Você está na página 1de 1

Binaan ayat yang gramatis

Salam. Saya minta bantuan Prof untuk menganalisis ayat yang berikut, iaitu:

1. "Apa lagi yang anda berikan kepadanya?" Soalan saya, adakah ayat ini gramatis Dan
apakah penjelasannya?
Dihantar melalui Facebook Mudah Alih

2. "Saya belikan apa yang dia mahu." Adakah ayat tersebut baku? Dan apakah
huraiannya?
Dihantar melalui Facebook Mudah Alih

- Jamal Iskandar bin Ismail

Kembara Bahasa pada 28hb September pukul 12.30 ptg

1. Apa(kah) lagi yang anda berikan kepadanya?"

Ayat di atas gramatis, iaitu ayat yang binaannya merupakan ayat tanya songsang (predikat
di hadapan dan subjek di belakang). Frasa "yang anda berikan kepadanya" ialah subjek
dan "apakah lagi" ialah predikatnya. Binaan biasanya (subjek di hadapan dan predikat di
belakang) ialah "Yang anda berikan kepadanya apa lagi?" (Biasanya dalam bahasa lisan).

2. "Saya belikan apa yang dia mahu".

Ayat di atas tidak gramatis dan lebih merupakan ayat dalam bahasa lisan tidak rasmi dan
juga terjemahan langsung daripada struktur ayat Inggeris " I bought him whatever he
wanted." Struktur ayat yang sepatutnya perlu dalam bentuk pasif diri ketiga (dalam
konstituen subjek), iaitu "Saya belikan apa-apa sahaja yang
dipintanya/dimintanya/dikehendakinya".

"Apa-apa sahaja yang dipintanya/dimintanya/dikehendakinya" merupakan subjek dan "saya


belikan" ialah predikat. Ayat "Saya belikan apa-apa sahaja yang dipintanya" itu merupakan
ayat berita songsang (predikat di hadapan dan subjek di belakang). Binaan biasanya ialah
"Apa-apa sahaja yang dipintanya saya berlikan".

Bentuk "apa yang dia mahu" tidak gramatis kerana 'dia' ialah pelaku diri ketiga dan bentuk
pasifnya perlu ditandai oleh aw

Você também pode gostar