Você está na página 1de 2

Nyatakan peribahasa yang sesuai berpandukan gambar.

1.

2. Wanita itu mewarisi segala harta benda suaminya yang telah meninggal dunia kerana mereka tidak
mempunyai anak. Namun begitu, semuanya tidak beerti kerana wanita itu hidup dalam kesepian bak
kata pepatah ............................................................

KESALAHAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapannya pada ruang jawapan yang disediakan.

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah
kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm
itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm mereka

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. 5. Kelima-lima
orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan mereka mengharumkan
nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu. 6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia
menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi
kepada murid-muridnya.

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak berkuasa
musnahkan.

10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada keindahan Pulau Tioman
ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu.

Disediakan oleh Cik Husna


KESALAHAN EJAAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan

Ramadan.

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada
orang ramai.

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang musim perayaan berpunca daripada sikap
peniaga yang menangguk di air keruh.

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan

tahunan dan acara merentas desa.

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan pendatang tanpa izin dapat dikurangkan
demi menjaga imej negara.

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan
antara kaum.

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit
hati itu.

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan itu amat mengkagumkan para panel juri yang
mengadili acara berkenaan.

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan barangan tempatan ialah menghadkan
pengimportan barangan berjenama dari luar negara

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak urusan pentadbiran dan pengurusan. -

Disediakan oleh Cik Husna

Você também pode gostar