Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Pengenalan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat penting dalam era negara menuju negara maju.
pembangunan ini telah meningkatkan kesan sosio-psikologi yang pelbagai dan kompleks.
Perkhidmatan kaunseling wujud dalam usaha manusia mencari jalan keluar agar individu
menemui kesejahteraan dan celik akal. Perkhidmatan kaunseling di negara ini yang bermula
secara formal dalam tahun 1960an telah menyaksikan kewujudan institusi-institusi latihan
dalam usaha menyediakan bilangan kaunselor yang diperlukan. Usaha baik ini perlu dipuji,
program-program tersebut tidak boleh diabaikan hanya kerana negara kekurangan kaunselor.
Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan sejarah latihan kaunseling di Malaysia menunjukkan ia
belum berupaya melahirkan bentuk latihan kaunseling yang benar-benar mantap walaupun usaha
kearah itu giat dijalankan. Wujudnya program-program persediaan kaunselor yang tidak
dirancang dengan rapi oleh institusi-institusi latihan serta tidak dikawal oleh sebuah badan yang
pemilihan calon, syarat minimum kelayakan, taraf kelayakan pensyarah, kemudahan latihan,
1
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
tempoh masa latihan dan juga ijazah yang ditawarkan. Perbezaan-perbezaan ini akan memberi
memerlukan tahap pendidikan tertentu sebelum memberikan sesi kaunseling kepada orang lain.
Sekiranya ilmu mereka itu tidak di iktiraf, mereka sememangnya tidak layak untuk memegang
jawatan sebagai kaunselor sama sekali. Kaunselor juga mempunyai kelab mereka sendiri dan
ianya bergerak aktif di Malaysia. Setiap ilmu yang mereka ada akan di perakui kesahihannya dan
mereka mempunyai nombor daftar perakuan amalan mereka sendiri. Sebagai contoh, setiap
kaunselor yang berdaftar akan mempunyai lesen pengamal mereka sendiri dan itulah yang akan
menjadi nyawa mereka sekiranya mereka berhadapan dengan tindakan undang-undang suatu hari
nanti.
Dalam analisis ini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan model proses latihan sebagai
asas untuk menyatakan dapatan saya mengenai program latihan yang telah saya hadiri. Menurut
Ibrahim (1996), Model Proses Latihan ini mengandungi tiga fasa utama, iaitu: a) Fasa persediaan
latihan b) Fasa pelaksanaan latihan dan c) Fasa penilaian latihan. Aktiviti mereka bentuk
program latihan dalam model ini terletak dalam fasa persediaan dan setelah mendapat keputusan
analisis keperluan latihan. Dalam model ini jelas ditunjukkan bahawa mereka bentuk merupakan
satu aktiviti pembentukan rancangan program latihan yang perlu dibuat sebelum
2
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Dalam usaha untuk mendapatkan output atau hasil yang diharapkan melalui sesebuah program
latihan, tahap pelaksanaan latihan merupakan tahap yang paling kritikal. Menurut Maimunah
(1999), Hellriegel, Jackson dan Slocum (1999), dan Nadler (1983), tahap pelaksanaan sesuatu
program latihan merupakan penentu utama kepada kejayaan keseluruhan usaha organisasi untuk
melatih para pekerjanya. Selepas tahap inil kebiasaannya penilaian keberkesanan pelbagai aspek
dilaksanakan. Misalnya keberkesanan modul atau kurikulum latihan, kebolehan dan keupayaan
jurulatih dan fasilitator, keupayaan pelatih mengadaptasi latihan, tahap kemudahan dan peralatan
3
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Menilai
Keperluan
Memilih Kriteria
Pelajaran
Mengkategorikan Menetapkan Objektif
tahap-tahap
keperluan
Memilih Jurulatih
Membina Rancangan
Reka Bentuk
Pengajaran
Penilaian
Menyediakan Material
Menjadualkan Program
Melaksanakan Reka
Bentuk Penilaian
Melaksanakan Latihan
Mengkaji Hasil
Penilaian
4
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Sebelum melaksanakan sesuatu program latihan, perlu menganalisis beberapa perkara terlebih
dahulu seperti yang disarankan dalam model-model yang sedia ada. Tidak ada program yang
dijalankan tanpa perancangan yang rapi. Oleh itu, fasa pertama dalam merancang sesuatu
program ialah persediaan latihan. Pengendali program latihan tersebut perlu menganalisis
keperluan program latihan terlebih dahulu. Kenalpasti kumpulan sasaran yang sebenarnya yang
perlu mengikuti program latihan ini dan kenapa mereka yang dipilih.
Semua ini memainkan peranan kerana sekiranya kita tidak menetapkan siapa peserta program,
perancangan seterusnya tidak dapat dijalankan dengan lancar. Tambahan pula, sesuatu program
latihan itu tidak akan dilaksanakan sekiranya tidak ada masalah yang timbul di kalangan
profesional tersebut. Semasa analisis keperluan dijalankan, nilai juga tahap kerja individu
tersebut. Dalam konteks program ini dapat dilihat, sasaran peserta adalah mereka yang
mempunyai rekod bilangan sesi kaunseling yang rendah dan juga tidak mengamalkan sebarang
Setelah analisis keperluan dilaksanakan, pihak pengurusan program perlu mengkategorikan pula
tahap-tahap keperluan. Seperti apa yang dapat dilihat dalam bengkel latihan kepada kaunselor ini
ialah mereka mengeluarkan beberapa kategori keperluan yang dirasakan penting dan merupakan
misi utama program tersebut. Antaranya ialah kategori aplikasi teori tempatan, teori islamik, sesi
one-to-one sharing, teori art terapi, dan beberapa kategori lain. Pada pendapat saya, ini adalah
penting kerana tidak semua kaunselor lemah dalam satu bidang sahaja. Mereka mungkin akan
5
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Setelah selesai fasa pertama iaitu persediaan latihan, maka tibalah masa untuk pelaksanaan
latihan. Dalam proses pelaksanaan latihan ini terdapat tujuh perkara asas yang perlu di titik
beratkan supaya program latihan mengikut landasan yang betul dan tidak lari daripada tujuan
sebenar.
Penetapan objektif latihan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam menentukan
hala tuju program latihan. Penetapan objektif latihan adalah dibuat berdasarkan kepada
analisis keperluan latihan (training needs analysis) yang telah dibuat sebelum itu.
Objektif penting dalam memandu arah pelaksanaan program latihan, dan para pelatih
akan dapat mengetahui apakah yang diharapkan melalui program latihan ini daripada
Objektif juga berfungsi bagi pelatih untuk menilai pencapaian diri mereka sendiri, apakah
selepas mengikuti program latihan mereka dapat berubah dan menunjukkan prestasi kerja
yang baik seperti yang dinyatakan melalui objektif latihan. Pembentukan objektif latihan
juga membantu kerja penilaian latihan yang menjadi pengukur kepada tahap kejayaan
Apa yang saya lihat dalam bengkel ini ialah mereka mempunyai objektif yang jelas iaitu
sesi kaunseling. Saya percaya jika sesuatu program itu dijalankan tanpa ada matlamat
yang jelas, ibarat kapal tidak bernakhoda. Hanya berlayar tanpa tujuan. Makanya, jelas
pada pengalaman saya sendiri bahawa program latihan yang saya perhatikan ini
6
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
program latihan akan tertumpu kepada persoalan sama ada perlukah melantik konsultan
latihan atau jurulatih dari luar organisasi, ataupun sekadar menggunakan khidmat
jurulatih dan pasukan pelaksana latihan dari dalam organisasi. Jawapan kepada persoalan
sebegini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor. Antaranya, kos budget atau
peruntukan kewangan yang diberi oleh organisasi untuk melaksana latihan, budaya
organisasi melaksanakan latihan, jumlah pelatih, darjah kesukaran input latihan atau
model, modul, lokasi untuk latihan yang dimiliki organisasi, faktor masa, faktor psikologi
contohnya, pelatih akan lebih mudah menerima latihan jika diberi oleh orang luar
berbanding dengan hanya pengurus atau penyelia mereka sendiri yang menyampaikan
pekerja, latihan audit kualiti, latihan yang melibatkan kemahiran-kemahiran teknikal, dan
konsultan latihan dari luar organisasi pula mungkin melibatkan program-program latihan
yang kritikal seperti latihan penggunaan teknologi atau sistem komputer yang baru,
latihan yang melibatkan perubahan dasar organisasi atau kerajaan, dan sebagainya.
Bagi program latihan kaunselor ini, apa yang dapat saya lihat ialah pihak penganjur
menggunakan kedua-dua jenis khidmat jurulatih. Bagi mengendalikan teori tempatan dan
7
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
antarabangsa, fasilitator yang terlibat adalah mereka yang terdiri daripada ahli lembaga
kaunselor Malaysia sendiri kerana sudah ada pakar yang akan membentangkan tajuk
tersebut. Cuma apabila melibatkan teori islamik dan juga art therapy, pihak penganjur
menggunakan khidmat jurulatih luar kerana masih tidak ada kepakaran dalam unit
mereka sendiri. Ada antara jurulatih luar yang di jemput daripada luar negara iaitu
Indonesia dan Negara barat mengikut kepada kepakaran mereka. Mungkin isu bajet atau
elemen seperti isi kandungan, susunan aktiviti, pemilihan bahan mengajar, pembentukan
program latihan, masa dan perancangan perjalanan setiap aktiviti, pemilihan kaedah
Setiap peserta telah dibekalkan dengan segala keperluan dan bahan yang akan digunakan
sepanjang program latihan berlangsung semasa mereka mendaftar. Tentatif program juga
turut disertakan bagi memudahkan peserta menguruskan masa mereka dengan baik. Pihak
sebagainya kepada para perserta dan saya lihat semua perkara tersebut ada di sediakan
oleh pihak penganjur. Ini memudahkan peserta dan boleh digunakan pada masa akan
8
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini tentang jenis-jenis latihan, terdapat dua
kaedah latihan yang boleh dipilih oleh organisasi untuk diterapkan dalam program latihan
yang dirancang, iaitu latihan semasa kerja dan latihan di luar tempat kerja. Menurut
Ibrahim (1996), Mondy, Noe dan Premeaux (2002) dan Rozhan (2002), pemilihan teknik
dan kaedah latihan ini bergantung kepada beberapa faktor, antaranya objektif program,
masa dan sumber kewangan yang ada, sumber-sumber yang ada (jurulatih, tempat
latihan, material dan bahan latihan, teknologi), dan juga sifat pelatih (tahap KSA pekerja,
Ada kebaikannya jika latihan di jalankan di luar tempat kerja. Antaranya ialah memberi
ruang kepada peserta untuk merehatkan diri mereka dan bertukar angin daripada tempat
kerja biasa. Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan tahap
penerimaan peserta terhadap keseluruhan program. Program latihan ini telah dijalankan
di sebuah universiti awam kerana faktor kemudahan dan juga kos yang rendah.
Dalam langkah ini, pemilihan bahan-bahan atau material latihan biasanya tertakluk
kepada keselarasan penggunaannya dengan objektif latihan, pilihan jurulatih, dan seperti
tulis, alat bantuan mengajar (abm), modul untuk jurulatih, komputer atau sistem aplikasi
Sepanjang program berjalan, bahan atau material semasa latihan memang ada di sediakan
tetapi ada antara slot yang penting tidak menyediakan bahan tersebut. Mungkin ini antara
kelemahan pihak penganjur kerana tidak memastikan peserta mendapat bahan yang
9
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
sepatutnya mereka dapat. Bahan tersebut mungkin nampak remeh tetapi itu adalah antara
Penjadualan program latihan sebenarnya perlu dibuat selaras dengan jadual kerja yang
ditetapkan oleh setiap bahagian dalam sesebuah organisasi untuk para pekerjanya. Ini
Seterusnya, dalam merangka jadual program, pihak penganjur perlu memastikan bahawa
tentatif program tidak terlalu padat dan meletihkan para pelatih. Ini adalah kerana, ia
akan menyebabkan wujudnya kesesakan input latihan yang diterima oleh pelatih yang
menyukarkan mereka untuk memahami input manakah yang perlu diaplikasikan ditempat
Pihak pengajur menyedari bahawa 90% daripada peserta program latihan ini adalah
kakitangan awam iaitu guru sekolah. Makanya mereka merancang program ini dua hari
bekerja dan dua hari bercuti. Tidak boleh ambil ke empat-empat hari bekerja kerana ianya
akan mengganggu sistem operasi di sekolah. Tentatif yang disusun juga tidak terlalu
padat dan diselang-selikan dengan aktiviti ringan supaya peserta tidak berasa begitu
terbeban dan letih. Pihak penganjur juga mengambil kira faktor usia peserta kerana
peserta yang lebih berusia mungkin tidak akan dapat bertahan dalam jangka masa yang
10
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Pada tahap pelaksanaan ini, pihak yang memikul tanggungjawab utama ialah jurulatihdan
sebagaimana yang telah diatur, kemudahan penginapan, makanan dan lain-lain bagi para
pelatih (jika ada), kandungan latihan dapat disampaikan dengan baik, wujud aliran
training transfer yang baik dari jurulatih kepada pelatih dan penilaian terhadap
Sepanjang program berlangsung, apa yang saya perhatikan ianya berjalan dengan lancar
dan tidak wujud masaah yang besar seperti masalah jurulatih dan sebagainya. Segala
Program latihan yang telah dilaksanakan sebenarnya tidak diketahui sejauh mana tahap
keberkesanannya jika hanya melihat setiap wajah peserta menunjukkan senyuman apabila tamat
program latihan. Atau melihat kepada semata-mata kepuasan hati peserta latihan terhadap tempat
latihan, makanan, dan lain-lain kemudahan latihan. Keberkesanan latihan perlu diukur melalui
aspek-aspek spesifik dari pelbagai dimensi dalam program latihan. Menurut Goldstein (dalam
Ibrahim, 1996) penilaian program latihan adalah pengumpulan secara bersistematik segala
maklumat sama ada berbentuk deskriptif ataupun berbentuk pertimbangan (judgemental) yang
diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan mengenai latihan yang berkesan yang berkaitan
dengan pemilihan, pemakaian, nilai dan juga pengubahsuaian pelbagai aktiviti pengajaran.
11
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Proses mendapat dan mengumpulkan maklumat berguna untuk dijadikan pilihan tertentu
Satu proses perbandingan antara bukti yang sah dengan kriteria atau piawai yang telah
ditetapkan
Menurut Ibrahim (1996), tujuan penilaian dibuat ialah untuk memperbaiki reka bentuk program
latihan, mengetahui tahap pencapaian objektif latihan, memperbaiki cara dan gaya pelaksanaan
program latihan, mempertingkatkan penggunaan ilmu dan kemahiran yang dipelajari oleh pelatih
apabila kembali ke tempat kerja, untuk membuat tindakan susulan dan mengetahui masalah yang
dihadapi oleh bekas pelatih di tempat kerja dan membantu organisasi membuat keputusan
Bagi menilai program latihan untuk kaunselor ini, saya menggunakan Model Penilaian
Penilaian Reaksi
Apa yang dirasakan oleh peserta terhadap program latihan yang dilaluinya sama ada
berguna pada dirinya atau tidak. Apa yang dapat dilihat dan dialami ialah berasa berpuas
hati terhadap program latihan tersebut. Ianya boleh dilihat dan dinilai secara luaran
terlebih dahulu dengan melihat reaksi dan maklum balas peserta program.
Penilaian Pembelajaran
12
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Melihat pada persoalan adakah peserta belajar, seperti mana yang ingin dicapai di dalam
objektif program pembangunan sumber manusia. Saya yakin dan percaya setiap peserta
dapat pelajari sesuatu semasa program latihan tersebut dijalankan. Mungkin tidak 100%
tempat kerja atau berlakukah pemindahan latihan? Saya menyarankan kepada pihak
MGKK dan juga LKM mahupun penganjur untuk membuat penilaian susulan iaitu
adakah mereka menggunakan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari
Kesan program latihan yang ditunjukkan pelatih selepas mengikuti latihan dan
sumbangannya kepada pihak organisasi. Ini juga merupakan kesan jangka panjang yang
mungkin susah untuk dinilai oleh pihak penganjur kerana bukan di waktu program
dijalankan.
Keselurahan program latihan kaunselor ini, didapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu di
baiki oleh pihak penganjur untuk masa akan datang. Antaranya ialah bahan latihan yang tidak
dibekalkan secara keseluruhan. Ada slot yang dibekalkan bahan latihan tetapi kebanyakannya
hanya dibekalkan kepada jurulatih sahaja. Pada pandangan saya, bahan ini penting untuk
kegunaan jangka masa panjang. Seterusnya, saya mencadangkan agar slot bagi bengkel latihan
13
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
sesi kaunseling di kecilkan skopnya iaitu bilangan peserta bagi satu-satu bilik. Ini kerana jika
terlalu ramai peserta dalam satu bilik atau sesi, akan menyebabkan peserta kurang fokus dan
Akhir sekali, saya merasakan progam latihan kepada golongan profesional ini dijalankan dengan
baik dan dirancang dengan teliti. Tidak terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang saya
rasakan kerana majoritinya berpuas hati dengan latihan yang disediakan. Saya juga percaya
peserta-peserta lain juga berpuas hati kerana mereka dapat input yang sepatutnya mereka dapat.
Program latihan bagi golongan profesional ini sememangnya amat penting bagi meningkatkan
lagi kualiti kerja mereka. Jika ilmu sekadar itu sahaja, tidak ada nilai tambah, maka akan hilang
Kesimpulan
Latihan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang perlu dijadikan falsafah berterusan
bagi sesebuah organisasi. Individu yang melalui tempoh-tempoh tertentu bekerja dalam sebuah
kemahiran dan pengetahuan mereka, dan jawapannya adalah latihan. Perubahan yang berlaku
dalam organisasi misalnya dalam konteks teknologi dan persaingan menyebabkan fungsi latihan
banyak kebaikan dan faedahnya. Realitinya menunjukkan banyak organisasi pada masa kini
pekerja dapat mengikuti arus perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku
di dalam organisasi.
14
DCE 5731 Pendidikan Profesional Berterusan
Rujukan
Cascio, W.F. 1995. Pengurusan Sumber Manusia: Produktiviti, Kehidupan Kerja Berkualiti,
Hellriegel, D., Jackson, S.E. dan Slocum, J.W. 1999. Management. Ohio : South-Western
College Publishing.
Ibrahim Mamat. 1996. Reka Bentuk Dan Pengurusan Latihan : Konsep Dan Amalan. Kuala
Mondy, R.W., Noe, R.M. dan Premeaux, S.R. 2002. Human Resource Management. New York:
Nadler, L. 1983. Designing Training Programs :The Critical Events Model. Reading: Addison
Rozhan Othman. 2002. Pengurusan Personel Dan Perancangan Guna Tenaga. Selangor: Dewan
15