Você está na página 1de 2

SKEMA PENULISAN TAHUN 4

BAHAGIAN A

1. Seorang murid lelaki mengecat dinding kelas yang telah pudar warnanya.
2. Murid-murid lelaki di dalam kelas itu bersama-sama menyusun meja dan kerusi agar
kawasan kelas kelihatan kemas dan teratur.
3. Aiman menyiram pokok bunga yang terdapat di perkarangan sekolah agar bunga tersebut
terus hidup subur.
4. Izzat memasukkan tanah ke dalam pasu bunga yang berisi anak pokok./ Izzat menanam
pokok bunga di dalam pasu bunga untuk mengindahkan kawasan sekolah.
5. Raju membersihkan longkang di kawasan kantin sekolah.
6. Siti menyapu sampah sarap yang bertaburan di atas lantai dan memasukkannya ke dalam
pengaut sampah sebelum dibuang.
7. Ah Meng mengelap meja yang kotor dengan menggunakan kain pengelap.

BAHAGIAN B (ULASAN)

CADANGAN JAWAPAN

Lembu ialah binatang ternakan yang amat popular di negara kita dan amat banyak kegunaannya.

Antaranya ialah daging lembu boleh diproses untuk dijadikan daging burger dan daging ini
juga boleh disimpan di dalam peti sejuk. Selain itu, Kulit lembu dapat dijadikan pakaian atau
barangan tertentu seperti baju kulit, tali pinggang, kasut kulit dan beg tangan. Seterusnya, alat
muzik tradisional Melayu seperti kompang dan rebana merupakan alat muzik berasaskan kulit
lembu yang telah dikeringkan. Akhir sekali, susu lembu yang telah diproses juga boleh dijadikan
bahan makanan seperti keju dan susu segar yang amat berkhasiat untuk tubuh badan kita.

Kesimpulannya, semua bahagian daripada lembu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan
seperti dijadikan sumber makanan dan minuman serta diproses untuk dijadikan alatan dan bahan
yang berguna untuk kegunaan manusia.

BAHAGIAN C (SOALAN 1)

Contoh rangka karangan

Pendahuluan : Tujuan karnival diadakan- merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun

Isi-isi Penting:

• Aktiviti yang saban tahun diadakan-untuk menanamkan sikap usahawan dalam kalangan
murid-melatih murid berfikir secara kreatif bentuk barangan yang akan dijual
• Ibu bapa datang awal sejak pagi-khemah khas didirikan agar murid dan ibu bapa dapat
menukarkan wang mereka dalam bentuk kupon-semua jual beli hanya melibatkan penggunaan
kupon sahaja

• Pelbagai makanan, minuman, kraf tangan dijual-murid-murid tanpa segan silu melayan
pengunjung yang mengunjungi gerai mereka

• Bentuk persaingan yang sihat-banyak murid menunjukkan kemahiran dan kreativiti


mereka untuk memastikan jualan mereka laris

Penutup:Karnival Kokurikulum tamat pada pukul 2.00 petang-walaupun penat terpancar rasa
kepuasan pada wajah murid-murid –akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Soalan 2

Contoh Jawapan:

Saya mempunyai seorang rakan karib. Rakan karib saya bernama Aminah. Umurnya 12 tahun
iaitu sebaya dengan umur saya. Kami selalu bersama-sama di sekolah mahupun di rumah.

Kami akan menunggang basikal ke sekolah pada setiap hari. Kami juga belajar di dalam
kelas yang sama. Aminah merupakan murid yang bijak dalam mata pelajaran Matematik dan selalu
dipuji oleh guru kerana cekap mengira. Jika ada tugasan Matematik, dia pasti akan membantu
saya dan rakan-rakan yang lain.

Aminah merupakan seorang rakan yang tidak kedekut ilmu. Dia selalu berkongsi ilmu
dengan saya dan rakan-rakan. Pada waktu rehat, kami sering mengunjungi perpustakaan untuk
membaca buku. Jika ada kemusykilan, dia pasti akan membantu kami.

Selain itu, Aminah aktif dalam bidang sukan. Dia telah mewakili sekolah dalam permainan
bola jaring sehingga ke peringkat negeri. Dia juga merupakan olahragawati daerah Johor Bahru
bagi tahun 2017.Dia amat bijak membahagikan waktunya setiap hari.

Pada waktu senggang pula, Aminah gemar melukis. Pelbagai lukisan dapat dilihat di dalam bilik
tidurnya. Dia juga sering menyertai pertandingan melukis di sekolah mahupun di luar sekolah. Jika
ada masa terluang, saya akan menemaninya melukis sambil berborak-borak. Hubungan kami bagai
isi dengan kuku.

Saya berasa sangat bertuah dapat berkawan dengan Aminah kerana banyak ilmu pengetahuan
yang saya peroleh daripadanya. Semoga persahabatan kami kekal selama-lamanya.

Você também pode gostar