Você está na página 1de 3

JURNAL MINGGU KEEMPAT

8-12 FEBRUARI 2009

1.0 MASALAH

Minggu ini merupakan minggu keempat praktikum. Kelas berjalan seperti


biasa. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar
sepertimana yang dirancangkan. Pada minggu ini saya telah mengajar Bahasa
Arab Tahun Satu tajuk kedua iaitu ” Ahlan Wa Sahlan”. Sukatan pelajaran tahun
satu bahasa Arab agak lambat disebabkan oleh tahun satu pada bulan Januari
mereka terlibat dengan minggu transisi. Pada minggu ini pula saya telah di selia
oleh pensyarah pembimbing saya iaitu En Ahmad Rahimi Bin Ishak dalam mata
pelajaran Bahasa Arab, saya telah di selia tajuk ” Ahlan Wasahlan”. Hasil yang
saya perolehi selepas pengajaran dan pembelajaran ialah hampir semua murid
menguasai dan memberi penglibatan yang memuaskan terhadap tajuk yang di
pelajari. Pada minggu ini , saya menghadapi masalah untuk mengekalkan minat
murid hingga ke akhir pembelajaran. Pelbagai cara saya cuba, namun murid-
murid hanya memberi tumpuan 15 minit pertama. Ini terutamanya kelas 1 Setia
kerana kelas ini terdapat murid yang lemah. Perkara ini saya sedari apabila
segelintir murid lelaki di bahagian belakang tidak memberi tumpuan semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Namun jauh di sudut hati , saya
rasa hal ini masih boleh diatasi dan saya akan mencuba apa jua cara agar hal ini
dapat diatasi secepat yang mungkin.

2.0 ANALISIS MASALAH

Saya sering mempelbagaikan set induksi di permulaan pelajaran dan


memastikan ia mampu menarik perhatian murid-murid ke arah kesediaan belajar.
Ternyata murid-murid terhibur dan bersemangat untuk memulakan pelajaran.
Saya juga telah memilih alat bantu mengajar yang sesuai dalam sesi P&P.
Masalah mula timbul apabila saya memberi penerangan tentang sesuatu
konsep. Tumpuan murid-murid sering hilang ketika penerangan di berikan.

3.0 CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

1. Saya patut melibatkan murid dengan lebih aktif semasa penerangan


sesuatu konsep agar mereka merasa seronok untuk belajar.

2. Saya perlu mengubah strategi pengajaran dengan pelbagai aktiviti yang


tidak menjemukan murid sewaktu P&P.

3. Saya perlu mengubah pendekatan pengajaran kerana murid-murid sudah


jemu atau kurang memahami dan memilih bahan bantu mengajar yang
lebih berkesan.

4. Saya akan meminta pendapat guru pembimbing dan pensyarah


pembimbing bagaimana untuk memastikan murid-murid memberi sepenuh
perhatian sehingga akhir sesi P&P.

4.0 TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Saya tidak akan
akan jemu berusaha untuk mengatasi masalah ini kerana apabila guru tidak
dapat mengekalkan minat murid terhadap pelajaran sehingga ke akhir sesi P&P,
murid-murid akan hilang tumpuan dan menggagu murid-murid lain. Guru juga
akan hilang keyakinan diri dan tidak bersemangat untuk mengajar. Justeru itu,
tindakan segera perlu dilakukan.
5.0 TINDAKAN SUSULAN

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan


strategi dan aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid-murid. Setiap kali sesi P&P ,
saya akan mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan melihat respon dari
murid-murid. Sekiranya respon positif ditunjukkan , ini menunjukkan murid-murid
menyukai pendekatan yang digunakan dan saya akan memilih pendekatan ini
pada masa-masa akan datang.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, saya perlulah memainkan


peranan penting dalam merubah dan memperbaiki sesuatu yang salah.
Sebenarnya, sesuatu perkara yang berlaku adalah bergantung kepada
kebijaksanaan saya sebagai guru untuk memperbaiki dan menyelesaikannya.

Você também pode gostar