Você está na página 1de 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 9 DENGAN CARA MENULIS YANG

BETUL MELALUI PENGGUNAAN KIT EXPLORE ME DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH.

Pavitrra A/P Subbramaniyam

Encik Nik Rosli B. Ibrahim

8 PISMP PRA 2

pavitrrapavi@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis nombor 0 9
dengan kemas menggunakan Kit Explore Me. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk
membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menulis nombor 0-9. Selain itu, kajian ini juga dibuat adalah
untuk melihat kekemasan dalam menulis nombor. Tinjauan awal mendapati murid menghadapi masalah dalam
kemahiran menulis nombor secara kemas mengikut bentuk yang betul. Kaedah yang digunakan ialah
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Kaedah ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan murid
dalam menulis nombor dan kekemasan tulisan. Sampel kajian terdiri daripada tiga orang murid prasekolah
yang mempunyai masalah kekemasan menulis nombor. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap
lembaran kerja murid-murid ini dan mendapati murid-murid ini lemah dalam kemahiran menulis. Peserta kajian
yang dipilih ini berada dalam tahap yang rendah dan belum mengusai kemahiran menulis nombor. Pengkaji
telah memilih sampel kajian ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti prestasi mereka dalam ujian
pengesanan yang dilaksanakan oleh pengkaji. Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif
(peratus). Refleksi kajian menunjukkan masalah dalam kemahiran menulis ini berpunca daripada murid
ketidakfahaman murid tentang bentuk nombor. Kit Explore Me yang dihasilkan digunakan untuk membantu
kanak-kanak mengatasi masalah kemahiran menulis yang dihadapi dari aspek kekemasan tulisan. Dalam
intervensi yang dijalankan pengkaji akan meminta kanak-kanak menggunakan Kit Explore Me semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi dari penggunaan Kit Explore Me ini menjadikan nombor
yang ditulis oleh kanak-kanak lebih kemas dan baik berbanding sebelum menggunakan kit ini. Selain daripada
itu, mereka juga menunjukkan minat terhadap mata pelajaran matematik dan aktif dalam kelas. Cadangan
lanjutan bagi kajian ini ialah dengan menggunakan Kit Explore Me ini kepada murid-murid tahap satu dan
bagi nombor supaya dapat dipertingkatkan kemahiran menulis mereka dengan menggunakan Kit Explore
Me. Kajian selanjutnya juga tidak semestinya tertumpu kepada kemahiran Matematik sahaja. Pengkaji
seterusnya juga boleh mengaplikasikan kaedah bimbingan individu ini untuk subjek Bahasa Melayu dalam
kemahiran mengenal huruf dari A hingga Z kepada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengenal huruf.
Pemilihan aktiviti dan bahan bantu belajar boleh disesuaikan berdasarkan minat dan keperluan murid
tersebut..

Kata kunci : Penggunaan , Kit Explore Me, meningkatkan, kemahiran menulis nombor, kekemasan

1
Pendahuluan

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas pendidikan
dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem
persekolahan di Malaysia. Pendidikan awal amat perlu kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai
kemahiran dan pembelajaran yang sepatutnya dikuasai pada peringkat awal. Masalah yang sering berlaku
dalam kalangan murid prasekolah ialah lemah dalam menguasai kemahiran menulis.Kegagalan murid
menguasai kemahiran menulis akan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Kemahiran menulis amat penting kerana ia merupakan salah satu bentuk komunikasi dimana kanak kanak
mahupun orang dewasa meluahkan perasaan mereka melaluinya. Sewaktu menjalani praktikum yang lepas,
saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini. Jumlah murid yang
terlalu ramai dalam satu kelas, bercampur tahap kebolehan yang berbeza sememangnya memberi satu
masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi pelajaran yang disampaikan dapat diterima
oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu masa serentak. Hal ini kerana, saya tidak dapat menfokuskan
pengajaran kepada setiap peringkat kebolehan murid.

Fokus kepada murid prasekolah yang menghadapi masalah mengenal dan menulis nombor dengan
betul. Justeru itu, saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran subjek Matematik. Murid-murid mengalami masalah untuk mengingat dan menulis nombor
dengan baik. Kegagalan murid-murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
sepenuhnya ilmu yang dipelajari sekaligus murid-murid menunjukkan reaksi bosan ketika pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Murid-murid juga tidak mencapai objektif pengajaran yang diharapkan. Bagi
mengenalpasti murid yang bermasalah, saya telah membuat pemerhatian ke atas mereka. Melalui
pemerhatian tersebut, saya cuba mengenalpasti dan mencari punca kepada pembawaan masalah tersebut.
Berhubung dengan permasalahan di atas, saya mengubah cara pengajaran saya melalui Kit Explore Me
sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran menulis murid-murid
sekaligus meningkatkan minat murid-murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini dilaksanakan di prasekolah A ( bukan nama sebenar). Ia berbentuk kualitatif, segala
perlakuan dan aktiviti peserta kajian dalam skop kajian dicatat semasa di hadapan kelas. Selain itu, pengkaji
telah melaksanakan pemerhatian secara berterusan semasa kajian dilakukan ke atas peserta kajian, gerak
balas peserta kajian diambil kira. Kemahiran mengenal dan menulis nombor merupakan kemahiran yang
sangat penting dalam mata pelajaran Matematik.. Tanpa kemahiran mengenal dan menulis ini murid-murid
tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran lain dan masalah ini akan mempengaruhi rutin harian mereka.
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan mengenal dan menulis nombor 0 - 9 dalam
kalangan murid prasekolah.

Kajian tindakan ini memfokuskan untuk mencari kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk
meningkatkan penguasaan murid menulis nombor 0 -9 dengan cara yang betul apadila disebut secara rawak.
Mereka boleh menyebut nombor 0-9 dengan urutan yang betul tetapi apabila disuruh menulis secara rawak
mereka tidak dapat menulisnya. Walaupun mereka dapat menulis nombor tersebut, terdapat kesalahan dalam
cara penulisan mereka. Penggunaan penggunaan kit Explore Me untuk meningkatkan kemahiran murid
menulis nombor dengan kemas.

Pengkaji akan memberi murid menggunakan Kit Explore Me setiap kali kelas matematik berlangsung.
Diharap kajian ini akan dapat membantumembantu murid mengenal bentuk nombor dan cara penulisan
nombor yang betul. Selain daripada itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran
motor kasar secara tidak langsung dimana kemahiran motor ini memainkan peranan penting dalam kemahiran
menulis .

2
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

i. Meningkatkan kekemasan menulis nombor 0 -9 mengikut bentuk nombor yang betul melalui
penggunaan kit Explore Me.
ii. Menguasai kemahiran menulis nombor 0 9 dengan betul apabila disebut secara rawak melalui
penggunaan kit Explore Me.
iii. Meningkatkan tahap minat murid dalam mempelajari nombor dengan menggunakan kit
Explore Me.

Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

i. Bagaimanakah Explore Me dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan


kemas nombor 0 -9 mengikut bentuk nombor yang betul ?
ii. Bagaimanakah penggunaan Explore Me dapat meningkatkan penguasaan konsep asas
nombor 0 hingga 9 bagi murid prasekolah?
iii. Sejauh manakah penggunaan kit Explore Me dapat meningkatkan minat murid terhadap
pembelajaran nombor?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan dua orang murid perempuan dan seorang budak murid lelaki yang berumur 6
tahun dari Sekolah Kebangsaan A Mereka merupakan murid daripada kelas Prasekolah yang menghidapi
masalah menulis nombor dengan kemas. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap lembaran kerja
murid-murid ini dan mendapati murid-murid ini lemah dalam kemahiran menulis. Peserta kajian yang dipilih ini
berada dalam tahap yang rendah dan belum mengusai kemahiran menulis nombor. Pengkaji telah memilih
sampel kajian ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti prestasi mereka dalam ujian pengesanan yang
dilaksanakan oleh pengkaji. Selain itu, mereka juga dipilih berdasarkan pemerhatian pengkaji ketika pengkaji
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga melalui semakan lembaran
kerja yang telah dibuat oleh mereka.

3
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kemmis & Mc Taggart dalam menjalankan kajian tindakan ini.

Rajah 1: lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (model penyelidikan tindakan


Kemmis & Mc Taggart)

i. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Langkah pertama dalam membuat kajian ini adalah pengkaji perlu membuat refleksi melalui teknik imbas
kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.Terdapat kekuatan dan kelemahan
yang timbul setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Dari refleksi yang telah dilaksanakan
semasa sesi pengajaran Matematik, pengkaji mendapati murid tidak dapat menulis nombor dengan
betul.Nombor yang ditulis oleh murid terbalik dan memerlukan bimbingan guru untuk menulis nombor dengan
betul dan kemas.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa faktor yang
menjadi penyumbang kepada masalah ini berlaku dan faktor yang telah dikenalpasti ialah bahan bantu
belajar, strategi pengajaran dan murid-murid itu sendiri. Faktor-faktor tersebutlah yang menjadi penyumbang
kepada persoalan mengapa kajian ini perlu dijalankan.Sebelum memulakan kajian tindakan ini, pengkaji
mencari isu-isu mahupun masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dalam kelas ini.

ii. Merancang tindakan

Seterusnya, pengkaji merancang tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan penguasaan peserta
kajian dalam menulis nombor dengan cara yang betul dapat dipertingkatkan. Untuk mengatasi masalah ini
agar tidak terus berpanjangan, saya telah merancang untuk membuat satu tinjauan awal untuk mengetahui
apakah aktiviti yang sering dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Semua hasil
kerja murid disemak dan dibuat analisis. Seterusnya pengkaji telah memilih tiga orang murid sebagai peserta
kajian.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pemerhati sepanjang mengajar di kelas tersebut, pengkaji
mendapati kedua-dua peserta kajian tidak menunjukkan minat dan kesungguhan ketika mata pelajaran
Matematik berlangsung.

Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menggunakan teori yang telah dicipta oleh Dr Maria Montessori
yang menekankan aspek penggunaan deria. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah merancang untuk
membina satu bahan bantu belajar (BBB) yang dapat membantu murid dalam masalah ini yang menggunakan
kaedah belajar sambil bermain dan penggunaan jel dalam penulisan. Pengkaji merancang untuk
menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kit Explore Me yang akan membantu murid
untuk mengatasi masalah kekemasan menulis nombor 0 hingga 9.
4
iii. Bertindak

Pada peringkat ini, pengkaji memastikan ketiga -tiga murid yang dipilih menjadi peserta kajian dalam
kajian ini. Oleh kerana pengkliaji akan meggunakan kit Explore Me yang dibina semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran, ketiga - tiga orang peserta kajian ini akan diasingkan daripada rakan-rakan mereka.
Peserta kajian akan diminta melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji di sudut bacaan manakala
rakan-rakan yang lain akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Tindakan seterusnya, pengkaji akan menggunakan Kit Explore Me. Pengkaji akan menunjukkan
terlebih dahulu kad nombor kepada murid dan murid juga diberi peluang untuk melihat kit tersebut. Kit ini
akan digunakan secara berulang kali supaya murid akan lebih mengenali nombor dan dapat menulis nombor
dengan tepat. Pengkaji akan memperkenalkan nombor kepada murid daripada nombor 0 sehingga nombor
9. Peserta kajian juga diminta menunjukkan bentuk nombor tersebut mengikut arah yang betul menggunakan
kereta mainan. Seterusnya, murid akan menulis pada papan gel yang terdapat dalam kit tersebut. Peserta
kajian mula mengenali bentuk nombor dan mula menulis tanpa bantuan guru. Seterusnya, murid diminta
menulis sendiri nombor pada bahagian yang telah disediakan pada kit dengan menggunakan pen yang boleh
dipadam. .

iv. Pemerhatian

Pengkaji akan melakukan pemerhatian sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu dan setiap
pemerhatian akan dicatat perkembangan penguasaan kemahiran menulis nombor 0-9. Pengkaji akan
memungut data untuk melihat sejauh manakah keberkesanan kaedah ini untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis nombor peserta kajian. Dapat dirumuskan daripada keputusan dan data yang terakhir,
pengkaji membuat kesimpulan mengenai kajian yang telah dilakukan ini. Dengan menggunakan data-data
yang telah dikutip dan direkodkan sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, dapat melihat sama ada kaedah
diketengahkan ini mampu meningkatkan kemahiran menulis nombor 0-9 dikalangan peserta kajian tersebut
ataupun tidak dapat diatasi.

DAPATAN KAJIAN

Soalan kajian 1 : Bagaimanakah Explore Me dapat membantu murid menguasai kemahiran


menulis dengan kemas nombor 0 -9 mengikut bentuk nombor yang betul?

Peserta Kajian Pengesanan awal Pentaksiran akhir Peningkatan

Peserta Kajian J 50% 90% 40%

Peserta Kajian T 50% 100% 50%

Peserta Kajian X 40% 80% 40%

Jadual 1 : Skor peratusan markah pengesanan awal ke pentaksiran akhir peserta kajian
5
100
90
80
70
Jumlah Markah

60
50
PENGESANAN AWAL
40
PENTAKSIRAN AKHIR
30
20
10
0
Peserta Kajian J Peserta Kajian Peserta Kajian
T X
Bilangan Peserta Kajian

Rajah 2 : Peratusan peningkatan skor dari pengesanan awal ke pentaksiran akhir

Jadual dan rajah di atas menunjukkan peratus markah yang diperolehi oleh ketiga-tiga orang peserta
kajian dari pengesanan awal ke pentaksiran akhir berdasarkan item kriteria yang telah diuji. Peratus markah
yang diperolehi peserta kajian J dalam pengesanan awal ialah 50%, peserta kajian T memperolehi markah
50% manakala peserta kajian ketiga pula sebanyak 40%. Dalam penaksiran akhir pula, peserta kajian 1
berjaya memperolehi peratus markah sebanyak 90%, peserta kajian kedua sebanyak 100% dan peserta kajian
ketiga sebanyak 80%.

Setelah menggunakan kit explore me didapati berlakunya peningkatan dalam kemahiran menulis bagi ketiga-
tiga peserta kajian setelah diuji dengan beberapa kriteria tulisan seperti mana dalam rajah di atas. Jika dilihat
dalam jadual sebelum ini, peserta kajian X mendapat peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 40% sahaja
manakala peratusan markah paling tinggi adalah peserta kajian J dan T iaitu sebanyak 50%. Namun demikian
apabila rawatan telah dijalankan ke atas semua peserta kajian maka mereka menunjukkan peningkatan
memberangsangkan .

Peserta kajian T menunjukkan penguasaan kekemasan tulisan yang paling baik yang telah mendapat
peratusan skor markah sebanyak 100% dan diikuti peserta kajian J 90% dan peratus paling rendah adalah
peserta kajian X sebanyak 80%. Namun begitu, peserta kajian T menunjukkan peratusan peningkatan yang
paling tinggi iaitu sebanyak 50 %, dikuti 40% peserta kajian J dan X. Peningkatan yang memberangsangkan ini
telah membuktikan bahawa penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis dan kekemasan tulisan
semakin meningkat. Dengan ini, maka sekali gus dapat membuktikan keberkesanan kit explore me dapat
membantu memperbaiki kekemasan tulisan nombor peserta kajian.

6
Soalan kajian 2 : Bagaimanakah penggunaan Explore Me dapat meningkatkan penguasaan menulis
konsep nombor 0 hingga 9 bagi murid prasekolah?

Nombor bulat yang dapat ditulis oleh peserta kajian dengan betul
Peserta / selepas penggunaan Kit Explore Me
nombor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah Peratus
betul
J 9 /10 90 %

T 10 /10 100 %

X 8/10 80 %

Jadual 2 : Nombor bulat yang dapat ditulis oleh peserta kajian dengan betul selepas penggunaan
Kit Explore Me

13% 2
19%
6%
3
6% 4
19%
13% 5

7
6%
19% 8

Rajah 3 : Peratus nombor bulat yang dapat ditulis oleh peserta kajian dengan betul
selepas penggunaan Kit Explore Me

Berdasarkan carta pai di atas, didapati peserta kajian dapat menguasai sepenuhnya cara menulis
nombor dengan betul manakala peserta kajian J juga menguasai sebanyak 90 % dan diikuti oleh peserta
kajian X iaitu sebanyak 80 %. Hanya dua nombor sahaja yang tidak dapat dikuasai oleh 2 orang peserta
kajian iaitu nombor 5 dan 9. Dua peserta kajian tidak boleh menulis nombor 5 manakala seorang peserta
kajian tidak dapat menulis nombor 9. Jadi kesimpulannya, pengunnaan Explore Me dapat membantu
peserta kajian dalam menguasai kemahiran menulis nombor 0- 9 dengan jayanya. Graf menunjukkan
peningkatan yang ketara tentang pencapaian murid dimana mereka berada dalam zon cemerlang selepas
menggunakan kit ini.

7
Soalan 3 : Sejauh manakah penggunaan kit Explore Me dapat meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran nombor?

BIL SOALAN TEMU BUAL RESPON

1 Bagaimana kelas hari ni? Suka tak Suka cikgu.


belajar?

2 Kenapa cakap suka belajar hari ni? Boleh main gel.


Boleh tulis-tulis.
Di rumah pun saya selalu main kereta.

3 Ingat tak apa yang cikgu ajar tadi? Ingat. Cikgu ajar tulis nombor.
Saya dah pandai tulis.

4 Lepas ni, kalau cikgu ajar nombor lain, Nak, nak. Boleh cikgu. Cikgu ajar nombor lain
boleh ke? pula.

Berdasarkan transkrip temu bual tersebut, kesemua peserta kajian menunjukkan respons yang positif
dengan setiap soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Ini boleh dilihat apabila pengkaji mengajukan soalan
Bagaimana kelas hari ni? Suka tak belajar? Peserta kajian menunjukkan minat yang ketara dan menjawab
Suka cikgu sambil tersenyum. Pada kebiasaanya peserta kajian hanya akan menundukkan kepala dan
mengangguk tanda bersetuju.

Untuk soalan kedua, pengkaji bertanyakan peserta kajian Kenapa cakap suka belajar hari ni? Peserta
kajian menjawab, Suka sebab boleh main gel. Boleh tulis-tulis. Di rumah pun saya selalu main kereta cikgu.
Ini membuktikan bahawa pendekatan membentuk nombor menggunakan gel dan kereta mainan yang
dilaksanakan menyeronokkan murid dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Peserta kajian berasa seronok kerana kereta mainan dan gel adalah berbentuk permainan dan dekat dengan
jiwa kanak-kanak.

Peserta kajian juga menjawab Ingat, Cikgu ajar tulis nombor. Saya dah pandai tulis. apabila pengkaji
bertanyakan Ingat tak apa yang cikgu ajar tadi? Ini menunjukkan bahawa peserta kajian dapat menguasai
kemahiran yang diajar dan turut pandai menuliskan nombor tersebut. Peserta kajian terus menjawab ingat
dengan yakin dan memberitahunya sudah boleh menulis nombor-nombor tersebut. Pengkaji turut mengujinya
dengan menyuruhnya menulis nombor 1 hingga 5 dan peserta kajian ternyata boleh menuliskannya dengan
baik. Hal ini membuktikan bahawa bahan bantu belajar yang menarik dapat meningkatkan ingatan dan
membuatkan mereka lebih mudah mengingati apa yang dipelajari.

Pengkaji turut bertanyakan soalan seperti Lepas ini, kalau cikgu ajar nombor lain, boleh ke? Peserta
kajian terus menjawab Nak, nak. Boleh cikgu. Cikgu ajar nombor lain pula dan menunjukkan minat yang
ketara. Ini jelas menunjukkan penggunaan bahan bantu belajar yang menarik dan berlainan dapat
meningkatkan minat dan kesungguhan murid untuk belajar.Berdasarkan temubual juga, dapat disimpulkan
bahawa peserta kajian berasa seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Peserta
kajian tidak lagi menangis dan memencilkan diri semasa dalam proses pengajaran pembelajaran bersama
rakan sekelas. Peserta kajian juga dilihat lebih yakin untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh pengkaji
dan sentiasa mahu menjawab soalan dan keluar di hadapan kelas kerana peserta kajian sudah mengenal
nombor 0 hingga 9.
8
REFLEKSI

Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan, pengkaji menyedari bahawa seseorang guru perlu
kreatif dan berminda terbuka dalam membina rancangan pengajaran yang berkesan dan bermakna. Ketika
penggunaan kaedah bahan maujud dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati bahawa murid
memberikan tindak balas yang positif dan lebih aktif semasa belajar. Situasi ini sangat berbeza dengan kelas
sebelumnya yang menggunakan kaedah tradisional. Ini berkemungkinan, penggunaan kaedah bahan maujud
mampu menarik minat murid terhadap pelajaran.Perkara ini memberikan saya keyakinan bahawa kaedah ini
mampu memberikan kesan yang positif.

Saya berpendapat kaedah ini juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru sebagai pengganti
kepada kaedah tradisional. Seperti yang diketahui, BBM hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu
bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan
menyeronokkan. Kreativiti boleh diperoleh apabila seorang guru mencuba. Pelbagai bahan boleh untuk
digunakan sebagai BBM jika seseorang guru itu bijak mempelbagaikannya. Melalui kepelbagaian bahan
pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang
tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Tambahan pula, gaya pembelajaran setiap murid adalah berbeza. Saya berpendapat, murid yang
menjadi sasaran kajian saya memiliki gaya pembelajaran kinestetik. Ini kerana murid menunjukkan sikap pasif
seperti mendiamkan diri dan kurang berkomunikasi apabila kaedah tradisional seperti chalk and talk dan buku
teks kerap digunakan. Menurut Nurita (2007), gaya pembelajaran kinestetik adalah belajar melalui gerakan
dan sentuhan. Melalui kaedah bahan maujud, murid berpeluang menyentuh dan membina pengetahuian
konkrit berkaitan bahan maujud yang digunakan. Inidisokong oleh Isahak (1996, seperti dinyatakan dalam
Nurul Shamimi, 2010) mengatakan bahawa pencapaian murid yang meningkat atau menurun bukanlah
dipengaruhi oleh tahap I.Q mereka semata-mata tetapi dipengaruhi oleh penghasilan bahan pengajaran guru
yang bersistematik di samping kesediaan kognitif dan efektif murid. Oleh itu, adalah tidak mustahil untuk
mencuba supaya pembelajaran murid menjadi lebih bermakna.

Dalam kajian ini, setelah kaedah bahan maujud digunakan saya dapati murid menunjukkan reaksi yang
positif setiap kali kelas bermula. Tambahan lagi, ada murid yang menegur saya dan minta saya mengajar
mereka walaupun saya tidak mengajar pada hari berkenaan. Hal ini menunjukkan minat murid terhadap mata
pelajaran Matemtik sudah terbina. Murid dilihat lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar. Baharom dan
Ilyas (2010) menyatakan bahawa motivasi dalam diri murid tidak hadir secara sendiri tanpa disokong oleh
kaedah pengajaran guru yang kreatif dan efektif. ini disokong oleh Songgok (2009) menyatakan bahawa guru
yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan muridnya bermotivasi
dalam pelajaran.

Keberkesanan dalam pengajaran juga bergantung kepada usaha guru dalam memahami makna
motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar itu ke
tahap yang maksimum melalui kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah
bahan maujud untuk membina motivasi belajar dalam diri murid dan keberkesannya telah dilihat berdasarkan
perubahan tingkah laku murid seperti yang dinyatakan sebelum ini. Akan tetapi, melalui kajian ini saya juga
pelajari bahawa penggunaan kaedah bahan maujud semata-mata tidak akan berhasil sekiranya beberapa
perkara tidak diambil kira. Antaranya ialah bahan maujud yang digunakan perlu menarik, mudah dikendalikan
dan tidak merbahaya. Bahan ini boleh berubah mengikut kemampuan dan kepentingan guru dan cara
pengendalian bahan tersebut. Tanpa pengetahuan dan cara pemakaian, bahan tersebut akan menjadi gajah
putih dalam kelas dan membazir sahaja.

9
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Selepas tamat tempoh pelaksanaan kajian mengenai kekemasan tulisan ini, pengkaji mendapati
terdapat banyak perubahan yang berlaku kepada peserta kajian pengkaji. Perubahan ini dapat dilihat dari segi
kefahaman mereka ketika menulis, cara menulis dan yang paling penting hasil tulisan mereka yang semakin
kemas dan tingkah laku mereka yang menunjukkan minat terhadap aktiviti menulis. Masalah seperti
kekemasan tulisan ini boleh di atasi jika semua pihak sentiasa memainkan peranan masing-masing dan
mengambil serius akan masalah ini. Pengkaji sendiri perlu sentiasa menitikberatkan serta memberikan
perhatian dan bimbingan kepada murid yang bermasalah ini serta cuba mencari langkah atau kaedah sesuai
yang boleh membantu menyelesaikan masalah peserta kajian. Hal ini kerana ada di antara guru yang
mengambil sikap sambil lewa terhadap masalah yang di hadapi murid dan ia akan berlarutan ke tahap
seterusnya jika tidak dibendung dari peringkat awal.

Setiap kajian ada kelemahan dari beberapa aspek yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu terdapat
pelbagai cara penambahbaikan yang boleh di lakukan oleh pengkaji untuk memastikan kaedah yang
digunakan berkesan sepenuhnya. Cadangan pengkaji ialah memanjangkan masa pelaksanaan bagi kajian
kekemasan tulisan ini supaya tempohnya dipanjangkan lagi. Hal ini adalah penting bagi mendapatkan data
yang lebih kukuh seterusnya mendapat keputusan kajian yang lebih tepat.

Cadangan seterusnya ialah memastikan kit explore me ini dapat diperluaskan lagi sebagai
pendedahan kepada murid-murid prasekolah khususnya murid yang masih belum menguasai cara menulis
dengan baik dan kemas. Jika pada peringkat awal murid-murid telah ditekankan maka tugas guru di sekolah
rendah akan lebih mudah dan ini seterusnya akan dapat mengelakkan keciciran murid tahun 1, 2 dan 3.

Kajian selanjutnya juga tidak semestinya tertumpu kepada kemahiran Matematik sahaja. Pengkaji
seterusnya juga boleh mengaplikasikan kaedah bimbingan individu ini untuk subjek Bahasa Melayu dalam
kemahiran mengenal huruf dari A hingga Z kepada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengenal huruf.
Pemilihan aktiviti dan bahan bantu belajar boleh disesuaikan berdasarkan minat dan keperluan murid
tersebut..Selain itu, guru perlu memberikan bimbingan berterusan kepada murid-murid. Tidak boleh wujud
perkataan mustahil dalam kalangan guru dalam membimbing murid. Guru perlu sentiasa positif dalam usaha
membantu murid ke arah perubahan yang lebih baik. Secara tidak langsung membantu pengkaji menambah
baik amalan pengajaran pengkaji.

Pengkaji juga mencadangkan pada masa akan datang ada penambahbaikan dari segi kit explore me ini
agar menjadi lebih inovasi dan mempunyai banyak fungsi yang pelbagai. Pengkaji berharap agar ada pihak
yang meneruskan kajian ini bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis. Semoga kajian
ini dapat diperbaiki lagi dan ditransformasikan agar menjadi sebuah kaedah yang berkesan untuk
meningkatkan kemahiran menulis. Tindakan susulan dan kepelbagaian dalam tindakan untuk mengukuhkan
lagi tindakan yang sedia ada perlu dilaksanakan untuk menjamin kelangsungan kejayaan yang dicapai.

Melalui kajian ini, pengkaji telah dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dalam bidang mengkaji,
menyelidik dan secara langsung membantu pengkaji ke arah peningkatan profesion diri pengkaji pada masa
hadapan. Sebagai kesimpulan, guru-guru perlu kreatif dan berinovasi dalam usaha untuk menambah ilmu
pengetahuan baru dan sanggup menyahut setiap cabaran dan perubahan yang berlaku dalam sistem
pendidikan masa kini. Peranan utama guru mendidik anak bangsa sehingga berjaya seharusnya bermula
daripada strategi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru yang bijaksana melahirkan murid yang
berkualiti.

10
RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab
perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008),
Buku Manual Kajian Tindakan, Putrajaya, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Baroody, A. J. (1987). Childrens mathematical thinking: A developmental framework for preschool,


primary, and special education teachers. New York: Teachers College.

George, B., Denise, B., Len, S. & Paul, S. (2004) Teaching Primary Mathematics. Australia: Pearson
Education.

Jeniffer, S.,Andrew, D., & Maria, G (2001), Mathematical Knowledge for Primary Teacher. London: David
Fulton

K.A Razhiyah (2006). Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur, Malaysia. PTS Profesional
Sdn BhD.

Kasnani Ab Karim et. all. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah Bahagian 2. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005) Kuala Lumpur

Malia Hollowell 2014) Number Counting and Tracing Book dimuat turun dari
http://rhymetime4kids.blogspot.my/ dilayari pada 6 Ogos 2016.

Mariani Md Nor. (2009). Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah, dimuat turun dari
http://cikguani.blogspot.com/2009_03_27_archive.html dilayari pada 7 Ogos 2016.

Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zuri Ghani,Aznan Che Ahmad(2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak- kanak Berkeperluan
Khas MPH.Distributor Sdn Bhd.

Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong. (1986).Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat
Sekolah Rendah: Hainemann (Malaysia) Sdn.Bhd.

Muhaamad, K.A Jamila(2008). Special Education For Special Children. Jakarta. Hikmah

Nadhirah Yaakob (2013). Sebut Betul Tulis Salah. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu

Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd

Robert, R., Mary, M.L., Diana, V.L, & Nancy, L.S,.(2009), Helping Children Learn Mathematics. United States:
John Wiley & Sons, Inc

Siti Norfadhilah (2012). Penggunaan Poket Nombor Dalam Mengatasi Masalah Keterbalikkan Angka.
Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu

Sumiyati Abdul Halim Jikem (2009). Nombor Dan Abjad Terbalik. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL ms.189-198 Dimuat turun pada 27 Mac 2014

Ting Len Siong, Ahmad Shabry,Ting Hun yeong (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

11

Você também pode gostar