Você está na página 1de 3

Aliran Pemikiran Moral

Pemikiran Naturalis

 aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar


 Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis.
 Contoh-contoh:
o Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu
tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki
adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan
masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.
o Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan
peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia
bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha
untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang
rendah.

Pemikiran Emotivis

 merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi.


 Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih.
 Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan.
 pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh
naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.
 Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan
mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di
kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu.
 Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran
moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya
merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
 seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba
mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.
 Contoh-contoh:
o Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di
tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut
enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
o Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Pemikiran Intuitionis

 satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan, ada kaitannya dengan gerak
hati
 pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada
yang diperoleh secara individu.
 Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.
Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap
sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
 Contoh-contoh:
o Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata
sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya,
‘Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya
rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’
o Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran
faktor usia.

Pemikiran Rasionalis

 berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah
laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat
patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
 Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama
dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan
bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita
berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri.
 Contoh-contoh:
o Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang
dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti,
yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah
sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar
yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya
saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’

Você também pode gostar