Você está na página 1de 4

Difinisi

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapaan gas yang


dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang
dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat
kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya
tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera.
Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida,
kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.
Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih
jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan
perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

Punca-punca berlakunya pemanasan global

1. Perindustrian

 Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena


pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang
batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan
banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
 Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak
haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu
udara secara global.

2. Pengangkutan

 Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi


manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.
 Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan
bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak
tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan
gas karbon monoksida

3. Pembakaran hutan

 Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa


untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti
pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada
pemanasan global
 Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan
oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon
dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global
 Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga
mengandungi banyak gas karbon dioksida.

4. Pertanian dan perternakan


 Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja
kimia secara berlebihan.
 Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara
berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau
terutamanya gas metana.
 Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan
global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan
lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke
angkasa.

5. Letusan gunung berapi

 Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti


manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu
letusan gunung berapi.
 Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu
yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon
dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya
telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.
 Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore
di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

Kesan-kesan akibat pemanasan global

1. Pencairan litupan salji dan glasier

 Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan


salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua
kutub.
 Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak
yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara
kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada
ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh.
 Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini
akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan
harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-
tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

2. Tanah hilang kesuburan

 Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur


menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
 Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur
seterusnya mengurangkan hasil pertanian.
 Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan
dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas
teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
3. Kemarau

 Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan


proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk
awan yang tebal bagi menurunkan hujan.
 Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran
menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan
terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai.
 Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan
Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut
akibat perbezaan tekanan yang hebat.
 Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca
panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan
kejadian ribut, banjir dan taufan.

Factor & langkah

Pada era globalisasi ini,pelbagai fenomena yang menggugat keselamatan


dan cukup hasrat dibincangkan masyarakat seluruh dunia. Contohnya,
seperti fenomena el-nino yang menyebabkan kemarau yang berpanjangan
dengan suhu panas yang keterlaluan. Hal ini secara globalnya di sebabkan
oleh aktiviti manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, faktor tidak
berlakunya global ini haruslah diterokai bagi membendung pencemaran
alam.

Antara faktor berlakunya pencemaran global ini ialah aktiviti manusia


melalui perindustrian. Kandungan gas-gas yang terhasil daripada industri-
industri ini menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan menyebabkan
ultraungu memancar terus ke bumi tanpa lapisan. Cahaya ultraungu ini
yang menyebabkan suhu dunia lebih panas dari biasa.Aktiviti manusia
melalui perindustrian ini akan mengeluarkan gas seperti karbon
monoksiada, karbon dioksida, metana, nitrus dioksida akan menyerap
sinaran cahaya matahari dan mengeluarkan sinaran tersebut semula.
Proses tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi meningkat.
Jelaslah, aktiviti manusia melalui perindustrian mampu mengakibatkan
suhu bumi meningkat.

Selain itu, pengguanaan bahan kimia yang tidak terkawal mahupun bahan
kimia yang tidak bersifat mesra alam juga merupakan antara faktor
penyumbang kepada pemanasan global. Contohnya, penggunaan
kloroflurokarbon dalam industri penyaman udara dan plastik. Pembebasan
gas halon yang digunakan dalam industri alat pemadam api juga di antara
contoh penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan menyumbang
kepada pemanasan global. Pembebasan ini juga telah menipiskan lapisan
ozon yang berfungsi mgengawal kadar kemasukan pancaran ultra ungu.
Apabila pancaran ultra ungu memancar dalam keadaan yang agak banyak,
ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, merosakkan
tumbuhan dan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Oleh itu,
penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan tidak terkawal dapat
menyumbang kepada berlakunya fenomena pemanasan global.

Justeru, langkah mengatasi haruslah diambil iaitu dengan melaksanakan


program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC di
peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan
radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan klorofluro karbon
(CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun
serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan
tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu
terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan
memasang alan penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas
secara berlebihan di udara.

Di samping itu, orang ramai juga harislah digalakkan supaya


mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas
CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus
makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang
dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus
tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti nasi lemak dan
sebagainya. Bahan ini bykan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak
memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk
mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan
CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah menyedari akan
seriusnya kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing
hendaklah menyumbang usaha untuk membanterasnya.

Kesimpulanya, semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi


masalah ini sebelum keadaannya menjadi semakin serius. Usaha yang
dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga
generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada
masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di
seluruh dunia mestilah disedarkan tebtang masalah ini dan mereka
hemdaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.

Você também pode gostar