Você está na página 1de 17

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

1.0 Pendahuluan

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru,
program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah
seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2
atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid


mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang
menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya
mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal
memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.
Justeru melalui program pemulihan khas, keperluankeperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program
pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas,
diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran
mereka seperti murid-murid biasa.

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

1
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan


2.1 Pendidikan Pemulihan
Definisi

Pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks


pendidikan bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus


untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan
pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan
yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan.

2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan

Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza


dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga
berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-
pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru
terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran
mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah
tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid
ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-
kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan
untuk mereka dengan serta merta supaya masalah masalah pembelajaran
tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

2
2.1.2 Objektif objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang


menghadapi masalah pembelajaran supaya :

i. Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran


ii. Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan
perkembangan kognitif mereka
iii. Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh
murid
iv. Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa
Melayu mengikut kebolehannya
v. Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan
kebolehan mereka
vi. Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke
peringkat yang memuaskan
vii. Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri
dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau
masyarakat
viii. Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa,
seterusnya mengurangkan masalah keciciran.

2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan

2.2.1 Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka

2.2.2 Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka

2.2.3 Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif)

2.2.4 Menilai kejayaan program pemulihan

3
3.0 Masalah Penguasaan Pembelajaran

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah


pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang
rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut.

3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran

Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara


berikut :

i. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.


ii. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima
oleh murid-murid.
iii. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.

Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-


murid akan hilang minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah
pembelajaran akan berhimpun hingga keperingkat murid-murid berkenaan
tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran dan kerap ponteng sekolah.
Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat
mengikuti apa yang diajar guru.

3.1.1 Faktor Peribadi


Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan
kemiskinan dan masalah sosial.

3.1.2 Faktor Kurang Kecerdasan


Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid yang
lambat berfikir, cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah
pengamatan dan sebagainya. Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-
murid yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat ,

4
seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk
mengajar murid-murid tersebut dalam sebuah kelas khas.

3.1.3 Faktor Fizikal


Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya
berkaitan rapat dengan faktor-faktor kesihatan seperti berikut :

i. Kekurangan makanan yang berzat.


ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa
membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa.
iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
jantung berlubang dan sebagainya membuat mereka sering bercuti
sakit dan pelajaran mereka pasti terganggu.
iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau,
kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya.
Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah khas.

3.1.4 Faktor Psikologi


Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi. Murid-murid
yang menghadapi masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut,
benci, pendiam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.

4.0 CONTOH-CONTOH MASALAH PEMBELAJARAN


Telah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat
zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan
dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Ini kerana, corak
kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian
intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak
masyarakat dan negara.

Namun begitu, bukan semua zuriat yang dilahirkan mempunyai


pemikiran yang cemerlang. Setiap zuriat yang dilahirkan sebenarnya telah
mula belajar dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi pelbagai
bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh

5
bibirnya, bayi akan terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar
kepadanya. Ini bererti wujud satu susun atur genetis semula jadi dalam diri
bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat
dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan
fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak dan seterusnya
menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan
menjadi pengetahuan dan memperkembangan keupayaan kognitif.

Namun demikian, bukan semua kanak-kanak mengalami


perkembangan yang sama. Bagi yang perkembangan biologinya seimbang,
maka tahap kognitifnya juga akan selari dengan perkembangan umur dan
fizikalnya, manakala terdapat sesetengah kanak-kanak pula yang mengalami
masalah perkembangan ini. Kanak-kanak sedemikian biasanya akan
mengalami masalah dalam pembelajaran seharian mereka di sekolah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kefahaman tentang masalah


pembelajaran di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya.
Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Selain
faktor biologi, pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Bagi Ibu bapa dan guru pula kadang kala membuat tanggapan yang mungkin
kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si
anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, bodoh atau asyik bermain sahaja.

Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru


dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar
tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak.
Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas
tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun usaha-
usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar
kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak-kanak yang
memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terdapat


dua punca yang boleh kita lihat iaitu punca biologi dan punca psikososial.
Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit-penyakit yang

6
menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu
kelahiran (asphyxia), lembam lapisan otak (meningitis) dan sawan yang
berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf (neurologi
dysfunction).

Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan


plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning) seseorang kanak-kanak
boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi
bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor
dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan
risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut.

Punca psikologi juga sering mewujudkan masalah pembelajaran.


Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian
ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan
mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, ia melibatkan unsur biologi
berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan
pendekatan yang berasingan.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca


kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas
pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN
denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-
punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal
pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri
serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada
juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang
seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca.

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah


pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang
keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan
tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

7
Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang memerlukan keperluan
khas dalam masalah pembelajaran. Menurut Garciulo (2003) definisi
keperluan khas :

"Individuals who differ from societal or community standards of


normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory,
cognitive, or behavioral characteristics. Many of these children may require
educational programs customized to their unique needs."

Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia: terdapat 9 kategori kanak-


kanak berkeperluan khas iaitu :

1. Terencat Akal (Mental Retardation)

2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability)

3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral

Disorders)

4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)

5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders)

6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)

7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment)

8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)

9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health

Disability)

Manakala definisi kanak-kanak yang mengalami masalah


pembelajaran pula adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif
(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat
manfaat pendidikan formal.

8
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah :

i. Sindrom Down
ii. Autisme ringan
iii. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD)
iv. Terencat akal minima
v. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
vi. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia,
Diskalkulia, Disgrafia, Dispraksia)

Di bawah Jabatan Pendidikan Khas, ciri kanak-kanak bermasalah dapat


dilihat pada 3 apsek :

i. Aspek psikomotor
Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak
berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-
kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang
disebabkan oleh faktorfaktor organik adalah lebih kecil bentuk
badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
ii. Aspek kognitif
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-
fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan
di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya
ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan
kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan
menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran
tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya
dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh
kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun
atau lebih.
iii. Aspek afektif
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan
terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman
kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan

9
masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur
kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan
tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras
dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan
mereka.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para professional,


guru-guru sekolah serta ibu bapa untuk membantu anak-anak yang
bermasalah dengan mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak
mereka mengikut latihan-latihan khas yang telah disediakan.

5.0 Cara-cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan


kemahiran membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara
berikut :

5.1 Pemerhatian
5.2 Pentaksiran Rekod Prestasi
5.3 Profil
5.4 Ujian kertas dan pensel
5.5 Latihan harian
5.6 Soal jawab/kuiz

6.0 Pendidikan Pengayaan


Definisi Pengayaan

Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang


mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan


murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai
berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

10
Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan
memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi
peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka,
sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.

Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang


lebih mencabar kebolehan mereka. Ini bermakna guru dapat menggalakkan
murid menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-
mata.

Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat


kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid
menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak
program pengayaan yang menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa
memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna,
program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu
dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga
merangsang pemikiran luas murid-murid.

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid


bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik
dan menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat,
kebolehan dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini
sesuai sekali dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara
dan perakuan 57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan(1983) yang menyatakan

...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan


sahaja untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga
membolehkan murid-murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita
memahami dan melaksanakan program pengayaan KBSR.

11
6.1 Konsep Pengayaan

Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan


kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di
luar waktu sekolah. Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk
mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat
kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan
untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

6.2 Rasional Pengayaan

Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya


diberikan aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid
dalam sesuatu kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka
kadar keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau
pengetahuan juga berbeza. Justeru itu , murid-murid yang mempunyai
kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental
mereka.

Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada


tiga kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-
murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin
menghadapi masalah pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa
menjalani aktiviti pembelajaran yang saqma dengan murid-murid kumpulan
lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan terhadap pelajaran mereka
kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak setimpal dengan minat dan
perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi keperluan murid-murid
cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru menyediakan program
pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada
murid-murid.

12
Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan,
mereka juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan
mereka. Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati
berbagai-berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka
dalam aktiviti pembelajaran.

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang


murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal
emosi, minat, kebolehan, daya cita dan bakat individusecara menyeluruh.

6.3 Objektif Pengayaan

Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid :

6.3.1 Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran


biasa baagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman
mereka.
6.3.2 Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan
mereka.
6.3.3 Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat
dan bakat.
6.3.4 Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan
terhadap berbagai-bagai bahan dan sumber pengetahuan.
6.3.5 Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi
membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.
6.3.6 Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta
berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.
6.3.7 Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam
bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
6.3.8 Memperkembang bakatbakat ciptaan serta keupayaan menilai
sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti
kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.

13
6.3.9 Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada
peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

6.4 Kumpulan Sasar

Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk


semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana
atau lemah. Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau
banyak pengalaman pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan
masing-masing dalam menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan.
Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan
mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid-
murid sederhana dan lemah.

6.5 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah

6.5.1 Prinsip Program Pengayaan

Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha


menyediakan aktiviti pengayaan. Antaranya ialah :
i. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan
eksperimental.
ii. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
iii. Menggunakan daya usaha sendiri.
iv. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
v. Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.
vi. Melibatkan pembacaan luas.
6.5.2 Aktiviti Pengayaan

Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu


kepada :

i. Bacaan ( membaca )
ii. Tulisan ( menulis )
iii. Kiraan ( mengira )

14
6.5.3 Program Pengayaan
i. Pengayaan secara mendatar : aktiviti pengayaan yg dirancang
untuk kumpulan mengikut kebolehan.
ii. Pengayaan secara menegak : aktiviti pengayaan yg dirancang
untuk kumpulan pelajar yg cemerlang

7.0 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH

PEMBELAJARAN.

Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang bermasalah


pembelajaran antaranya ialah :

7.1 Pemerhatian

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik


darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya
sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya.
Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru
perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat
pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap
perubahan yang berlaku.

7.2 Pentafsiran rekod prestasi

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang


pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang
perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan.
Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan
maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-
murid dalam kelas.

7.3 Rekod profil

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian


murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian
ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini
mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester.

15
Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun
atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian
sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam
KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain
yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid
haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian
yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan
pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.

7.4 Ujian kertas dan pensel

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak


langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri
daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian,
soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan
menulis jawapan.

7.5 Temu bual dengan guru darjah

Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang


seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru
darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-
maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja
akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan
individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamt-maklumat ini
dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh
pembelajaran murid.

7.6 Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan


maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun
Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak
maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan,
pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di
rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-

16
punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan
yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

8.0 PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN

PEMULIHAN

8.1 Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi


pemulihan.

8.2 Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan.

8.3 Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.

8.4 Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan.

8.5 Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan.

8.6 Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

17

Você também pode gostar

  • Borang Kaji Selidik
    Borang Kaji Selidik
    Documento1 página
    Borang Kaji Selidik
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Refleksi
    Refleksi
    Documento4 páginas
    Refleksi
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Penulisan Jurnal
    Penulisan Jurnal
    Documento23 páginas
    Penulisan Jurnal
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Haiwan Peliharaan
    Haiwan Peliharaan
    Documento12 páginas
    Haiwan Peliharaan
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Surat Bomba
    Surat Bomba
    Documento1 página
    Surat Bomba
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Soalan 3
    Soalan 3
    Documento1 página
    Soalan 3
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Rancangan Pelajaran Harian
    Rancangan Pelajaran Harian
    Documento2 páginas
    Rancangan Pelajaran Harian
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Agama
    Agama
    Documento17 páginas
    Agama
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Asgment AP-pengurusan Bilik Darjah
    Asgment AP-pengurusan Bilik Darjah
    Documento19 páginas
    Asgment AP-pengurusan Bilik Darjah
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • PAKAIAN SERAGAM
    PAKAIAN SERAGAM
    Documento1 página
    PAKAIAN SERAGAM
    noriyanie
    0% (1)
  • Haiwan Peliharaan
    Haiwan Peliharaan
    Documento12 páginas
    Haiwan Peliharaan
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Pra Keracunan Makanan
    Pra Keracunan Makanan
    Documento10 páginas
    Pra Keracunan Makanan
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Slot Minggu 9
    Slot Minggu 9
    Documento15 páginas
    Slot Minggu 9
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Teori Jean Piaget
    Teori Jean Piaget
    Documento5 páginas
    Teori Jean Piaget
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Pedo Filia
    Pedo Filia
    Documento20 páginas
    Pedo Filia
    noriyanie
    100% (1)
  • Membentuk Dan Membuat Binaan
    Membentuk Dan Membuat Binaan
    Documento34 páginas
    Membentuk Dan Membuat Binaan
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Muzik
    Muzik
    Documento42 páginas
    Muzik
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Isi Kandungan
    Isi Kandungan
    Documento4 páginas
    Isi Kandungan
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Muzik
    Muzik
    Documento42 páginas
    Muzik
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • 1.0 Kemahiran Asas Kaunseling-Kemahiran Membina Perhubungan
    1.0 Kemahiran Asas Kaunseling-Kemahiran Membina Perhubungan
    Documento26 páginas
    1.0 Kemahiran Asas Kaunseling-Kemahiran Membina Perhubungan
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Model Pembelajaran
    Model Pembelajaran
    Documento30 páginas
    Model Pembelajaran
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Muzik
    Muzik
    Documento42 páginas
    Muzik
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Soalan 3
    Soalan 3
    Documento1 página
    Soalan 3
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Soalan 3
    Soalan 3
    Documento1 página
    Soalan 3
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Soalan 3
    Soalan 3
    Documento1 página
    Soalan 3
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • Asgment AP
    Asgment AP
    Documento14 páginas
    Asgment AP
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • KENDERAAN
    KENDERAAN
    Documento2 páginas
    KENDERAAN
    noriyanie
    Ainda não há avaliações
  • KARNIVAL
    KARNIVAL
    Documento14 páginas
    KARNIVAL
    Nuriy Lya
    100% (1)
  • BELAJAR BERSAMA BUNGA
    BELAJAR BERSAMA BUNGA
    Documento2 páginas
    BELAJAR BERSAMA BUNGA
    noriyanie
    Ainda não há avaliações