Você está na página 1de 18

ATUR CARA PENTADBIRAN

ISTIADAT MENGHADAP DAN ISTIADAT


PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN,
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI
KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG XIV TAHUN 2015

PADA
HARI SABTU, 6 JUN 2015
JAM 10.00 PAGI

DI BALAIRUNG SERI,
ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR

1
ATUR CARA PENTADBIRAN

ISTIADAT MENGHADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN,


BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG XIV TAHUN 2015
DI BALAIRUNG SERI, ISTANA NEGARA
PADA HARI SABTU, 6 JUN 2015
JAM 10.00 PAGI

Pakaian :-
Lelaki : Melayu - Baju Muskat / Baju No. 1/ Pakaian Darjah, Baju Melayu warna hitam
berleher cekak musang, bertanjak, berkeris, berbengkung, samping
- songket hitam benang emas, stoking hitam dan sepatu kulit warna
hitam. Baju teluk belanga tidak dibenarkan.

Bukan - Baju No. 1/ Pakaian Darjah, Sut warna gelap (dark lounge suit) dengan
Melayu baju kemeja putih berlengan panjang dan berkolar, bertali leher,
stoking hitam dan sepatu kulit warna hitam.

Wanita : Melayu - Baju No. 1/Baju Kurung/Kebaya Labuh Berselendang/Bertudung.

Bukan - Pakaian kebangsaan seperti cheong sam dan sari dibenarkan tetapi
Melayu perlu labuh dan menutupi tubuh badan

Pakaian hendaklah tidak dari jenis kain jarang dan kainnya tidak
berbelah sama ada tepi atau belakang serta tidak sedondon

2
Masa Perkara

Petugas-petugas melaporkan diri di tempat-tempat dimana mereka telah


ditugaskan. Petugas-petugas termasuklah:

i. Pegawai Istiadat
ii. Penolong Pegawai Istiadat 1 / Penolong Pegawai Istiadat 2
iii. Pembantu-pembantu majlis dari Istana Negara, JPM dan Wisma
Putra
iv. Bentara (Istana Negara)
v. Pelayan
vi. Pembantu Rendah Awam
vii. Pancaragam PDRM dan ATM
viii. Pembawa Alat-alat Kebesaran Diraja ATM dan PDRM
ix. Pasokan Jejawat Tombak dan Jejawat Payung ATM
x. Pasokan Pengawal Tombak ATM
xi. Pasukan Nafiri ATM
xii. Krew RTM / Media massa

8.00 pagi . Penyambut-penyambut tetamu tiba di Istana Negara Semua


dan melaporkan diri di Foyer Balairung Seri. Pegawai
Penyambut

Pancaragam ATM mengambil tempat di Dataran Pancaragam


Istana Negara ATM

. Pancaragam ATM mengambil tempat di Balairung Pancaragam


Seri. ATM

KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN

. Dif-dif jemputan tiba di Anjung Tamu, disambut oleh Penyambut


Pembantu-pembantu Majlis dari JPM dan Istana Tetamu
Negara dan dijemput masuk mengambil tempat BIUPA, JPM
mereka di Balairung Seri. dan Istana
Negara

3
Masa Perkara

9.50 pagi : Dif-dif jemputan mengambil tempat di Balairung Seri

10.05 pagi KETIBAAN YAB TIMBALAN PERDANA


MENTERI DAN ISTERI

YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri PMRK, DPBD
. Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman tiba
di Dataran Istana Negara, disambut oleh Pengerusi
Majlis Rasmi Kerajaan dan Datuk Pengelola Bijaya
Diraja.

.. YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri


.. Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman
. dipersilakan mengambil tempat

10.10 pagi KETIBAAN YAB PERDANA MENTERI DAN


ISTERI

YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah PMRK, DPBD
. Mansor tiba di Dataran Istana Negara disambut oleh
Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan dan Datuk Pengelola
Bijaya Diraja.

YAB Perdana Menteri dan dan YABhg. Datin Sri


. Rosmah Mansor dipersilakan mengambil tempat

KEBERANGKATAN TIBA SPB YANG DI-


PERTUAN AGONG DAN SPB RAJA PERMAISURI
AGONG DI DATARAN ISTANA NEGARA

Sebaik sahaja selesai pengumuman keberangkatan,


Nafiri ditiupkan dan SPB Tuanku Berdua diiringi oleh
YAB Perdana Menteri dan isteri, YAB Timbalan
Perdana Menteri dan isteri ke pentas di Dataran Istana
Negara.

4
Masa Perkara

Kawalan Kehormatan mempersembahkan :-

- Hormat Diraja
- Lagu Negaraku
- Bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong disebelah kanan pentas
dipecahkan
- Diikuti Tembakan Meriam 21 das.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


berangkat turun dari pentas untuk memeriksa Kawalan
Kehormatan diiringi Ketua Kawalan Kehormatan
(satu baris hadapan).

Tatkala melintas panji-panji, Baginda memberi tabik


hormat

Selepas pemeriksaan, Seri Paduka Baginda Yang di-


Pertuan Agong berangkat naik semula ke pentas.

Selepas menyembahkan Hormat Diraja yang kedua


dan Negaraku dimainkan, Nafiri ditiupkan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri DPML


. Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke
Dewan Seri Maharaja dan diiringi oleh YAB Perdana
Menteri dan isteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri
dan isteri

YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN


ISTERI MASUK KE BALAIRUNG SERI.

Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan menjemput dan PMRK


seterusnya mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri
dan isteri masuk ke Balairung Seri.

Sebaik sahaja mendapat isyarat daripada Bentara Bentara


bertugas, Pegawai Istiadat membuat pengumuman.
5
Masa Perkara

PENGUMUMAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG AMAT Pegawai


BERHORMAT TIMBALAN PERDANA Istiadat
MENTERI MALAYSIA DAN YANG AMAT
BERBAHAGIA PUAN SRI DATIN PADUKA
NOORAINEE BINTI HAJI ABDUL RAHMAN KE
BALAIRUNG SERI.

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI

YAB PERDANA MENTERI DAN ISTERI MASUK


KE BALAIRUNG SERI.
PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK

Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan menjemput dan PMRK


. seterusnya mengiringi YAB Perdana Menteri dan isteri
masuk ke Balairung Seri.

YAB Perdana Menteri memakai mikrofon

Sebaik sahaja mendapat isyarat daripada Bentara Bentara


. bertugas, Pegawai Istiadat membuat pengumuman.

PENGUMUMAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG AMAT Pegawai


BERHORMAT PERDANA MENTERI Istiadat
MALAYSIA DAN YANG AMAT BERBAHAGIA
DATIN SRI ROSMAH MANSOR KE
BALAIRUNG SERI.

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI

10.15 pagi KEBERANGKATAN MASUK SERI PADUKA


BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI
AGONG KE BALAIRUNG SERI.
PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK

Sebaik sahaja mendapat isyarat daripada bentara


. bertugas, Pegawai Istiadat Istana Negara membuat
6
Masa Perkara
pengumuman.

PENGUMUMAN

MENGUMUMKAN KEBERANGKATAN SERI Pegawai


PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN Istiadat
AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA
PERMAISURI AGONG KE BALAIRUNG SERI
PARA HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka


. Raja Permaisuri Agong berangkat masuk ke Balairung
Seri didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela
dengan diiringi oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja,
Mufti Wilayah Persekutuan, serta 4 orang Juruiring
Baginda.

Sebaik sahaja Seri Paduka Baginda berdua berdiri di Pancaragam


. Singgahsana, Lagu Negaraku dimainkan oleh PDRM
Pancaragam Polis Diraja Malaysia

Selesai Lagu Negaraku dimainkan, Seri Paduka


. Baginda Tuanku berdua bersemayam di Singgahsana.

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK

.. Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan


.. memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda
. Yang di-Pertuan Agong untuk memulakan majlis
menghadap

- Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan Datuk Paduka


memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda untuk Maharaja Lela
memulakan Istiadat Menghadap oleh YAB Perdana
Menteri dan TYT Doyen (Ketua Kor Diplomatik)

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK POHON


DIAMPUN. PATIK POHON LIMPAH
PERKENAN SERI PADUKA BAGINDA TUANKU
BAGI PATIK MEMULAKAN ISTIADAT
MENGHADAP OLEH YANG AMAT
BERHORMAT PERDANA MENTERI
7
Masa Perkara
MALAYSIA DAN TUAN YANG TERUTAMA
KETUA KOR DIPLOMATIK SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI
KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA
BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV
BAGI TAHUN 2015. AMPUN TUANKU. TITAH
DIJUNJUNG.

- Setelah mendapat limpah perkenan Seri Paduka Datuk Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Paduka Maharaja Lela
Maharaja Lela beredar ke tempat beliau dan
menzahirkan titah perkenan Seri Paduka Baginda,
tunduk hormat dan duduk

- Setelah Datuk Paduka Maharaja Lela duduk di kerusi Pegawai


beliau, tunggu sehingga PDPML berjalan separuh Istiadat
perjalanan ke YAB PM dan

Pegawai Istiadat membuat pengumuman

Pengumuman
AMPUN TUANKU (PAUSE & BOW)

BAGI MENYEMPURNAKAN TITAH SERI


PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG, DIPERSILAKAN YANG AMAT
BERHORMAT DATO SRI MOHD NAJIB BIN
TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA
MENTERI MALAYSIA MENGHADAP UNTUK
MEMPERSEMBAHKAN UCAPAN TAHNIAH
BAGI PIHAK KERAJAAN DAN RAKYAT
MALAYSIA

- Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela sambil YAB Perdana


membawa teks ucapan YAB Perdana Menteri, beredar Menteri /
8
Masa Perkara
dari tempat beliau untuk mengiringi YAB Perdana Penolong
Menteri ke hadapan Singgahsana (Penolong Datuk Datuk Paduka
Paduka Maharaja Lela berdiri di sebelah kiri YAB Maharaja Lela
Perdana Menteri)

- Y.A.B. Perdana Menteri mengambil Teks Ucapan YAB Perdana


Tahniah dari dulang yang dibawa oleh Penolong Datuk Menteri /
Paduka Maharaja Lela dan mara satu langkah ke Penolong
hadapan, tunduk hormat dan mempersembahkan Datuk Paduka
Ucapan Tahniah bagi pihak Kerajaan dan rakyat Maharaja Lela
Malaysia

- Setelah selesai YAB Perdana Menteri tunduk hormat, YAB Perdana


berundur selangkah dan meletakkan semula Teks Menteri /
Ucapan Tahniah di atas dulang yang dipegang oleh Penolong
Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela. Datuk Paduka
Maharaja Lela

- Mereka tunduk hormat, berpusing ke kiri serta mara ke YAB Perdana


tempat duduk YAB Perdana Menteri. Menteri /
Penolong
Datuk Paduka
Maharaja Lela

- YAB Perdana Menteri tunduk hormat, duduk di tempat YAB Perdana


beliau Menteri

9
Masa Perkara
Catatan:

Semasa YAB Perdana Menteri tunduk hormat, Penolong


Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela turut tunduk Datuk Paduka
Maharaja Lela

- Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela beredar ke Penolong


tempat beliau Datuk Paduka
Maharaja Lela

- Sebaik sahaja Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Pegawai


telah kembali ke tempat beliau, dan tunggu sehingga Istiadat
PDPML berjalan menghampiri kedudukan YAB PM

Pegawai Istiadat membuat pengumuman

Pengumuman
AMPUN TUANKU (PAUSE & BOW)

SETERUSNYA DIPERSILAKAN MENGHADAP,


TUAN YANG TERUTAMA VEALI VAGI,
KETUA KOR DIPLOMATIK UNTUK
MEMPERSEMBAHKAN UCAPAN TAHNIAH
BAGI PIHAK KETUA-KETUA PERWAKILAN
NEGARA ASING DI MALAYSIA

- Ketua Penolong Pengarah bergerak ke tempat duduk TYT Doyen /


TYT Ketua Kor Diplomatik dengan membawa teks
ucapan untuk mengiringi beliau menghadap dan KPP
menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak Ketua-ketua
10
Masa Perkara
Perwakilan Negara Asing di Malaysia.

- TYT Doyen Kor Diplomatik mengambil teks ucapan TYT Doyen /


Tahniah dari dulang yang dibawa oleh Ketua Penolong Ketua
Pengarah, maju selangkah ke mikrofon dan Penolong
menyampaikan sembah Ucapan Tahniah yang di bawa Pengarah
oleh Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela

Setelah selesai TYT Doyen Kor Diplomatik tunduk TYT Doyen /


hormat, berundur selangkah, letakkan semula teks Ketua
ucapan tahniah di atas dulang yang dipegang oleh Penolong
Ketua Penolong Pengarah Pengarah

Mereka tunduk hormat, berundur sehingga ke barisan TYT Doyen /


tempat duduk TYT Doyen Kor Diplomatik dan tunduk Ketua
hormat TYT Doyen Kor Diplomatik duduk di tempat Penolong
beliau Pengarah

- Ketua Penolong Pengarah berpusing ke kiri dan beredar Ketua


Penolong
Pengarah

11
Masa Perkara

TITAH UCAPAN OLEH


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

- Setelah Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela telah Pegawai


beredar, Pegawai Istiadat membuat pengumuman: Istiadat

Pengumuman:

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI


SEKALIAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG TELAH BERKENAN
UNTUK BERTITAH

- Setiausaha Sulit Kanan kepada SPB Yang di-Pertuan Setiausaha


Agong menghadap dan mempersembahkan naskhah Sulit Kanan
Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan kepada SPB
Agong Yang di-
Pertuan Agong

- Setelah selesai bertitah, Setiausaha Sulit Kanan SPB Setiausaha


Yang di-Pertuan Agong tampil menghadap untuk Sulit Kanan
menerima kembali teks Titah Ucapan Diraja dan kepada SPB
beredar ke tempat beliau. Yang di-
Pertuan Agong

12
Masa Perkara

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN

- Setelah Setiausaha Sulit Kanan kepada SPB Yang di- Datuk Paduka
Pertuan Agong beredar dan berdiri di tempat beliau Maharaja Lela
Datuk Paduka Maharaja Lela tampil menghadap dan
memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong untuk memulakan Istiadat Pengurniaan.

PENGUMUMAN

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK POHON


. DIAMPUN. PATIK POHON LIMPAH
PERKENAN SERI PADUKA BAGINDA TUANKU
BAGI PATIK MEMULAKAN ISTIADAT
PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN,
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI
KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA
BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV
BAGI TAHUN 2014. AMPUN TUANKU. TITAH
DIJUNJUNG.

.. Datuk Paduka Maharaja Lela berundur dan kembali ke


.. tempat beliau
.

.. Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang


.. di-Pertuan Agong, Datuk Paduka Maharaja Lela
. mengumumkan kepada hadirin bahawa istiadat
dizahirkan sekarang.

- Datuk Paduka Maharaja Lela beredar ke tempat beliau DPML


dan menzahirkan titah perkenan Seri Paduka Baginda

13
Masa Perkara

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM DPML
. MENJUNJUNG TITAH PERINTAH SERI
PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG, MAKA ADALAH DIISYTIHARKAN
BAHAWA ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH
KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT
PERSEKUTUAN SEMPENA SAMBUTAN
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG KE-XIV BAGI TAHUN 2014
DIZAHIRKAN SEKARANG.

.. Sebaik sahaja Datuk Paduka Maharaja Lela


.. menjunjung titah perintah, Pegawai Istiadat Istana
. Negara membuat pengumuman.

Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan


Bintang-bintang dimulakan

PENGUMUMAN

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH Pegawai


KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT Istiadat
PERSEKUTUAN SEMPENA SAMBUTAN
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG KE-XIV BAGI TAHUN 2014
DIMULAKAN.

(RUJUK LAMPIRAN)

Istiadat pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan

14
Masa Perkara
Bintang-bintang selesai

BACAAN DOA

- Sebaik sahaja penerima terakhir duduk di tempat beliau Pegawai


dan pembawa darjah beredar ke tempat beliau, Pegawai Istiadat
Istiadat membuat pengumuman

AMPUN TUANKU,

SAHIBUS SAMAHAHYANG BERBAHGIA TUAN


HAJI ABDUL KODIR BIN SOLLAH ,
TIMBALAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
AKAN MENGHADAP UNTUK MEMBACAKAN
DOA

- Mufti menghadap dan membaca doa yang dibawa oleh Mufti /


Penolong Pegawai Istiadat II Penolong
Pegawai
Istiadat II

- Setelah selesai Mufti dan Penolong Pegawai Istiadat II Mufti /


tunduk hormat berundur tiga langkah, tunduk hormat Penolong
sekali lagi dan beredar ke tempat duduk masing-masing Pegawai
Istiadat 1

- Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap untuk DPML


menyembah maklum bahawa Istiadat Menghadap dan
15
Masa Perkara
Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran bintang
dan pingat telah selamat disempurnakan

.. Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan DPML


.. memohon perkenan Tuanku untuk memaklumkan
. bahawa Istiadat Menghadap Dan Istiadat Pengurniaan
Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Xiv Tahun 2014 telah selamat disempurnakan.

PENGUMUMAN

AMPUN TUANKU, PATIK POHON LIMPAH DPML


PERKENAN SERI PADUKA BAGINDA TUANKU
BAGI PATIK MENYEMBAH MAKLUM
BAHAWA DENGAN IZIN ALLAH SUBHANAHU
WATAALA DAN RIAYAHNYA SERTA
DENGAN BERKAT DAULAT TUANKU JUA,
MAKA ISTIADAT MENGHADAP DAN
ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH
KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT
PERSEKUTUAN SEMPENA SAMBUTAN
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG KE-XIV BAGI TAHUN 2014 TELAH
SELAMAT DISEMPURNAKAN. AMPUN
TUANKU.

- Datuk Paduka Maharaja Lela berundur tiga langkah DPML


dan tunduk hormat.

KEBERANGKATAN KELUAR DARI BALAIRONG SERI

PENGUMUMAN

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI Pegawai


SEKALIAN, MENGUMUMKAN Istiadat
16
Masa Perkara
KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI
PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI
AGONG MENINGGALKAN BALAIRUNG SERI
DENGAN DIIRINGI OLEH YANG AMAT
BERHORMAT PERDANA MENTERI
MALAYSIA DAN YANG AMAT BERBAHAGIA
DATIN SRI ROSMAH MANSOR SERTA YANG
AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA
MENTERI MALAYSIA DAN YANG AMAT
BERBAHAGIA PUAN SRI DATIN PADUKA
NOORAINEE BINTI HAJI ABDUL RAHMAN.

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI

. Lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Polis Pancaragam


Diraja Malaysia (PDRM) PDRM

. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DPML


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
berangkat meninggalkan Balairung Seri melalui pintu
utama Balairung Seri dengan didahului oleh Datuk
Paduka Maharaja Lela, Datuk Pengelola Bijaya
Diraja, Mufti Wilayah Persekutuan, serta Juruiring-
juruiring Baginda diiringi oleh YAB Perdana Menteri
dan YABhg. Datin Sri Rosmah bin Mansor serta
YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan
Sri Datin Noorainee binti Haji Abdul Rahman.

. Pegawai Istiadat membuat pengumuman seterusnya: Pegawai


Istiadat

PENGUMUMAN

DIF-DIF JEMPUTAN YANG LAIN DIJEMPUT


KE DEWAN SANTAPAN UNTUK JAMUAN
RINGAN DENGAN MENGGUNAKAN PINTU
DI SEBELAH KIRI BALAIRUNG SERI.

. Dif-dif jemputan bergerak ke Dewan Santapan Semua Petugas


menggunakan pintu tepi sebelah kiri Balairung Seri.
17
Masa Perkara

. Dif-dif jemputan lain diiring ke Dewan Santapan Istana Negara,


untuk jamuan ringan. BIUPA, JPM

. Jamuan ringan

. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di- Pegawai


Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Istiadat
Permaisuri Agong meninggalkan Majlis Jamuan
Ringan.

. YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri PMRK, DPBD


Rosmah binti Mansor meninggalkan Istana Negara
melalui Anjung Utama.

. YAB Timbalan Perdana Menteri dan isteri PMRK, DPBD


meninggalkan Istana Negara melalui Anjung Utama.

. Dif-dif jemputan meninggalkan Istana Negara.

18

Você também pode gostar