Você está na página 1de 5

JURNAL MINGGU KEDUA BELAS

Syelvester Joe

Pendidikan Pemulihan Khas Pendidikan Rendah

Tarikh: 25 September 2017 – 29 September 2017

Tempat: SK Riam Batu 2

Isu/ Perkara: Masalah Disiplin

Huraian Isu/ Perkara

Pada minggu terakhir saya menjalani praktikum fasa 1 di SK Riam Batu 2, saya
lebih menumpukan pemerhatian saya kepada tahap disiplin murid-murid di sekolah
ini. Saya mendapati masalah disiplin murid sekolah ini tidaklah berada pada tahap
yang kritikal, namun sekiranya perkara ini tidak dicegah dari awal maka perkara ini
akan melarat. Pelaku-pelaku tegar masalah disiplin ini merupakan murid yang sama
sahaja bagi setiap tindakan disiplin yang dikenakan.

Isu ini dapat saya perhatikan semasa saya menjalankan aktiviti perbualan pagi
di bilik darjah terutamanya apabila saya menggunakan kaedah pengajaran secara
kelas. Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini ini apabila
saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kesemua kanakkanak
prasekolah saya. Contoh aktiviti secara kelas yang saya jalankan adalah seperti
berbual dan menghasilkan origami. Saya mendapati aktiviti seperti ini kurang sesuai
untuk perbualan pagi dan ia akan menyebabkan disiplin kanak-kanak tidak dapat
diurus dengan baik. Aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya juga
akan terjejas apabila kanak-kanak terbawa-bawa mud dan tingkah laku yang tidak
diingini dari slot perbualan pagi. Maka, slot perbualan pagi sangat memainkan
peranan yang penting dalam memastikan disiplin kanak-kanak dapat diuruskan
dengan baik selain dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Teori Gestalt mengemukakan bahawa guru perlu menyediakan rangsangan


yang berkaitan dan tunjukkan perkaitan antara rangsangan berkenaan bagi
menimbulkan proses pembelajaran yang aktif (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying &
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2012). Guru dapat mengaplikasikan teori ini terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan rangsangan yang menarik
dan sesuai dengan pengetahuan sedia ada kanak-kanak terutamanya untuk slot
perbualan pagi. Hal ini penting supaya dapat memberi pendedahan awal kepada
kanak-kanak mengenai isi pembelajaran pada hari tersebut bermula dari slot
perbualan pagi lagi. Oleh itu guru perlu lebih peka dalam merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran terutamanya slot perbualan pagi kerana kelemahan
guru merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan
menyebabkan masalah disiplin kanak-kanak menjadi lebih teruk (Akhiar Pardi &
Shamsina Shamsuddin, 2013).

Oleh itu, saya perlu melakukan beberapa perkara bagi menangani masalah ini
sebelum ia mengganggu perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran rakan-rakan
prasekolah yang lain.

Analisis Masalah

Bagi mengenal pasti punca kanak-kanak berbuat demikian, saya menyenaraikan


soalan-soalan seperti berikut:

a) Latar belakang kanak-kanak yang bertingkah laku tidak diingini.


b) Adakah aktiviti yang disediakan sesuai untuk slot perbualan pagi?
c) Adakah kanak-kanak tidak berminat dengan aktiviti yang disediakan oleh guru?

Setelah melaksanakan pemerhatian dan perbincangan dengan guru pembimbing dan


pasangan praktikum, beberapa hasil telah saya dapat:

a) Kebanyakkan kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini


mempunyai latar belakang yang berbeza contohnya, anak bongsu atau sering
tidak hadir ke sekolah.
b) Aktiviti yang disediakan oleh guru untuk perbualan pagi adalah kurang sesuai
memandangkan ia memerlukan bantuan dan bimbingan guru yang maksima
contohnya seperti aktiviti menghasilkan origami.
c) Aktiviti perbualan yang disediakan oleh guru kurang menarik perhatian kanak-
kanak kerana tidak menggunakan bahan rangsangan yang menarik dan sesuai
dengan pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

Punca Masalah

Terdapat beberapa punca yang berkemungkinan menjadi penyumbang kepada


masalah ini, antaranya ialah:

- Kurangnya penekanan tahap disiplin di rumah oleh ibu bapa.


- Kurangnya pengetahuan guru dalam memahami psikologi murid.
- Guru lain tidak mempunyai kuasa ingin menjadi janji kalau bapa

Cadangan Penyelesaian

Selepas mengenal pasti punca-punca berlakunya masalah murid-murid hilang


tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, saya perlu melakukan langkah-
langkah mengatasi masalah ini;

a) Memberikan lebih perhatian terhadap kanak-kanak yang cenderung untuk


menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
b) Mencari bahan rangsangan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak dan
sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk aktiviti berbual semasa
slot perbualan pagi.

Kajian lampau yang berkaitan dengan isu

Jurnal ini ditulis berdasarkan satu kajian yang ditulis oleh Hussein Mahmood dan
Kamaruddin Abd Rahman (1981).
Tempoh pelaksanaan/ Penyelesaian:

Saya akan melaksanakan tindakan susulan ini pada praktikum fasa 2 yang
akan datang.

Penambahbaikan:

Berdasarkan masalah yang saya nyatakan di atas, saya mendapati bahawa


kita perlulah mengadakan hubungan yang positif dengan murid-murid agar lebih
mudah bagi kita untuk mengurangkan masalah disiplin ini dengan menggunakan
pendekatan kasih sayang yang terjalin antara guru dengan murid melalui hubungan
yang positif.

Refleksi:

Setelah saya membaca hasil beberapa penulisan yang telah ditulis oleh para
cendikiawan, saya mendapati bahawa masalah disiplin ini mempunyai tujuh faktor
utama yang mempengaruhinya. Oleh itu, kita sebagai seorang guru hendaklah melihat
kembali apakah ketujuh-tujuh faktor tersebut dan lepaskan mereka daripada faktor-
faktor tersebut.
Rujukan:

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
PTS Publication Sdn. Bhd.

Gragey, William, J. (1970). The Psychology of Disciplines in the Classroom. London:


The Macmillan Co

Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005). Panduan Mengurus Remaja Moden.
PTS. Bentong, Pahang: Professional Publishing Sdn. Bhd

Você também pode gostar