Você está na página 1de 3

Aliran Pemikiran Moral

3.1 Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya
yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya
dapat dikatakan berfikiran naturalis.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah:

?Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima
keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu
juga prestasinya.
?Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan
jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah
merdeka 52 tahun yang lalu.
?Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang
jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga
menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh
keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:
?Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak
kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya
kepada perompak tersebut.
?Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang
lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
?Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut
?Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
?Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
?Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.
?Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah
seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.
2.3 Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses �emelihat�f dan �ememahami�f secara
spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah
mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah
atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata
pepatah Melayu �eterkilat ikan di air sudah tahu jantan betina�f. Gerak hati mereka
ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu
serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi
dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga
boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak
secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan
dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam
bahasa indahnya, �elagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara�f.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki �edon juan�f atau
�ekasanova�f lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka
mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan �eratio�f yang bermakna �ereason�f atau


sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan
logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan
akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan
masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes
bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca
daripada pemikiran rasional.
Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara yang
berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah
dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari
logiknya. Contohnya perkara tentang hari kiamat, kewujudan Tuhan, hari Pembalasan
dan sebagainya.

Você também pode gostar