Você está na página 1de 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH KALI PERTAMA

SK SERI SAUJANA

Tarikh : 10 JANUARI 2017

Hari : Selasa

Masa : 12.00 tengahari 1.30 tengahari

Tempat : Kelas Prasekolah SK Seri Saujana.

Kehadiran :-

1. Pn. Napsiah Binti Omar


2. Pn. Nurul Husna Binti Roslan
3. Pn. Rozita Binti Rezman

1.0 KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu
diambil perhatian sepanjang tempoh persekolah sesi 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke
sekolah serta ucapan terima kasih atas kesudian meluangkan masa cuti
Disember yang lepas bagi menaiktaraf susun atur prasekolah dan
menceriakan prasekolah.
1.3 Selain itu pengerusi juga menyampaikan salam daripada pihak pentadbir
supaya unit prasekolah pada tahun ini lebih berjaya dan gemilang.

2.0 ANGGARAN BELANJA PRASEKOLAH


2.1 Anggaran belanja prasekolah bagi Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
tahun 2017 telah dibentangkan oleh Pn. Nurul Husna. Anggaran peruntukan
yang bakal diterima bagi tahun 2017 bagi bantuan makanan prasekolah
adalah sebanyak RM19,500.

Berikut merupakan anggaran bantuan makanan prasekolah sehingga


November 2017:

PERKARA : BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH


ANGGARAN PERUNTUKAN : RM19,500.00
ANGGARAN
BIL PERKARA CATATAN
PERBELANJAAN (RM)

1 JANUARI (RM2.00 x 50 Orang) x 20


Hari = RM2000.00

2 FEBRUARI (RM2.00 x 50 Orang) x 17


Hari = RM1700.00

3 MAC (RM2.00 x 50 Orang) x 17


Hari = RM1700.00

4 APRIL (RM2.00 x 50 Orang) x 21


Hari = RM2100.00

5 MEI (RM2.00 x 50 Orang) x 17


Hari = RM1700.00

6 JUN (RM2.00 x 50 Orang) x 10


Hari = RM1000.00

7 JULAI (RM2.00 x 50 Orang) x 22


Hari = RM2200.00

8 OGOS (RM2.00 x 50 Orang) x 18


Hari = RM1800.00

9 SEPTEMBER (RM2.00 x 50 Orang) x 19


Hari = RM1900.00

10 OKTOBER (RM2.00 x 50 Orang) x 17


Hari = RM1700.00

11 NOVEMBER (RM2.00 x 50 Orang) x 17


Hari = RM1700.00
= RM
JUMLAH 19,500.00
Jumlah anggaran perbelanjaan ialah : Ringgit Malaysia sembilan belas ribu lima ratus
sahaja.

2.2 Manakala bagi bantuan Gran Perkapita (PCG), LPBT serta Bantuan
Kokurikulum Prasekolah (BKK) telah dibentangkan oleh Pn. Napsiah selaku
pengerusi. Pengerusi menerangkan PCG adalah peruntukan bagi pembelian
inventori dan bahan habis guna dan penyelenggaraan peralatan permainan
dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain
peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Selain itu, PCG juga adalah untuk pembelian buku rujukan, ensiklopedia,
perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan
yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
Juga boleh menggunakan peruntukan PCG. Manakala perolehan harta
modal adalah tidak dibenarkan.

3.0 AKTIVITI TAHUNAN


3.1 Seterusnya Pn. Nurul Husna membentangkan aktiviti tahunan yang akan
dijalankan sepanjang tahun 2017 bermula pada bulan Januari sehingga
November 2017. Perancangan ini meliputi program permuafakatan bersama
dengan ibu bapa. Penetapan tarikh adalah fleksibel berdasarkan kekosongan
waktu. Berikut merupakan perancangan yang telah dirancangkan:

BULAN AKTIVITI
JANUARI Orientasi Sayang Ku
Lantikan AJK
Mesyuarat AJK
FEBRUARI Bonda, Ajarkan Daku!
Majlis Sambutan Hari Lahir
MAC Lawatan Sambil Belajar
Majlis Sambutan Hari Lahir
APRIL Prasekolah Ku Cantik
Majlis Sambutan Hari Lahir
MEI Hari Terbuka
Majlis Sambutan Hari Lahir
JUN Intervensi Sudut Belajar Di Rumah

Majlis Sambutan Hari Lahir


JULAI Kunjung Sayang
Majlis Sambutan Hari Lahir
OGOS Kostum Kemerdekaan
Majlis Sambutan Hari Lahir
SEPTEMBER Usahawan Cilik
Majlis Sambutan Hari Lahir
OKTOBER Minggu Kebudayaan
Majlis Sambutan Hari Lahir
NOVEMBER Konvokesyen
Majlis Sambutan Hari Lahir

4.0 KEPERLUAN SEMASA PERALATAN PRASEKOLAH


4.1 Berdasarkan Laporan Standard Kualiti Prasekolah pada tahun lalu terdapat
beberapa kelemahan daripada aspek keselamatan dan pembangunan guru
prasekolah dan PPM. Oleh itu pengerusi menasihatkan supaya guru
prasekolah dan PPM perlu mengambil berat akan keputusan yang terdapat
daripada laporan standard kualiti tersebut.
4.2 Selain itu, keperluan asas fizikal juga telah disemak semula oleh Pn. Nurul
Husna. Berikut adalah hasil dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan
bagi meningkatkan mutu kualiti Prasekolah SK Seri Saujana:

KEPERLUAN PRASEKOLAH SERI SAUJANA BERDASARKAN STANDARD KUALITI


PRASEKOLAH TAHUN 2016

BIL ITEM CATATAN


PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
1 KOMPUTER 1
2 LCD 1
3 KASTENET 10
4 TIK TOK 3
5 TAMBORIN 3
6 MIKROFON 1
KESELAMATAN & KESIHATAN
7 ALAT PEMADAM API 1
8 FIRST AID 1

4.3 Pengerusi memberi maklum balas terhadap laporan keperluan yang


dibentangkan. Setakat ini tiada peruntukan bagi pembelian bahan bantu
mengajar yang memakan kos ratusan walaubagaimanapun keperluan asas
yang lain boleh dipertimbangkan untuk dibeli pada tahun ini.
5.0 UCAPAN PENANGGUHAN
5.1 Pengerusi mengharapkan segala tugas dan amanah yang telah dibahagikan
dapat dilaksanakan dengan baik bagi memastikan kelancaran perjalanan sesi
persekolah sesi Jan-November 2017 ini nanti. Jika terdapat apa-apa
permasalahan jangan malu-malu untuk berbincang dan mengajukan persolan
kepada pihak pentadbir pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan Oleh,

(PN. NURUL HUSNA BINTI ROSLAN)


GURU PRASEKOLAH SERI SAUJANA,
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAUJANA,
81900, KOTA TINGGI,
JOHOR.

Você também pode gostar