Você está na página 1de 2

AMERICAN INDIAN

Amerindian atau Pribumi Indian ialah istilah kabur yang diberikan kepada
orang-orang yang berketurunan khususnya daripada penduduk asal di benua
Amerika sebelum penjajahanEropah (menyusuli ketibaan Christopher Columbus pada
tahun 1492). Istilah ini membezakan orang-orang tersebut daripada mestizo (kacukan
antara penduduk asal dengan orang Eropah) dan kriolo (orang Eropah yang dilahirkan di
benua Amerika).

Orang asli benua Amerika seringnya dikenali sebagai "Indian Amerika" atau "Red
Indian", atau secara mudahnya "Indian" sahaja. Istilah-istilah ini, termasuk juga istilah
"Amerindian" dan "pribumi Indian", kesemuanya adalah kabur kerana diterbitkan
daripada perkataan Indian yang menandakan orang dari negara India. Istilah-istilah ini
diterbitkan apabila Columbussalah menganggap bahawa beliau telah menjumpai laluan
ke India tetapi sebenarnya menemui benua Amerika. Dari segi antropologi, kaum ini
berasal dari ras Mongoloid dari Asia. Oleh itu, rupa mereka mirip kepada kaum
dari Mongolia dan China.

Bangsa Indian termasuk ras Mongoloid dengan ciri-ciri rambut hitam lurus, kulit
coklat kemerah-merahan, mata hitam, tubuh tidak banyak berbulu,tulang pipi menonjol,
dan wajah pada umumnya lebar.

Perpindahan bangsa Asia ke Benua Amerika lambat laun membuat mereka


menetap dan berkembang menjadi berbagai suku. Berabad-abad mereka membangun
masyarakat teratur. Pada abad ke-16, orang Eropah tiba di Amerika Utara untuk
pertama kali. Kerana mengira tiba di India (Asia), mereka secara keliru menyebut
penduduk asli itu orang "Indian". Orang Eropah menginginkan tanah. Kerana itu h
penduduk asli terancam. Kaum Indian lalu bertempur melawan para pemukim baru.
Pada abad ke-19, suku Indian melawan pemerintah Amerika Syarikat yang berusaha
mengusir mereka. Melalui perjuangan sengit, kaum Indian dipindahkan ke reservat,
daerah khusus buat mereka. Hingga kini banyak orang Indian masih hidup di sana.

Penduduk asli Amerika utara terdiri atas banyak suku. Mereka umumnya hidup dari
berburu, memancing dan bertani. Suku-suku terkenal di antaranya adalah:

1. Cheyenne
2. Comanche
3. Sioux

Suku-suku tersebut hidup di Great Plains; Apache, Navajo, dan Pueblo, yang hidup di
daerah baratdaya; dan Iroquois, Huron, dan Cherokee, yang hidup di daerah timur, serta
Miccosukee yang tinggal di wilayah Everglades (Florida).

Você também pode gostar