Você está na página 1de 2

AKHLAK PQS TINGKATAN 5

ADAB BERJUAL BELI


MAKSUD.
1. Bahasa; menukar sesuatu dengan yang lain.
2. Istilah; akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikan selama-lamanya.
3. Keharusan amalan jual beli dirakam oleh Allah Taala dalam al-Quraan;
ِّ ‫ٱّلله ۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َم‬
٢٧٥ … ‫ٱلربَ ٰوا‬ َّ ‫… َوأ َ َح َّل‬
… padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. [al-Baqarah:275]

HUKUM JUAL BELI.


1- Wajib; ketika seseorang memerlukan sesuatu barang seperti makanan.
2- Haram; jual beli barang yang diharamkan oleh syarak seperti arak, babi, dll
3- Sunat; melebihkan timbangan/ sukatan kepada pembeli dengan niat sedekah.
4- Makruh; jual beli sewaktu azan Jumaat yang pertama.
5- Harus; jual beli yang menepati syarat-syarat jual beli.

FAKTOR ISLAM MENGGALAKKAN JUAL BELI.


1. Sumber rezeki yang halal.
2. Memberi peluang meningkatkan pendapatan/ ekonomi diri, keluarga, masyarakat.
3. Memenuhi tuntutan fardhu Kifayah
4. Mengeratkan silaturrahim
5. Menjana ekonomi ummat dan negara Islam.

ADAB-ADAB BERJUAL BELI.

ADAB PENJUAL ADAB PEMBELI


 Memberi layanan mesra kepada pelanggan. Mengelakkan diri dari menimbulkan banyak
ً‫ َر ِّح َم هللاه َر هجال‬:‫ قال‬ ‫ أن رسول هللا‬ ‫عن جابر‬ karenah.

)‫(رواه البخاري‬ ‫ضى‬َ َ ‫ع وإذا اشت ََرى وإذا اقت‬


َ ‫س َم ًحا إذا بَا‬
َ ‫(متفق‬ ... ‫ يسروا وال تعسروا‬:‫ قال‬ ‫ عن النبي‬ ‫عن أنس‬
Maksud; Allah mengasihi lelaki yang bertolak ansur ketika )‫عليه‬
menjual, ketika membeli dan menjelaskan hutang. Maksud: Mudahkanlah, dan jangan menyusahkan [dalam
 Mengutamakan pelanggan. sesuatu urusan/ perkara]
Berkomunikasi dengan bahasa yang baik.
‫ ِّزن َوار ِّجح‬:‫ يقول‬ ‫ أن رسول هللا‬:‫س َوي ٍد بن قَي ٍس قال‬
‫عن ه‬
)‫(رواه أحمد‬ ٢٨ ‫ورا‬ ‫… فَقهل لَّ هه ۡم قَ ۡو اال َّم ۡي ه‬
‫س ا‬
Maksud; Tmbanglah dan lebihkan timbangan/ sukatan. .. maka katakanlah kepada mereka ucapan yang
 Tiada unsur penipuan/ gharar. pantas [al-Isra’: 28]
َ ‫َو ۡيل ل ِّۡل هم‬
١ َ‫ط ِّففِّين‬ Berpatutan dalam tawar menawar.
Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang [dalam Menjaga nama baik penjual.
timbangan dan sukatan] – (al-Muthaffifin: 1)
 Sabar dengan karenah pelanggan.
 Menggunakan bahasa yang baik terhadap
pelanggan/ tidak meninggikan suara.
 Memberi layanan yang sama kepada pelanggan.
 Mengutamakan kebersihan dan keceriaan.
 Mengutamakan kualiti produk.
 Meletakkan harga yang berpatutan/ larangan
mencatut harga barangan melampau.

KEPENTINGAN BERADAB KETIKA BERJUAL BELI


Bil Penjual Pembeli Manfaat Bersama
Disukai dan dihormati oleh Mendapat barangan yang Merapatkan silaturrahim sesama
1.
orang ramai. berkualiti/ terbaik. masyarakat.
Wujud perasaan redha meredahi antara
2. Melariskan jualan. Mendapat layanan mesra.
pembeli dan penjual.
Premis menjadi tumpuan Jual beli berkenaan mendapat keberkatan
3. Mendapat harga yang berpatutan.
pelanggan. daripada Allah.
4. Menaikkan imej penjual. Memperolehi kepuasan berbelanja. Mengelakkan berlakunya pertelingkahan.
KEPENTINGAN BERJUAL BELI DALAM MEMENUHI TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH.

1
AKHLAK PQS TINGKATAN 5

1. Era ini jual beli/ perniagaan merupakan aspek penting dalam pembangunan sesuatu ummat atau
negara.
2. Realitinya umat Islam masih jauh ketinggalan dalam bidang perniagaan kerana kurangnya mereka
yang menyertai bidang ini/ tidak berminat menceburi perniagaan.
3. Ummat Islam perlu menguasai bidang perniagaan kerana;
a. Tidak perlu bergantung kepada negara asing.
b. Membantu meningkatkan ekonomi ummat Islam.
c. Membantu golongan yang tidak bernasib baik.
d. Menghindarkan ummat Islam terlibat dengan transaksi yang meragukan dan menyalahi
syariat Islam
e. Memenuhi keperluan masyarakat Islam.

SOALAN PENILAIAN;
a) Jelaskan takrif jual beli berserta dalil.
b) Jelaskan hokum-hukum yang berkaitan jual beli.
c) Nyatakan adab berjual beli.
d) Mengapakah Islam menggalakkan jual beli?
e) Jual beli merupakan satu tuntutan fardhu kifayah. Huraikan.

Ahli Koporat Dalam Kalangan Sahabat Nabi;


i- Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a ; membiayai dakwah Nabi dari awal sehingga wafatnya beliau.
ii- Saidina Abu Bakar a.s ; membeli dan membebaskan Bilal bin Rabah dan menginfaqkan semua
hartanya pada Islam.
iii- Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a; menderma 2000 Uqiah [5600 gram] ketika perang tabuk.
iv- Saidina Uthman bin Affan r.a; menderma 900 unta dan 1000 kuda serta duit ketika perang Tabuk

Você também pode gostar