Você está na página 1de 14

PERTANDINGAN INOVASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


PERINGKAT ZON SABAH

Kategori Kumpulan
Tajuk
ASSDA

OLEH
Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam
Puan Noemi Linus

Tarikh: 29 April 2014


Tempat: IPG Kampus Tawau

1
1. TAJUK INOVASI

ASSDA

2. NAMA PASUKAN & JABATAN/UNIT

1. Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam (JPM)


2. Puan Noemi Linus (JTP)

3. PENGENALAN

Menulis ulasan merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid yang
akan menduduki peperiksaan UPSR. Ini kerana satu daripada kertas peperiksaan
Bahasa Melayu ialah aspek penulisan. Kertas Bahasa Melayu Penulisan
mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A: Membinaan ayat berdasarkan
gambar, Bahagian B: Menulis karangan, manakala Bahagian C: membuat ulasan
tentang satu teks. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja.


Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.
Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat
dalam petikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan
mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.

Terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk mengajar dan
membimbing murid menguasai aspek penulisan yang terdapat dalam Bahagian C .
Penggunaan buku teks yang sedia ada di sekolah, di samping buku kerja/latihan
merupakan antara bahan yang lazim digunakan. Bahkan banyak panduan atau
teknik yang diperkenalkan oleh guru untuk membantu murid menguasai kemahiran
ini.

2
4. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIPERKENALKAN

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan guru-guru Bahasa Melayu di


beberapa buah sekolah rendah di daerah Keningau, strategi yang biasanya
digunakan untuk mengajar penulisan Bahagian C ialah dengan berpandukan
langkah-langkah berikut:

1. Memperkenalkan pelbagai nilai murni dan menerangkan konsep beserta


contoh-contoh yang sesuai.
2. Mengenal pasti nilai-nilai murni sama ada yang tersurat atau tersirat daripada
petikan.
3. Membina ayat berdasarkan nilai murni menggunakan idea sendiri.

Proses ini dilakukan berulang-ulang sehingga murid mahir mengenal pasti nilai-nilai
murni dan mampu menghasilkan ayat sendiri. Panduan tentang menghasilkan
penulisan ini juga boleh didapati di laman atau blog yang dikendalikan oleh guru-
guru Bahasa Melayu yang berpengalaman. Antara panduan atau teknik yang
disarankan oleh guru misalnya:

1. Melengkapkan ayat beserta huraian berpetak

http://cikguctmidah.blogspot.com/2012/03/penulisan-bm-modul-mudah-lulus.html

2. Jadual Penulisan Ulasan Nilai

http://www.santaileeza.com/2013/03/penulisan-ulasan-nilaibahagian-c-upsr.html

3. Kembangkan idea Mengikut Petak Jalur Lima

http://norhayatikarim.blogspot.com/p/teknik-menulis-bahasa-melayu-
bahagian-

c.html

4. Penggunaan Petak Nilai Murni dan Ulasan/Huraian

http://kamilmahfud.blogspot.com/

5. Penggunaan Modul Jelmaan

http://faridahdoya.blogspot.com/p/contoh-karangan-tahap-2.html

3
6. Pelan Maklumat

http://anishahsalman.blogspot.com/2012/12/bahasa-melayu-penulisan-
bahagian-c.html

Selain itu, kajian berkaitan aspek penulisan Bahagian C ini dalam kalangan murid
sekolah rendah di daerah Keningau juga pernah dilakukan oleh beberapa orang
guru antaranya ialah:

1. Teknik ASSDA+SKAC dalam Kemahiran Menulis Ulasan Bahagian C Penulisan


oleh Elva Zay In.
2. Keberkesanan Teknik “Garis dan Jelma” untuk Mengesan Nilai Murni dalam
Penulisan oleh Arnez binti Awang Pelilah.

Sungguhpun terdapat pelbagai teknik serta panduan yang diperkenalkan untuk


membantu guru mengajarkan kemahiran menulis ini, namun masih terdapat murid
yang belum menguasainya sehingga menjejaskan markah keseluruhan Bahagian C.
Bahkan kajian yang dijalankan oleh Elva (2013) di salah sebuah sekolah Daerah
Keningau mendapati murid tidak berminat menjawab soalan bahagian ini semasa
pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang sama juga mendapati murid mampu
mengesan nilai dan pengajaran dalam petikan tetapi lemah dari segi penulisan
terutama sekali dari aspek i) ayat tidak gramatis ii) tidak mempunyai mendahuluan,
iii) ayat terlalu ringkas dan iv) tiada penanda wacana.

Kajian Arnez (2013) turut mendapati sebilangan besar murid hanya dapat
menyatakan nilai murni yang di kenal pasti tetapi tidak dapat mengaplikasi nilai-nilai
tersebut dalam bentuk ayat. Lebih membimbangkan ada murid yang hanya
menyalin semula petikan.

Berdasarkan dapatan dan rumusan yang dikemukakan di atas, adalah sangat


penting untuk melakukan satu kajian susulan serta menambahbaik teknik yang sedia
ada bagi membantu murid-murid yang masih lemah dalam bahagian penulisan ini.

4
Penambahbaikan yang dilakukan turut mengambil kira pandangan guru sekolah
yang akhirnya menjelmakan bahan berbentuk TMK.
5. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Bagi mendapatkan maklumat tambahan yang lebih tepat, satu tinjauan susulan telah
diadakan bagi mengenali pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Tinjauan ini
melibatkan 15 orang murid di tiga buah sekolah rendah daerah Tenom. Murid yang
dipilih terdiri daripada kalangan mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR
tahun 2014 dan berprestasi rendah. Mereka dikehendaki melaksanakan tugasan
penulisan Bahagian C dengan peruntukan masa 20-25 minit. Hasil kerja murid
dikumpul dan dianalisis berdasarkan skema pemarkahan yang lazim digunakan oleh
pemeriksa. Analisis yang ditunjukkan dalam Jadual 1 menunjukkan analisis
kesilapan bagi semua murid yang telah diuji.

Jadual 1: Analisis Kesilapan Penulisan (Praujian)


Petunjuk
1: Ayat yang jelas dan gramatis
2: Menggunakan pelbagai Kosa kata
3: Penggunaan tanda baca yang betul
4: Penggunaan ejaan yang tepat
5: Menyatakan lima nilai murni

X: Tidak dipatuhi
: Dipatuhi
Sekolah A
MURID 1 2 3 4 5 CATATAN
1i X X X X X  Menulis dua ayat
 Mengandungi satu nilai
2i X X   X  Menulis dua ayat.
 Mengandungi dua nilai
3i     X  Bilangan 44 pp
 Mengandungi empat nilai
4i  X  X X  Bilangan 57 pp
 Mengandungi empat nilai
5i X X X X X  Mengandungi tiga nilai
 Bilangan 41 pp

5
Sekolah B
MURID 1 2 3 4 5 CATATAN
1s X X X X X  Mengandungi dua nilai
 Bilangan 29 pp
2s X X X X X  Tiada nilai murni
 Bilangan 39 pp
3s X X X  X  Mengandungi empat nilai
 Menyalin semula
4s X X X X X  Mengandungi satu nilai
 Tulisan sukar dibaca
5s  X   X  Mengandungi dua nilai

Sekolah C
MURID 1 2 3 4 5 CATATAN
1e X X   X  Mengandungi tiga nilai

2e X X   X  Bilangan 64 pp
 Mengandungi tiga nilai
3e X X   X  Mengandungi tiga nilai

4e     X  Mengandungi empat nilai


 Bilangan 69 pp.
5e     X  Bilangan 85 pp
 Mengandungi empat nilai

Semua kertas jawapan murid boleh dirujuk di LAMPIRAN 1

Jadual 1 di atas menunjukkan semua murid dari ketiga-tiga buah sekolah


menunjukkan pola yang sama iaitu tidak mematuhi kriteria tentang menyatakan lima
nilai murni daripada petikan. Secara amnya analisis tersebut mendapati masalah
utama yang dihadapi oleh murid ialah:

i. Kegagalan mengemukakan semula fakta-fakta iaitu nilai murni


daripada petikan teks yang disediakan.
ii. Ayat yang tidak gramatis
iii. Tiada penanda wacana

6
Rumusan daripada analisis yang dijalankan di tiga buah sekolah di daerah Tenom
juga mendapati kelemahan murid masih berkisar kepada masalah yang sama
seperti mana kajian yang pernah dilakukan di sekolah-sekolah lain.
Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti, ASSDA dibangunkan
sebagai satu bahan atau teknik yang boleh membantu murid yang belum lagi
menguasai aspek penulisan tersebut.

6. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti, serta merujuk teknik dan
panduan yang pernah digunakan oleh guru, seterusnya maklum balas guru-guru
yang sedang mengajar Tahun Enam maka ASSDA dibangunkan dengan
mengintegrasikan elemen-elemen TMK.

6.1 Deskripsi Inovasi

ASSDA merupakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan


menggunakan perisian Authoware. Guru dan murid boleh menggunakan ASSDA
melalui janaan komputer atau laptop seperti bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran lain yang berasaskan TMK dalam bentuk CD atau DVD. Isi kandungan
ASSDA dibangunkan mengikut pemeringkatan daripada latihan yang mudah kepada
sukar iaitu mengenal pasti nilai-nilai murni daripada petikan sehinggalah membina
ayat berpandukan teknik yang lebih mudah (Rujuk LAMPIRAN 2).

ASSDA terhasil daripada teknik mnemonik akronim yang menggunakan setiap huruf
pertama penanda wacana yang sesuai. Penanda wacana yang dipilih akan
memudahkan murid membina ayat yang akan menghasilkan teks penulisan yang
lengkap. Penanda wacana ASSDA yang dimaksudkan ialah:

Antara, Selain Itu, Seterusnya, Di samping itu, Akhirnya.

Inovasi ini merupakan adaptasi daripada teknik dan panduan sedia ada yang
lazimnya digunakan oleh guru untuk membimbing murid di sekolah rendah.

7
Bezanya ialah ASSDA dintegrasikan dengan elemen TMK yang boleh digunakan
secara pembelajaran kendiri oleh murid dan mesra pengguna

6.2 Bidang Utama/Tumpuan

Bidang Bahasa Melayu iaitu kemahiran menulis (untuk keperluan UPSR kertas BM
Penulisan) dengan mengintegrasikan elemen TMK.

6.3 Butiran Lain

Tarikh Inovasi: 9 Januari 2014


TARIKH TINDAKAN CATATAN
9-29 Januari 2014 Draf: Isi kandungan Cetusan idea berdasarkan
dan teknikal dapatan kajian tindakan
yang dijalankan oleh
pelatih
1 -28 Februari 2014 Pembinaan bahan dengan Melibatkan kepakaran isi
elemen TMK kandungan dan TMK
1-4 Mac 2014 Tinjauan dan pelaksanaan Melibatkan 4 buah sekolah
bahan di daerah Tenom rendah
5-15 Mac 2014 Analisis tinjauan Memilih jawapan dari 3
buah sekolah
20-30 Mac 2014 Pelaksanaan dan maklum Melibatkan 10 orang guru
balas guru-guru sekolah di Tahun Enam
daerah Keningau
1-15 April 2014 Pemurnian Berdasarkan cadangan
guru
Mei 2014 Memohon perlindungan Hak Cadangan.
Cipta daripada Perbadanan (Borang berkaitan telah
Harta Intelek Malaysia. dilengkapkan)

Bilangan Anggota: Dua orang pensyarah


Jumlah Kos Operasi:
BIL PERKARA KOS (ANGGARAN)
1 Buku-buku rujukan (dari Pusat Sumber)
2 Perisian Autoware (Perisian berlesen yang Tiada
sedia ada di IPG)
3 CD (RM2.50 X 5) RM12.50
4 Percetakan (Kertas, catridge) RM20

8
JUMLAH RM32.50

7. KEDUDUKAN SELEPAS INOVASI DIPERKENALKAN

Satu tinjauan umum telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas daripada
guru Tahun Enam di beberapa buah sekolah terplilih menggunakan borang maklum
balas ringkas (Rujuk LAMPIRAN 3). 10 orang guru dibekalkan CD yang
mengandungi bahan ASSDA dan diminta menggunakannya dalam satu sesi
pengajaran.

Jadual 2: Maklum Balas Guru

BIL PERNYATAAN Tidak Setuju Sangat


Setuju Setuju
1 Isi kandungan menepati aspek penulisan UPSR 100%
(Kertas Penulisan: C)
2 Arahan, Penerangan dan latihan sesuai dengan aras 22% 78%
kefahaman murid
3 Arahan mudah difahami 100%

4 Paparan, Animasi dan aspek teknikal menarik dan 11% 89%


mesra pengguna
5 Murid menunjukkan minat belajar menggunakan 11% 89%
bahan ASSDA
6 Terdapat peningkatan penguasaan selepas 44% 56%
menggunakan bahan ASSDA

Jadual 2 menunjukkan keputusan berkaitan maklum balas guru terhadap


penggunaan bahan dalam sesi pengajaran untuk murid-murid Tahun Enam. Semua
guru amat bersetuju bahawa isi kandunan ASSDA menepati aspek penulisan
Bahagian C dan arahan mudah difahami. Lebih istimewa lagi pernyataan 5 dan 6
yang sangat berkaitan dengan impak ASSDA turut menunjukkan pilihan setuju dan
sangat setuju. Ini juga membuktikan bahawa ASSDA mampu merangsang minat

9
murid untuk mempelajari kemahiran tersebut seterusnya meningkatkan penguasaan
murid walaupun 56% menyatakan sangat setuju.

10
11
12
13
14

Você também pode gostar