Você está na página 1de 2

AGENDA MESYUARAT

BIL PERKARA TINDAKAN


Pengerusi
1 Aluan Pengerusi
Bacaan Doa (Oleh Saudara Khairun Hidayat Bin Fazil)

Pengerusi Mengucapkan salam dan terima kasih kepada


semua. AJK-AJK yang hadir pada malam ini dengan rasa
sukacita pengerusi memaklumkan semua jawatan dalam
pemilihan mesyuarat cawangan yang di adakan pada 24/8/2013
tempoh hari berjalan dengan lancar, walaupun permulaannya.
Sedikit kekecohan berlaku dan pengerusi bersyukur ketua
cawangan dikekalkan dan semua ahli jawatankuasa.
Walaubagaimanapun pengerusi dengan rendah hati dan
berterima kasih kerana memberi kepercayaan untuk terus
diamanahkan oleh semua ahli pengerusi berjanji akan lebih
membuat kerja-kerja untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang masih lagi tertangguh dan kerjasama semua AJK dapat
memantapkan lagi segala urusan yang akan datang pada masa
hadapan dan juga menjadi tulang belakang kerajaan yang
ampuh. Pengerusi menangguh ucapan.
Setiausaha
2 Mengesahkan minit mesyuarat Bil (8/2013)
Saudara Kyairol Nizam bin Ahmad mengesahkan Minit
Mesyuarat yang lalu dan disokong oleh (Ramizan Bin Abd
Karim)

Usul 1 Saudara Ramizan bin Abdul Karim mengusulkan tentang AJK


peparitan ranting kayu yang tersumbat akibat sampah sarap
dan di bawa oleh arus air hujan tempoh hari menyebabkan
beberapa buah rumah di sekitarnya dinaiki air, pihak JPS hanya
membersih dan mengorek di sebelah atas sahaja.

Tindakan :
Pengerusi akan memaklumkan pada pihak JPS untuk Pengerusi
menambahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang terdapat
permasalahan pada penduduk yang terlibat dan mengarahkan
setiausaha membuat surat permohonan.
AJK
Usul 2 Saudara Kasim Bin Saari mengusulkan permasalahan pada
pengerusi tentang penduduk “Titi Mandi Lembu” yang mana
pihak pemaju dahulunya dikenali sebagai – Binaris yang ditukar
nama Risda Bina Sdn Bhd akan mengambil tanah penduduk di
kawasan itu dan penduduk - penduduk mengharap pengerusi
dapat menolong untuk mendapat pembelaan atau pampasan
yang sepatutnya. Di mana notis tersebut menyatakan tiada
sebarang pampasan diberi.
Pengerusi
Tindakan :
Pengerusi akan memaklum pada pihak kerajaan iaitu pada
pemimpin UMNO peringkat bahagian bagaimana cara untuk
menyelesaikan permasalahan tersebut dengan segera,
pengerusi meminta semua penduduk yang terlibat bersabar dan
jangan mengambil tindakan sesuka hati. Pengerusi akan pergi
berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terlibat untuk
berbincang.

Lain –Lain Hal

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dengan Pengerusi


semangat yang ada pada malam ini semua AJK dapat
menjalankan mesyuarat dengan lancar. Walaupun ada
permasalahan yang ada Pengerusi akan mnyelesaikan satu
persatu secara berperingkat dan 2 atau 3 usul akan dibincang
kemesyuarat akan datang. Pengerusi memaklumkan mungkin
beberapa ahli jawatankuasa akan dirombak dan menganti AJK
yang baru untuk memberi peluang pada yang berkebolehan dan
berminat utnuk bekerjasama membantu untuk yang
memerlukan. Pengerusi berterima kasih pada pihak kerajaan
yang mana banyak membantu rakyat dan menyelesaikan
permasalahan berlaku di kampung dan sekitar dibawah jagaan
JKKK.

Mesyuarat ditangguh pada jam 11:40 malam.

Você também pode gostar