Você está na página 1de 18

GGGB6023

KAEDAH PENYELIDIKAN II

NAMA PENSYARAH :

DR. SITI MISTIMA BINTI MAAT

NAMA PELAJAR :

SYAZWANI BINTI AZIZ

NO. MATRIK:

GP05493
ARTIKEL 1

The Impact of Quantum Teaching Strategy on Student Academic Achievements and Self-
esteem in Inclusive Schools. 2014. Gunarhadi, Mustapa Kassim & Abdull Sukor Shaari.
Malaysian Journal of Learning and Instruction, (11), 191-205.

1. JENIS ARTIKEL

Berwasit

2. TUJUAN/ PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS

Tujuan Kajian

Kajian dijalankan bertujuan untuk:

1. Menunjukkan impak Strategi Pengajaran Quantum berbanding strategi pengajaran


konvensional terhadap pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia dan Sains.

2. Menunjukkan peranan keyakinan diri dalam membantu Strategi Pengajaran Quantum


terhadap pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia dan Sains.

3. Menunjukkan impak Strategi Pengajaran Quantum terhadap keyakinan diri pelajar


sekolah rendah inklusif.

Persoalan Kajian

Tidak dinyatakan secara eksplisit. Tetapi persoalan yang mungkin ditulis oleh pengkaji ialah:

a) Apakah impak Strategi Pengajaran Quantum terhadap pencapaian akademik pelajar


dalam subjek Bahasa Indonesia dan Sains?

b) Apakah impak strategi pengajaran konvensional terhadap pencapaian akademik pelajar


dalam subjek Bahasa Indonesia dan Sains?

c) Apakah impak Strategi Pengajaran Quantum berbanding strategi pengajaran


konvensional terhadap pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia dan
Sains?
d) Bagaimanakah keyakinan diri memainkan peranan dalam membantu Strategi
Pengajaran Quantum terhadap pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia
dan Sains?

e) Apakah impak Strategi Pengajaran Quantum terhadap keyakinan diri pelajar sekolah
rendah inklusif?

Hipotesis Kajian

Tidak dinyatakan secara eksplisit.

3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Pembolehubah Bersandar

- Pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia dan Sains

Pembolehubah Tidak Bersandar

- Strategi pengajaran (Quantum dan konvensional)

- Keyakinan diri

4. JENIS DATA

- Pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia dan Sains - Data interval

- Impak strategi pengajaran (Quantum dan konvensional) – Data nominal

- Keyakinan diri – Data ordinal

5. REKABENTUK KAJIAN

- Kuasi-eksperimen jenis ujian pasca dengan kumpulan eksperimen dan kumpulan


kawalan.
6. ANALISIS DATA

- Pengkaji telah menyatakan bahawa reka bentuk yang dijalankan ialah kuasi-eksperimen jenis
ujian pasca sahaja.
- Namun begitu, pengkaji telah menggunakan skor ujian sumatif yang standard untuk data
pencapaian akademik pelajar sebelum kajian dijalankan.
- Manakala data untuk keyakinan diri diperoleh melalui soal selidik yang dijalankan oleh agensi
ujian psikologi.
- Justeru itu, didapati bahawa tahap pencapaian akademik dan keyakinan diri kedua-dua
kumpulan sebelum kajian dijalankan adalah sama.
- Hasil dapatan data telah dianalisis menggunakan analisis statistik inferensi sahaja.

Analisis statistik deskriptif

Pengkaji tidak menyatakan secara eksplisit analisis mengenai statistik deskriptif di dalam
artikel. Namun begitu, dicadangkan agar pengkaji menggunakan histogram untuk memaparkan
data min skor pencapaian akademik kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Analisis statistik inferensi

(a) Ujian normaliti

- Pengkaji telah menggunakan ujian t dan ujian ANCOVA sahaja. Namun begitu, pengkaji
tidak menyatakan dengan jelas mengenai ujian normaliti dalam kajian ini.
- Ujian normaliti perlu dijalankan untuk menyemak sama ada data yang diambil bertaburan
secara normal atau tidak. Ujian normaliti (Parametrik dan Non Parametrik) juga digunakan
untuk menentukan kedudukan sesuatu set data bagi menentukan penggunaan dan pemilihan
statistik yang bersesuaian.
- Sampel yang digunakan ialah seramai 68 orang pelajar dan bersesuaian dengan andaian sampel
(n>30). Oleh itu, data tersebut mempunyai taburan yang normal. Pengkaji dicadangkan untuk
menggunakan ujian Kolmogorov-Smirnov untuk mengetahui normaliti data kerana sampel
adalah melebihi 30 orang.
- Mohd Lazim Abdullah & Wan Muhammad Amir Wan Ahmad (2013) menyatakan bahawa
ujian Kolmogorov-Smirnov digunakan untuk bilangan sampel yang melebihi 50 orang.
- Data dinyatakan bertaburan secara normal sekiranya aras p=0.05 dan data menunjukkan p >
0.05. Jika p < 0.05, maka data tersebut tidak bertaburan secara normal.

(b) Ujian t
- Dengan andaian taburan data adalah normal, penggunaan ujian t dalam kajian ini adalah
bersesuaian.
- Pengkaji menjalankan ujian t untuk melihat perbezaan min skor Bahasa Indonesia dan Sains
bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
- Bagi data baseline, pengkaji telah menggunakan ujian t untuk mendapatkan min yang sama.
Ujian t kurang sesuai digunakan untuk mendapatkan min yang sama kerana fungsi ujian t
adalah membandingkan skor antara dua kumpulan.
- Ujian t sesuai digunakan untuk melihat perbezaan antara min skor Bahasa Indonesia dan Sains
bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Tetapi pengkaji tidak menyatakan jenis
ujian t yang dijalankan.
- Ujian t yang sesuai digunakan dalam kajian ini ialah ujian t berpasangan. Pallant (2013) telah
menjelaskan bahawa ujian-t berpasangan bebas digunakan untuk membandingkan skor min
kumpulan yang sama ke atas dua keadaan yang berbeza.
- Pengkaji tidak menyatakan andaian yang dipatuhi untuk menjalankan ujian t ini tetapi terdapat
beberapa andaian yang dipenuhi iaitu menggunakan kumpulan yang berpadanan dan
pembolehubah bergantung antara satu sama lain.
- Jika taburan data tidak normal, maka pengkaji boleh menjalankan ujian Wilcoxon

(c) Ujian ANCOVA


- Antara syarat asas ujian ANCOVA ialah mempunyai normaliti taburan, kesamaan varians,
lineariti, variabel bebas, variabel bersandar, dan variabel kawalan.
- Dengan andaian taburan data adalah normal, ujian ANCOVA sesuai digunakan untuk
menentukan sama ada keyakinan diri pelajar mempengaruhi pencapaian akademik mereka
dalam Bahasa Indonesia dan Sains.
- ANCOVA sesuai digunakan dalam kajian ini kerana terdapat pemboleh ubah lain yang
memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar dalam subjek Bahasa Indonesia dan
Sains. Pemboleh ubah tersebut ialah keyakinan diri pelajar. Oleh itu keyakinan diri pelajar
merupakan kovariat yang mempengaruhi pemboleh ubah bersandar.
ARTIKEL 2

Persepsi Pelajar Berisiko Terhadap Iklim Pembelajaran. Wan Zah Wan Ali, Sharifah Md Nor,
Siti Suria Salim, Othman Mohamed, Kamariah Abu Bakar, Arshad Abd. Samad, Ramlah
Hamzah, Rohani Ahmad Tarmizi, Rasid Jamian & Hayat Marzuki. 2009. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 34(1), 17 – 36.

1. JENIS ARTIKEL

Berwasit

2. TUJUAN/ PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS

Tujuan Kajian

- Mengkaji persepsi pelajar pencapaian rendah atau berisiko terhadap iklim pembelajaran
dan pengajaran yang mereka hadapi.
- Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar pencapaian rendah
terhadap pembelajaran, bilik darjah, jangkaan guru, layanan guru dan pengajaran guru.

Persoalan Kajian

- Tidak dinyatakan secara eksplisit.

Hipotesis Kajian

- Tidak dinyatakan secara eksplisit.

3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Pembolehubah tidak bersandar


 Iklim pembelajaran
- Pembelajaran
- Bilik darjah
- Jangkaan guru
- Layanan guru
- Pengajaran guru
Pembolehubah bersandar
 Persepsi pelajar terhadap iklim pembelajaran dan pengajaran yang mereka hadapi.

1. JENIS DATA
 Iklim pembelajaran – data ordinal
 Persepsi pelajar terhadap iklim pembelajaran dan pengajaran yang mereka hadapi
- data ordinal

2. REKABENTUK KAJIAN

 Kajian tinjauan

3. ANALISIS DATA

Analisis Statistik Deskriptif

- Menurut Creswell (2005), analisis deskriptif adalah analisis data paling asas yang biasanya
digunakan terhadap skala nominal (data demografi) responden. Teknik analisis statistik
deskriptif sesuai digunakan untuk kajian yang bersifat tinjauan seperti ingin mengetahui
persepsi pelajar terhadap iklim pembelajaran dan pengajaran. Hal ini disebabkan analisis
statistik deskriptif membantu menerangkan sesuatu dapatan kajian. Dalam hal ini, analisis
statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran, bilik
darjah, jangkaan guru, layanan guru dan pengajaran guru. Penerangan dibuat secara umum
tanpa membuat kesimpulan terhadap dapatan kajian.
- Selain itu, data analisis statistik deskriptif dipersembahkan dalam bentuk jadual.
- Jadual dan huraian jadual diterangkan dengan kurang jelas. Selain itu, susunan jadual juga
kurang teratur menyebabkan kesukaran untuk menganalisis jadual.
- Banyak data yang hilang mungkin disebabkan kebanyakan responden tidak menjawab soalan
dengan lengkap.
- Analisis data dalam bentuk frekuensi dan peratus sesuai digunakan. Melalui analisis ini,
kecenderungan hasil kajian akan diketahui sama ada dalam kategori rendah, sederhana, atau
tinggi. Pengkaji dapat mengetahui sama ada persepsi pelajar terhadap iklim pembelajaran dan
pengajaran adalah positif atau negatif.
- Data dalam jadual tidak sama dengan data yang dikumpul. Data yang dikumpul mengandungi
4 skala likert iaitu Sangat tidak setuju (STS), Tidak setuju (TS), Setuju (S) dan Sangat setuju
(SS). Tetapi dalam jadual hanya menunjukkan data Setuju (S) dan Tidak setuju (TS).

Analisis Statistik Inferensi

(a) Ujian normaliti

- Pengkaji tidak menyatakan mengenai ujian normaliti terlebih dahulu bagi melengkapkan
beberapa andaian sebelum menentukan ujian yang patut digunakan bagi menjawab persoalan
kajian.
- Ujian yang sesuai digunakan oleh pengkaji untuk menguji normaliti ialah Ujian Kolmogorov-
Smirnov kerana sampel melebihi 50 orang.
- Walau bagaimanapun, data diandaikan mempunyai taburan yang normal memandangkan saiz
sampel adalah besar (n>50) iaitu 1,689 orang pelajar.

(b) Ujian Anova

- Ujian Anova dijalankan untuk menguji hipotesis tetapi pengkaji tidak menyatakan hipotesis
kajian.
- Penulis tidak menyatakan jenis Ujian Anova dengan jelas tetapi ujian yang sesuai dijalankan
dalam kajian ini ialah Ujian Anova Satu Hala.
- Pengkaji memenuhi andaian Ujian Anova Satu Hala iaitu mesti terdapat tiga kumpulan atau
lebih untuk menjalankan ujian ini.
- Ujian Anova sesuai digunakan untuk membandingkan persepsi tiga atau lebih kumpulan
responden terhadap tiga aspek iklim pembelajaran.
- Pengkaji tidak menyatakan taburan F yang digunakan untuk menguji sama ada terdapat
perbezaan antara dua atau lebih daripada dua skor min.
- Pengkaji telah menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah berdasarkan nilai kebarangkalian p
iaitu analisis Anova (p > .05) menunjukkan, terdapat perbezaan yang signfikan antara kumpulan
pelajar dalam aspek persepsi terhadap layanan guru, pengajaran guru dan jangkaan guru.
- Pengkaji tidak menyatakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum menjalankan ujian
ANOVA satu hala iaitu:
(a) Cara pengumpulan data yang digunakan iaitu pensampelan rawak.
(b) Normaliti taburan data dalam kajian.
(c) Menjalankan Ujian Levene bagi melihat keseragaman varians (homogeneity of variance)
sama ada bersifat homogen dengan nilai dapatan p>0.05 atau tidak homogen dengan nilai
dapatan p<0.05.
(d) Pengkaji dicadangkan untuk menyatakan semua syarat yang perlu dipatuhi sebelum ujian
ANOVA satu hala dilakukan.

(c) Ujian Post Hoc

- Pengkaji juga menggunakan Ujian Post Hoc. Post Hoc merupakan ujian lanjutan daripada
Ujian Anova. Ujian Post Hoc telah dilakukan kerana terdapat perbezaan yang signifikan dalam
ujian Anova Satu Hala. Nilai Sig. pula melebihi had (p > 0.05).
- Ujian Post Hoc pula sangat sesuai digunakan untuk mengenalpasti antara tiga kumpulan
tersebut, kumpulan manakah yang menunjukkan perbezaan yang lebih signifikan dari segi
persepsi. Dalam kajian ini, Ujian Post Hoc telah menentukan bahawa pelajar kelas pandai
mempunyai persepsi yang lebih positif terhadap layanan, pengajaran dan jangkaan guru
berbanding pelajar kelas kedua lemah dan kelas paling lemah.
- Pengkaji tidak mengemukakan Jadual Post Hoc.

ARTIKEL 3

Noor Aini Ahmad, & N. H. A. H. 2015. Tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila
mengurus murid bermasalah pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education,
30, 73–88.

1. JENIS ARTIKEL
Berwasit

2. TUJUAN/ PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pendidikan khas apabila
mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran

Persoalan Kajian

Persoalan kajian tidak dinyatakan secara eksplisit.

Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian tidak dinyatakan secara eksplisit.

3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Pembolehubah Bersandar

Tahap pengetahuan guru pendidikan khas

Pembolehubah Tidak Bersandar

Demografi sampel (Jantina)

4. JENIS DATA

Demografi sampel (Jantina) - Data Nominal


Tahap pengetahuan guru pendidikan khas - Data Ordinal

5. REKABENTUK KAJIAN
Kajian tinjauan

6. ANALISIS DATA

Analisis statistik deskriptif

Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel dan untuk membuat
kesimpulan terhadap data berbentuk numerikal (Chua, 2014). Dalam kajian ini, analisis statistik
deskriptif yang digunakan ialah min dan sisihan piawai untuk mengetahui tahap pengetahuan.
Jadual yang dipaparkan tentang min dan sisihan piawai bagi tahap pengetahuan guru pendidikan
khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran adalah jelas dan bersesuaian.
Pengkaji telah menepati pernyataan Gay (1992) yang menjelaskan bahawa terdapat tiga kekuatan
statistik deskriptif:
i. Boleh menganalisis data, menghurai atau meringkaskan data deskriptif.
ii. Deskriptif statistik membolehkan penyelidik memberi makna bagi setiap skor yang diperoleh
sehingga kepada angka yang sekecil-kecilnya.
iii. Dapat menggambarkan dapatan sampel daripada populasinya.

Analisis statistik inferensi


Pengkaji hanya menyatakan analisis ujian t dan Anova sehala sahaja.

(a) Ujian Normaliti


- Pengkaji tidak membuat sebarang ujian normaliti terlebih dahulu sebelum menjalankan ujian
parametrik bagi mengenalpasti ujian apa yang patut digunakan untuk menjawab persoalan
kajian.
- Ujian Kolmogorov-Smirnov bboleh digunakan oleh pengkaji untuk menguji normaliti kerana
saiz sampel melebihi 50 orang (Mohd Lazim Abdullah & Wan Muhammad Amir Wan Ahmad,
2013).
- Sekiranya p> 0.05, maka data tersebut dinyatakan bertaburan secara normal. Manakala, jika
p<0.05, maka data tersebut tidak bertaburan secara normal.

(b) Analisis Ujian t

- Pengkaji tidak melaporkan analisis ujian t dengan jelas.


- Pengkaji hanya menyatakan hipotesis ditolak kerana terdapat perbezaan min yang signifikan
antara jantina guru pendidikan khas dengan kemahiran mengurus tingkah laku murid
bermasalah pembelajaran. Namun begitu, pengkaji tidak menyatakan apakah hipotesis nul
tersebut.
- Pengkaji tidak menyatakan jenis ujian t yang digunakan. Tetapi ujian t yang sesuai digunakan
ialah Ujian t dua sampel bebas.
- Ujian t dua sampel bebas yang digunakan oleh pengkaji adalah bersesuaian untuk
membanding perbezaan min diantara dua kumpulan tidak bersandar atau berkaitan.
- Jadual yang dipaparkan untuk keputusan ujian t dua sampel bebas adalah jelas dan
bersesuaian.
- Pengkaji tidak menyatakan andaian yang dipatuhi untuk menjalankan ujian t ini. Namun,
pengkaji perlu menyatakan andaian lain iaitu:
a. Ciri-ciri data memenuhi sifat taburan normal kerana bilangan sampel yang digunakan
melebihi 50.
b. Skor atau pemerhatian yang bebas iaitu sampel dipilih secara rawak.
c. Data berskala sela atau nisbah.

(c) Ujian Anova Satu Hala

- Pengkaji menyatakan dengan jelas jenis ujian Anova yang dijalankan iaitu Ujian Anova Satu
Hala tetapi tidak menyatakan andaian yang dipatuhi sebelum menggunakan ujian ini.
- Terdapat beberapa andaian yang perlu dipatuhi sebelum ujian Anova satu hala ini dilakukan,
namun pengkaji hanya menyatakan menyatakan cara pengumpulan data yang digunakan iaitu
pensampelan rawak.
- Antara andaian lain yang perlu dipatuhi ialah:
a) Normaliti taburan data dalam kajian.
b) Ujian Levene bagi melihat keseragaman varian (homogeneity of variance) sama ada bersifat
homogen iaitu nilai dapatan p>0.05 atau tidak homogen iaitu dapatan p<0.05.
- Oleh sebab itu, dicadangkan supaya pengkaji dapat menyatakan semua syarat yang perlu
dipatuhi sebelum ujian ANOVA satu hala ini dilakukan.
- Pengkaji menunjukkan jadual analisis ujian Anova Sehala dengan jelas dan teratur.
- Pengkaji menghuraikan dengan jelas taburan F yang digunakan untuk menguji demografi
umur dan kaum dengan kemahiran mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran
dalam kalangan guru pendidikan khas.
ARTIKEL 4

Toran, H., Westover, J. M., Sazlina, K., Suziyani, M., & Hanafi, M. Y. (2016). The Preparation,
Knowledge and Self Reported Competency of Special Education Teachers Regarding Students
with Autism. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 24(1), 185-196.

1. JENIS ARTIKEL

Berwasit
2. TUJUAN/ PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji jumlah latihan, pengetahuan dan kecekapan diri guru
pendidikan khas di Malaysia berkenaan murid autisme.

Objektif Kajian

Tidak dinyatakan secara eksplisit di dalam artikel.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

1) Adakah guru pendidikan khas bersetuju bahawa latihan pra-perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan mengandungi kandungan berkaitan autisme dan keperluan murid dengan
autisme?

2) Adakah guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan am berkenaan autisme?

3) Bagaimana guru pendidikan khas melaporkan kecekapan mereka dalam mendidik kanak-
kanak dengan autisme?

Hipotesis Kajian

Tidak dinyatakan.

3. PEMBOLEHUBAH KAJIAN

Pembolehubah Bersandar
-Tahap persediaan guru dalam autisme, pengetahuan guru tentang autisme, dan kompetensi
guru pendidikan khas dalam mendidik kanak-kanak dengan autisme.

Pembolehubah Tidak Bersandar

-Kategori perkhidmatan guru

4. JENIS DATA

-Kategori perkhidmatan guru - Data nominal


-Tahap persediaan guru dalam autisme- Data ordinal
-Pengetahuan guru tentang autisme - Data nominal
-Kompetensi guru pendidikan khas dalam mendidik kanak-kanak dengan autisme - Data
ordinal
.
5. REKABENTUK KAJIAN
Kajian tinjauan

6. ANALISIS DATA
Pengkaji hanya menggunakan analisis deskriptif sahaja.

Analisis deskriptif

-Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel dan untuk membuat
kesimpulan terhadap data berbentuk numerikal (Chua, 2014).
-Dalam kajian ini, analisis statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi, peratus, dan min.
-Jadual yang digunakan untuk menerangkan data tahap latihan, pengetahuan, dan keyakinan guru
pendidikan khas dalam mendidik kanak-kanak dengan autisme adalah amat jelas dan sesuai.
a) Jelas dan bersesuaian.
b) Huraian mengenai jadual sangat jelas.
c) Setiap maklumat data disusun secara teratur.
-Jadual ini menepati pernyataan Gay (1992) yang menjelaskan terdapat tiga kekuatan statistik
deskriptif:
i. Boleh menganalisis data, menghurai atau meringkaskan data deskriptif.
ii. Deskriptif statistik membolehkan penyelidik memberi makna bagi setiap skor yang diperoleh
sehingga kepada angka yang sekecil-kecilnya.
iii. Dapat menggambarkan dapatan sampel daripada populasinya.

RUJUKAN

Chua Yan Piaw. 2014. Asas Statistik Penyelidikan Edisi Ketiga. Penerbit: McGraw-Hill Education.
Shah Alam, Selangor, Malaysia. ISBN: 978-967- 0761-05-3.
Creswell, J.W. 2005. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London, UK:
Sage.
Gay, L.R. 1992. Educational Research: Competencies for Analysis and Application, (4th ed).
Maxwell Macmillan International Edition, New York: Maxwell Macmillan Publishing
Company.
Pallant, J. 2013. SPSS Sevalver Manual: A Step By Step Guide to Data Analysis using IBM SPSS.
5th adition. England: Mc Graw-Hill.
Wan Lazim Abdullah & Wan Muhammad Amir Wan Ahmad. 2013. Analisis Data dengan
Statistik Asas. Penerbit: UMT Kuala Terengganu. ISBN: 978-967-05241-8-4.

Você também pode gostar