Você está na página 1de 6

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SIFAR PONTENG, PENCEGAHAN JENAYAH 2018

KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM “SEKOLAHKU SYURGA ILMU”

1. PENDAHULUAN
Pelancaran Program “Sekolahku Syurga Ilmu” adalah merupakan pelancaran bagi 3
buah program besar di bawah Unit Hal Ehwal Murid iaitu Jom Ke Sekolah, Ponteng
Sifar dan Pendidikan Pencegahan Jenayah. Program-program ini telah dirancang
untuk dilaksanakan pada tahun ini melibatkan bukan sahaja peranan guru dan murid
malah agensi luar juga terlibat dalam menjayakan program-program ini.
Penggabungan 3 buah program ini juga adalah bagi mencapai objektif yang tertentu
iaitu untuk mengajak dan menggalakkan murid hadir ke sekolah. Hadir ke sekolah
adalah asas kepada kecemerlangan murid dimana di sekolah berlakunya proses
pembelajaran dan murid yang fokus dan memberikan tumpuan dalam pelajaran
akan menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan. Seterusnya kegembiraan
murid hadir dapat membantu mencapai matlamat sekolah ke arah sifar ponteng dan
akhirnya dapat mencegah berlakunya kes jenayah dalam kalangan murid. Justeru
itu Pelancaran ini di buat sekali gus untuk menjimatkan masa dan secara tidak
langsung memberitahu seluruh warga SKBB akan adanya program dan aktiviti-
aktiviti yang dirancang di bawah 3 Program besar tersebut.

2. NAMA PROGRAM
PELANCARAN PROGRAM “SEKOLAHKU SYURGA ILMU”
Program Jom Ke Sekolah, Sifar Ponteng, Pencegahan Jenayah

Unit Bimbingan & Kaunseling


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SIFAR PONTENG, PENCEGAHAN JENAYAH 2018

3. RASIONAL

Sering kali kita perhatikan bahawa murd-murid yang lemah dan gagal dalam
peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan
ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban
tahun. Jumlah peratus murid yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut
menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik murid kerana
walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik
pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar
disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Ia juga menyumbang kepada berlakunya
kes-kes jenayah dalam kalangan murid samada di dalam sekolah mahupun di luar
kawasan sekolah. Justeru, Pelancaran “Sekolahku Syurga Ilmu” ini dibuat
diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam
membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran murid
ke sekolah, mengurangkan kadar ponteng dan seterusnya dapat mencegah kes
jenayah dalam kalangan murid sekolah.

4. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan memberitahu secara tidak
langsung akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid., sentiasa berusaha
melahirkan murid bermotivasi dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid
tentang pentingnya pelajaran. Yang paling penting mewujudkan rasa seronok dan suka ke
sekolah. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekali
gus menaikkan kembali reputasi SK Bukit Beruntung.

5. OBJEKTIF
1. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke arah 100%
2. Memberitahu warga SKBB keprihatinan pihak sekolah dalam isu kehadiran murid, gejala
ponteng dan kes-kes disiplin dalam kalangan murid di sekolah.
3. Murid dapat mempersiapkan diri dengan sistem, program dan aktiviti yang
dirancang.
4. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.

Unit Bimbingan & Kaunseling


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SIFAR PONTENG, PENCEGAHAN JENAYAH 2018

5. Memberi kesedaran kepada murid bahawa program-program tersebut dirancang


adalah demi kecemerlanagn murid dan juga warga sekolah amnya.

6. PELAKSANAAN PROGRAM
6.1 Tempat : SK Bukit Beruntung
6.2 Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
6.3 Masa : 7.30 Pagi dan 1.00 tengah hari
6.4 Sasaran : Semua murid Tahun 1 – Tahun 6

7. AHLI JAWATANKUASA
7.1 Jawatankuasa Induk dan pelaksana (Lampiran A)

8. PEBELANJAWAN
8.1 Sumber Kewangan
8.1.1 PCG kaunseling
8.1.2 Anggaran perbelanjaan

1. PELANCARAN / KEMPEN SEPANJANG MASA


RM
1. Gegantung (1 keping 1 program)
– Rm30.00 x 3keping 90.00
2. Banner 1” x 10” - RM 20.00 20.00
3. “X” stand – RM40.00 40.00
Jumlah 150.00

9. PENUTUP
Adalah diharapkan Pelancaran Program “SEKOLAHKU SYURGA ILMU” ini
dapat berjalan dengan lancar atas kerjasama ahli jawatankuasa pelaksana yang
telah dilantik. Melalui ini, diharap dapat menyedarkan murid-murid tentang
kepentingan ke sekolah demi kecemerlangan diri bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi dalam bidang sahsiah juga.

Disediakan oleh,

...........................................

Unit Bimbingan & Kaunseling


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SIFAR PONTENG, PENCEGAHAN JENAYAH 2018

(ZURAINI BT MD. NAYAN )


Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Bukit Beruntung

Disemak oleh,

.............................................
(AZIAN BT SALI)
GPK Hal Ehwal Murid
SK Bukit Beruntung

Disahkan oleh

...........................................
(KAMARIAH BT AB RASHID)
Guru Besar
SK Bukit Beruntung

Unit Bimbingan & Kaunseling


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SIFAR PONTENG, PENCEGAHAN JENAYAH 2018

Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : PN. Kamariah Bt Ab. Rashid (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : Pn. Azian Bt Sali (GPK HEM)
: En. Kharul Anuar Bin Nordin (GPK Pentadbiran)
: En. Mohamad Noor Bin Bakar (GPK Kokurikulum)
: Pn. Juma’ayah Bt Md Yasin (GPK Petang)
Setiausaha : Pn. Zuraini Bt Md Nayan (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Penolong Setiausaha : Pn. Nor Laila Suriani Bt Mat Ail(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
: Pn. Suparela Bt Tasiran (Guru Disiplin)

AJK PELAKSANAAN PROGRAM

Bacaan Doa
En. Helmey Bin Mamat (pagi)
En. Supian Bin Menan (petang)

Pengacara Majlis
Guru Bertugas

AJK Gimik
Pagi
Pn. Suparela Tasiran
Pn. Suhaibatutasalamiah
Petang
Pn. Ruzaimah Bt Mustar
Pn. Suhaila Bt Salam

Unit Bimbingan & Kaunseling


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH, SIFAR PONTENG, PENCEGAHAN JENAYAH 2018

AJK Persiapan Tempat


Guru Bertugas

AJK Buku Program Dokumentasi


Pn. Zuraini Bt Md Nayan
Pn. Sughanti A/P Palaniveloo

AJK P.A. Sistem & Siaraya


En. Noor Hisham Bin Haron
En. Mohd Akhira Bin Abu Bakar

JADUAL TENTATIF PROGRAM

7.20pagi / 1.00 tengah hari : Perhimpunan Rasmi bermula


: Nyanyian lagu:
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri
- Lagu Sekolah

: Bacaan Doa
: Lafaz Ikrar Rukun Negara
: Bacaan Perutusan KPN PDRM
: Perasmian Pelancaran Program “SEKOLAHKU SYURGA ILMU”

8.05pagi / 1.30tengah hari : Bersurai

Unit Bimbingan & Kaunseling

Você também pode gostar