Você está na página 1de 3

PENGENALPASTIAN HAZARDS

Tujuan pengenalpastian hazard adalah untuk menentukan operasi kritikal di dalam tugasn, iaitu
tugasanyang mendatangkan risiko yang ketara kepada keselamatan dan kesihatan pekerja serta
menekankan hazard yang berkaitan dengan kelengkapan tertentu disebabkan oleh sumber
tenaga, keadaan pekerja atau aktiviti yang dilaksanakan. Hazard boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan utama iaitu hazard kesihatan, hazard keselamatan dan hazard alam sekitar.

a) Hazard kesihatan
Hazard kesihatan pekerjaan ialah apa-apa egen yang boleh mendatangkan penyakit
kepada individu. Hazard kesihatan juga boleh menyebabkan kesan yang serius dan
serta-merta boleh menyebabkan masalah jangka Panjang (kronik). Seluruh atau
bahagian tertentu badan boleh terjejas. Seseorang yang mengalami penyakit pekerjaan
mungkin tidak menyedari akan gejalanya. Sebagai contoh, hilang pendengaran akibat
hingar sering kali sukar dikesan oleh individu yang terjejas sehinggalah penyakit itu
sudah melarat. Hazard kesihatan termasuk bahan kimia (seperti asid bateri dan pelarut),
hazard biologi (seperti bakteria, virus, dan debu), agen fizik (punca tenaga yang cukup
kuat untuk memudartkan badan seperti arus elektrik, haba, cahaya, getaran, hingar dan
sinaran) hazard reka bentuk kerja (ergonomik).

b) Hazard keselamatan
Hazard keselatan ialah apa-apa daya yang cukup kuat yang mengakibatkan kecederaan,
atau kerosakan kepada harta. Kecederaan yang disebabkan oleh hazard keselamatan
biasanya ketara. Sebagai contog, pekerja mungkin luka teruk. Hazard keselamatan
mendatangkan mudarat apabila kawalan tempat kerja tidak mencukupi. Antara contoh
hazard keselamatan adalah tergelincir, kebakaran daripada bahan mudah, operasi
mengangkat dan pengendalian lain secara manual dan bekerja sendiri.

c) Hazard alam sekitar


Hazard alam sekitar ialah pelepasan ke alam sekitar yang boleh menyebaban mudarat
yang merosakka. Pelepasan kea lam sekitar mungkin tidak ketara. Sebagai contoh,
pekerja yang menyalirkan sistem glikol dan melepaskan melepaskan cecair tersebut ke
dalam pembetung rebut mungkin tidak sedar akan kesannya kepada alam sekitar.
Hazard alam sekitar mendatangkan mudarat apabila kawalan dan prosedur kerja tidak
dipatuhi.
Kaedah Pengenalpasian Hazard

Sebelum hazard boleh diuruskan ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal


hazard dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard
boleh dikenalpasti pada peringkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh
timbul kepada bahan, sistem dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan. Satu proses
yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard adalah dengan menggunakan proses
mengenalpasti hazard yang digunakan di dalan analisis hazard. Di dalam analisis hazard, proses
mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif
serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan untuk mengenalpasti hazard iaitu pemerhatian, rujukan, dan laporan kemalangan
atau aduan.

Pemerhatian dan rujukan, seseorang yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam


sistem, perlu melakukan pemerhatian terhadap proses kerja dan aktiviti-aktiviti kerja yang
terlibat dalam setiap proses kerja. Melalui pemerhatian yang dilakukan, majikan dapat
mengenalpasti hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja. Seterusnya, setelah pemerhatian
telah dilakukan, majikan atau pekerja perlu membuat rujukan terhadap dokumen-dokumen
yang terdapat di tempat kerja seperti proses dan prosedur kerja. Selain itu, rujukan kepada akta-
akta dan peraturan-oeraturan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
Factories and Machinery Act 1967, dan lain-lain. Kod tata amalan atau garis panduan yang ada
di dalam industri seperti garis panduan bekerja sambal berdiri, pengendalian bahan kimia dan
pelbagai lagi kod tata amalan. Rujukan kepada insiden atau kemalangan yang sering berlaku
juga perlu dibuat rujukan bagi membuat pengenalpastian hazard di tempat kerja.

Laporan kemalangan atau aduan, seseorang majikan biasanya ditugaskan untuk


mengurus aktiviti dan proses kerja yang luas dan juga perlu melihat kepada rekod laporan
kamalangan yang berlaku di tempat kerja. Selain itu, majikan juga perlu merujuk kepada cuti
sakit pekerja dan membuat analisa berdasarkan rekod cuti sakit pekerja. Melalui rekod cuti
sakit ini, majikan dapat membuat pengenalpastian masalah yang dialami oleh setiap pekerja
dan mengurangkan hazard yang berlaku di tempat kerja. Aduan atau maklumbalas daripada
pekerja juga perlu dirujuk bagi majikan membantu pekerja bawahannya untuk mengenalpasti
hazard di tempat kerja.
Kemungkinan berlakunya kejadian ditaksir berdasarkan pengalaman pekerja, analisis
atau pegukuran. Tahap kemungkinan berjulat daripada paling mungkin hinga tidak dapat
dijangka. Sebagai contoh, kejadian peluntur akan tertumpuh sedikit dari bekasnya semasa
mengisi ke dalam botol semburan adalah yang paling mungkin berlaku dalam setiap syif kerja.
Walaubagaimanapun, kebocoran bahan bakar diesel dari tangki penyimpanan induk tidak dapat
dijangka boleh berlaku. Jadual A menunjukkan kemungkinan dengan menggunakan nilai
berikut:

KEMUNGKINAN CONTOH KADAR


Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku 5
Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4
Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang 3
Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2
Tidak dapat dijangka Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah 1
berlaku
Jadual A

Keterukan hazard juga boleh dibahagikan kepada lima kategori. Keterukan berdasarkan
tahap keterukan yang meningkat ke atas kesihatan individu, alam sekitar, atau kepada harta
benda. Jadual B menunjukkan keterukkan dengan menggunakan jadual berikut:

KETERUKAN CONTOH KADAR


Mala petaka Banyak kematian, kerosakanharta benda dan 5
pengeluaran tidak dapat dipulihkan
Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta 4
benda jika hazard berlaku
Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal 3
Ringan Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan 2
kecederaan kekal
Sedikit sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis 1
rawatan kecemasan
Jadual B

Você também pode gostar