Você está na página 1de 3

Apa Yang Penting? Kerjasama!

Kategori: Motivasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia di teratak Fathuallah.com. Saya doakan semoga anda
semua sentiasa bertenaga dan luar biasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Insyaallah, kali ini saya akan kongsikan satu topik yang agak menarik dan menjadi tagline bagi satu siri kartun yang amat popular
bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah turut menjadi sebutan oleh warga dewasa, saya tak terkecuali.

Wonderpets pun faham

Pasti anda akan mengaitkan tajuk entri kali ini dengan siri kartun berjudul Wonderpets! Ramai rupanya peminat setia siri kartun ni.
Saya pun syok jugak layan bila ada masa lapang. Anda mesti layan jugak kan?

Permulaan mereka tidak menghiraukan anda,


kemudian mereka mentertawakan anda, dan menjadi
lawan kepada anda, akhirnya anda yang berjaya –
Gandhi

Jika sebatang lidi ditegakkan dan hanya dengan sedikit


tekanan sahaja sudah cukup untuk mematahkan lidi
tersebut. Jika sebatang lagi lidi ditambah, maka tekanan
yang diberikan perlu ditambah namun masih lagi sedikit.
Jika lima batang lidi dirapatkan, maka tekanan yang perlu
diberikan lebih besar berbanding tekanan pada peringkat
awal tadi untuk mematahkan lidi-lidi tersebut.

Itu hanyalah perumpamaan di mana sekiranya kita bekerja


ataupun berusaha secara berseorangan, maka tekanan ataupun halangan yang mendatang amat cepat untuk menewaskan kita.
Akan tetapi, jika kita bekerja secara berpasukan, minda dan emosi kita akan lebih kuat berbanding kita berseorangan.

Lewat ini ramai yang tidak sedar dan cuba meminggirkan keutamaan bekerja dalam satu pasukan. Mereka merasakan lebih selesa
untuk membuat segala kerja bersendirian. Ada yang memaklumkan hasil kerja yang dilakukan secara individu lebih berpuas hati
berbanding dilaksanakan dalam bentuk kumpulan. Mereka juga tidak menaruh kepercayaan yang tinggi kepada orang lain untuk
melaksanakan tugas sepertimana yang mereka biasa lakukan.

Lebih afdal jika. . .

Secara teorinya kita boleh mencapai kejayaan sekiranya kita berusaha secara bersendirian. Apa yang menjadi persoalannya di sini
adalah setiap daripada kita hanya mempunyai waktu sebanyak dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu dan tiga puluh
hari sebulan manakala tiga ratus enam puluh lima hari setahun. Jika dihitung memang banyak masa yang kita ada dalam setahun.
Mungkin anda masih belum nampak apa yang saya cuba terangkan di sini.

Saya dahulunya pun selalu melakukan kerja-kerja secara bersendirian dan tidak merasakan pertolongan ataupun bekerja secara
berkumpulan ini memberi impak yang maksima. Semasa di peringkat pengajian tinggi, saya cukup aktif berpersatuan. Bukan
setakat beraktiviti di peringkat tempatan, saya juga pernah terlibat untuk menganjurkan aktiviti ke peringkat antarabangsa.

Pada awalnya semasa saya berjinak-jinak dalam berpersatuan, saya gemar melakukan kerja-kerja untuk menjayakan aktiviti
secara individu. Jika ingin mengajak kawan-kawan yang lain dalam persatuan, bimbang mereka sibuk dengan urusan
pembelajaran. Bilamana saya diberi tanggungjawab
untuk mengarah satu projek besar, barulah saya tahu
kepentingan bekerja dalam kumpulan.

Sebelum berlangsungnya program yang bakal


dilaksanakan, apa yang terlintas dalam benak fikiran
saya adalah jika buat semua kerja berseorangan
maka hasil yang akan diterima tidak cukup
memuaskan hati semua pihak dan jika program itu
tidak berjalan lancar saya akan
dipertanggungjawabkan kelak.

Jadi langkah pertama yang saya lakukan adalah


dengan menubuhkan Ahli Jawatankuasa
Program(AJK). Bermula dengan saya selaku
Pengarah Program sehinggalah ke AJK Tugas-Tugas
Khas. Seingat saya terdapat seramai tiga puluh
orang yang berada di bawah carta organisasi
jawatankuasa tersebut. Setelah kesemua tugasan diberikan kepada jawatankuasa yang berkenaan, maka mereka semua bergerak
menjalankan tugasan masing-masing.

Apa yang saya perlu buat hanyalah memantau secara keseluruhan ahli jawatankuasa.

Tempoh yang diberikan sebelum menjelangnya program itu tadi adalah selama tiga puluh hari dan dalam masa tersebut saya
berjaya mengadakan lebih lima kali pertemuan dengan semua ketua di setiap bahagian. Apa yang menariknya di sini adalah setiap
daripada mereka sentiasa mempunyai idea untuk menjadikan program yang bakal dijalankan dengan penuh gemilang. Saya tidak
pernah menghalang mereka untuk memberikan idea dan penambahbaikan kepada program.

Apa yang menjadi kegemaran saya adalah dengan memberikan kelonggaran kepada mereka bekerja mengikut kreativiti masing-
masing.

Hari yang dinanti telah tiba, program tersebut berjalan dengan lancar dan setiap ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang
penuh dan akhirnya program yang kami jalankan mendapat pujian daripada pengurusan tertinggi Universiti.

Walaupun peruntukan yang diberikan kepada kami adalah antara yang terendah, kami tidak menjadikan itu semua sebagai alasan
untuk berikan yang terbaik. Penat lelah kami curahkan demi menjayakan aktiviti ini amat berbaloi dan setiap daripada kami
mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan.

Sebelum berakhirnya program tersebut, saya dan semua ahli jawatankuasa mengadakan satu sesi jamuan ringan bagi menghargai
usaha yang telah kami berikan. Itu pun masih menggunakan peruntukkan yang sama, maklumlah belajar accounting. .hee

Antara asam dan garam adanya kemanisan

Baiklah, maksud sebenar saya di sini adalah bukannya program itu yang dijadikan sebagai ukuran. Apa yang menjadi keutamaan
di sini adalah nilai sebuah kerjasama dalam sesebuah kumpulan.

Tidak dinafikan, dalam tiga puluh orang yang berada di dalam kumpulan itu ada juga yang curi tulang dan ada juga yang suka
cakap-cakap belakang. Itulah antara kebaikan dan keburukan bekerja dalam kumpulan. Akan tetapi peranan sebagai seorang
ketua di sini amat penting dan tindakan segera perlu diambil bagi menjernihkan keadaan.

Cuba anda bayangkan, jika saya melakukan kesemua tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh tiga puluh orang itu tadi, adakah
program itu akan berjaya? Tentu sekali tidak!

Saya cuma ada masa sebanyak dua puluh empat jam sehari dan itu pun perlu dibahagikan kepada masa rasmi pembelajaran lagi.
Bilamana kita bekerja dalam kumpulan, maka masa yang kita ada menjadi lebih banyak dan tenaga yang kita ada juga bertambah.
Ini bermakna kerja-kerja yang perlu dilaksanakan akan menjadi lebih mudah dan effektif.

Begitu juga dalam dunia perniagaan, pada awal penubuhan syarikat pertama, saya merasakan untuk mendapat keuntungan yang
maksima saya tidak perlu menjalankan sebarang usahasama dengan mana-mana pihak dan saya cukup yakin bahawa saya dapat
mencapai tahap keuntungan yang tinggi dengan melakukannya secara berseorangan.

Saya dapat mencapai keuntungan yang diingini namun tidaklah cukup memberangsangkan kerana masa dan tenanga yang saya
ada amatlah terbatas. Saya dah serik dah!

Jadi saya mengubah strategi dengan mencari seorang rakan kongsi perniagaan untuk menjana lebih keuntungan daripada
perniagaan yang dijalankan. Alangkah terkejutnya saya kerana setiap kerja yang dilakukan oleh kami begitu pantas dan berkesan.

Keuntungan kami semakin hari semakin tinggi.


Idea yang kami curahkan lebih banyak
berbanding sewaktu saya menjalankan
perniagaan secara berseorangan. Kami
mengembangkan lagi empayar perniagaan kami
ke seluruh Negara dengan bantuan lebih ramai
orang yang sudi menjalankan usahasama
dengan kami.

Setiap hari keyakinan kami bertambah tinggi dan


lebih ramai orang mengenali produk dan servis
yang kami berikan. Jika dulu ramai yang
mentertawakan saya kerana mereka cakap apa
yang kami cuba bawakan tidak akan mendapat
tempat dalam pasaran.
Berani melangkah dengan gagah

Namun itu semua tidak mematahkan semangat saya dan kini saya lebih yakin dan berani kerana saya tidak lagi keseorangan
dalam menjalankan perniagaan. Saya mempunyai rakan niaga yang terbaik, penuh motivasi, berkarisma dan berjiwa yang kental.

Kami juga berjaya meyakinkan lebih ramai orang dengan menggunakan teknik-teknik pemasaran yang berkesan. Segala idea dan
pengalaman yang kami ada dicurahkan sepenuhnya supaya perniagaan kami berdiri utuh setanding dengan syarikat-syarikat
gergasi yang menawarkan produk dan servis seperti yang kami berikan.

Cuba anda bayangkan hanya dengan tempoh masa tidak sampai setahun, pesaing-pesaing yakni syarikat-syarikat besar sudah
mula membuka mata ke arah kami. Walaupun kami masih lagi kerdil pada ketika itu, namun stragtegi pemasaran kami cuba
diadaptasikan oleh syarikat-syarikat besar.

Tidak mengapa itu sudah menjadi asam-garam dunia perniagaan. Kami merasakan cukup bangga walaupun kami masih lagi kerdil
namun sudah ada mata-mata yang mencuri idea daripada kami. Selepas itu, kami tidak lagi menoleh ke belakang. Apa sahaja idea
yang datang daripada kumpulan, kami akan nilai dan jika difikirkan baik ianya diteruskan dan sebaliknya.

Inilah dua situasai sebenar yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Hasil daripada bekerja dalam kumpulan adalah lebih
baik dan memberikan impak yang maksima. Jika saya berdegil untuk bekerja berseorangan, maka program yang dijalankan
mungkin ada cacat-celanya dan jika saya menolak untuk mendapatkan keuntungan sepenuhnya tanpa mencari rakan niaga, maka
perniagaan saya tidak akan berkembang maju dan pesat seperti hari ini.

Pilihlah untuk berkerja dan melakukan sesuatu secara berkumpulan. Anda akan lebih bertenaga, berkeyakinan dan penuh inspirasi
untuk mencapai lebih banyak kejayaan serta kekayaan di masa akan datang.

Wonderpets pun tahu kepentingan bekerja dalam pasukan, anda bagaimana?

Você também pode gostar