Você está na página 1de 2

Tidur Janganlah Terlalu Lewat

Untuk menjaga otak dan mata, kita haruslah cepat tidur


terutama apabila merasa mengantuk. Sebaiknya gunakan
jam loceng yang telah disetkan agar kita sedar waktu bila
untuk berehat. Ini kerana bagi memberi peluang kepada
otak dan mata berehat pada tahap maksima.

Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan


Sayuran mengandung serat sedangkan buah kaya dengan
akan vitamin. Jika keduanya kita makan dengan teratur maka
tubuh akan selalu sihat dan membuatkan kita sentiasa
bersedia untuk belajar. Dengan itu, tubuh dan otak juga siap
sedia untuk belajar juga. Kan?

Hindari Minum Kopi


Minuman yang mengandung kafein sememangnya menjadi
kegemaran sesetengah orang. Faktanya memang meminum kopi
amat baik untuk jantung dan otak tetapi jika diminum berlebihan
amat bahaya. Jadi kurangkan meminum kopi yer.

Sediakan Air Minum


ketika kita mulai terasa mengantuk, pada masa itulah tubuh
kehilangan ion-ionnnya yang membuat kita lemas dan mengantuk
semasa belajar. Jadi, amalkan meminum air putih atau isotonik
adalah salah satu cara yang tepat untuk menambah ion tubuh.
Dahulukan Kerja Yang Mudah

Kadang kala kita serabut keranan banyak kerja yang perlu


diselesaikan. Apa kata kalaukita dahulukan kerja yang
mudah dengan harapan kerja itu cepat diselesaikan. Jadi,
kita akan banyak masa untuk melakukan kerja yang susah
dengan masa tambahan tadi. Otak pun tidaklah penat
bekerja.

Jangan Banyak Berfikir


Kalau kita sedang belajar, kita harulah fokus dengan satu
perkara iaitu belajar. Sekiranya kita banyak berfikir dengan
urusan lain, otak menjadi semakin tidak kuat untuk
menerima maklumat dan akhirnya kita akan cepat penat dan
stress. Bahagikan masa dengan sebaiknya.

Membaca Doa

Membaca doa, inilah perkara yang


paling terpenting dalam proses belajar.
Dengan membaa doa, kita boleh
menjadi lebih fokus dan serius dalam belajar. Selain itu, fungsi
berdoa juga mampu memastikan ilmu ditimba memberi manfaat
dan sentiasa diamalkan.

~~ SELAMAT BELAJAR, JANGAN STRESS~~

Você também pode gostar