHSIA
SEBAGAI TIMBALAN MENTERI
PERSEKUTUAN.

. Pada masa yang sama, Setiausaha Sulit SUSK SPB


Kanan akan membawa Surat Cara YDPA
Pelantikan untuk dipersembahkan kepada
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong

..... YB Senator Tuan Waytha Moorthy


Ponnusamy menghadap dan menerima
Surat Cara Pelantikan daripada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
berundur tiga langkah, tunduk hormat dan
melafazkan Sumpah Simpan Rahsia.

. Pegawai Bahagian Kabinet bangun dan Pegawai


tunduk hormat seterusnya berjalan Bahagian
perlahan-lahan ke meja tandatangan surat Kabinet
dan meletakkan surat sumpah dan simpan
rahsia di atas meja.

11 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Setelah selesai melafaz sumpah simpan


rahsia, YB Senator Tuan Waytha Moorthy
Ponnusamy berundur dan beredar terus ke
meja yang disediakan.

. YB Timbalan Menteri menandatangani 4


salinan Surat Sumpah Jawatan dan Setia
serta Sumpah Simpan Rahsia Jawatan.

. Pegawai Bahagian Kabinet akan Pegawai


mengambil surat-surat tersebut dan Bahagian
menyerahkannya kepada YAA Ketua Kabinet
Hakim Negara yang akan
menandatanganinya pula sebagai saksi.

..... Setelah menandatanganinya YAA Ketua


Hakim Negara menyerahkannya kepada
YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

..... YB Senator Tuan Waytha Moorthy


Ponnusamy kemudiannya beredar dan
kembali ke kerusinya.

BACAAN DOA

..... Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela


membuat pengumuman menjemput Al-
Fadhil Dato Abdul Aziz bin Che Yacob,
Pegawai Agama Istana Negara menghadap
untuk membacakan doa.

12 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

AMPUN TUANKU

AL-FADHIL DATO ABDUL AZIZ BIN CHE P/DPML


YACOB, PEGAWAI AGAMA ISTANA
NEGARA AKAN MENGHADAP UNTUK
MEMBACAKAN DOA

..... Pegawai Agama Istana Negara diiringi oleh Peg. Agama


Penolong Pegawai Istiadat I, Istana Negara Istana/Istan
sebagai pembaca teks doa bangun a Negara
menghadap dan tunduk hormat.

..... Pegawai Agama Istana Negara diiringi oleh Peg. Agama


Penolong Pegawai Istiadat I, Istana Negara Istana /
berjalan sehingga di depan singgahsana Istana
untuk bacaan doa. Negara

..... Setelah selesai membaca doa, Pegawai


Agama Istana Negara dan Penolong
Pegawai Istiadat I Istana Negara berundur
dan kembali semula ke tempat mereka.

..... Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap DPML


dan memohon perkenan Tuanku untuk
memaklumkan bahawa Istiadat
Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia
serta Sumpah Simpan Rahsia telah selamat
disempurnakan.

13 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Datuk Paduka Maharaja Lela:

AMPUN TUANKU, PATIK MOHON DPML


LIMPAH PERKENAN SERI PADUKA
BAGINDA TUANKU BAGI PATIK UNTUK
MENYEMBAHKAN BAHAWA DENGAN
IZIN ALLAH SUBHANAHU WATAALA
DAN RIAYAHNYA SERTA DENGAN
BERKAT DAULAT TUANKU JUA, MAKA
ISTIADAT PENGURNIAAN SURAT CARA
PELANTIKAN DAN MENGANGKAT
SUMPAH JAWATAN DAN SETIA SERTA
SUMPAH SIMPAN RAHSIA SEBAGAI
MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
PERSEKUTUAN TELAH SELAMAT
DISEMPURNAKAN.

AMPUN TUANKU.

..... Setelah itu, Datuk Paduka Maharaja Lela


berundur tiga langkah dan tunduk hormat
sebelum P/DPML membuat pengumuman.

KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA


YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI
PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI
AGONG MENINGGALKAN SINGGAHSANA
KECIL

PENGUMUMAN

DIF-DIF JEMPUTAN SERTA PARA P/DPML


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

14 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

MENGUMUMKAN KEBERANGKATAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA
BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
MENINGGALKAN MAJLIS SINGGAHSANA
DENGAN DIIRINGI OLEH YANG AMAT
BERHORMAT PERDANA MENTERI DAN
YANG AMAT BERBAHAGIA DATIN SRI
ROSMAH MANSOR

..... Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan DPML


Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong berangkat meninggalkan
Singgahsana Kecil didahului oleh Datuk
Paduka Maharaja Lela dan 4 orang
Juruiring-juruiring Baginda diiringi oleh
YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri
Rosmah Mansor serta YAB Timbalan
Perdana Menteri dan Yang Amat
Berbahagia Puan Sri Datin Norainee Binti
Hj Abdul Rahman ke Bilik Seri Setia.

..... Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela


membuat pengumuman untuk pergerakan
tetamu.

DIF-DIF JEMPUTAN SERTA PARA P/DPML


HADIRIN YANG DIHORMATI DIJEMPUT
KE BILIK SANTAPAN UNTUK JAMUAN
RINGAN

..... Semua dif-dif jemputan diringi mengambil Pegawai


tempat di Bilik Santapan JPM / Istana
Negara

15 RAHSIA
RAHSIA

Masa Susunan Acara Tindakan

..... Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap DPML


dan memohon perkenan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
untuk berangkat ke Bilik Santapan bagi
santapan ringan dengan diiringi oleh YAB
Perdana Menteri dan isteri serta YAB
Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

..... Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan


Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong berangkat meninggalkan
majlis.

..... YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri


Rosmah Mansor meninggalkan Istana
Negara melalui Anjung Utama.

..... YAB Timbalan Perdana Menteri dan


YABhg. Puan Sri Datin Noorainee binti Haji
Abdul Rahman meninggalkan Istana
Negara melalui Anjung Utama.

..... Dif-dif jemputan meninggalkan Istana


Negara.

Majlis Tamat

16 RAHSIA

Você também pode gostar