Você está na página 1de 5

JURNAL MINGGU KEDUA

Syelvester Joe

Pendidikan Pemulihan Khas Pendidikan Rendah

Tarikh: 10 Julai 2017 – 14 Julai 2017

Tempat: SK Riam Batu 2

Isu/ Perkara: Kekemasan Tulisan Murid

Huraian Isu/ Perkara

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan secara tidak formal, saya
mendapati murid tahun 2 mengalami masalah kekemasan tulisan. Hanya segelintir
sahaja murid yang mempunyai tulisan yang baik dan kemas serta senang dibaca.
Apabila guru meminta murid untuk melangkapkan aktiviti di dalam buku aktiviti dan
buku latihan, saya secara tidak langsung telah mengesan masalah kekemasan tulisan
yang dialami oleh murid tahun 2 ini. Oleh kerana tulisan yang tidak berapa kemas,
guru telah mangambil masa yang lebih untuk menyemak kerja sekolah murid.

Analisis Masalah

Masalah tulisan yang tidak kemas ini merupakan suatu masalah yang telah
diakibatkan cara pegangan pensel yang salah. Ketidaktentuan cengkaman pada alat
tulis disebabkan oleh masalah dyspraxia motor halus (Levine, 1987). Kanak-kanak ini
ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel
secara stabil. Kanakkanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis
menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan
lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang
terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel
menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini
adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.
Untuk menguasai kemahiran ini kanakkanak perlu didedahkan dengan
beberapa kaedah dan teknik contohnya kanak-kanak diajar kemahiran pratulis, cara
memegang pensil dan cara duduk semasa menulis dengan betul. Kemahiran menulis,
membaca, mengira dan menaakul asas yang sangat penting untuk dikuasai oleh
murid-murid. Kemahiran menulis diperlukan dalam semua mata pelajaran di sekolah.
Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid. Begitu
juga murid pemulihan yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis seperti
saiz tulisan yang tidak sekata, jarak di antara perkataan, kecondongan huruf.

Punca masalah tulisan tidak kemas

Melalui pembacaan yang telah saya buat, saya mendapati bahawa beberapa perkara
yang mempunyai kebarangkalian menjadi punca kepada masalah ini. Antaranya ialah
seperti berikut:

 apa yang ditulis adalah tidak sama dengan lembaran kerja yang diberi untuk
ditulis oleh mereka
 posisi badan semasa menulis
 cara memegang pensil oleh murid
 kemahiran motor halus murid
 saiz pensel yang digunakan
 ketajaman mata pensel
 kepanjangan pensel

Masalah tulisan yang tidak kemas

Semasa menyemak kerja murid saya telah mendapati beberapa masalah dalam
tulisan murid antaranya ialah:

 tulisan terlalu condong


 perkataan terlalu rapat
 huruf-huruf terlalu dekat
 huruf menyerupai huruf lain
Cadangan penyelesaian:

Bagi membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid, saya sebagai seorang guru
mengambil beberapa tindakan yang boleh dipratikkan di dalam kelas iaitu:

 Meminta murid untuk memegang pensel dengan semua jari mengelilingi pensel
tersebut. Kemudian, saya memberitahu mereka untuk membayangkan bahawa
mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri
dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun, bukan
setakat tapak tangan sahaja.
 Apabila mereka mahir dalam pergerakan tersebut, saya menunjukkan cara
bagaimana tiha jari harus berada di sebelah belakang pensel. Pensel harus
dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
 Kemudian, murid diminta untuk menggerakkan pensel secara menaik dan turun
dengan menggunakan ibu jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain
berada dalam keadaan senang dan selesa.
 Kemudian, murid diminta meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan
mata pensel dan diminta untuk melatih kawalan jari di kedudukan tersebut.
 Akhir sekali, murid diajar melonggarkan pegangan pensel oleh ibu jari serta jari
telunjuk supaya pensel dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di
kedudukan yang betul.
 Saya juga turut memastikan postur badan murid dalam keadaan yang betul
ketika menulis iaitu tidak terlalu tunduk ke meja serta memastikan lengan
mereka berada di atas meja semasa menulis.

Bagi menjayakan pemulihan tulisan murid ini, saya sebagai seorang guru perlu
mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu:

 Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah dalam tulisan.


 Mencari latihan yang bersesuaian dengan murid.
 Memberikan senaman psikomotor yang berfokuskan motor halus iaitu di
bahagian tangan.
 Mereka bentuk perancangan intervensi awal tulisan.
 Menyediakan rekod khusus bagi peningkatan murid.
Kajian lampau yang berkaitan dengan isu

Jurnal ini ditulis berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987)
serta Pressey dan Pressey (1926).

Tempoh pelaksanaan/ Penyelesaian:

Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mempratikkan pemulihan tulisan untuk
menangani masalah kekemasan tulisan murid secepat mungkin dalam tempoh saya
berpratikum selama 2 bulan disini.

Penambahbaikan:

Berdasarkan semua masalah yang telah saya kemukakan di atas, saya


mendapati bahawa murid ini memerlukan latihan-latihan pratulisan sebagai
pendedahan awal kepada penggunaan pensel. Latihan-latihan pratulisan
menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan
tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang
dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak
tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti
membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput tanpa
mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.
Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan
memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya. Setelah mahir dalam aktiviti aktiviti tersebut, murid-murid boleh
melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan
yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan,
latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri
ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan
antara bulatan dan garis lurus secara bebas.
Refleksi:

Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan pensel yang kurang sesuai


juga merupakan satu daripada penyumbang kepada punca murid melakukan banyak
kesilapan semasa menulis. Postur badan yang tidak betul menyebabkan mereka
merasa tidak selesa semasa menulis. Sassoon (1993), pula mendapati guru kurang
memberi penekanan kepada pengajaran menulis di dalam kelas khususnya cara
memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,
menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-
kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal
lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan
penuh dengan kesenian.

Rujukan:

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,


Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun daripada
http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/ html pada
20 Oktober 2009

Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the


Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI (13).

Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada
http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg= RA1-
PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20 Oktober 2009.

Você também pode gostar