Você está na página 1de 8

1.

0 Teori Perancangan Akademik sebagai Panduan Kajian


1.1 Teori Kurikulum

Pada asasnya, sesuatu teori kurikulum merupakan garis panduan berkaitan


perkembangan, pelaksanaan serta penilaian tentang sesuatu proses pembelajaran.
Perkara ini selaras dengan definisi kurikulum yang dikatakan terbina hasil
daripada perkembangan sejarah, sosial mahupun aktiviti politik sesuatu institusi
pendidikan. Oleh yang demikian, ia tidak hanya digunapakai pada peringkat
kurikulum di sekolah, bahkan turut digunakan secara meluas di kolej serta
universiti yang menawarkan peluang-peluang pembelajaran kepada individu
pelajar. Pada peringkat sekolah, perbincangan berkaitan teori kurikulum lebih
menjurus kepada isi kandungan serta kepentingan kandungan pembelajaran
tertentu manakala pada peringkat universiti, para pensyarah atau profesor yang
akan memainkan peranan penting dalam membuat sesuatu keputusan berkenaan
kurikulum institusi tersebut.

Walau bagaimanapun, sesuatu perancangan kurikulum yang dibuat oleh


para pentadbir sekolah mahupun pentadbiran peringkat kolej dan universiti pasti
akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh komuniti dan masyarakat setempat.
Kerangka asas dalam perancangan sesuatu kurikulum biasanya melibatkan unsur-
unsur seperti struktur kurikulum, nilai, kandungan serta proses pembelajaran
yang akan berlaku. Teori struktur yang terdapat dalam kerangka asas ini percaya
yang proses pengajaran dan pembelajaran boleh dikenalpasti, dibentuk dan
dilaksanakan dengan baik sekiranya mengambil kira elemen-elemen yang terdapat
dalam kerangka asas yang disarankan.

1.2 Pengujian dan Menyebarluas Teori

Proses pengujian sesuatu teori amat penting dilaksanakan untuk membantu


para pengkaji mengubahsuai cara mereka mendefinisikan elemen perancangan
akademik seterusnya menyebarluas teori pada masa akan datang. Istilah yang
sering digunapakai dalam langkah pengujian teori ini adalah meta-evaluation
atau dalam erti kata lain merupakan penilaian terhadap proses penilaian sesuatu
perancangan akademik. Perkara ini dilihat mampu meningkatkan kualiti penilaian
sesuatu perancangan akademik yang dilaksanakan. Namun demikian, setiap
penilaian yang dilaksanakan sudah pasti mempunyai objektif yang berbeza seiring
dengan keperluan semasa. Sebagai contoh, sesuatu kajian dilaksanakan oleh
seseorang pengkaji untuk menjawab beberapa kemusykilan sebelum generalisasi
dibuat supaya idea tersebut dapat diaplikasi oleh pihak-pihak lain dalam konteks
berbeza.

1.3 Hubungan antara Elemen-elemen Perancangan Kurikulum

Penilaian Reflektif

Sumber
Pengajaran
Kandungan

Proses Penilaian Penyesuaian


Pengajaran

Tujuan
Urutan

Pelajar

Rajah 1: Hubungan berkaitan elemen-elemen dalam Perancangan Akademik

Pada asasnya, sesuatu proses perancangan kurikulum terbina daripada tiga set
langkah utama yang mana setiap set langkah tersebut mungkin mengandungi lebih
daripada satu elemen yang juga penting bagi memastikan sesuatu kurikulum yang dibina
mampu disebarluas dengan baik. Melalui Rajah 1 dapat diperhatikan langkah pertama
iaitu langkah perancangan dan pembangunan mengandungi dua elemen kecil yang perlu
diberi perhatian iaitu elemen kandungan dan tujuan. Dalam memperincikan langkah-
langkah yang terdapat dalam Rajah 1, pelaksanaan tentang program Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) di semua sekolah rendah awam di Malaysia akan dikupas
dengan lebih mendalam.

Dalam langkah pertama pengenalan program PBS di sekolah adalah peringkat


mengenalpasti definisi, kandungan serta tujuan PBS yang bakal dilaksanakan. Sebagai
contoh, PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) murid-
murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, serta Pentaksiran Psikometrik. PBS yang merupakan sebahagian daripada
Program Transformasi Pendidikan dilaksanakan bertujuan untuk memastikan murid-
murid melalui suatu sistem pendidikan yang mencapai taraf antarabangsa dalam bidang
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. Antara lain objektif pelaksanaan PBS
adalah untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi seseorang
individu murid, memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
seterusnya untuk membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran murid-murid di
sekolah.

Dalam langkah kedua iaitu pada peringkat pelaksanaan PBS di sekolah, tiga
komponen kecil yang diberi perhatian adalah sumber pelaksanaan, proses serta urutan
proses. Sumber pelaksanaan PBS di sekolah adalah Dokumen Standard Kurikulum dan
Dokumen Standard Prestasi. Dokumen Standard Kurikulum mengandungi perkara-
perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk guru-
guru mentaksir dan mengukur tahap penguasaan murid berdasarkan satu penanda aras
(benchmark) yang telah dikenal pasti. Dokumen Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus
merujuk kepada standard yang ditetapkan.

Komponen proses pelaksanaan PBS pula merujuk kepada proses pentaksiran yang
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Hal ini dilihat dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling
sesuai untuk mentaksir murid-murid di sekolah. Guru-guru adalah golongan yang boleh
memantau perkembangan murid secara berterusan, boleh memberi maklum balas yang
membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid, lebih memahami konteks yang
sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid, serta berupaya mentaksir dan
memberi maklum balas berpandukan standard prestasi dengan baik.

Komponen urutan proses yang terdapat dalam langkah kedua pelaksanaan PBS
pula memberi gambaran tentang pelaksanaan pentaksiran guru yang tidak semestinya
menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai semata-mata.
Evidens atau bukti penguasaan murid juga boleh diperolehi melalui pemerhatian,
jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja serta kerja-kerja rumah yang
dibekalkan. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali
murid-murid mereka.

Langkah ketiga dalam proses perancangan kurikulum adalah langkah penilaian


yang perlu dilaksanakan sebelum pengubahsuaian dibuat sekiranya ada. Merujuk kepada
pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah, proses penilaian terhadap murid-murid yang
dilaksanakan oleh guru adalah menggunakan Standard Prestasi berfungsi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,
faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dalam PBS, pencapaian murid dinilai dan
dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 90% atau pun
gred A,B,C, dan D.

Langkah terakhir iaitu langkah penyesuaian melibatkan elemen Penilaian


Reflektif pula digambarkan melalui tindakan guru yang mungkin akan mengadakan
aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid hasil daripana penilaian
PBS yang dibuat pada langkah terdahulu. Dalam hal ini, pelaksanaan PBS memberi
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid
sekaligus membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri murid
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1.4 Kajian Kurikulum Terkini dan Sedia Ada

Perbincangan bab sebelum ini ada menyentuh perihal kepentingan sesuatu


kurikulum pembelajaran agar dirancang dan dibina dengan baik. Perkara ini disokong
kuat oleh Conrad dan Haworth (1990) yang lantang menyatakan tentang kurikulum
sebagai nukleus sesebuah kolej dan universiti. Justeru kurikulum menyediakan asas
terbaik berkaitan langkah membuat keputusan tentang sistem akademik, menterjemah
tujuan dan nilai institusi, serta bertindak sebagai penanda aras profesionalisme para
pelajar, fakulti mahupun pihak pentadbiran.

Di samping lantang menyatakan hujah berkaitan definisi dan kepentingan


kurikulum, Conrad dan Haworth (1990) turut mengenalpasti yang masih lagi ketiadaan
satu kajian berkaitan kurikulum yang mengkaji hubungan sesuatu program akademik
dengan hasil pembelajaran atau pengalaman pembelajaran murid. Walau bagaimanapun,
kajian-kajian yang mengkaji hubungan antara perancangan akademik dan hasil
pembelajaran telah berkembang dengan jayanya sekitar tahun 1980-an selepas
berlakunya perubahan dalam sistem pentaksiran. Menurut Pascarella (1985) pula, kajian
berkaitan kurikulum yang berfokuskan kepada persekitaran tempat pembelajaran pelajar
juga amat diperlukan. Dalam hal ini, perancangan pengalaman akademik, kaedah
pemilihan kursus serta interaksi dengan pelajar dan fakulti diperlukan untuk
mengukuhkan kajian yang dibuat.

Dalam pada itu, turut disentuh perihal suatu bentuk kajian yang dikenali sebagai
kajian data laporan peribadi serta kajian transkripyang mana digunapakai secara meluas
oleh banyak kampus pengajian. Pengkalan data adalah elemen penting dalam kajian
berbentuk sebegini yang mana ianya mampu menyediakan maklumat tertentu dalam
membantu pihak kolej menganalisis serta mengubah perancangan akademik sekiranya
perlu.

Walau bagaimanapun, dalam merancang kajian-kajian kurikulum untuk masa akan


datang, beberapa aspek perlu dibezakan dengan teliti iaitu berkaitan pengulangan data
daripada penggubal dasar, kajian penilaian tentang kecekapan kurikulum dan kajian-
kajian asas dalam memahami kurikulum. Dalam hal ini, kajian-kajian asas terdahulu akan
menjadi titik tolak kepada kaedah kajian terkini dalam membantu institusi-institusi
tertentu yang memerlukan.

2.0 Teori Pelan Akademik sebagai Panduan dalam Membentuk Amalan

Pembangunan kurikulum didefinisikan sebagai suatu proses membuat keputusan


yang berlaku secara sistematik. Dalam konteks institusi pengajian tinggi seperti di
universiti-universiti, para profesor dan pensyarah akan duduk berbincang bersama-sama
untuk menyelesaikan masalah berkaitan rancangan pembelajaran yang timbul seterusnya
membuat beberapa siri keputusan untuk dipertimbangkan. Teori-teori kurikulum yang
diadaptasi oleh buku ini akan dapat membantu dalam menstrukturkan masalah yang tidak
berkaitan supaya lebih sistematik seterusnya dapat mencari penyelesaian yang terbaik dan
lebih mudah.
2.1 Andaian dan Kelebihan

Umum mengetahui bahawa setiap teori pasti mempunyai andaian sebagai hala
tuju yang tersendiri. Oleh yang demikian, dalam buku ini penulis ada beberapa andaian
yang telah diberi perhatian:
1. Setiap institusi pendidikan mempunyai kuasa sendiri dalam membuat, menyusun
dan mengubahsuai kurikulum sebagai suatu proses yang dinamik.
2. Pemilihan kaedah implementasi adalah salah satu aspek dalam membangunkan
kurikulum justeru kaedah pembelajaran (instruction) boleh dipilih untuk mencapai
matlamat.
3. Bahawa institusi/fakulti pendidikan berminat untuk memperbaiki mutu pelan
akademik.

Berdasarkan andaian-andaian di atas, penulis merasakan terdapat 5 kelebihan apabila


kurikulum didefinisikan sebagai pelan akademik:
1. Dapat menjelaskan pengaruh kurikulum dalam erti kata sebenar
2. Boleh diaplikasikan pada peringkat pengajaran, kursus, program dan pada
peringkat kolej
3. Memberi perhatian yang lebih terhadap proses pembelajaran pelajar
4. Menggalakkan fakulti untuk berkongsi pandangan sambil merangka pelan
akademik
5. Menggalakkan pandangan yang dinamik terhadap pembangunan kurikulum

2.2 Tujuan dan Pembangunannya

Berdasarkan kesemua elemen pelan akademik yang telah dibincangkan sebelum


ini, dapatlah dibuat kesimpulan tentang peri pentingnya tujuan serta pembangunan tujuan
sebagai salah satu elemen utama dalam pembangunan kurikulum. Antara lain tujuan
sesuatu pelan akademik dirangka adalah:
1. Menyediakan kerangka utama dalam membantu sesebuah institusi membuat
keputusan berkaitan kurikulum
2. Membantu dalam memperincikan pelbagai bentuk pelan akademik dengan lebih
efisyen
3. Memberi gambaran yang jelas tentang kesan sesuatu keputusan yang dibuat
terhadap elemen-elemen berkaitan

2.3 Pelaksanaan, Penilaian dan Penyesuaian

Elemen pelaksanaan yang pernah dibincangkan sebelum ini memberi gambaran


terhadap langkah pemilihan strategi yang paling berkesan sebagai suatu bentuk
penambahbaikan. Dalam hal ini, teori yang digunakan dapat membantu sesebuah institusi
menambahbaik amalan pemilihan proses pengajaran supaya pelajar memperoleh manfaat
yang optimum. Teori yang digunakan juga mampu mengurangkan kos institusi melalui
perhatian diberi terhadap sumber pengajaran dan kemudahan dalam pelan tertentu sahaja.

Selain itu, teori perancangan kurikulum telah dapat membantu dalam penyediaan
bukti-bukti yang berguna untuk proses penilaian dan penyesuaian sesuatu kurikulum. Ia
turut membantu perancang kurikulum mengenalpasti sesuatu elemen yang mungkin
bermasalah seterusnya menyediakan alternatif yang sesuai untuk mengatasi masalah
tersebut.

3.0 Teori Pelan Akademik Sebagai Panduan Kepada Pemimpin

Pemimpin yang dimaksudkan dalam sub-konstruk ini adalah merujuk


kepada

Você também pode gostar