Você está na página 1de 1

FINISHING SCHOOL PROGRAMME

Program ini merupakan program julung kali diadakan di ILP Kuala Terengganu
setelah diadaptasi daripada program yang telah dijalankan di ILP Kuantan.
Ianya merangkumi pengisian taklimat pengenalan agensi, latihan secara
berkumpulan dan pembentangan oleh para pelajar semester akhir sebagai
persediaan kepada pembangunan mereka.

Objektif dan justifikasi program adalah:

i. Menambah pengetahuan dan kemahiran berhubung persiapan awal


sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar atau melanjutkan
pengajian.
ii. Memahami konsep dan keperluan asas yang sebenar ketika
melangkah ke alam pekerjaan.
iii. Meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan.

Seramai 232 orang pelajar semester akhir di ILP Kuala Terengganu yang
mengikuti program ini dengan yang terdiri daripada sebelas kursus iaitu Kursus
Teknologi Penyenggaraan Mekanikal, Teknologi Pembuatan (Pemesinan),
Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas, Teknologi Elektrik, Teknologi
Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi binaan Berasaskan Kayu,
Teknologi Paip & Sanitari, Teknologi binaan Bangunan, Diploma Teknologi Binaan
dan diploma Teknologi elektrik Kuasa.

Você também pode gostar