Você está na página 1de 8

Merancang Program Pengurusan Perubahan Tingkah Laku

1.0 Pendahuluan

Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap
oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada
sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid
lain daripada mencapai pembelajaran yang optima.

Ahli psikologi mengatakan yang peranan ibu bapa merupakan satu faktor yang dapat
meningkatkan bahaya atau ancaman tingkah laku bermasalah di antara para remaja
(Baumrind, 1991; Kazdin, 1987; Patterson, 1982). Banyak lagi kajian rentas yang telah
mendapati bahawa pengurangan dalam sokongan emosi daripada ibu bapa dan pengawalan
disiplin yang terlalu ketat adalah saling berkaitan dengan tingkah laku bermasalah dalam diri
remaja (Barnes, 1990; Baumrind, 1991; Lambon, Mounts, Steinberg, & Dornbuch, 1991)

Murid-murid sedemikian selalunya mempunyai kesukaran di dalam pembelajaran


dalam kelas. Proses-proses mental dan pemikiran mereka tidak dicabar sehingga timbul
kebosanan. Mereka menjadi gelisah, dan kadang kala hingga mengganggu rakan sekelas
yang sedang tekun mendengar penerangan guru. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif.

Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku distruktif, tingkah laku
disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah laku
murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. Manakala, tingkah laku bermasalah positif
merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng,
2002).

Oleh itu, setelah kami berbincang, kumpulan kami bersetuju untuk memilih seorang
murid pemulihan yang mempunyai tingkah laku bermasalah negatif iaitu bertingkah laku
distruktif. Murid yang kami pilih berumur 9 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah
pedalaman 3 iaitu Sekolah Kebangsaan Saint Pius, Long San Baram. Murid ini didapati kerap
kali memukul murid-murid lain. Murid ini terpaksa dibawa untuk berjumpa dengan guru besar
kerana perbuatannya yang suka menumbuk murid lain. Namun, murid ini tidak pernah serik
dan masih mengulangi perbuatannya itu.
2.0 Cara-Cara Mengenalpasti Masalah Tingkah Laku Distruktif

Terdapat beberapa kaedah yang kami gunakan bagi mengenalpasti jenis masalah
murid tersebut. Antaranya ialah mengumpulkan maklumat melalui temubual. Pada hari
pertama kami menghadirkan diri di sekolah tersebut, kami telahpun berkesempatan untuk
mengadakan satu temubual bersama guru Penolong Kanan Hal Ehwal (PK HEM) murid di
sekolah tersebut. Temubual yang kami jalankan bertujuan ingin mendapatkan satu nama
murid yang kerap kali melakukan masalah disiplin memukul murid lain. Hasil daripada
kerjasama yang telah diberikan oleh PK HEM tersebut, kami mendapati seorang murid tahun
3 yang kerap kali bertindak agresif terhadap murid lain seperti menumbuk dan menendang
murid lain.

Selain itu, kami juga turut menggunakan kaedah pemerhatian. Sepanjang tempoh
menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu selama seminggu, kami
telah menjalankan suatu pemerhatian keatas murid tersebut. Pemerhatian yang kami lakukan
adalah berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi hasil daripada temubual yang telah
kami jalankan. Dapatan kami daripada pemerhatian yang telah kami jalankan, kami mendapati
bahawa murid tersebut gemar memukul murid lain yang lemah daripadanya. Dalam erti kata
lain ialah lebih muda daripadanya. Kadang kala, murid tersebut memukul murid lain atas dasar
adiknya dimarahi murid lain.

Di samping itu, kami juga ada melakukan kajian dokumen. Kajian dokumen yang kami
lakukan ialah meneliti dan menganalisis buku rekod masalah disiplin yang disimpan di pejabat
PK HEM. Hasil daripada penelitian kami, kami mendapati bahawa murid tersebut mempunyai
rekod yang kerap melakukan masalah disiplin sejak kebelakangan ini.

Dapatan dan hasil maklumat yang telah kami kumpulkan digunakan untuk tujuan
membuat perancangan tindakan seterusnya untuk mengendalikan tingkah laku bermasalah
tersebut.

3.0 Langkah Mengatasi Tingkah Laku Bermasalah Distruktif (Menumbuk dan

Menendang)

Menggunakan dapatan dan hasil maklumat yang telah kami kumpulkan, kami telah
merancang suatu program bagi mengurangkan masalah tingkah laku tersebut. Program yang
kami rancang ialah penggunaan ekonomi token dalam pengurusan perubahan tingkah laku.
Tempoh perlaksanaan bagi proram intervensi ini ialah selama 2 minggu.
Ekonomi token ini merupakan satu sistem modifikasi tingkah laku berdasarkan prinsip
pelaziman operan. Sistem ini meneguhkan tingkah laku positif dengan memberikan token atau
hadiah kepada murid-murid apabila mereka mencapai tingkah laku yang telah ditetapkan.
Oleh itu, kami memutuskan untuk mengaplikasikan kaedah ini kerana kami meningkatkan
tingkah laku yang kami ingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Murid
tersebut akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala
token akan ditarik balik sekiranya murid tersebut menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Token yang telah dikumpulkan oleh murid tersebut boleh ditukar dengan peneguh (back up
reinforcer) seperti hadiah.

Setiap kali murid berkenaan menunjukkan tingkah laku yang positif, dia akan diberikan
satu token oleh guru. Satu contoh token yang kami berikan terdiri daripada kad-kad berwarna
yang mempunyai nilai-nilai spesifik. Sebagai contoh, kad hijau diberi 5 markah, kad biru 10
markah dan sebagainya. Murid berkenaan akan berusaha untuk mengumpulkan jumlah
markah yang telah ditetapkan oleh guru. Apabila murid berkenaan berjaya mencapai markah
yang ditetapkan oleh guru, mereka dapat menukarkannya untuk hadiah yang telah ditetapkan
oleh guru. Sebagai contoh, jika murid berjaya mengumpulkan 30 markah, dia akan diberikan
satu pemadam dan sebatang pensel oleh guru. Ini akan memotivasikan murid berkenaan
unutk terus menunjukkan tingkah laku yang positif untuk memiliki pemadam dan pensel
tersebut.

Sebelum melaksanakan program ini, kami telah mengambil kira beberapa aspek.
Antaranya ialah tingkah laku yang dikehendaki, ganjaran yang ditawarkan, jenis token,
bagaimana token diperuntukkan dan berapa banyak token yang akan diberikan sekiranya
murid mencapai tingkah laku yang dikehendaki.

Oleh itu, kami telah berbincang dan menetapkan bahawa tingkah laku yang kami
kehendaki ialah murid berkenaan tidak memukul murid lain. Sekiranya murid berkenaan
berkelakuan seperti yang kami kehendaki, kami akan memberikan ganjaran yang berbentuk
peralatan tulis kepadanya. Jenis token yang telah kami sediakan ialah pelekat (sticker) yang
berbentuk bintang. Pelekat ini akan diberikan kepada murid berkenaan untuk dilekatkan pada
satu buku yang telah disediakan khas baginya. Token ini akan diberikan berdasarkan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan dalam sepanjang sesi persekolahan tersebut. Ini
bermakna, sekiranya murid berkenaan bertingkah laku positif sepanajng hari sehingga tamat
sesi persekolahan, murid tersebut akan diberikan 3 token. Namun, sekiranya murid berkenaan
bertingkah laku negatif iaitu didapati ada memukul murid lain pada hari tersebut, maka guru
akan menarik balik token miliknya sebanyak 2 biji token.
3.1 Proses Pengurusan Perubahan Tingkah Laku

3.1.1 Fasa Pra Intervensi

Terdapat beberapa proses pengurusan perubahan tingkah laku yang harus kami lalui
sebelum kami menjalankan program yang telah kami rancang. Antaranya ialah mengenal
pasti tingkah laku sasaran. Tingkah laku sasaran merupakan tingkah laku yang telah dipilih
diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku. bagi mengenal pasti tingkah laku
yang dimiliki oleh sasaran kami, kami telah menggunakan beberapa teknik merekod bagi
mencatatkan hasil daripada pemerhatian yang telah kami lakukan.

Pemerhatian yang telah kami lakukan telah kami rekodkan menggunakan rekod
anekdot. Rekod anekdot merupakan suatu catatan ringkas mengenai peristiwa atau tingkah
laku murid yang kami anggap penting dan signifikan untuk direkod sebagai baseline data
kumpulan kami. Borang rekod anekdot yang kami gunakan ialah seperti pada Rajah 1.

Rajah 1: Contoh Borang Rekod Anekdot

Selain itu, kami juga turut merekodkan pemerhatian yang telah kami lakukan
menggunakan teknik perekodan rekod kejadian. Rekod kejadian ini kai gunakan untuk
merekod atau mengira berapa bilangan kekerapan dibuat setiap kali pelajar terlibat dalam
tingkah laku sasaran. Dengan berbuat demikian, mudah bagi kami untuk mendapatkan
bilangan murid berkenaan bertingkah laku negatif secara konkrit. Borang rekod kejadian yang
kami gunakan ialah seperti ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Contoh Rekod Kejadian

Akhir sekali, kami turut menggunakan rekod sampel masa untuk mencatatkan
pemerhatian kami. Rekod sampel masa adalah kaedah yang kami gunakan untuk
merekodkan sama ada tingkah laku atau aktiviti tertentu berlaku. Penulisan rekod ini
dicatatkan dalam bentuk jadual. (Rujuk Jadual 2).

Masa
Tarikh 7.30 8.00 8.30 9.00 9.30 10.00 10.30 Catatan
am am am am am am am

Jadual 2: Contoh Rekod Kejadian

Maklumat atau data yang telah kami kumpulkan ini dikenali sebagi ‘baseline data’.
Rekod ‘baseline’ ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod ‘baseline data’ selepas
intervensi. Tujuannya ialah agar kami mengetahui jumlah tingkah laku yang negatif tersebut
dalam sehari, mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku, mengetahui sama ada
tingkah laku ini mempunyai corak atau pola tertentu dan mengetahui sebab-sebab berlaku
keadaan tersebut.

3.1.2 Fasa Intervensi

Setelah kami berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra
intervensi, barulah kami boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Langkah
pertama yang kami ambil untuk melaksanakan program ini ialah kami akan perkenalkan murid
berkenaan dengan kaedah yang akan kami gunakan iaitu penggunaan token ekonomi. Kami
akan menerangkan kepada murid berkenaan tentang tingkah laku yang perlu murid
berkenaan tunjukkan. Kemudian kami juga turut menerangkan bagaimana kami akan
menjalankan penilaian ke atas tingkah laku yang ditunjukkan murid berkenaan.

Selain itu, kami turut memperkenalkannya dengan sistem token. Kami perkara yang
kami lakukan ialah kami menerangkan bagaimanakah caranya untuk murid berkenaan
mendapat ganjaran yang telah kami sediakan. Selesai memberikan penerangan kepada
murid berkenaan, barulah kami melaksanakan program intervensi ini.

Sepanjang tempoh intervensi ini, tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan
akan kami perhatikan dan direkod seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu ke dalam graf
bahagian fasa intervensi. Semasa melaksanakan intervensi, kami akan memberikan murid
berkenaan token dalam bentuk pelekat bintang. Contohnya, murid berkenaan tidak ada
memukul murid lain dalam tempoh masa sejam. Maka, murid tersebut akan bagi berikan
token. Murid berkenaan juga kami berikan pilihan untuk menebus ganjaran yang dia suka
berdasarkan jumlah bilangan token yang dia miliki. Contohnya, dia memiliki 15 pelekat
bintang, dia boleh menebus satu pemadam dan sebatang pensel menggunakan jumlah
tersebut. Namun, murid berkenaan tidak menebusnya kerna ingin mengumpul lebih banyak
jumlah token agar di boleh menebus satu set pensel warna iaitu sebanyak 30 token yang
diperlukan. Apabila ganjaran sudah ditebus, maka kami akan menghapus kira jumlah bilangan
token yang telah digunakan untuk menebus ganjaran tersebut. Namun, kami akan menarik
balik token yang telah diberikan kepada murid berkenaan sekiranya murid berkenaan
menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.

3.1.3 Fasa Selepas Intervensi

Dalam fasa ini, kami akan menilai tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan
untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan.
Tingkah laku murid ini akan terus diperhatikan. Setiap pemerhatian yang dilakukan akan
direkodkan ke dalam bahagian graf fasa selepas intervensi.

Intervensi yang telah kami laksanakan perlu kami rekod dan tunjukkan melalui graf
sama seperti rekod ‘baseline data’ dalam fasa pra intervensi. Ini kerana, selepas program
intervensi dijalankan, suatu pemerhatian akan dijalankan sekali lagi untuk mendapatkan
‘baseline data’ yang kedua. Gambaran rekod penilai intervensi adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Graf 1 dibawah.
Graf 1: Gambaran Graf Intervensi

‘Baseline data’ 2 merupakan pemerhatian susulan yang kami lakukan selepas program
intervensi dilaksanakan. Sekiranya kami mendapati tiada perubahan tingkah laku yang dingini
ditunjukkan oleh murid, maka kami akan mencadangkan kepada guru agar guru tersebut
melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba styrategi dan teknik
pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

4.0 Peningkatan dan pengurangan tingkah laku

Setelah menjalani program ini, kami percaya bahawa murid tersebut mengalami
peningkatan tingkah laku positif seperti tidak akan memukul murid lain. Dalam erti kata lainnya
ialah menumbuk dan menendang murid lain. Ini kerana, tingkah laku positif ini telah kami
tingkatkan melalui peneguhan positif yang berterusan dengan pemberian ganjaran yang
ditebus menggunakan sejumlah token yang telah dikumpulkan kepada murid berkenaan
apabila dia tidak menimbulkan sebarang masalah tingkah laku dalam suatu tempoh masa
yang telah ditetapkan.

Oleh kerana berlaku peningkatan tingkah laku positif dalam diri murid tersebut, maka
berlakulah pengurangan terhadap tingkah laku negatif distruktif yang suka memukul murid
lain. Ini kerana, murid berkenaan telah melalui suatu program modifikasi tingkah laku yang
mampu memberikan kesan kepada perubahan tingkah lakunya, dimana dia merupakan
seorang murid yang gemar memukul murid lain berubah menjadi seorang murid yang tidak
mudah memukul murid lain. Diakui bahawa amat sukar bagi mereka pada mulanya, namun
oleh kerana adanya peneguhan positif yang berterusan maka dapatlah perubahan ini berlaku.
Akhirnya, terjadilah suatu tingkah laku yang baharu dalam diri murid berkenaan.
Tingkah laku baharu ini terus diberikan peneguhan positif yang berterusan berbentuk kata-
kata pujian. Kadangkalanya, guru juga turut memberikan token yang berbentuk pelekat
bintang. Pelekat bintang ini boleh ditebus kepada hadiah mengikut jumlah bintang yang telah
dikumpulkan olehnya.

Você também pode gostar