Você está na página 1de 6

12.

0 PENJELASAN AKTIVITI PROJEK MENGIKUT ELEMEN PERANCANGAN

Program “Young and Independent (YAI)” merupakan program yang dilaksanakan berdasarkan
analisis keperluan program yang dikehendaki oleh para ibu bapa melalui temu bual tidak
berstruktur yang dijalankan. Misi program ini ialah “Merancang, Menyelaras Dan Mengurus
Pembangunan Diri Bagi Tujuan Melahirkan Murid Yang Mampu Berdikari Seawal Usia 7
Tahun”. Program ini sebagai salah satu program yang mampu menyediakan tempat tinggal yang
selesa untuk murid-murid seawal usia 7 tahun bagi mengikuti pembelajaran seperti biasa di
sekolah khususnya bagi murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah dan mempunyai masalah
pengangkutan seperti murid-murid pedalaman.

Rasional program ini dijalankan ialah sebagai pelajar perlu diberi pendedahan tentang
kehidupan di asrama bagi murid Tahun 1 untuk hidup lebih berdikari. Pada masa kini, walaupun
dunia semakin moden, masih wujud lagi sekolah pedalaman yang mempunyai masalah
pengangkutan dan keadaan jalan raya yang teruk sehingga menjadi satu penghalang kepada
murid-murid tersebut untuk pergi sekolah. Justeru itu, kerajaan telah menyediakan asrama bagi
kebanyakan sekolah di pedalaman. Murid-murid yang tinggal di asrama adalah murid-murid
sekolah rendah yang berumur tujuh hingga 12 tahun. Namun, pada awal tahun, kebanyakan
murid-murid tahun 1 iaitu murid yang berumur 7 tahun mempunyai masalah dalam menguruskan
diri tanpa bantuan orang dewasa sehingga kebersihan dan kesihatan diri mereka terabai. Oleh itu,
adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah bekerjasama dengan ibu bapa mereka bagi
mewujudkan program pengurusan diri ini pada awal tahun supaya sesuatu yang dipelajari
melalui program ini menjadi rutin harian mereka ke arah hidup yang selesa dan berdikari.

Oleh itu, program ini bermatlamat untuk memberikan galakan kepada murid Tahun
Asrama Harian supaya berkeupayaan melakukan aktiviti-aktiviti pengurusan diri dan dapat
mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dalam menguruskan diri sendiri sehingga
dapat mencapai beberapa objektif yang telah ditetapkan. Antara objektif yang telah ditetapkan
ialah murid dapat membaca doa pagi, doa malam dan doa makan dengan lancar mengikut masa
yang betul serta dapat mengetahui, memahami dan mematuhi masa dan peraturan asrama
mengikut Jadual Harian yang telah ditetapkan. Selain itu, murid juga dapat belajar dan
mengamalkan adab di dewan makan dengan tertib. Di samping itu juga murid dapat menjaga dan
memastikan asrama serta diri sendiri sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Matlamat dan
objektif yang dinyatakan semasa program ini dirancang dijadikan sebagai panduan untuk
merancang dan menyediakan slot-slot serta diikuti dengan amali yang berkaitan supaya objektif
tersebut mudah tercapai. Ini kerana perubahan tingkah laku meliputi segala rupa perbuatan
daripada psikomotor hingga perubahan minda melalui tindakan. (Hamedah, 2010).

Setelah menetapkan misi, matlamat dan objektif Program “Young and Independent
(YAI)”, satu strategi pelaksanaan telah diwujudkan. Bagi memastikan program yang dirancang
berjalan dengan lancar, pihak sekolah bersetuju untuk melibatkan ibu bapa murid-murid tahun 1
bagi membantu dalam membentuk murid-murid yang mampu menguruskan diri sendiri. Tujuan
penglibatan ibu bapa ini adalah supaya ibu bapa turut melihat keperluan dan kebolehan anak-
anak dalam menguruskan diri. Selain itu, ibu bapa juga boleh terus mendidik anak untuk
berdikari di rumah khususnya semasa cuti sekolah. Ini juga dapat mengelakkan sesuatu negatif
berlaku contohnya ibu bapa menyangka guru-guru di sekolah mendera pelajar asrama untuk
membersihkan bilik asrama. Bagi melancarkan lagi program pengurusan diri ini juga, setiap slot
akan diikuti dengan amali. Amali ini bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar kepada
murid-murid tersebut melakukan aktiviti seperti cara memakai sarung, mencuci pakaian sendiri
dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga, sebelum pelaksanaan program ini, pihak sekolah juga mengadakan
satu perjumpaan khusus bersama pihak yang terlibat dan ibu bapa murid tersebut bagi berkongsi
idea dan pengalaman bagi menjayakan lagi program ini. Pengalaman dan pandangan ibu bapa
khasnya sangat penting bagi meningkatkan kejayaan program ini kelak kerana mereka lebih
mengenali potensi awal anak-anaknya. Setelah mendapat banyak idea dan pandangan dari
pelbagai pihak, pihak sekolah akan memilih tindakan dan idea yang bernas sebagai perkongsian
sepanjang program ini nanti. Pemilihan yang tepat sangat penting kerana ini sebagai penentu
kejayaan sesuatu program mencapai objektif yang telah dinyatakan serta mendapat output yang
positif sebaik sahaja selesai program ini. Pemilihan ini harus melihat kepada cabaran dan isu
yang akan timbul serta sentiasa bersedia dengan langkah penyelesaian.
Seterusnya ialah penggubalan program. Satu jawatankuasa ditubuhkan dan pihak-pihak
berkenaan dilantik mengikut bidang kemahirannya. Setiap jawatan akan diterangkan tugas-tugas
yang perlu dilaksanakan bagi memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Selain itu, segala kelengkapan dan sumber kewangan harus dalam keadaan baik bagi
mengelakkan masalah semasa program ini sedang berlangsung. Penggubalan program ini perlu
dibina berdasarkan satu jadual urutan kerja sebagai panduan bagi memastikan kelancaran
program bermula dari perancangan, pelaksanaan dan akhirnya penilaian program ini. Sepanjang
program ini dilaksanakan, ahli jawatankuasa yang berkenaan perlu peka dan sentiasa menilai
kelebihan dan kelemahan program ini supaya tindakan susulan dapat dijalankan segera bagi
memastikan output program ini adalah positif. Pandangan dan idea dari pihak sekolah dan ibu
bapa sepanjang program ini dijalankan perlulah dipandang serius demi kejayaan program ini.

Pada akhir program ini, penilaian dibuat berdasarkan temu bual bersama beberapa
Pembantu Pengurusan Murid, Warden dan ibu bapa bagi melihat perubahan sikap murid-murid
tahun 1 yang terlibat dengan program ini. Temu bual dibuat seminggu selepas program ini untuk
melihat kebolehan murid-murid tersebut memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari
dalam program ini dalam kehidupan harian mereka di asrama mahupun di rumah. Jika program
ini menunjukkan kesan yang positif, program ini akan menjadi program tahunan khususnya
untuk sekolah-sekolah pedalaman yang mempunyai murid-murid asrama. Jika ada kelemahan,
perancangan baru akan dibentuk dan penambahbaikan dibuat untuk melahirkan lebih banyak
murid-murid berasrama yang mampu hidup berdikari walaupun di sekolah pedalaman.
13.0 PENJELASAN AKTIVITI PROJEK MENGIKUT PROSES PERANCANGAN

Proses perancangan Program “Young and Independent (YAI)” melibatkan enam langkah penting
iaitu:

Langkah 1:
Menentukan masalah dan keperluan

Langkah 2:
Mengenal pasti objektif program

Langkah 3:
Menjana program penyelesaian

Langkah 4:
Memilih reka bentuk program

Langkah 5:
Melaksanakan reka bentuk program

Langkah 6:
Menilai program

Rajah 3: Proses Perancangan


Proses perancangan Program “Young and Independent (YAI)” dirancang selepas
mendapat maklum balas dan cadangan daripada pembantu pengurusan murid, warden dan ibu
bapa melalui temu bual tidak berstruktur. Kebanyakan mereka bersetuju untuk mengadakan
program seumpama ini kerana mereka menganggap murid-murid seawal usia tujuh tahun yang
tinggal di asrama agak sukar mengurus diri dari segi kebersihan dan mematuhi peraturan asrama
yang telah ditetapkan. Kumpulan sasaran program ini ialah murid-murid tahun 1 yang baru mula
tinggal di asrama pada awal tahun.

Seterusnya ialah langkah yang kedua iaitu mengenal pasti dan menetapkan objektif.
Objektif yang ditetapkan adalah berdasarkan keperluan yang perlu dipelajari dan diterapkan
dalam diri murid-murid tahun 1 yang tinggal di asrama. Terdapat enam objektif yang ingin
dicapai dalam program ini dan secara ringkasnya ingin mencapai satu matlamat iaitu melahirkan
murid-murid tahun 1 yang mampu berdikari serta mengurangkan kebergantungan kepada orang
lain dalam mengurus diri. Objektif yang ditetapkan dijadikan sebagai panduan pengisian dalam
tentatif program yang akan berlangsung selama tiga hari.

Langkah yang ketiga pula ialah menghasilkan dan menjana program penyelesaian.
Program penyelesaian yang dirancang berdasarkan analisis keperluan melalui temu bual ialah
program pengurusan diri. Program ini juga adalah hasil gabungan idea daripada pembantu
pengurusan murid, warden dan ibu bapa yang banyak terlibat dalam mengurus murid-murid
asrama berusia dari tujuh hingga 12 tahun. Program ini juga dipersetujui oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Sebauh kerana mereka beranggapan bahawa murid-murid yang tinggal di asrama sekolah
pedalaman memerlukan latihan dan bimbingan untuk lebih bersikap berdikari kerana kekurangan
kemudahan dan fasilitator di beberapa sekolah pedalaman di Daerah Sebauh.

Langkah yang keempat ialah memilih mereka bentuk program pengurusan diri bagi
murid-murid tahun 1 yang tinggal di asrama. Program ini dirancang dan dibentuk mengikut
kesesuaian dan keperluan murid-murid asrama di SK Sungai Genaan. Sumber kewangan bagi
program ini ialah daripada PIBG SK Sungai Genaan memandangkan kewangan yang diperlukan
tidak memakan belanja yang besar. Manakala, aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan
persekitaran dan keupayaan murid-murid seawal usia tujuh tahun. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam beberapa slot adalah selari dengan objektif yang dinyatakan iaitu membentuk
murid-murid tahun 1 yang mampu hidup berdikari.
Seterusnya, langkah yang kelima dan terakhir ialah melaksanakan program berdasarkan
kertas kerja yang telah disediakan yang mengandungi semua butiran penting seperti objektif,
matlamat, senarai jawatankuasa, sumber kewangan, urutan kerja dan model atau teori yang
diaplikasikan serta menilai keberkesanan program tersebut. Pelaksanaan program ini haruslah
bertujuan untuk mencapai objektif yang ditetapkan berdasarkan slot-slot yang dijalankan
sepanjang tiga hari. Kejayaan program ini adalah bergantung dengan kerjasama daripada
pelbagai pihak. Ang Jit Eng (2007) mengatakan bahawa setiap pihak yang berkepentingan yang
berfungsi dengn baik mempunyai jaringan sistem-sistem dan peraturan yang mengawal segala
aktiviti yang berlangsung mewujudkan keakraban sehingga aktiviti yang dijalankan lebih efisien
dan mampu meminimumkan gangguan kepada peserta dan pihak yang terlinat. Oleh itu, setiap
kelebihan dan manfaat yang diperoleh melalui program ini dijadikan sebagai kunci untuk terus
majukan program ini di sekolah-sekolah berasrama yang lain manakala kelemahan dan
kekurangan yang timbul memerlukan tindakan penyelesaian susulan yang efektif.

Você também pode gostar