Você está na página 1de 30

NAMA : MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAHIM

UNIT : KAJIAN SOSIAL 1(PPPRPET SEMESTER 1)

NO I/C : 881027-56-5953

ALAMAT : NO 342,LORONG BUKIT A-4,KAMPUNG CHERAS


BARU,56100,KUALA LUMPUR.

N/TELEFON : 012-6932413

MOTO HIDUP : JANGAN PUTUS ASA DALAM HIDUP

1
Assalamualaikum,

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-


Nya,saya dapat menyiapkan tugasan Bina Insan Guru(BIG) pada masa yang
telah ditetapkan bagi pelajar program program pengajian pendidikan rendah
perguruan empat tahun(PPPRPET) semester 1 dengan jayanya.
Di warkah ini,saya ingin melahirkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing dan yang terlibat dalam menjayakan program bina insan guru
kerana jasa mereka dalam menjayakan program ini amatlah besar dalam
membina sahsiah,semangat kami sebagai seorang guru dan tidak lupa juga
kepada pensyarah serta merangkap tutor saya iaitu Encik Razak bin shafi kerana
menyumbang masa dan tenaga beliau dalam menjayakan program perkemahan
bina insan guru di Kolam Air Panas La,Besut,Terengganu.
Selain itu,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua
ibu bapa saya kerana tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin saya tidak
sampai ke tahap sekarang.Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan saya
lupakan hingga akhir hayat saya.
Di samping itu,saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kerana tanpa sokongan dan kerjasama mereka mungkin saya
tidak dapat menjayakan program perkhemahan bina insan guru dan seterusnya
menyiapkan tugasan folio bagi tugasan ini.
Akhir sekali,sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam program bina insan guru semoga Allah S.W.T sahaja
yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan semua.

2
Pengenalan.....
LATAR BELAKANG
BINA INSAN GURU ( BIG)
Program Bina Insan Guru (BIG) mula di perkenalkan dalam latihan
perguruan pra-perkhidmatan pada tahun 2001. Mulai tahun 2005, satu sukatan
pelajaran BIG yang standard bagi semua program praperkhidmatan di institut
perguruan Malaysia mula digunakan. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru
adalah pembina generasi pembentukan jati diri dan role model kepada
masyarakat. Maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Berdasarkan rasional di atas, maka program BIG dilaksanakan di


Institut perguruan. Semua guru pelatih (guru pra-perkhidmatan) wajib mengikuti
kursus dan lulus kursus dengan jayanya. Kursus BIG mengandungi tiga tema
utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembinaan
insan Guru, serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini
direalisasikan melalui satu pakej perkhemahan empat hari tiga malam.

Bagi penilaian BIG, taklimat untuk penyelarasan telah dilaksanakan di


peringkat institut dan peringkat pusat. Di peringkat institut, penyelarasan
dijalankan setiap kali sebelum Program BIG dilaksanakan dan penilaian ini
dibuat menggunakan instrumen yang telah ditetapkan Markah penilaian BIG bagi
guru pelatih yang berpindah ke institut lain hendaklah dikirimkan sebagai
dokumen sulit kepada kepada institut barunya. Selain itu, pemarkahan perlu
dibuat secara berterusan sepanjang program perkhemahan, sebelum akhir
semester satu, dan sebelum akhir pengajian.

3
RASIONAL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program ini merupakan satu usaha ke arah membina insan guru


yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai daya
ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara; selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui penilaian BIG ini, diharapkan
pengetahuan dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai prestasi pelajar
dapat dikumpul dan dijadikan asas yang kukuh dalam usaha melahirkan insan
guru yang cemerlang.

MATLAMAT
Program Ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
bermanfaatkan diri , keluarga , masyarakat serta negara selaras dengan nilai –
nilai keguruan.

OBJEKTIF
 Menunjukkan dan mengetahui ciri –ciri insan yang berakhlak mulia dan
patuh kepada ajaran agama.
 Memiliki semangat berpasukan, semangat juang ,ketahanan fizikal dan
Mental.
 Menguasai kemahiran asas interpersonal
 Menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan.
 Memperkembangkan potensi diri sebagai insan dengan mengamalkan
refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4
LATAR BELAKANG PESERTA

Pelajar Program Pendidikan Perguruan Rendah Pengajian Empat Tahun


( PPPRPET) telah menyertai Kem Bina Insan Guru ( BIG) yang bertempat di
Kolam Air Panas La ,Besut ,Terengganu. Kem ini di jalankan selama 4 hari 3
malam yang bermula pada 16 Februari hingga 19 Februari 2008. Program Bina
Insan Guru bagi pelajar Program Pendidikan Perguruan Rendah Pengajian
Empat Tahun ( PPPRPET) telah disertai oleh 3 unit yang terdiri daripada unit
Matematik, Kajian Sosial 1dan Kajian Sosial 2. Semua bilangan peserta yang
terlibat ialah 57 orang.

Di Kolam Air Panas La, peserta di bahagikan kepada kepada 2 kumpulan


iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A terdiri daripada 3 kumpulan kecil
iaitu terdiri daripada unit matematik dan sebahagian daripada unit kajian sosial 1
manakala bagi kumpulan B,terdiri daripada unit kajian sosial 1 dan kajian sosial
2, Walaubagaimanapun ketika sesi LDK para peserta dibahagikan kepada 6
kumpulan yang terdapat 9, 10 orang ahli. Pemilihan ahli kumpulan di lakukan
mengikut senarai nama peserta di dalam unit masing–masing. Setiap kumpulan
diberikan tutor/fasilitator untuk menbimbing para peserta.

Saya merupakan ahli kumpulan 4yang terdiri daripada unit kajian sosial 1
belaka. Kumpulan saya terdapat 10 orang ahli yang terdiri daripada 10 orang
lelaki .Walaupun kumpulan kami mempunyai ahli yang keseluruhannya lelaki
tetapi kami dapat membentuk satu kerjasama yang baik ketika sesi LDK dan
aktiviti lain yang telah dijalankan.

SEPINTAS LALU...

5
Setelah mendengar taklimat mengenai perjalanan program dan
sedikit taklimat yang telah diberikan oleh Encik Harun mengenai tips
pemasangan khemah yang betul, kami memasang khemah untuk dijadikan
tempat penginapan dan semua peserta kelihatan asyik dan teruja memasang
khemah setelah sejam berlalu,kami semua siap memasang khemah dengan cara
yang betul dan kelihatan peserta perkhemahan Bina Insan Guru sesi 1 gembira
dengan hasil pemasangan khemah mereka walaupun terpaksa bersempit dalam
sesebuah khemah akibat kekurangan khemah..Setelah selesai memasang
khemah,Encik Zakaria daripada jabatan Teknologi maklumat mengarahkan
beberapa orang peserta secara sukarela untuk memasak makan malam untuk
kesemua peserta memandangkan jadual memasak belum lagi dikeluarkan oleh
pihak urus setia.Tukang masak terdiri daripada Fazillah binti Jamil selaku ketua
tukang masak dan dibantu oleh Shafiq bin Ismail serta dibantu oleh ahli-ahli yang
lain.
Di samping itu,kami juga telah sebulat suara melantik Abdul Halim Bin
Abdul Latif daripada unit Matematik dan Nurul Hidayah Binti Razali dari unit
Kajian Sosial 2 sebagai penghuluwati bagi perkhemahan Bina Insan Guru sesi 1
serta dibantu oleh Khairunnmuzammil dari unit matematik ketua bagi kumpulan A
dan B diwakili oleh Azhar bin Rosli dari unit kajian sosial 2.Mereka ini juga
dibantu oleh ketua setiap kumpulan kecil iaitu,Abd Ghafar dari unit
Matematik(kumpulan 1),Ubaidullah dari unit Matematik(kumpulan 2),Abdul Rafi
dari unit Kajian Sosial 1(kumpulan 2),Muhammad Faiz Bin Abdul Rahim dari unit
Kajian Sosial 1(kumpulan 4),Hairil Asyraf dari Kajian Sosial 2(kumpulan 5) dan
Wan Muhd Hafizuddin dari unit Kajian Sosial 2(kumpulan 6).

6
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
hari pertama
 Ice Breaking(SABTU-16/2/2008)

Setelah selesai makan malam dan menunaikan solat Isyak secara


berjemaah, kami meneruskan aktiviti lain yang telah ditetapkan. Aktiviti di dewan
serba guna, kami menjalankan aktiviti ice breaking. Melalui aktiviti ini, kami
dikehendaki melipat sehelai kertas kepada 4 bahagian yang terdiri daripada
bahagian A,B,C,D dan kemudian, setiap bahagian diisi dengan tandatangan,
nama penuh dan unit, alamat rumah dan lagu kegemaran. Kemudian, bahagian
tandatangan tersebut dikoyakkan dan diberikan kepada pensyarah yang
mengendalikan sesi LDK ini iaitu Tuan Haji Yusof dan Tuan Haji
Baharuddin.Setelah beberapa percaturan yang dilakukan oleh mereka,kami
diberikan sehelai kertas yang ditulis nama dan unit tetapi berlainan pemilik,kami
disuruh merahsiakan identiti individu itu dan juga merangkap sebagai adik
angkat atau abang angkat.kami.Identiti mereka akan didedahkan ketika sessi
refleksi nanti. Setiap hari, kami dikehendaki menulis surat kepada adik angkat
masing-masing dan disampaikan melalui kotak surat yang telah disediakan.
Melaui aktiviti ini, kami dapat saling mengenali peserta lain dengan lebih dekat
lagi. Selepas hampir tengah malam, aktiviti ice breaking berakhir dan kami
semua diarahkan untuk minum malam dan tidur.

 Kawalan Waktu Malam ( Centry )

Malam ini merupakan malam yang pertama kami bertugas dan pihak
pengurusan serta ajk telah menetapkan setiap kumpulan akan megawal
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kumpulan saya(kumpulan 4)tugaskan
untuk menjagas eluruh kawasan dan jadual bertugas saya bermula pada pukul
2tengah malam hingga pukul 4 pagi.

7
HARI KEDUA

 Senaman Pagi(AHAD-17/2/2008)

Pada hari ini bermula akitivtiti baru pada kami semua dan merupakan hari
kedua kami Kolam Air Panas La. Kami semua bangun seawal pukul 5.30 pagi
untuk mempersiapkan diri dan sembahyang secara berjemaah beramai -ramai.
Setelah selesai sembahyang berjemaah kami semua bermula aktiviti pada pagi
tersebut dengan senaman pagi serta menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku,
Selamat Sultan dan Ilmu Penyuluh Jiwa. Semua peserta kelihatan bersemangat
pada pagi ini,setiap kumpulan wajib menghantar wakil untuk mengendalikan
aktiviti senaman pagi.Senaman pagi penting kerana merupakan asas persediaan
untuk melakukan aktiviti lasak yang akan dilakukan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

 LDK- Ujian Psikologi

Selepas selesai kami sarapan pagi , kami menduduki ujian psikologi di dewan
Keruing. Sesi Ldk iaitu ujian psikologi iaitu mengenal pasti konflik dalaman
terhadap diri seseorang individu atau kekangan seseorang itu untuk berjaya atau
menjadi yang lebih baik.Sesi ini banyak memberi input dalam diri setiap peserta
dan setiap peserta memberikan kerjasama yang begitu baik sekali.Sesi ini
dikendalikan oleh Tuan Haji Baharuddin.Sesi ini telah merungkai segala
persoalan serta kekangan yang tersirat di dalam diri kami.Sesi ini telah membuka
minda kami tentang cara untuk mengatasi masalah berkaitan diri sendiri agar
kami dapat membina keperibadian yang mantap di masa yang akan datang.

8
 Aktiviti Darat ( jungle tracking )

Setelah jam menunjukkan pukul 10.30 malam kami semua di minta


berkumpul di hadapan dewan Keruing untuk di beri taklimat mengenai aktiviti
darat iaitu jungle tracking di mana kami akan masuk ke dalam hutan dan
destinasi kami ialah sampai ke Lata Berangin,kesemua peserta perkhemahan
bina insan guru menyertai aktiviti jungle taracking. Sebelum bertolak untuk
aktitviti jungle tracking, kami semua di beri taklimat mengenai larangan dan tugas
yang perlu kami lakukan apabila disana. Sebelum bertolak, kami dibekalkan
dengan bahan makanan untuk memasak di kaki gunung seperti mee segera,
telur dan alatan untuk memasak,aktiviti jungle tracking ini juga telah disertai oleh
semua pensyarah termasuk kem komandan,Encik Hazmin dan beberapa orang
jurulatih luar dari pentadbiran Kolam Air panas La. .

Setelah selesai mendengar taklimat ,kami semua pun bertolak untuk aktiviti
jungle tracking, sepanjang perjalanan mendaki gunung pelbagai pengalaman
yang saya dapat, antaranya ialah keindahan flora dan founa tersebut malah
perjalanan yang penuh dengan cabaran.Kami mulanya meredah hutan dan
beberapa kali menemui sungai,dan perjalanan kami kadangkala berhenti buat
seketika kerana mengira bilangan peserta sama ada cukup atau tidak dan
sekiranya cukup,kami akan meneruskan destinasi.Setelah beberapa ketika
perjalanan,kami tiba di Batu katak,di mana batu besar yang seolah-olah
kelihatan seperti bentuk katak,hal ini menarik perhatian kami semua dan kami
sempat bergambar berlatarbelakangkan batu katak tersebut untuk dijadikan
kenangan kami di sini.Batu Katak ini mempunyai sejarah mistiknya yang
tersendiri,menurut salah seorang daripada jurulatih,jika menagkap gambar
bersama dengan Batu katak tersebut,gambarnya akan hilang daripada
pandangan kami sewaktu hendak mencucinya....sejauh mana kebenarannya dan
penerimaan logik akal....fikir-fikirkanlah.........Setelah hampir 2 jam

9
perjalanan,kami seterusnya meneruskan perjalanan dan berhenti di lata berangin
di mana kami dapat menyaksikan kawasan perkhemahan yang begitu strategik
sekali di mana terdapat air terjun dan kami diberitahu,lokasi ini merupakan
tempat untuk melakukan kem survival.Di lokasi ini,kami berehat dan diberi
arahan untuk menyediakan makan tengah hari di mana setiap kumpulan
dihendaki menyediakan mee segera untuk 2 orang pensyarah pengiring.Setelah
selesai makan tengah hari,kami membersihkan diri dan solat berjemaah di
tempat yang disediakan walaupun tempat berkenaan hanya ¼ sahaja siap tetapi
ia tidak menghalang kami daripada menunaikan kewajipan.Setelah
bersolat,salah seorang daripada jurulatih luar itu,memberi taklimat tentang
bagaimana hendak mencari,memasak makanan sekiranya terputus bekalan
makanan,kami di ajar cara memasak nasi dalam buluh,menyediakan kuah yang
seolah-olah rasa seperti kuah ikan,pengalaman seperti ini amat berharga buat
kami.Setelah taklimat selesai,kami meneruskan perjalanan dan berhenti di lokasi
yang dinamakan misteri sungai hilang,sungai ini mendapat nama kerana air
sungai yang mengalir hilang daripada pandangan dan tidak mengalir ke tempat
yang sepatutnya dan sungai ini akan tembus melalui Gua Bahtera yang
merupakan lokasi kami yang seterusnya.Kami meneruskan perjalanan ke
destinasi seterusnya dan sampai ke lokasi berkenaan kira-kira 45 minit.Di
sini,kami diberi sedikit taklimat oleh jurulatih dan para pensyarah,kami masuk
seorang demi seorang malalui gua bahtera berkenaan yang gelap
gelita.,kumpulan 4 tidak dapat menyertai kami kerana terpaksa berkejar untuk
menyediakan makan malam untuk kesemua para peserta.Syukur,kami berjaya
keluar dengan selamat dari Gua Bahtera yang gelap-gelita itu.Setelah seorang
demi seorang keluar daripada keluar dari gua tersebut,kami seterusnya
meneruskan perjalanan meredah hutan dan berhenti seketika di sebatang
sungai,hampir kesemua peserta basah ketika berhenti di sini.Seterusnya kami
meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan dan kami dihendaki
membersihkan diri untuk solat berjemaah di surau.

10
Tumbuhan Fungsi
boleh dijadikan pokok hiasan

Pokok Tanduk Rusa


Kulat Simpul babi boleh dijadikan pokok hiasan
Kuah Hutan/ Kuah Keting Ubat bagi penyakit panau

Jadual menunjukkan tumbuhan dan fungsinya

 Makan Malam Dan LDK(AHAD-17/2/2008)

Selepas selesai sembahyang maghrib dan isyak serta makan malam,kami


semua berkumpul di Keruing untuk LDK yang seterusnya mengenali potensi
diri.Sesi ini dikendalikan oleh Tuan Haji Baharuddin bersama-sama dengan
pensyarah lain.Dalam sesi ini kami dapati bahawa kami belum mengenali potensi
diri sepenuhnya,melalui bimbingan para pensyarah kami dapat mesej yang ingin
disampaikan.Aktiviti yang dijalankan seperti membuat pusingan bulatan di mana
peserta lelaki di bulatan luar dan peserta perempuan di bulatan
dalam.Mengelilingi antara satu sama lain mengikut iringan muzik.

 Kawalan Waktu Malam ( Centry )

Malam ini merupakan malam yang ke-2 kami bertugas untuk menjaga
bahagian lelaki dan jadual bertugas saya bermula pada pukul 2 tengah
malam hingga pukul 4 pagi.

11
Hari ketiga

 Senaman Pagi(ISNIN-18/2/2008)
Pada pagi ini,aktiviti dilakukan seperti biasa(menyanyikan 3 buah lagu iaitu
lagu selamat sultan,ilmu penyuluh jiwa dan negaraku) dan setiap kumpulan
dihendaki menghantar wakil untuk mengendalikan aktiviti senaman pagi.

 Aktiviti Ldk(motivasi kepuasan kerja)


Sesi ini dikendalikan oleh Tuan Haji Baharuddin,sesi ini mengenai kajian
tentang motivasi kepuasan kerja di mana kami telah diberikan sekeping borang
soal selidik iaitu ‘SELF-DIRECTED SEARCH(PDS).Kajian soal selidik ini
kepuasan kerja tentang feksibiliti guru menjadi dalam semua bidang seperti
seni,persawatan,pentadbiran,perniagaan dan lain-lain.Selepas menjalankan soal
selidik,akhirnya peserta dari unit Matematik,Ida Safrina telah menepati ciri-ciri
yang dikehendaki fasilitator.Selepas itu,kami diminta membuat satu bulatan
mengikut kumpulan pengelasan abjad.Selepas itu,kami dikendaki
melukis,mencipta moto kumpulan dan hasil daripada kerjasama kumpulan.Hasil
kami ditukar dengan kumpulan lain dan diminta untuk mempersembahkan hasil
kerja kumpulan tersebut.Semasa mempersembahkan hasil kumpulan lain,telah
berlaku satu perdebatan hebat di mana di antara kumpulan-kumpulan kecil
berkaitan isu pekerjaan.Di sini dapat dilihat bahawa,bakat yang terpendam
dalam diri peserta terutamanya ketika berdebat.di sini dapat dirumuskan bahawa
semua peserta telah memberikan kerjasama yang begitu baik dalam menjayakan
sesi LDK.

 Aktiviti Air (Water Confident )

Apabila selesai LDk kami semua berkumpul di hadapan dewan keruing


untuk mendengar taklimat mengenai aktiviti air. Setelah selesai, kami
dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana bahagian pertama yang terdiri daripada

12
kumpulan 1,2,3 akan melakukan aktiviti air dahulu manakala bahagian 2 yang
terdiri daripada kumpulan 4,5.6 akan mendengar taklimat di dewan keruing
mengenai pertolongan cemasKumpulan saya terlibat dalam bahagian 2 dan
mendengar ceramah mengenai pertolongan cemas yang dikendalikan oleh Tuan
Haji Yusof serta dibantu oleh Encik Md Noor.Ketika sesi ini,kami mempelajari
cara membuat dan mengikat anduh untuk pesakit yang mengalami patah
tangan.Kemudian kami berbincang tentang cara-cara pertolongan cemas
iaitu,D.R A.B.C di mana salah seorang peserta iaitu Amiruddin dari unit kajian
sosial 2 telah melakonkan satu kejadian renjatan elektrik,tujuan diadakan senario
tersebut adalah untuk menguji tahap kepekaan dan pengetahuan kami terhadap
situasi berkenaan sama ada melakukan tindakan yang betul atau sebaliknya.
. Seterusnya,kami menyertai aktiviti air di mana semua peserta dihendaki
ke satu sungai berhampiran dengan tapak pekhemahan kami untuk melakukan
aktiviti water confident,kami dihendaki memakai jaket keselamatan dan masuk
seorang demi seorang dalam sungai untuk mengapungkan diri dan melakukan
beberapa aktiviti lain seperti berenang dan cara menyelamatkan mangsa
lemas.Sesi ini juga turut disertai oleh Tuan haji Baharuddin dengan melakukan
sedikit refleksi dan renungan buat kami tentang alam semula jadi dan kaitannya
dengan kehidupan seharian manusia.Semua peserta kelihatan terdiam dan
berfikir tentang refleksi yang telah diberikan oleh Tuan Haji Baharuddin.Setelah
selesai,kami bergerak menuju ke kawasan perkhemahan dan menikmati makan
tengah hari.Semasa makan tengah hari,Encik Md Noor memberi taklimat tentang
persembahan kumpulan pada malam kebudayaan yang akan diadakan pada
malam ini.

 Persembahan Kumpulan.

13
Pada malam ini kami di kehendaki melakukan persembahan mengikut
kumpulan, dan persembahan kami semua berdasarkan tema yang di berikan
walaupun pada mulanya kami agak kelam kabut kerana masa yang di berikan
untuk melakukan persembahan tidak mencukupi, namun atasa kerjasama
rakan–rakan ahli kumpulan yang lain kami dapat melakukan persembahan
tersebut. Pelbagai kreativiti yang telah ditonjolkan oleh setiap kumpulan dalam
persembahan tersebut malah membuatkan kami semua ketawa dengan setiap
persembahan walaupun dalam kepenatan.Pelbagai senario yang dapat kami
lihat,ada kumpulan yang mempersembahkan sajak,nyanyian,lakonan,sketsa dan
sebagainya.Malam kebudayaan itu turut diceriakan lagi dengan para pensyarah
menjadi pengkritik tetap dan 6 orang peserta yang dipilih oleh setiap kumpulan
untuk menjadi juri bagi persembahan kumpulan tersebut.Kumpulan yang
menang pada malam kebudayaan tersebut ialah kumpulan 4 dengan
mempersembahkan nyanyian bertajuk guru penjana modal yang rata-rata
kumpulan itu terdiri daripada unit Kajian Sosial 1.

Nama Kumpulan Persembahan


Kumpulan 1 Sketsa
Kumpulan 2 Sketsa
Kumpulan 3 Puisidra
Kumpulan 4 Koir
Kumpulan 5 Sajak
Kumpulan 6 Pantun

Johan : Kumpulan 4
N.Johan: Kumpulan 2
Tempat ke-3: Kumpulan 1

 Kawalan Waktu Malam ( Centry )

14
Selepas ingin melelapkan mata,saya di kejutkan dengan rakan saya
memanggil kami semua,saya tertanya–tanya mengapa memanggil saya dan
rakan–rakan lain pada waktu tersebut. Namun pertanyaan saya tadi terjawab
apabila kami ditugaskan untuk menjadi centry pada malam tersebut. Setelah
mendegar taklimat mengenai tugas sebagai centry kami pun berkawal di tempat
masing–masing. Namun begitu, kami telah diberi jadual bertugas untuk berkawal
secara bergilir–gilir bagi mengelakkan kepenatan. Saya di tugaskan untuk
menjaga kawasandan jadual bertugas saya bermula pada pukul 2 tengah malam
hingga pukul 4pagi dan malam ini merupakan malam yang terakhir kawalam
malam.

Hari keempat
 Senaman Pagi(SELASA-19/2/2008)
Pada pagi ini,aktiviti dilakukan seperti biasa(menyanyikan 3 buah lagu iaitu
lagu selamat sultan,ilmu penyuluh jiwa dan negaraku) dan setiap kumpulan
dihendaki menghantar wakil untuk mengendalikan aktiviti senaman pagi.

 Aktiviti Ldk(penghargaan kendiri)

Aktiviti ldk pada sesi ini ialah tentang penghargaan kendiri dan perubahan
sikap di mana kami telah melakukan aktiviti mengisi borang kajian di mana
untuk mengenali sikap dan minat kami dalam sesuatu bidang kerja,di sini
dapat dilihat bahawa,kami dapat lihat perkaitan antara minat,hobi dengan
profesion perguruan seterusnya melihat potensi kami sebagai seorang guru
melalui kendalian Tuan Haji Baharuddin.aktiviti ini banyak memberi kami
manfaat tentang kesedaran seorang guru harus menjadi seorang yang boleh
melakukan pelbagai perkara seperti kreatif dalam bidang
seni,keusahawanan,sukan,persawatan dan sebagainya.

15
 Refleksi

Setelah selesai ujian penghargaan kendiri kami melakukan ‘titian kasih”


iaitu antara adik dan abang angkat yang selama ini kami semua rahsiakan siapa
abang dan adik angkat, yang hanya berhubung melalui surat sepanjang berada
di Kolam Air Panas La. Setelah selesai aktiviti ‘titian kasih” kami semua di
kehendaki melakukan refleksi mengenai segala aktiviti dan segala kelemahan
dan kebaikan sepanjang di Kem Bina Insan Guru (BIG) ini.

 Majlis Penutup

Selepas selesai refleksi kami semua berkumpul sekali lagi untuk majlis
penutup, majlis penutup ini di hadiri oleh Tuan Haji Abdul Murad Bin Zakaria
merangkap ketua jabatan pengajian Melayu bagi merasmikan majlis penutup.
Setelah selesai, kem komandan dan Tuan Haji Abdul Murad Bin Zakaria
merasmikan majlis penutup kami semua dan kami di arahkan meninggalkan
dewan keruing untuk menurunkan khemah dan membersihkan segala kawasan
yang digunakan bagi memastikan kawasan adalah bersih daripada segala
sampah dan sarap. Setelah selesai kami semua berkumpul sekali lagi dan
diarahkan untuk pulang ke IPSMB menaiki bus yang disediakan. Kami semua
sampai di IPSMB pada pukul 2 petang.

REFLEKSI PROGRAM BAGI AKTIVITI-


AKTIVITI SEMPENA PROGRAM BINA INSAN
GURU PISMP AMBILAN JANUARI 2008.

16
TAKLIMAT BERKAITAN BIG.

Secara ikhlasnya, saya melihat terdapat beberapa kepincangan dalam


taklimat dan pengurusan program BIG pada kali ini. Taklimat yang disampaikan
tidak jelas dan agak lewat di berikan kepada peserta. Hal ini menyebabkan para
peserta kelam kabut untuk membuat persediaan perkhemahan. Saya
mencadangkan agar pengurusan BIG pada masa hadapan lebih sistematik
supaya peserta lebih bersedia untuk menyertai program BIG.

ICE BREAKING

Aktiviti ini adalah permulaan kepada aktiviti-aktiviti lain kerana aktiviti ini
adalah sebagai daripada sesi perkenalan antara peserta yang hadir. Sesi
perkenalan amatlah baik kerana permuafakatan yang wujud daripada aktiviti ini
telah melancarkan program BIG pada kali ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk
mengurangkan rasa malu di kalangan peserta dan menanamkan sifat mudah
untuk bergaul mesra. Saya mencadangkan agar aktiviti ini perlu lebih pengisian
supaya sesi perkenalan ini lebih menarik dan objektif program ini berjalan
dengan jayanya.

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Terdapat banyak ujian yang dilakukan antaranya adalah berdasarkan


kajian Holand untuk mengetahui kerjaya dan personaliti bagi setiap peserta. Ia
juga bertujuan untuk membolehkan para peserta mengenal dan mengetahui
kelebihan dan kelemahan diri yang mereka ada serta dapat membantu dalam
meningkatkan potensi diri dan memperbaiki kelemahan diri. Setelah ujian
ini,saya mendapati diri saya lebih kepada unsur sosial. Unsur ini amat penting
bagi seorang guru kerana pergaulan dalam masyarakat menjadi kebiasaan

17
kepada para guru. Di samping itu, guru juga menjadi contoh dalam masyarakat
sekeliling.
LDK 3 adalah LDK ataupun aktiviti terakhir ketika program BIG pada kali
ini. LDK ini merujuk kepada perubahan sikap dan penghargaan kepada diri
sendiri. Kami dapat menilai perubahan diri sepanjang 4 hari ini. Di samping itu,
kami juga mendapat input yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan.
Sesungguhnya, muhasabah diri amat penting kepada semua manusia. Oleh itu,
secara tidak langsung LDK ini membuka ruang untuk kita muhasabah diri kita
untuk memperbaiki segala kelemahan dan mengesan kelebihan yang kita
perolehi untuk kegunaan pada masa hadapan.

KEMBARA

Aktiviti kembara telah dijalankan pada hari kedua kami di Kolam Air Panas
LA. Aktiviti ini di pimpin oleh jurulatih kem ini. Mereka adalah kakitangan yang
terlatih dan mahir dengan suasana hutan. Sepanjang kembara ini, kami
memperoleh beberapa ilmu baru yang amat berguna kepada kami sebagai
bakal guru. Kami telah mempelajari kaedah untuk memasak nasi di dalam buluh.
Di samping itu, kembara ini juga bertujuan untuk menilai kemampuan dan
kecergasan diri serta memupuk semangat kerjasama dan setiakawan.Sebagai
seorang guru, kita perlulah memiliki daya tahan yang tinggi serta semangat juang
yang mapan. Sikap sayangkan alam sekitar juga merupakan objektif yang
terkandung dalam aktiviti ini. Kepupusan flora dan fauna perlu di pandang serius
kerana hutan adalah warisan kita kepada generasi akan datang. Oleh itu, aktiviti
seperti ini perlu dilaksanakan supaya sikap cintakan alam tersemai dalam diri
kita semua.

AKTIVITI AIR

18
Kami dibekalkan sehelai jaket keselamatan untuk aktiviti air. Para peserta
didedahkan dengan ‘water confident’ untuk meningkatkan keyakinan seseorang
apabila berada dalam air dan bagaimana untuk meyakinkan pelajar apabila di
dalam air. Saya berasa amat yakin untuk terapung di atas air setelah didedahkan
dengan cara yang betul untuk mengapungkan badan.

AKTIVITI BANTU MULA.

Aktiviti bantu mula ini adalah latihan ataupun pengenalan kepada kaedah
pertolongan cemas. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan peserta dapat
mempelajari cara ikatan & simpulan asas serta mengaplikasikannya dalam
kehidupan mengikut keperluan dan antaranya adalah ikatan buku sila. Ia juga
bertujuan untuk membolehkan peserta mengetahui apa yang perlu dilakukan
apabila berhadapan dengan situasi kecemasan kerana telah mempunyai asas
untuk mengendalikan kes-kes kecemasan tertentuMelalui aktiviti ini, kami
mengetahui secara terperinci dan tepat berkaitan pertolongan cemas. Setelah
mengikuti aktiviti ini, saya yakin bahawa saya mampu untuk memberi
pertolongan cemas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

RONDAAN MALAM(SENTRY)

Sepanjang perkhemahan BIG ini, rondaan malam adalah aktiviti wajib


bagi semua peserta. Rondaan ini bertujuan memastikan keselamatan tapak
perkhemahan daripada sebarang pencerobohan. Melalui pengalaman saya
membuat rondaan malam,saya mendapati aktiviti ini sedikit banyak mendidik diri
kita untuk menjadi lebih berani. Di samping itu, rondaan ini juga mengajar kita
erti sebuah tanggungjawab. Kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk
memastikan keselamatan sahabat kita yang lain dan perlulah memikul amanah
ini dengan penuh jujur dan bertanggungjawab.

MEMASAK

19
Setiap kumpulan perlu menyediakan makanan untuk peserta-peserta
yang lain. Aktiviti ini paling mencabar kerana kita perlu menyediakan makanan
yang berkhasiat dan enak kepada peserta-peserta yang lain agar kesihatan
mereka sepanjang program ini terjamin. Melalui aktiviti ini, kerjasama antara ahli
kumpulan amat penting kerana mereka perlu membahagi tugasan dengan betul
agar makanan dapat dihidangkan pada masa yang ditetapkan. Saya berasa
sungguh seronok dengan aktiviti memasak ini kerana dapat melihat sahabat-
sahabat saya mempamerkan gaya masakan yang tersendiri. Di samping itu,
saya juga mendapat resipi baru yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan.

PERSEMBAHAN.

Pada malam terakhir program ini, setiap kumpulan perlu


mempersembahkan sebuah persembahan yang menekankan aspek-aspek
keguruan. Masa latihan yang terhad dan peralatan yang tidak mencukupi
menyukarkan kami untuk melakukan persembahan yang baik. Namun demikian,
kumpulan saya telah cuba mempersembahkan sebuah persembahan yang
berkualiti. Saya merasakan kerjasama antara ahli kumpulan saya begitu mapan
kerana kami mempunyai masa yang terhad untuk membuat latihan kerana
terpaksa menyediakan makan malam untuk peserta-peserta lain.
Walaubagaimanapun kami telah mendapat tempat ketiga pada malam
persembahan itu dan ini adalah hasil kerjasama yang erat dalam kalangan ahli
kumpulan kami. Objektif malam persembahan ini adalah untuk melatih peserta
untuk berhadapan dengan penonton atau pelajar pada masa akan datang. Para
peserta juga didedahkan dengan protokol dan kaedah untuk menguruskan
sesuatu majlis.

KEMUDAHAN FIZIKAL

20
Kemudahan fizikal merupakan salah satu kemudahan yang perlu bagi
memberikan keselesaan kepada peserta semasa di Kolam Air Panas La bagi
memudahkan peserta menjalankan aktiviti yang disediakan. Selain itu,
kemudahan fizikal juga merupakan kemudahan yang dapat memenuhi keperluan
hidup manusia malah peserta berasa selesa jika keperluan seperti ini disediakan.
Antara kemudahan yang di sediakan di Kolam Air Panas La kepada peserta ialah

 Dewan Keruing@Dewan perbincangan@Dewan makan

Dewan keruing@perbincangan di gunakan untuk menjalankan aktiviti seperti


pembentangan latihan dalam kumpulan (LDK).. Di dalam dewan keruing itu juga
terdapat plug yang memudahkan peserta menggunakan apabila ingin
menjalankan segala akitiviti seperti penggunaan mikrofon bagi aktiviti LDK.
Dewan serbaguna ini terletak bersebelahan sungai dan berdekatan dengan
khemah peserta.Dewan keruing juga digunakan oleh para peserta untuk
menjamu selera di mana kami duduk bersila ketika makan. Malah di dalam
dewan makan tersebut disediakan papan kenyataan bagi menyatakan segala
jadual berkaitan aktiviti perkhemahan.

 Jaket Keselamatan.

Jaket keselamatan digunakan bagi aktiviti water confident. Pada jaket


keselamatan tersebut terdapat pelbagai fungsi yang penting bagi memastikan
keselamatan para penggunanya malah setiap jaket keselamatan hendaklah
diperiksa bagi memastikan semua fungsi jaket keselamatan tersebut masih lagi
berfungsi dan berada di dalam keadaan baik. Selain itu, jaket keselamatan ini
juga hanya mampu bertahan selama 5 jam di dalam air.

 Tandas

21
Tandas disediakan di dalam Kolam Air Panas La tersebut, di dalam kem
tersebut terdapat 2 buah tandas di mana tandas yang berhampiran dengan bilik
memasak merupakan tandas bagi peserta perempuan. Manakala tandas yang
berdekatan dengan chalet merupakan tandas bagi peserta lelaki..Di dalam bilik
air ini juga terdapat gayung dan juga baldi bagi memudahkan peserta
menggunakan bagi mengangkut air.

 Khemah

Khemah juga merupakan salah satu daripada kemudahan fizikal kepada


peserta kerana penggunaan khemah yang sempurna amatlah penting bagi
memastikan khemah yang di dirikan kukuh dan selesa bagi peserta malah tidak
membahayakan peserta. Tempat khemah didirikan juga penting bagi
mengelakkan sebrang bahaya kepada penghuni khemah malah tempat khemah
yang luas dan tanah yang rata amatlah penting bagi memberi keselesaan
kepada peserta.Selain itu memastikan segala peralatan khemah adalah cukup
adalah penting untuk mengelakkan alat yang digunakan adalah bersesuai
apabila mengantikan peralatan yang tidak cukup.Khemah di dirikan berhadapan
dengan dewan makan dan bersebelahan dengan dewan serbaguna.Sebuah
khemah terdiri daripada 8 orang ahli yang terdapat yang menghuninya.

 Tong sampah.

Tong sampah di sediakan di dalam kem bina semangat bagi memberi


kemudahan kepada peserta membuang sampah ke dalam tong sampah malah
mengelakkan daripada berlakunya pencemaran akibat pembuangan sampah
yang tidak terkawal dan ini akan menyebabkan kem berada di dalam keadaan di
dalam keadaan tidak bersih malah menyebabkan peserta berasa tidak selesa.

 Tapak perhimpunan

22
Tapak perhimpunan di sediakan bagi memudahkan peserta berkumpul jika
berlaku sebarang taklimat mengenai aktiviti yang di anjurkan.Selain itu, di tapak
perhimpunan juga tempat peserta menjalankan aktiviti seperti senaman pagi dan
aerobik. Tapak perhimpunan yang luas menyebabkan tempat tersebut dapat
memuatkan peserta malah memudahkan peserta menjalankan aktiviti.Selain
itu,tapak perhimpunan dijadikan sebagai tempat pemberitahuan maklumat dan
tempat menyanyikan lagu serta dipacakkan 3 batang kayu untuk dijadikan
sebagai tempat menaikkan bendera.

23
Setelah berada di Kolam Air Panas La selama empat hari tiga malam,
saya melalui banyak perkara dan pengalaman malah mempelajari perkara baru

24
di Kem Bina Insan Guru (BIG) ini. Kem ini juga telah membuatkan saya
mengenal apa itu erti berdikari malah disiplin di dalam sesuatu perkara.
Antara perkara yang di pelajari semasa di kem ialah memasak dan ini
memberikan saya pengalaman baru dengan memasak dengan kuantiti yang
banyak dan merupakan satu benda baru yang saya pelajari. Selain itu, semasa
aktiviti jungle tracking dan ketika berhenti rehat, saya memasak mee segera
dengan menggunakan api yang dihasilkan sendiri dan ia membuatkan saya
mempelajari cara untuk memasak menggunakan api yang dinyalakan sendiri dan
memastikan makanan yang disediakan adalah mencukupi untuk di hidangkan
kepada para peserta merupakan satu perkara yang memerlukan perancangan
yang teratur. Hal ini telah membuat kerjasama antara peserta diperlukan bagi
sesuatu perkara berjalan lancar.Hal ini telah banyak mengajar saya mengenai
hal ehwal memasak agar di sekolah nanti dapat dimanfaatkan ilmu ini dalam
aktiviti perkhemahan.Selain itu,aktiviti memasak membuatkan saya memikirkan
kesusahan yang ditanggung oleh golongan yang tidak bernasib baik seperti
pelajar miskin tentang kesusahan mereka.Hal ini membuatkan saya lebih
bersemangat untuk melangkah ke alam perguruan yang sebenar.
Selain itu, Melalui program ini, kami telah diterapkan sifat kerjasama
sesama kami. Sifat bekerjasama telah diterapkan dalam diri kami melalui aktiviti
memasak, LDK, water confident, dan banyak lagi. Inilah sikap yang harus ada
bila menjadi guru iaitu mampu bekerjasama dengan rakan sekerja,pekerja
sekolah dan mana-mana individu demi memartabat sistem pendidikan di
Malaysia.
Di samping itu,program Bina Insan Guru ini telah mencungkil bakat
kepimpinan saya.Saya berasa amat bertuah kerana diberikan peluang untuk
menjadi seorang pemimpin walaupun hanya diperingkat kumpulan sahaja tetapi
memberikan satu input yang besar kepada saya secara khususnya,bersesuaian
dengan profesion perguruan yang memerlukan sikap kepimpinan yang
tinggi.Unsur ini penting bagi mengawal,mentadbir pelajar ketika keluar mengajar
nanti.Selaras dengan matlamat program ini iaitu hendak melahirkan guru yang

25
berkepimpinan tinggi dan sedia menjunjung aspirasi negara seperti yang
termaktub dalam falsafah pendidikan guru.
Program perkhemahan Bina Insan Guru ini juga telah banyak menguji
ketahanan mental dan fizikal kami melalui aktiviti yang dijalankan,umpamanya
aktiviti jungle tracking yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal kami,saya
imeredah hutan belantara dengan penuh semangat tanpa mengira kekangan
yang akan timbul dan alhamdulillah saya serta peserta perkhemahan lain
selamat melalui aktiviti tersebut .Aktiviti ini mampu memperkasakan minda kami
untuk mengasimilasikan nilai positif seperti berani, berkerjasama, kesabaran dan
tolenransi. Persediaan ini penting kepada guru kerana profesion ini adalah
pekerjaan yang amat mencabar pada masa ini.
Aktiviti LDK juga memberi banyak faedah kepada saya dan peserta lain.
Aktiviti ini memupuk semangat hidup bermasyarakat dalam diri setiap peserta.
Melalui aktiviti ini. Dalam konteks kami mungkin suka berseorangan dan tidak
suka bergaul masyarakat. Namun selepas menyertai program ini, kita dapat
mempelajari apa itu makna dan kelebihan hidup bermasyarakat. Tanpa
kerjasama, sesebuah kumpulan akan gagal dan sentiasa mundur daripada
kumpulan lain.Sesi LDK yang dijalankan banyak mendatangkan maanfaat
kepada kami dalam mengenal potensi diri kami sendiri dan orang lain,sebagai
contoh,skop penghargaan kendiri di mana aktivitiini cuba merungkai kebolehan
diri setiap peserta perkhemahan Bina Insan Guru,dengan melalui sesi ini,saya
berjaya malah bukan saya seorang tetapi kesemua peserta program ini berjaya
mengenal pasti potensi masing-masing.
Perkhemahan Bina Insan Guru sesi 1 ini turut menyenaraikan aktiviti yang
melibatkan air seperti water confident di mana peserta memakai jaket
keselamatan dan cuba melakukan beberapa pergerakan di dalam air seperti
mengapungkan diri,berenang dan cara menyelamatkan mangsa lemas.Mungkin
sebelum ini terdapat segelintir peserta yang tidak mempunyai keyakinan dalam
berenang,selepas menyertai program ini,keyakinan mereka mungkin akan wujud
setelah diberikan taklimat dan latihan oleh para pensyarah yang
terlibat.keyakinan dalam air penting bagi seorang guru kerana jika dihantar ke

26
pedalaman,mungkin pengalaman sebegini dapat digunakan jika berlaku kejadian
yang tidak diigini.Saya memetik kata-kata pengarah Institut kita iaitu,Tuan Haji
Nik Arif Bin Raja Yusof,guru pada zaman sekarang harus ‘versatile” iaitu
berkebolehan dalam melakukan apa jua perkara.
Program perkhemahan ini juga merupakan platfom bagi mereka yang
tidak mengenali rakan-rakan unit lain untuk mengenali mereka dengan lebih
dekat lagi.Contohnya,unit Kajian Sosial 1 dan 2,jarang melakukan aktiviti
bersama-sama dengan kelas Matematik dan melalui program perkhemahan
ini,dapat merapatkan silaturahim sesama kami.Hal ini penting bagi seorang guru
kerana ukhwah perlu dijalinkan sesama rakan sekerja dan barulah satu komuniti
yang mantap dapat dibentuk dan seterusnya memacu bidang pendidikan ke
tahap yang lebih baik.
Tanpa kita sedari,program Perkhemahan Bina Insan Guru ini telah
menyedarkan kita bahawa pentingnya kehidupan flora dan fauna.Aktiviti
meredah hutan atau jungle tracking banyak memberikan saya kesedaran sikap
memelihara hutan kerana isu pemanasan global yang kian dipaparkan di
seluruh dunia dan isu penebangan hutan.Hal ini penting buat saya serta peserta
lain kerana kami bakal menjadi warga pendidik harus menyedarkan generasi
yang akan datang tentang isu yang sedang hangat diperkatakan agar mereka
tahu menilai dan mengambil langkah yang bijak untuk menangani masalah ini
bersama-sama.
Program Bina Insan Guru ini juga telah menyedarkan saya dan juga para
peserta mengenai kewajipan menuntut ilmu agama.Kuliah subuh dan maghrib
yang diadakan memberi input yang besar kepada kami dan tambahan pula,ilmu
tajwid dan bacaan merupakan perkara terpenting sekali dalam mempelajari dan
membaca al-quran agar kita dapat membimbing generasi muda akan datang
membaca dan menghayati peninggalan rasulullah s.a.w.
Akhir sekali,program perkhemahan Bina Insan Guru ini telah banyak
memberi kesan positif kepada saya sebagai seorang yang bergelar bakal guru
bersedia menjunjung aspirasi negara supaya dapat membentuk generasi yang
berdaya saing,produktif,progresif dan cemerlang dari segi pembangunan rohani.

27
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHEMAHAN

Setiap aktiviti perkhemahan mesti terdapat kebaikan dan


kekurangan dan di sini saya ingin menyatakan, penambahbaikan ini
membuatkan sesuatu aktiviti bertambah baik dan dapat menjadikan perkara
yang tidak sempurna tersebut sebagai pengalaman dan pengajaran supaya tidak
mengulanginya lagi. Antara cadangan penambahbaikan sepanjang
perkhemahan adalah seperti berikut :

Menambahkan Bilangan Khemah

Menambahkan bilangan khemah juga ada pendapat daripada kebanyakan


para peserta kem ini. Hal ini adalah supaya petempatan peserta dapat
diseragamkan mengikut modul perkhemahan yang sebenar malah memberikan
pengalaman kepada semua peserta merasai perkhemahan. Tapak khemah yang
luas dan sesuai juga amatlah perlu bagi memberikan keselesaan kepada para
peserta dan tidak membahayakan para peserta.Selain itu,Memastikan peralatan
perkhemahan dalam keadaan baik adalah perlu bagi memastikan khemah
tersebut kukuh.

Tandas.
Semasa kem di jalankan kemudahan tandas yang tidak tidak mencukupi
menyebabkan kesukaran kepada para peserta dan kekurangan gayung di dalam
tandas telah menyukarkan para peserta kerana terpaksa berkongsi gayung untuk
digunakan di dalam tandas.Bilangan gayung yang sedikit telah menyebabkan
kesesakan di dalam tandas kerana menunggu giliran untuk menggunakan
gayung.Hal ini akan menyebabkan ada sebilangan para peserta lambat
mengikuti aktiviti yang di berikan.

28
Membentuk Integrasi.
Semasa kem di jalankan,kumpulan di bahagikan dan ahli di dalam
kumpulan tersebut merupakan dari unit yang sama dan ini menyebabkan tidak
berlaku integrasi dan kerjasama antara unit yang lain kerana tidak berlaku
percampuran dan para peserta tidak dapat mengenali dengan lebih dekat lagi
unit yang lain kerana segala akitiviti hanya melibatkan unit yang sama dan bukan
daripada unit yang lain.

29
30

Você também pode gostar