Você está na página 1de 26

ALEA 2307 : ETNIK DAN RAS

SOALAN 4:
POLARISASI ETNIK MENJADI HALANGAN DALAM MEWUJUDKAN
PERPADUAN DALAM KALANGAN ETNIK DI MALAYSIA.
HUJAHKAN.
PENGENALAN
Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita merupakan salah sebuah
negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama,
bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara
masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan
perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di
Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,
bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan
Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah
dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara
(2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada
jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta
merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi
penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta
orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah
keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum
Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang,
manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang. Masyarakat yang
pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-
masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Faridah (2008)
hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau
interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di
Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di
Malaysia.

1
Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di
Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di
Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri
daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan
raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta
perkongsian kuasa yang kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan
dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008). Malaysia juga
telah menjadi salah satu negara yang maju seiring dengan negara luar walaupun negara kita
masih baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya
perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubunga yang baik
ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri
berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik. Kecemerlangan
ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus bangun dari peralihan zaman
sehingga kini telah mencapai status negara membangun yang mana semakin menghampiri
kepada taraf status negara maju. Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini,
pelbagai kejayaan telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan
pencapaian ekonomi, keamanan dan keharmonian yang bertunjangkan kepada perpaduan etnik
telah membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding negara-negara serantau yang
juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi satu kebiasaan mendengar pujian dan
kekaguman pelancong asing dan orang luar terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-
etnik di Malaysia di mana setiap orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan budaya
dapat duduk semeja tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita
menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi.

Namun begitu, dalam usaha-usaha yang dijalankan oleh negara kita untuk mengeratkan
hubungan etnik ini masih ada lagi keluhan dari berberapa pihak yang menimbulkan isu tentang
hubungan etnik. Yang pertama ialah golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam
masyarakat dimana mereka membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam
masyarakat majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Bahkan golongan ini
sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu dimana
pada mata mereka masyarakat sekarang seperti sudah hilang perpaduan. Mereka berpendapat
hubungan etnik pada zaman sekarang ini tidak lagi semurni zaman dahulu kerana telah dikotori
oleh politik. Politik zaman sekarang kononnya tidak lagi benar-benar memperjuangkan hak

2
kepentingan rakyat namun lebih kepada mementingkan ahli politik itu sendiri. Masalah inilah
telah menimbulkan kepincangan dalam hubungan antara etnik dimana yang menerima akibat
dan dipermainkan oleh mainan politik. Keluhan itu juga datangnya daripada golongan yang
melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Mereka hanya melihat kepentingan
sendiri, sama ada individu ataupun kelompok dalam segi ekonomi atau politik pada masa
sekarang atau masa depan sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang
dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan secara sengaja atau tidak kepentingan dan
kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi,
serta politik. Mereka melihat perpaduan dan toleransi ini sesuatu yang melemahkan kedudukan
mereka dari segala segi dimana menunjukkan seolah-olah mereka tidak mempercayai konsep
kesaksamaan. Perkara-perkara inilah yang akan menjadi duri dalam daging dalam keamanaan
dan keharmonian hubungan etnik di negara kita. Namun dalam usaha untuk mengeratkan
hubungan etnik di negara kita ini berlaku juga polarisasi etnik yang menjadi halangan dalam
mewujudkan perpaduan dalam kalangan etnik di Malaysia. Maka dalam tugasan ini akan
menjelaskan apakah itu konsep polarisasi etnik, faktor-faktor berlaku polarisasi, cabaran-
cabaran polarisasi etnik, kesan-kesan polarisasi etnik ini kepada rakyat Malaysia yang masih
mengamalkan polarisasi etnik ini, kepentingan polarisasi dalam kalangan etnik dan lagkah-
langkah mengatasinya.

LITERATUR REVIEW/KAJIAN LEPAS

Salah satu kajian berkaitan tentang polarisasi etnik ini telah dijalankan oleh Azizi Umar,
Wan Zulkifli Wan Hasan, Nazri Muslim, dan Aminuddin Basir, Universiti kebangsaan
Malaysia, artikel yang bertajuk sikap interaksi antara kaum dalam kalangan pelajar sekolah
agama. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan sikap pelajar sekolah agama dalam
memahami interaksi antara kaum dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Dari sudut latar
belakang, kebanyakan pelajar sekolah agama kurang terdedah kepada perhubungan seharian
bersama kaum lain disebabkan jenis sistem pendidikan berbeza yang dilalui mereka. Hasil
kajian menunjukkan enam sikap mereka iaitu keselesaan berinteraksi, sikap menghormati
agama lain, penglibatan aktiviti bersama, keyakinan terhadap tolak ansur, semangat kejiranan
dan permusuhan akibat kepelbagaian. Kajian mendapati pelajar mempunyai kecenderungan
yang tinggi terhadap sikap menghormati, kesedaran untuk berinteraksi dan bersikap toleransi
yang tinggi. Namun mereka sukar untuk membuktikan keselesaan berinteraksi, semangat
kejiranan dan bersedia untuk berkongsi kepelbagaian bagi mengelakkan perbalahan kaum. Ini
menunjukkan pelajar sekolah agama mempunyai sikap hubungan interaksi yang tinggi

3
walaupun mereka melalui kehidupan latar belakang pendidikan yang berbeza. Kajian juga
menunjukkan bahawa hubungan dalaman setiap pelajar lebih mustahak berbanding dengan
aplikasi dalam aktiviti kehidupan seharian.

Selain itu kajian lain yang dilakukan oleh Chin Yee Mun, 2013, bertajuk Pembinaan
Kesedaran dan Polarisasi Etnik Pelajar Universiti Awam, Fakulti Ekologi Manusia UPM. Hasil
kajian ini memaparkan peranan yang dimainkan oleh pelajar Melayu dan Cina dalam membina
kesedaran etnik mereka. Selaku anggota kumpulan etnik mereka, ahli keluarga dan rakan
sebaya seetnik kedua-dua kumpulan pelajar turut memainkan peranan dalam membina dan
mengukuh kesedaran etnik mereka melalui prosesproses sosialisasi etnik. Kesedaran etnik
dibina atas hasrat untuk memobilisasi kesedaran tersebut bagi membentuk satu gerakan
kolektif. Implikasinya, kesedaran etnik pelajar Melayu dan Cina membentuk batasan etnik
mereka dan seterusnya menyumbang kepada polarisasi etnik di universiti awam Malaysia.
Namun begitu, keadaan sedemikian tidak bersifat statik. Sebagai individu yang rasional, pelajar
boleh mengetepikan kesedaran etnik mereka untuk memenuhi keperluan mereka yang pelbagai
dari semasa ke semasa. Kajian ini menunjukkan individu memainkan peranan yang besar dalam
membina dan menentukan corak hubungan etnik di Negara.

Kajian tentang polarisasi etnik turut juga dijalankan oleh Dr Rosila Bee Mohd Hussin,
2005, bertajuk Interaksi Etnik dan Polarisasi Di Malaysia: Tinjauan dikalangan Pelajar
Universiti dan Kolej, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM. Hasil kajian menunjukkan pelajar-
pelajar IPTA dan IPTS Masih menyemaikan faktor agama dan bahasa dalam interaksi harian
mereka dengan etnik lain. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa perbezaan
pendapat yang wujud di antara pelajar dari kumpulan etnik yang berbeza adalah seperti dalam
hal berkaitan interaksi dan perasaan terhadap pelbagai kumpulan etnik.

Kajian seterusnya ialah oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Kajiannya bertajuk
Cabaran intergrasi antara kaum di Malaysia: perspektif sejarah, keluarga dan Pendidikan oleh
Kajian ini berkaitan pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan
Pendidikan yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian
yang diperolehi menunjukkan bahawa sosio politik perkauman melahirkan sentimen
perkauman yang tinggi.

Di samping itu terdapat juga kajian oleh Thay Cheow Yin, 2007, Tahap Hubungan
Etnik: Kajian di Kalangan Pelajar yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti

4
Teknologi Malaysia, Skudai. Dalam kajian ini didapati pergaulan di kalangan pelajar lebih
terhad kepada sesama kaum walaupun di dalam kelas terdiri daripada pelbagai etnik. Demikian
juga dalam aktiviti kokurikulum, ada sesetengah aktiviti dan permainan penyertaan dimonopoli
hanya sesuatu kaum sahaja. Selain itu, terdapat kecenderungan untuk memilih sahabat atau
kawan dari anggota kumpulan etnik yang sama. Seterusnya, kurang perbincangan secara
terbuka dan serius di kalangan pelajar berbagai etnik mengenai soal politik, ekonomi dan sosial
serta terdapat prasangka dan stereotaip yang kuat. Sebahagian besar daripada pelajar juga
mempunyai polarisasi yang tinggi dan banyak kegiatan pelajar yang dijalankan adalah
mengikut sesuatu etnik dan tidak bercampur etnik.

Kajian lain tentang polarisasi etnik ini ialah oleh Mansor Mohd. Noor, 2001, Interaksi
Antara Kaum Di Dalam Kampus Universiti Awam (IPTA), Kajian mendapati bahawa
hubungan polarisasi berlaku di IPT. Etnik minoriti, Bumiputera Lain dan India, lebih
berinteraksi dengan individu dari etnik lain berbanding etnik cina dan etnik Melayu. Mengikut
urutan keutamaan, dewan kuliah, asrama, bilik tutorial, dan perpustakaan menjadi tempat
perhubungan silang etnik di kalangan pelajar di IPT. Manakala di kolej kediaman terdapat juga
sedikit masalah berhubung dengan berkongsi bilik dengan rakan etnik yang lain. Didapati
bahawa pelajar-pelajar Bumiputera lain dan India di IPT-IPT lebih bersedia untuk berkongsi
bilik di asrama dengan etnik lain manakala pelajar cina dan terutamanya melayu lebih senang
untuk tidak berkongsi bilik dengan etnik lain. Kemahuan untuk tidak berkongsi sama bilik
dengan etnik lain wujud di IPT. Hal ini kerana pada pandangan pengkaji secara keseluruhannya
hasil dapatan menunjukan faktor utama kepada agama dan keselesaan individu itu sendiri.

Akhir sekali ialah kajian oleh Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee
Abdullah&Prof. Madya Datin Hajah Salma Ishak, 2003, Kajian Hubungan Kaum di Kalangan
Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Kajian menunjukkan faktor
polarisasi wujud apabila sesuatu kelab di sekolah hanya pelajar sesuatu etnik itu sahaja yang
terlibat. Apabila hal ini terjadi maka kecenderungan hanya untuk bergaul diantara kaum sendiri
dan terbatas untuk pergaulan dengan kaum yang lain. Dengan ini tidak mudah untuk ahli
kelompok kepada etnik atau kaum yang berlainan untuk bergaul sesama sendiri.

KONSEP POLARISASI
Konsep polarisasi etnik telah wujud sebenarnya dalam kebanyakan keadaan yang
melibatkan pertembungan dua aspek yang berbeza sifatnya dalam masyarakat. Dalam aspek
saintifik umpamanya bukti nyata yang diperolehi berupaya untuk memberi penjelasan tentang

5
konsep polarisasi dalam ilmu sains, fizik dan kimia. Istilah polarisasi membawa maksud
pemisahan (secara separa ataupun secara penuh) di antara dua kutub (positif dan negative)
dalam satu sistem nuclear, umpamanya dalam dalam ilmu fizik, dua batang besi yang
mempunyai kutub yang sama akan menolak manakala kutub yang berbeza akan menarik. (Cheu
Hock Teong, 1986: ms86).

Apa yang boleh dihuraikan disini adalah tentang ciri polarisasi yang wujud dalam
masyarakat dan benda. Polarisasi diumpamakan sebagai dua atom yang sekiranya mempunyai
cas yang berbeza. Walaupun begitu, neutron yang tidak mempunyai sebarang cas adalah
bersifat neutral dalam sesuatu atom, iaitu ia tidak menarik atau menolak dan ini bolehlah kita
sifatkan sebagai sikap saling hormat menghormati yang wujud diantara satu sama lain dalam
kehidupan sesebuah masyarakat.

Dalam konteks masyarakat pula, polarisasi kaum membawa maksud satu situasi yang
mana kaum-kaum semakin merenggang antara satu sama lain disebabkan oleh perasaan, sikap,
tujuan, dan cita-cita yang mengakibatkan kurangnya berlaku perhubungan antara pelbagai
kaum dan setiap kumpulan-kumpulan akan mula membentuk sentiment-sentimen negative
antara satu sama lain. Konsep polarisasi kaum tidak dapat diukur dengan secara statik tetapi
seseorang itu dapat merasainya, melihatnya, dan menganalisisnya menerusi institusi-institusi,
orang perseorangan, dan dalam isu-isu tertentu.

Konsep polarisasi ini sebenarnya mempunyai implikasi sosiobudaya yang luas


walaupun ianya lebih bersifat teoritikal kerana ianya wujud hasil daripada perbezaan ideologi
politik. Kini ianya tidak terbatas kepada ideologi politik tetapi turut melibatkan bidang-bidang
sosial, agama, ekonomi, pendidikan, adat resam, makanan, dan lain-lain. Tambahan pula,
polarisasi etnik boleh berlaku apabila dua kebudayaan saling menolak secara keterlaluan iaitu
keadaan dimana satu etnik tidak boleh menerima budaya etnik lain.

Abraham merupakan antara tokoh yang meneliti sejarah dan akar kewujudan masalah
polarisasi etnik di Malaysia dengan menggunkan pendekatan sosiologikal. Beliau telah
memperkatakan tentang kegagalan dalam proses asimilisasi di Malaysia adalah disebabkan
oleh politik colonial Inggeris yang menjalankan dasar pecah dan perintah (divide and rule)
yang membahagikan berdasarkan lokasi kerja daan telah mewujudkan jurang komunikasi yang
sangat besar antara kaum yang ada. Selain itu, J.S Furnivall menggambarkan masyarakat
Melayu mereka bercampur gaul tetapi tidak bersatu padu. Setiap kumpulan ada agama,

6
budaya, bahasa, ideology, dan haluan sendiri. Mereka tinggal sebelah menyebelah tetapi
terdapat pemisahan dalam unit yang sama.

Kenyataan akan kewujudan polarisasi sejak zaman kolonial ini turut disokong oleh
(Kua Kia Song, 1987:ms 5-9) yang telah melihat dengan lebih jelas tentang aspek polisi-polisi
kerajaan yang wujud sejak zaman kolonial sehingga kini seperti kewujudan dan
kesinambungan parti-parti politik berdasarkan aspek kaum, bahkan kini polarisasi turut wujud
di institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, dan perkhidmatan awam serta media
massa. Justeru itu, polarisasi etnik ini bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita,
namun ianya juga bukanlah mudah untuk diakhiri terutamanya dalam masyarakat pelbagai
etnik di Malaysia yang kaya dengan adat resam dan budaya masing-masing.

FAKTOR BERLAKU POLARISASI ETNIK


Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan megeratkan perpaduan dan
hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat sedikit
kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. Keharmonian hubungan
etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang mampu menjejaskan hubungan
antara etnik dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat berberapa faktor yang
menimbulkan konflik dan ancaman dalam masyarakat kita.

Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama,
bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai
kebudayaan mereka sendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan
menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh dan dipersoalkan.

Faktor yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurangnya interaksi.
Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan
bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain, ia juga boleh
menimbulkan salah sangka kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan.

Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan yang juga
telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan
pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau tidak perkara ini masih lagi wujud.

Faktor keempat ialah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu
dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah

7
segera untuk menerangkan sesuatu isu. Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab
mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan masyarakat.

Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada masyarakat lain.
Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi ruang kepada kaum lain
dalam budaya mereka.

Faktor keenam ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi politik,
perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan dominasi mereka
dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak dapat memecah masuk
kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti diatas, maka usaha untuk
mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu diteruskan.

Faktor terakhir ialah faktor sejarah sejak dahulu lagi dasar pentadbiran penjajah
Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang tidak
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi
dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum
India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Jika dilihat
dalam konsep masyarakat kini masih wujud polarisasi kaum contohnya di syarikat-syarikat
Cina misalnya mereka lebih memilih untuk mengambil pekerja yang merupakan kaum Cina
namun menjadi kelebihan bagi kaum lain yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka
untuk berkerja tetati sukar untuk mengambil kaum lain untuk bekerja di syarikat mereka. Hal
ini juga dapat dilihat dalam sektor-sektor pengambilan kerja dalam pejabat kerajaan yang lebih
didominasi oleh kaum Melayu. Oleh itu, pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang
Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan
ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi setiap kaum itu tidak seimbang.

CABARAN POLARISASI ETNIK DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK


DI MALAYSIA

Bagi mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik usaha ini tidak mudah kerana
adanya cabaran-cabaran yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata. Terdapat enam

8
cabaran utama polarisasi etnik yang menjadi duri dalam daging yang boleh menjadikan usaha
memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini mungkin nampak kecil dan
sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian megara, namun ia masih menjadi api dalam
sekam yang mungkin secara sedikit demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian
hubungan di antara etnik-etnik di Malaysia. Antara enam cabaran tersebut iaitu cabaran dari
segi sosial, cabaran dari segi globalisasi, cabaran dari segi ekonomi, cabaran dari segi politik,
cabaran dari segi perpaduan kaum, cabaran dari segi kebudayaan dan Agama.

POLARISASI DALAM POLITIK

Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang
mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik wujud demi mempertahankan
dan memperjuangkan hak rakyat dan demi negara namun begitu pada zaman sekarang,
sebenarnya perkara ini tidak wujud dan jika benar-benar ada sekalipun, amatlah jarang dan
susah ditemui.

Cabaran timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan
untuk memelihara hak kaum, memperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka.
Namun begitu, terdapat pemimpin yang bermain taktik kotor dengan menghasut, meracuni
pemikiran rakyat dan mengapi-apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri.
Hal ini menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam, bersangka buruk dan tidak mahu
berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. Cabaran ini juga timbul apabila sesetengah
kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah
semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan
sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan
kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti
dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri, namun begitu terdapat juga parti yang
memelihara dan mementingkan perpaduan namun kebanyakan etnik memilih untuk
menyokong parti etnik mereka sahaja.

Selain itu, Politik juga boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa
mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat
sokongan rakyat, tindakan ini akan tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.

9
Perbezaan politik ini masih wujud sehingga kini dimana kita lihat UMNO, PAS
dianggotai oleh Orang Melayu, DAP dianggotai oleh Cina dan sedikit Orang India. Sering
berlaku konflik antara parti-parti tersebut yang menjadi satu cabaran yang sangat besar untuk
mewujudkan perpaduan dan kesatuan kaum kerana masing-masing cuba mempertahankan parti
politik sendiri demi memperjuangkan ideology dan hak yang menjadi pegangan parti politik
mereka

POLARISASI DALAM EKONOMI

Cabaran dari segi ekonomi bermula sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi
telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and
rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi
negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang
ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-
lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang
dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang-ladang getah.
Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin
terhakis dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah
perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui
pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan
perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan
kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladang-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja
dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan
komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya
adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal
di antara sesama kaum terbabit. Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi
penggerak utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai
kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Kerajaan British telah memisahkan kaum-kaum di
tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang
kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan,

10
orang india kebanyakan menjadi buruh di yang tinggal di kawasan estet-estet dan ladang-
ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah
mewujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan jurang ekonomi antara
kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa
sekarang dimana sektor perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan
orang India masih lagi tinggal di ladang-ladang. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan
kurangnya hubungan semakin menebal.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek
ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang
tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenu dan ini adalah kerana kaum yang
mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh
yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi
oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi
mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk
menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis,
askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor
perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009)
pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka
serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi
darah daging mereka. Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada
jumlah pertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan kaum
India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera adalah lebih rendah
iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi pertubuhan perdagangan borong,
pemilikan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi. Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki
85.2 peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus
Bumiputera dan 2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina
adalah 94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus. Kaum melayu pula kekal dengan
sektor pertanian, penjawat awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan penjawat
awam. Keadaan ini telah menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan dan wujudnya jurang
ekonomi yang besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-dasar,
Dasar Ekonomi Baru dan RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan
bukannya menghapuskannya ini menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran
wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada percampuran antara masyarakat yang berlainan

11
taraf memandangkan mereka terpisah dari dunia masing-masing. Golongan yang
berpendapatan lebih tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus
memisahkan mereka dari golongan yang lain. Disamping itu dengan wujudnya jurang ini,
semua etnik berusaha untuk mengaut keuntungan secara maksimum dari apa yang telah
tersedia. Masing-masing mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar
kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Selain
itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain.
Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang Melayu telah berkunjung ke sebuah
restoran iaitu Old Town white coffe untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun
maklum balas yang diterima ialah pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang
Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam
membuka peluang perniagaan. Begitu juga dalam memberi peluang pekerjaan dimana
kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja
menghalang pembentukan dinamika ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk
mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

POLARISASI DALAM SOSIAL

Dari segi sosial juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik
menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial antara kaum.
Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap
kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka sesuatu hubungan yang baik sukar
untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku seperti di bawah.
Pemisahan dari segi fizikal, pendidikan, dan Kontrak Sosial.

I. Pemisahan fizikal

Ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik. Kedudukan yang
jauh terpisah telah memisahkan etnik. Ini di tambah lagi oleh dasar pecah dan perintah yang
mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar Bandar
untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan
ladang untuk bekerja disana sedangkan orang cina berada di Bandar untuk melombong dan
menjalankan perniagaan. Untuk menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala
kelengkapan termasuk sistem pendidikan di tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini,
bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi, tetapi juga menguatkan lagi
etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum. Maka ini menjadi satu cabaran.

12
II. Pemisahan dari segi pendidikan

Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sistem
sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak
mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah
melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-
sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada zaman
penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk
perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu
hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga
telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang
sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut
sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah
vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah
untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan
peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman
untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan
nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar
pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang
majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai
batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan
positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat
majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar
pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. kesan daripada peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat
Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional.
Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan. Maka,
berrmula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan
semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan
globalisasi.

13
Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya
tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru.
Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat
yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza. Kewujudan sekolah
yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak
relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara
masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah
merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk
saling kenal mengenali. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah
mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem
sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem
tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru,
kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya
perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara.

Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di
dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu
menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda
mereka dan menjamin hak-hak mereka. Justeru perbezaan sistem pendidikan ini menjadi
cabaran untuk mewujudkan kesatuan dalam semua etnik kerana masing-masing terpisah
dengan pendidikan mereka sendiri

III. Kontrak sosial

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para
pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC.
Kontrak ini diwujudkan dengan tujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau
kelompok masing-masing. Ia juga bagi memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil
kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Kontrak ini juga akan
memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan
dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan dan mesti kekal selama-lamanya demi
keamanan dan kemakmuran negara. Ia juga memastikan memastikan setiap pihak yang

14
bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah
di masa depan dan seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat menggugat hubungan yang
terbina. Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama, Orang Melayu akan menerima
dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara dimana seperti yang dicadangkan
oleh prinsip Jus Soli dan orang Cina dan India harus mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai
bahasa persekutuan. Mereka juga harus mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan
serta kedaulatan Raja-Raja Melayu. Orang Cina dan India juga mesti mengiktiraf dan
menerima hak keistimewaan pertuanan orang Melayu.

Kontrak sosial ini menjadi cabaran apabila isi kandungan yang dipersetujui dalam kontrak
tersebut lebih banyak memberi keistimewaan kepada etnik Melayu berbanding Cina, dan India.
Walaupun kontrak sosial ini telah dipersetujui namun keadaan ini sebenarnya menyebabkan
mereka berasa terpinggir dan tersisih maka timbul perasaan curiga dan tidak puas hati dalam
kalangan etnik. Justeru, ini menjadi cabaran yang besar untuk menyatukan kesemua etnik
tersebut.

GLOBALISASI

Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi


semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat
dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk
pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas,
sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua
manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang
merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia
dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat
diterima secara senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat
tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden.

Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah
terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak langsung,
keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia. Cabaran globalisasi ini boleh
kita rumuskan sebagai satu anasir luar yang mampu untuk memecah belahkan perpaduan dalam
negara kita.

Cabaran globalisasi ini boleh terdiri dari bermacam-macam perkara, antaranya secara
fizikal iaitu ketenteraan atau serangan, seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga

15
wujudnya hasutan supaya berpaling tadah terhadap negara sendiri. Antara ketiga-tiga perkara
ini, serangan pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana, kebanyakkan dari kita
lebih suka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang paling ketara sekali adalah dari segi
pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut. Di samping itu juga, rakyat negara ini suka
terikut-ikut tanpa mempelajari dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara. Tidak salah kita
menjadikan barat sebagai rujukan kita, namun perlulah melihat kepada aspek yang berkait
dengan nilai-nilai murni bangsa Malaysia.

Namun begitu, kita dapat lihat bahawa globalisasi ini juga ada kebaikannya juga kerana
melalui globalisasi ini generasi muda rakyat Malaysia kini lebih mudah menerima satu budaya
iaitu budaya barat. Contohnya, dalam budaya Punk yang dibawa oleh barat sebenarnya wujud
satu falsafah yang boleh kita adaptasi bagi meningkatkan semangat patriotik, akan tetapi
menyedihkan bagi rakyat Malaysia terutamanya golongan muda, mereka hanya mengikut
penampilan Punk itu sahaja tanpa mengikuti falsafah dalam Punk itu sendiri. Bak kata pepatah,
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Begitu juga dengan teknologi dimana
melalui globalisasi ini mampu membawa masuk teknologi baru dalam negara. Ini bermakna
globalisasi ini bukanlah satu cabaran yang sangat mencabar dalam mewujudkan hubungan
etnik ini berbanding cabaran dari segi ekonomi, politik, sosial dan agama serta budaya. Namun
rakyat Malaysia perlu juga berhati-hati dengan globalisasi ini teutamanya generasi muda kini.

POLARISASI AGAMA DAN BUDAYA

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan
bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang
berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan
kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga
menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar
yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan
lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua
kaum mempunyai kepercayaan, budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum
mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka
hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka
kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka, Identiti bangsa mereka akan

16
hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Di samping itu, terdapat juga juga batasan dan peraturan
sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan budaya.

Oleh itu, cabaran nya disini ialah agama dan budaya dimana setiap etnik mempunyai
agama dan nilai budaya mereka sendiri dan sangat mustahil untuk mereka menerima dan
menukar agama asal mereka dengan agama etnik lain. Sebagai contoh agama Islam tidak akan
mungkin menerima dan menganut agama Kristian atau Buddha dan begitulah sebaliknya. Sama
juga dengan nilai budaya setiap etnik seseuatu yang mustahil untuk etnik lain menerima budaya
etnik lain kerana mereka sudah biasa dengan kehidupan amalan adat resam dan budaya mereka
sejak kecil. Maka disini, agama dan budaya ini menjadi cabaran dalam mewujudkan hubungan
etnik di Malaysia ini.

POLARISASI STATUS/STRATIFIKASI SOSIAL

Status sosial ialah penghormatan yang diterima oleh seseorang dalam masyarakatnya.
Status sosial dan stratifikasi boleh dilihat sebagai pola yang kompleks mengenai kekayaan,
status dan kuasa. Setiap bahagian boleh dilihat sebagai sumber ketidaksamaan dan juga konflik
antara manusia. Dengan demikian susun lapis boleh dilihat sebagai beberapa kelompok dalam
masyarakat yang setiap satunya mempunyai atau menerima ganjaran sosial yang berbeza-
beza.(Noran Fauziah Yaakub, Pengantar Sosiologi, 1987:130)

Stratifikasi dalam Masyarakat ini dibahagikan kepada kekayaan yang meliputi gaji,
harta dan pendapatan. Status pula meliputi kelas atasan, pertengahan dan bawahan, manakala
kuasa pula melibatkan pangkat seseorang. Stratifikasi sosial ini bukan sahaja berlaku didalam
kalangan satu etnik dengan etnik lain malah turut berlaku dalam etnik itu sendiri. Sebagai
contoh stratifikasi yang kita dapat lihat kini dalam etnik Melayu dimana terdapat golongan
yang bergaji dan berpendapatan tinggi, bergaji sederhana dan rendah. Kemudian ada yang
berada di golongan atasan seperti golongan menteri, golongan pertengahan seperti pensyrah,
guru, doctor dan kelas bawahan pekera kilang, buruh dan golongan yang berkuasa iaitu mereka
yang mempunyai pangkat dan gelaran seperti Dato, Datin, Tan Sri dan Puan Sri mereka ini
mempunyai kuasa. Begitu juga dalam kalangan etnik Melayu dengan Cina dimana kebanyakan
etnik Cina lebih mempunyai kekayaan kerana mereka mendominasi bidang perniagaan dan
mereka tinggal di bandar dan rumah-rumah yang mewah dan besar. Sedangkan etnik Melayu
kebanyakan menjadi kelas pertengahan yang bekera sebagai guru, polis, pensyarah dan etnik
dengan gaji yang sangat rendah menjadi pekerja kilang dan buruh binaan. Status mereka yang

17
berbeza sama ada dalam etnik sendiri atau etnik lain menyebabkan mereka terpisah dan arang
berlaku interaksi sosial antara mereka.

Cabaran yang timbul ialah apabila mereka yang mempunyai stratifikasi dan sosial yang
berbeza ini juga tinggal berasingan dan kurang berinteraksi antara satu sama lain diman kita
dapat lihat gologan menteri yang berada di kelas atasan mempunyai gelaran dan pangkat
menyebabkan mereka mempunyai kuasa dan mereka ini tinggal di bandar-bandar. Jadi mereka
kurang berinteraksi dengan mereka yang tinggal di luar bandar. Maka mereka hidup dengan
kehidupan masing-masing ini menjadi cabaran untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan
dalam masyarakat kerana jika dalam etnik mereka sendiri juga berlaku jurang apatah lagi antara
etnik lain. Jika dalam etnik Melayu, Cina dan India sendiri mereka tidak bersatu maka akan
lebih sukar menyatukan antara etnik Melayu dengan Cina, India dengan Cina dan begitulah
sebaliknya. Keadaan ini berlaku disebabkan stratfikasi dan status sosial yang berbeza ini yang
diwujudkan dalam masyarakat itu sendiri maka akan sukar untuk mewuudkan satu masyarakat
yang bersatu padu.

KESAN POLARISASI ETNIK

1. Kewujudan pelbagai sistem pendidikan

Kewujudan sekolah peringkt rendah yang diasingkan mengikut kaum (sekolah vernacular)
juga boleh menyebabkan polarisasi antara kaum berlaku. Jika sikap polarisasi telah dibentuk
sejak kecil lagi, maka ia telah membentuk peribadi, mentality seseorang terhadap sikap
perkauman yang sangat menebal dan sukar untuk diubah. Antara kesannya dapat dilihat seperti
yang berlaku di institusi pengajian tinggi kini umpamanya, iaitu dimana kaum masing-masing
hanya bergaul, berinteraksi dan berkumpul sesama kaum mereka semata-mata.

Jelaslah, sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik ini kurang memberi peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi ini hanya akan menyebabkan interaksi mereka
hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Seterusnya, ini akan memberi kesan negatif
kepada negara Malaysia. Tambahan lagi, semua etnik hanya mempertahankan bahasa ibunda
mereka sahaja dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum lain. Hal ini kerana mereka
menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum lain.
Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan yang berbeza bagi setiap sekolah menambahkan
lagi jurang etnik dan seterusnya sukar untuk membina satu bentuk pemikiran yang sama dalam
mencapai matlamat perpaduan. Hal ini juga telah memberi impak yang kurang elok kepada

18
penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang yang berbeza-beza. Kesannya
juga kita dapat lihat apabila bakal pemimpin negara akan mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik ini.

2. Jurang ekonomi dan pendapatan serta dominasi satu etnik dalam satu bidang
pekerjaan

Kegiatan ekonomi yang berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza antara
kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati. Persaingan ekonomi secra tidak sihat ini akan
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama yang lain. Sebagai contoh,
kaum melayu akan mencemburui kemewahan dan kejayaan kaum cina, manakala kaum cina
dan india pula mencemburui kelebihan yang terdapat pada kaum melayu seperti mendapat
peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang ini telah
mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik, khususnya bagi kaum Melayu
yang terlibat dalam sektor pertanian yang mendapat keuntungan yang sendikit atau
berkemungkinan akan menghadapi masalah kemiskinan yang boleh membawa kepada
kebuluran dan kelaparan. Situasi malang ini juga turut menimpa kaum India apabila harga
getah dan kelapa sawit hanya bergantung kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika pasaran harga
meningkat, maka keuntungannya tentu tinggi dan sebaliknya. Kaum cina pula berbeza
situasinya, di mana mereka terus berusaha mencari peluang keemasan dalam perniagaan.
Mereka mendominasi bidang perniagaan dan sukar untuk etnik lain memasuki bidang tersebut,
malah kehidupan mereka lebih baik berbanding kaum melayu dan india. Walau bagaimanapun,
golongan etnik ini masih kurang berpuas hati kerana kebanyakkan lubang perniagaan banyak
diutamakan kepada kaum Bumiputera sahaja. Perkara ini jelas sudah tentu menimbulkan
persoalan di minda orang cina di mana hak mereka untuk meluaskan perniagaan sedangkan
selama ini kaum mereka jugalah yang banyak menyumbang pada ekonomi negara.

Selain itu, Laporan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) ada menyatakan bahawa
perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa ketidaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar
dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada pemodenan dan pertumbuhan
ekonomi. Perpaduan negara akan gagal dipupuk seandainya sebahagian besar penduduk hanya
kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif tidak mencukupi untuk menanggung kepadatan
penduduk. Fenomena kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar, malahan di bandar juga

19
sehingga mengakibatkan masyarakat menghadapi situasi kelaparan dan kebuluran. Keadaan ini
sudah tentu sedikit sebanyak telah mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
hanya berlaku dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja

3. Perbezaan ideologi dan parti politik dan Taksub pada pemerintah politik

Perkembangan yang tidak sihat berlaku dalam politik yang berbentuk polarisasi, iaitu
politik partisan yang menbawa kepada taksub. Contoh, dalam keluarga orang melayu yang
menganbil ideologi parti PAS sebagai fahaman keturunannya, maka besar kemungkinan anak
cucu dalam keluarga itu akan berpegang kepada ideologi politik kepartian dan begitu juga bagi
fahaman politik UMNO. Mengikut kajian sosial yang dilakukan polarisasi mengikut istilah
Inggeris, apabila dikaitkan dengan polarisasi politik, maka takrifannya ialah The process by
which the public opinion divides and goes to the extremes. Bermakna bahawa polarisasi
politik ialah satu proses yang berlaku ketika terdapat perselisihan pendangan umum, dan
pandangan ini sering memihak kepada golongan yang ekstrem. Terdapat juga parti politik yang
terus memainkan isu perkauman bagi menarik sokongan rakyat bagi membolehkan ia terus
berada di puncak kekuasaan. Setiap etnik akan cuba mempertahankan identiti etnik mereka
supaya mereka juga akan dapat hak yang sama rata dengan etnik lain. Kesan daripada polarisasi
etnik ini kita dapat lihat kini setiap kaum telah menubuhkan parti politik mereka sendiri
contohnya etnik Cina menubuhkan parti DAP, etnik India menganggotai MIC dan etnik
Melayu pula banyak dalam parti PAS dan UMNO. Politik perkauman ini boleh menimbulkan
perasaan kurang senang dan mengukuhkan lagi semangat perkauman jika sesuatu tindakan
tidak diambil. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan,
dan ekonomi jika digunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya akan mengundang masyarakat
yang berpecah belah.

CARA MENGATASI POLARISASI ETNIK

Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa


program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. Program yang dilaksanakan
perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti Program 1
Malaysia, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang
lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan
setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara.
Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah
air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain. Hal ini akan

20
menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata
pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendorong anak-
anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita
juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat
kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha
menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian
kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen
perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak
boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai
cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak
berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.

Selain itu, masalah dari segi bahasa dan cara berkomunikasi ialah kita seharusnya
menguasai dengan baik setiap bahasa agar jurang antara kaum tidak akan berlaku
disebabkan oleh ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh
daripada ibu bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana anak-anak
tersebut merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama lain amat diperlukan
agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program dan polisi perpaduan kaum
tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan tersebut adalah paling tidak
bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak yang bersih dan
tidak berdosa. Sebagai contoh, program 1Malaysia dimana adalah tuntutan sama dan peluang
yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, kerajaan harus
berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kita seharusnya
berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan berhenti berfikir tentang
kaum kami, etnik kami tetapi sebaliknya kita harus tumpukan bahawa kita tiada kaum
melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia, bangsa
Malaysia yang mempunyai kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan
disukainya. Kerajaan perlu benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi
berparlimen dan masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa mendiskriminasi terhadap
satu sama lain, kerana semua etnik adalah satu dan kita adalah sama dan sah dari sisi undang
undang.

KEPENTINGAN & KESAN POSITIF POLARISASI DALAM KALANGAN ETNIK

21
Walaupun polarisasi etnik ini kebanyakannya dilihat dari sudut negative kerana polarisasi
ini menjadi halngan yang besar dalam mewujudkan perpaduan dalam kalngan etnik di Malaysia
ini namun disebalik itu terdapat juga sudut positif polarisasi etnik dan pentingnya polarisasi
etnik ini kepada etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Antara kepentingan polarisasi etnik ini
ialah:

1. Memelihara identiti dan budaya etnik

Melalui polarisasi etnik ini, setiap etnik di Malaysia berpeluang memelihara identiti dan
budaya etnik masing-masing. Seperti yang diketahui setiap etnik di Malaysia mempunyai adat
resam, dan nilai budaya mereka tersendiri yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Sebagai contoh adat resam etnik Melayu yang mengamalkan pelbagai pantang larang dan nilai
budaya mereka seperti pakaian iaitu Baju Melayu dan Baju Kurung, dan makanan tradisi etnik
Melayu ini seperti rendang, ketupat, lemang, dodol dan pelbagai lagi. Adat resam etnik Cina
juga boleh dilihat dalam upacara perkawinan mereka, perayaan Tahun Baru Cina, dan nilai
budaya mereka seperti pakaian etnik Cina iaitu Cheongsam dan makanan tradisi mereka seperti
kuih bulan dan lain-,lain lagi. Begitu juga kaum India yang mempunyai adat pantang larang
dalam perkahwinan dan kematian. Nilai budaya mereka juga seperti pakaian iaitu sari dan
makanan tradisi mereka seperti capati, tosai, dan muruku. Adat resam dan nilai budaya ini
perlulah dikekalkan untuk generasi seterusnya supaya tidak hilang ditelan zaman. Ini kerana
adat resam dan nilai budaya tersebut menjadi lambang identiti dan jati diri etnik-etnik mereka
jika mereka tidak mempertahankan maka mereka akan kehilangan identiti dan jati diri mereka
sendiri. Maka disebabkan itu pada situasi seperti ini polarisasi etnik ini amat perlu supaya dapat
memelihara identiti dan nilai budaya setiap etnik di Malaysia ini.

2. Memelihara Agama Setiap Etnik

Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama mereka masing-masing. Sebagai contoh


Agama Islam merupakan agama etnik Melayu, agama Buddha merupakan agama etnik Cina
dan Agama Hindu merupakan agama etnik India. Manakala Agama Kristian juga dianuti oleh
sesetengah etnik Cina dan India. Merupakan sesuatu yang mustahil untuk umat etnik Melayu
menerima agama Kristian, Hindu dan Budha sebagai pegangan hidup mereka. Begitu juga
sebaliknya, maka disini dengan adanya polarisasi etnik ini setiap etnik dapat mempertahankan
dan memelihara kesucian agama mereka sendiri. Namun agama Islam sebagai agama rasmi
tidak boleh dipersoalakan dan tidak boleh menjadi isu oleh etnik lain kerana perkara tersebut

22
telah dipersetujui melalui kontrak sosial lagi. Justeru polarisasi etnik ini membolehkan setiap
kaum mempertahankan agama etnik mereka sendiri.

3. Mewujudkan kepelbagaian bahasa

Dengan adanya polarisasi etnik ini akan mewujudkan kepelbagaian bahasa di Malaysia
apabila setiap etnik cuba menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri semasa berkomunikasi.
Keadaan ini membolehkan etnik lain mempelajari bahasa daripada etnik lain. Sebagai contoh
etnik Melayu boleh mempelajari Bahasa Cina dan Tamil, etnik India boleh mempelajari bahasa
Melayu dan Cina dan etnik Cina boleh mempelajari Bahasa Melayu dan Tamil. Secara tidak
langsung ini dapat mewujudkan kepelbagaian bahasa apabila setiap etnik cuba
mempertahankan bahasa ibunda masing-masing.

4. Persaingan ekonomi membantu menjana kemajuan dan pendapatan ekonomi


Negara

Seperti yang dilihat kini, etnik di Malaysia bersaing antara satu sama lain dalam menguasai
ekonomi. Sejak dulu lagi mereka sering antara satu sama lain dimana dari dahulu sehingga kina
etnik Cina kebanyakan mendominasi bidang perniagaan, etnik Melayu pula mendominasi
bidang pertanian, perkhidmatan awam dan swasta. Manakala etnik India berusaha memajukan
bidang perladangan dan getah mereka. Keadaan ini secara tidak lansung dapat menyumbang
dan membantu kemajuan ekonomi Malaysia apabila setiap etnik ingin memajukan dan mengaut
keuntungan daripada bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Malah kini, dapat dilihat etnik
Melayu cuba memasuki bidang perniagaan dengan memasuki bidang keusahawanan secara
kecil-kecilan seperti Industri kecil dan sederhana. Oleh itu melalui polarisasi etnik dalam
ekonomi ini sebenarnya telah membantu menjana pendapatan dan kemajuan ekonomi Negara.

23
KESIMPULAN

Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan, banyak cabaran dan dugaan yang telah
dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan
dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa penjajah
inggeris yang membuat dasar pecah dan perintah haruslah diambil sebagai pengajaran dalam
mewujudkan persepakatan diantara kaum. Atas faktor sejarah tersebut iaitu dasar pentadbiran
British yang memecahbelahkan etnik di Malaysia mengikut bidang pekerjaan dimana mereka
dipisahkan tempat tinggl sehingga mereka jarang berjumpa dan berinteraksi dan inilah yang
membawa kepada faktor polarisasi etnik sehingga kini. Polarisasi membawa erti sikap
perkauman yang menjadi asas masalah utama perpaduan antara kaum di negara ini. Selain itu,
kita dapat lihat polarisasi etnik ini ialah sikap perkauman yang menebal dalam kalangan etnik
yang ada di Malaysia. Sememangnya polarisasi etnik ini menjadi halangan yang sangat besar
dalam usaha mewujudkan perpaduan etnik di Malaysia.

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mengatasi permasalahan polarisasi ini.
Cabaran-cabaran ini dapar dilihat dari segi politik. Di mana, setiap kaum diwakili oleh parti
politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, memperjuangkan nasib dan
menyuarakan pendapat mereka. Dari segi ekonomi pula, pembentukan dasar pecah dan
perintah ini telah menyebabkan kesukaran dalam mendapatkan perpaduan kaum. Dan dari segi
sosial, pemisahan dari aspek Pendidikan dari peringkat rendah lagi, menyebabkan polarisasi
kaum wujud dalam diri setiap kaum dan sukar untuk mendapatkan perpaduan. Dari aspek
budaya dan adat resam dan cabaran juga boleh dilihat dari sudut stratifikasi sosial dan status
sosial. Oleh itu, polarisasi adalah satu proses sering berlaku dalam ekonomi, politik dan sosial
yang banyak meninggalkan kesan negatif dalam sebuah negara dan bangsa.

Namun begitu, walaupun polarisasi ini dilihat banyak meninggalkan kesan negatif
tetapi sebenarnya ada juga sudut positif polarisasi etnik ini yang boleh dilihat antaranya seperti
untuk memelihara identiti dan nilai budaya setiap etnik di Malaysia, untuk mempertahankan
sensitiviti agama masing-masing, mewujudkan kepelbagaian bahasa dan persaingan ekonomi
dalam kalangan etnik yang membawa kepada kemajuan dan menjana pendapatan ekonomi
negara Malaysia. Walau bagaimanapun isu seperti bahasa Melayu, dan agama Islam sebagai
agama rasmi serta hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan oleh etnik Cina dan
India kerana perkara tersebut telah dipersetujui bersama.

24
RUJUKAN

1. Ahmad Ali Seman, Warti Kimi, 2014, Hubungan Etnik Di Malaysia, Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn.Bhd.
2. Chin Yee Mun, 2013, Pembinaan Kesedaran dan Polarisasi Etnik Pelajar Universiti
Awam, Fakulti Ekologi Manusia, Serdang:UPM.( Tesis Ijazah Sarjana)
3. Dr Rosila Bee Mohd Hussin, 2005, Interaksi Etnik dan Polarisasi Di Malaysia:
Tinjauan dikalangan Pelajar Universiti dan Kolej, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya. (Tesis Ijazah Sarjana)
4. Harliana Halim, Hubungan Etnik Di Era Penjajahan Hingga Kemerdekaan.
http://www.scribd.com/doc/13377066/Hubungan-Etnik-Di-Era-Penjajahan-Hingga Di
petik pada 04 May 2017.
5. Mohd. Mahadee, 2007, Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media, Titas, Serdang:
Penerbit Universit Putra Malaysia.
6. Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al., 1996, Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal,
Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
7. Nurdeng Deuraseh, 2007, Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi,
Titas. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
8. Noran Fauziah Yaakub, 1987, Pengantar Sosiologi, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
9. Marof Redzuan, Mohamad Shatar Sabran & Zahid Emby, 2001, Pengantar Sosiologi
dan Antropologi Sosial, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
10. Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh, 2011, Unit 10 Isu-isu Dan
Cabaran Negara, Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.
11. Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009, Pembinaan negara bangsa Malaysia :Peranan
pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan, pp. 90-106. ISSN 2180-0251.
12. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010, Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia :
perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan, Jurnal Hadhari, 2 (1), pp. 61- 84. ISSN
1985-6830.
13. Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah &
Prof. Madya Datin Hajah Salma Ishak, 2003, Kajian Hubungan Kaum di Kalangan
Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. (Tesis)

25
26

Você também pode gostar