Você está na página 1de 6

AMALI 5 : STARTER MOTOR AND STARTER SOLENOID

Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)


Masa : 3.00 – 6.00 Petang
Pensyarah Pembimbing : En Muhammad Zhurad Bin Haron
Pembantu Pensyarah : Encik Zainal
Tajuk : Pemasangan, fungsi dan langkah keselamatan semasa
mengendalikan starter motor dan starter solenoid.

Pengenalan :

Starter motor dan Starter solenoid merupakan komponen terpenting untuk menghidupkan
sebuah enjin. Melalui langkah penyelenggaraan yang betul, alatan ini akan dapat bertahan lama
dan peluang untuk alatan ini rosak juga berkurangan.

Langkah Kerja :

A. Cara untuk memeriksa motor penghidup dalam keadaan baik

1. Menanggalkan motor penghidup menggunakan nat pembuka yang bersesuaian.

2. Pastikan enjin tidak dihidupkan.

3. Cabut cable bateri positif.


4. Bukak dua nad yang melekatkan motor penghidup.

5. Tanggalkan motor penghidup.

6. Pastikan motor penghidup tidak terjatuh.

B. Cara memastikan motor penghidup berada dalam keadaan yang baik.


1. Untuk langkah keselamatan, motor penghidup perlu diikat kemas dengan menggunakan
ragum.

2. Langkah untuk memeriksa keadaan solenoid:

i. Ukur nilai arus pada bateri menggunakan ammeter


ii. Wayar hitam diklipkan pada punca bateri negatif dan satu bahagian wayar lagi
diletakkan di perumah motor penghidup.
iii. Wayar merah diklipkan pada punca bateri positif dan satu bahagian wayar lagi
diletakkan pada solenoid.
iv. Gear pinion akan menolak-nolak menunjukkan solenoid dalam keadaan yang
baik.

3. Langkah untuk memeriksa keadaan motor:

i. Ukur nilai arus bateri menggunakan ammeter


ii. Wayar hitam diklipkan pada punca bateri negatif dan satu bahagian wayar lagi
diletakkan di perumah motor penghidup.
iii. Wayar merah diklipkan pada punca bateri positif dan satu bahagian wayar lagi
diletakkan pada motor.
iv. Jika motor berfungsi bermakna motor tersebut dalam keadaan yang baik.

4. Langkah untuk memeriksa keadaan motor penghidup:

i. Ukur nilai arus pada bateri menggunakan ammeter


ii. Wayar hitam diklipkan pada punca bateri negatif dan satu bahagian wayar lagi
diletakkan di perumah motor penghidup.
iii. Wayar merah diklipkan pada punca bateri positif dan satu bahagian wayar lagi
diletakkan pada satu bahagian sblan motor.
iv. Jumperkan lagi satu wayar positif ke solenoid
v. Motor akan berputar dan gear pinion menolak bermakna motor penghidup dalam
keadaan yang baik

C. Cara memasang semula motor penghidup

1. Setelah selesai memeriksa motor penghidup, pasang semula motor penghidup dan ikat
kedua-dua nad dengan ketat.
2. Pastikan ia tidak jatuh.
3. Pastikan kabel bateri dipasang pada punca bateri dengan betul.
Perbincangan :

Salah satu punca enjin tidak dapat dihidupkan adalah mungkin kerana motor penghidup
rosak, Jika perkara ini berlaku, ambil batang paip besi dan ketukkan pada motor penghidup dan
hidupkan enjin semula, hasilnya, enjin akan hidup. Hal ini kerana, berus karbon yang terdapat
dalam motor penghidup diperbuat daripada tembaga merah, lama kelamaan ianya akan haus dan
saki bakinya melekat di dalam binaan solenoid. Selain itu, daya rintangan juga menjadi tinggi.
Apabila kita mengetuk motor penghidup dengan batang besi, berus karbon akan gugur dan
barulah boleh mengalirkan elektrik dan menghidupkan enjin semula.

Kesimpulan :

Starter motor berfungsi untuk memusingkan roda tenaga bagi menghidupkan enjin.
Terdapat gear pinan( pinion gear), solenoid, motor dan perumah hadapan.

Refleksi :

i) Amali bagi Starter Motor dan Stater Solenoid ini dapat dijalankan dengan baik antara
ahli kumpulan kami.
ii) Pada minggu ini, kami dapat memahami fungsi starter motor dan starter solenoid
dalam sesebuah enjin. Berdasarkan tunjuk ajar ini juga, kami berpeluang untuk
merasai pengalaman menanggalkan, menguji dan memasang semula starter motor
pada kenderaan.

Você também pode gostar