Você está na página 1de 2

BANDAR BARU DARULAMAN NATIONAL SECONDARY SCHOOL

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN


TEL.: 04-9189880 FAX.: 04-9189881

Ruj. Kami: SMKBBD


Tarikh : 20 Jun 2017

Pengurus,
Panorama Langkawi Sdn Bhd,
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah.

Tuan ,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PAKEJ PELAJAR SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Unit Pusat Sumber SMK Bandar Baru Darulaman telah merancang untuk mengadakan satu
lawatan sambil belajar ke Cable Car Station, Oriental Village.

3. Berikut merupakan butiran lawatan:


Tarikh : 27 Julai 2017
Masa ketibaan : 2.30 petang
Bilangan Peserta : 30 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak

4. Sehubungan dengan itu, dilampirkan senarai nama peserta rombongan untuk rujukan pihak tuan.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Amirah (013-4477777). Kerjasama daripada pihak tuan
amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menurut perintah,

ABU BAKAR BIN SAID


Pengetua,
SMK Bandar Baru Darulaman,

‘KUALITI SEPANJANG MASA’


‘KUALITI SEPANJANG MASA’

Você também pode gostar