Você está na página 1de 5

Perbincangan:Dadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


DADAH?
Dadah mempunyai keburukan dan kebaikan. kita harus bijak dalam memanfaatkannya. Antara
kebaikan dadah ialah untuk membuat ubat. Dan keburukannya pula ialah seperti apa yang
berlaku kepada anak muda kita pada zaman sekarang. Mereka menyalahgunakannya dengan
menghisap dadah dan digelar sampah masyarakat. Antara alasan atau faktor terjadinya
penyalahgunaan dadah ialah untuk menghilangkan stres, ingin mencuba, pengaruh kawan, suka-
suka dan bermacam lagi. Mereka langsung tidak memikirkan kesan-kesannya.

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

 akibat keatas penagih


 akibat keatas keluarga penagih
 akibat keatas masyarakat dan
 akibat keatas negara

Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab
kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah
tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan
tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan,
sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan
.Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai
penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat .
Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan
masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas
anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi
porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat


Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian
mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang
memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara
adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara
.Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara
sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-
anak dengan dadah.

Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara
atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos
nyata termasuklah:-

 Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi


 Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
 Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan
dan
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan
sebagainya .
 Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan
yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang
dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang
terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi
tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang
lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65%
adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini
jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi
ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

APA ITU DADAH?


Istilah ‘Drug’ dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan
menurut Kamus Dewan.Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada
‘drug’,perkataan ‘use’,"misuse" atau ‘abuse’ perlu digunakan bersama-
sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian Bahasa
Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi
pengertian penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau
salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.Perkataan dadah
sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam hal ini,perkataan
penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi
menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan
dadah.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
(a)Opiat -Heroin,morfin,candu dan kodein
(b)Kanabis -Ganja,hashish
(c)Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan
barbiturat serta
tranqualizer.
(d)Stimulan -Jenis amfetamin dan kokain
(e)Halusinogen -Lyseregic acid diethylamide(LSD)
meskalin,psilosibin
(f) Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia
yang telah terbukti
mempunyai kesan farmakologi

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut(gam dan petrol), alkohol


dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan
dengan dadah dari segi kesannya.

APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?


1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya
digunakan secara
kerap dan berterusan iaitu:-
(a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi
Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan satu keadaan di
mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya
dapat berfungsi
secara normal serta mencapai ketenangan jiwa
(b)Pergantungan secara Fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan
pengih memerlukan
dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah
dihentikan akan
menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah
tanda-tanda tertentu
dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang
ditunjukkan
semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu.Antara
tanda-tanda
pergantungan ialah sakit perut,muntah-muntah,menggeletar dan
sebagainya.

2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila


dos dadah
yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi
kelegaan dalam
mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa ditambah untuk
mencapai tahap
kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya tahan tidak
semestinya berlaku
kepada seseoran yang bergantung kepada dadah.

3. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:-


(a)Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan
seharian.
Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan
dan minum
(b)Daya tahan meningkat
(c)Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengambil dadah
(d)Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah,lebi-lebih lagi
apabila cuba
mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat
mengawal
jumlah dan kekerapan penggunaan
(e)Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah
berhenti mengguna
dadah untuk beberapa waktu.

4. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah


Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan
bergantung kepada
beberapa faktor seperti berikut:-
(a)Jenis Dadah
Perbezaan dari kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samada ia
merosot (contohnya heroin) atau merangsangkannya(contohnya
amfetamin dan kokain)
atau merosot dan merangsangkannya (contohnya ganja)
(b)Jumlah Digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos


besar,Contohnya,dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk
atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut.

(c)Cara Penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap


atau diguna bersama dadah lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna.

(d)Keadaan Individu

Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya


tahan, pengalaman penggunaan dadah,’mood’ dan aktiviti penagih.

(e)Situasi Ketika Mengguna

Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain
hadir bersama.

Você também pode gostar