Você está na página 1de 12

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SMK LKTP KAHANG TIMUR


MINIT AUDIT AKADEMIK 3 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

Tarikh : 29 JUN 2016

Masa : 2.15 PTG – 4.00 PTG

Tempat : MAKMAL SAINS 2

Pengerusi : EN. MOHAMED YUSOF BIN ABD AZIZ

Kehadiran(Bilangan) : 25/35

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1. PERUTUSAN PENGERUSI ( En. Mohamed Yusof bin Abd. Aziz)


1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua guru yang hadir. Pengerusi
menyampaikan salam Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana
menghadiri mesyuarat Pengetua bersama Tuan PPD Kluang.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru kerana
telah melaksanakan tugas sepanajang berlangsungnya Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2016 yang lalu.
Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi juga mengucapkan tahniah di atas kerjasama semua guru yang
telah memasukkan markah peperiksaan ke dalam sistem SAPS dengan
lengkap. Pengerusi juga mengingatkan agar kesemua guru yang terlibat agar
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang
Tindakan : Makluman

1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak pentadbir telah merangka strategi


untuk meningkatkan pencapaian sekolah seperti pelaksanaan Program
Bintang, Harapan dan Pemulihan. Antara aktiviti yang telah direncanakan
adalah seperti perjumpaan bersama ibubapa penjaga, mentor-mentee,
tuisyen Bintang, studi grup, program guru muda, tuisyen YPJ, dan kerjasama
strategik dengan Sekolah Sains Sembrong
Tindakan : Makluman

1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan SPM 2016 akan


diselaraskan diperingkat PPD dimana tarikh peperiksaan akan dimaklumkan
kemudian. Manakala JSI bagi soalan percubaan SPM akan diselaraskan
diperingkat JPN.
Tindakan : Makluman

1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa semua Pelan strategik dan operasi


mestilah diserahkan kepada Guru Kanan Bidang masing-masing selewat-
lewatnya 30/06/2016.
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan PdP dan buku latihan atau
nota kali ke-2 akan dijalankan dan sedang berlangsung untuk sesi kedua.
Pengerusi mengucapkan Tahniah kepada semua pencerap kerana telah
berjaya melaksanakan sesi pencerapan dengan jayanya bagi sesi pertama.
Tindakan : Makluman

1.8 Pengerusi memaklumkan bahawa isu kelas tuisyen perlu ditangani bersama
dengan unit HEM. Ramai pelajar ambil kesempatan untuk ponteng kelas
tuisyen menyebabkan prestasi pelajar terjejas. Oleh itu tindakan akan diambil
oleh pihak HEM terhadap pelajar yang ponteng.
Tindakan : Makluman

1.9 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa pada 30/06/2016


adalah Hari Terbuka Sekolah. Pengerusi berharap agar program tersebut
dapat dijalankan dengan jayanya.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En. Mohamed Yusof bin Abd. Aziz membentangkan minit mesyuarat lalu
untuk disahkan
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En. Ramli Bin Juri
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Hjh. Sapurah Binti Afandi

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi menyuarakan kebimbangan terhadap pelajar-pelajar Tingkatan


Lima yang telah dibuang sekolah kerana mereka boleh menduduki
Peperiksaan SPM 2016. Kehadiran mereka ini mungkin akan menjejaskan
prestasi sekolah.
Tindakan : Makluman

3.2 Puan Wan Roshiah memaklumkan bahawa markah lulus subjek Pendidikan
Islam ialah sebanyak 40% dan bukan 35% seperti yang dimaklumkan
sebelumnya.
Tindakan : Makluman

3.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa berdasarkan pengalaman Beliau


dalam subjek Sejarah, markah lulus ialah bergantung kepada pencapaian
keseluruhan peringkat kebangsaan.
Tindakan : Makluman

3.4 Pn. Hjh. Sapurah memaklumkan bahawa terdapat pembetulan pada punca –
punca yang menyebabkan keputusan subjek Matematik Tambahan tidak
mencapai sasaran ditetapkan bagi tahun-tahun yang sebelumnya. Beliau
memaklumakan bahawa pada tahun lepas dan tahun ini, pelajar SPM yang
mengambil Matematik Tambahan adalah dari kalangan pelajar kelas Sains
sahaja.
Tindakan : Makluman

4.0 PEMBENTANGAN AUDIT AKADEMIK TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 3

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peratus lulus Peperiksaan Pertengahan


Tahun 2016 telah meningkat berbanding Ujian Sumatif 1 iaitu dari 47.37 %
kepada 73.68 %. Pengerusi mengingatkan bahawa sasaran SEMAKMUR

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

untuk tahun 2016 ini ialah 96.29 % lulus dan GPS 4.87

Tindakan : Makluman

4.2 Pembentangan matapelajaran Bahasa Inggeris oleh En. Mustaffa Bin Taha
4.2.1

4.2.2 En. Mustaffa memaklumkan bahawa terdapat penurunan dari segi peratius
lulus dan GPS. Ini disebabkan oleh perbezaan format soalan UK1 dan
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016. Beliau memaklumkan bahawa soalan
Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah berdasarkaj format peperiksaan
SPM sebenar.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa pelajar kelas 5 IN iaitu Husaini perlu diberi
tumpaun yang lebih kerana pencapaian pelajar ini sangat lemah adalah
disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Beluai juga memaklumkan bahawa
pelajar kelas 5 IN mempunyai sikap kurang membaca bahan berbahasa
Inggeris
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2.4 En. Ku Nazrul memaklumkan bahawa pelajar kelas yang paling lemah tidak
dapat dibantu kerana keupayaan pelajar itu sendiri tidak mencapai aras yang
paling asas. Oleh itu tumpuan diberikan kepada pelajar yang ada harapan
untuk lulus.
Tindakan : Makluman

4.2.5 En. Ramli Bin Juri memaklumkan bahawa tumpuan haruslah tertumpu kepada
pelajar yang ada potensi lulus. Untuk pelajar yang terlalu lemah, semoga doa
dan harapan guru mengiringi pelajar tersebut ke dewan peperiksaan
Tindakan : Makluman

4.2.6 En. Mustaffa memaklumkan bahawa pelajar yang memperoleh markah 10 ke


bawah sebenarnya memang tiada keupayaan untuk menjawab langsung.

Tindakan : Makluman

4.3 Pembentangan matapelajaran Matematik oleh En. Mohammad Pauzi Bin


Kamaruddin
4.3.1

Tindakan : Makluman

4.3.2 Beliau memaklumkan bahawa tidak perlu risau dengan keputusan seperti

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

diatas kerana beliau yakin bahawa keputusan di atas akan berubah apabila
tiba SPM sebenar.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa tumpuan perlulah diberikan kepada


pelajar kelas 5 IR kerana keupayaan pelajar ini adalah pada tahap
sederhana. Oleh itu PdP yang paling minimum akan dilakukan oleh beliau
bagi pelajar kelas ini.

Tindakan : Makluman

4.3.4 Beliau memaklumkan bahawa antara langkah yang telah diambil ialah seperti
mengadakan ujian pada setiap hari atau minggu untuk menguji tahap
kefahaman pelajar
Tindakan : Makluman

4.3.5 Beliau memaklumkan bahawa antara kekangan yang dihadapi ialah faktor
kehadiran pelajar dan hal ini dapat ditangani dengan kerjasa erat unit HEM
Tindakan : Makluman

4.3.6 Beliau memaklumakan bahawa untuk lulu smatematik sanagt mudah iaitu
meneka tepat jawapan kertas 1 dan ada 6 soalan kertas 1 yang boleh dikira
secara terus menggunakan kalkulator untuk mendapatkan jawapannya
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.4 Pembentangan matapelajaran Matematik Tambahan oleh Pn. Roszalina Binti


Abdullah

4.4.1

Tindakan : Makluman

4.4.2 Beliau memaklumkan bahawa pelajar bermasalah dalam kelas 5 IN adalah


pelajar yang sama iaitu Husaini kerana sikap beliau yang sambil lewa
Tindakan : Makluman

4.4.3 Beliau memaklumkan bahawa ETR dikurangkan daripada 100% kepada 94%
Tindakan : Makluman

4.4.4 Beliau memaklumkan bahawa antara langkah yang diambil ialah seperti
membincangkan tersu soalan yang diberikan dan penggunaan modul
terancang untuk membantu pelajar membuat latih tubi
Tindakan : Makluman
4.5 Pembentangan matapelajaran Tasawwur Islam oleh En Andey Salehudin Bin
Badura Sakek
Tindakan : Makluman
4.5.1

Tindakan : Makluman

4.5.2 Beliau memaklumkan bahawa untuk mengajar Tasawwur Islam ini perlukan
guru yang berpengalaman 3- 5 tahun supaya dapat menyampaikan isi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

kandungan dengan berkesan.


Tindakan : Makluman

4.5.2 Beliau memaklumkan bahawa kelas 5 IS yang mengambil subjek ini adalah
seramai 2 orang shj dan lulus kedua-duanya.

Tindakan : Makluman

4.5.3 Beliau juga memaklumkan bahawa cara menjawab soalan Tasawwur Islam itu
sangat penting. Setiap jawapan perlulah ada isi, huraian, huraian tambahan
dan contoh. Disamping itu, soalan berbentuk KBAT juga merangkumi jumlah
markah yang besar dan disinilah kelemahan pelajar itu sangat ketara.
Tindakan : Makluman

4.6 Pembentangan matapelajaran Kimia oleh Pn Hjh. Sapurah Binti Afandi.

Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.6.1 Beliau memaklumkan bahawa pencapaian yang diaparkan adalah berpunca


daripada masalah pertukaran guru yang kerap sejak kelompok ini pelajar
masih di Tingkatan Empat lagi. Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa,
pelajar-pelajar ini telah diajar dari sudut amali sahaja manakala bahagian teori
belum diajar lagi.
Tindakan : Makluman

4.6.2 Beliau memaklumkan bahawa, untuk mengatasi masalah ini, kelompok


pelajar ini akan diajar tajuk-tajuk asas yang perlu dikuasai iaitu bab1 hingga 5.
Pelajar ini juga akan dibantu untuk menguasai Jadual Berkala agar ia dapat
membantu pemahaman topic-topik lain dalam kimia
Tindakan : Makluman

4.7 Pembentangan matapelajaran Sains Pertanian oleh Pn. Rosnah Binti Othman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.7.1 Beliau memaklumkan bahawa pencapaian PPT bagi pelajar Sains Pertanian
menunjukkan peningkatan benbanding pencapaian SPM
Tindakan : Makluman

4.8 Pembentangan matapelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 3 oleh En. Mustaffa


Bin Taha

Tindakan : Makluman

4.8.1 Beliau memaklumkan bahawa, dalam PPT, soalan sebenar berformat PT3
telah digunakan untuk menguji kemampuan pelajar dan ternyata pelajar
Tingkatan 3 belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PT3.
Tindakan : Makluman

4.8.2 Beliau memberitahu bahawa pelajar kelas 3 Cerdas mempunyai masalah


sikap yang mempengaruhi kepetusan peperiksaan mereka
Tindakan : Makluman

4.8.3 Beliau juga memaklumkan bahawa bagi pelajar istimewa dari kelas 3 Cerdas
perlulah diberi bantuan khusus dan diterapkan dengan nilai-nilai penyayang
kerana kemampuan meereka yang terhad dan ada sebahagian mereka yang
tiada langsung keupayaan untuk memahami Bahasa Inggeris
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.9 Pembentangan matapelajaran Sains Tingkatan 3 oleh Pn. Yusridah Binti


Mohd. Yusof
Tindakan : Makluman

Tindakan : Makluman

4.9.1 Beliau memaklumkan bahawa pencapaian Sains mengalami penurunan


disebabkan oleh soalan berformat sebenar PT3 digunakan dan pelajar
Tingkatan 3 sukar mengingati topik-topik yang diajar di Tingkatan 2 dan 1.
Tindakan : Makluman

4.9.2 Beliau juga memberitahu bahawa, banyak soalan KBAT digunakan dan
ternyata pelajar Tingkatan 3 belum bersedia untuk menjawab soalan KBAT
Tindakan : Makluman

4.9.3 Beliau memaklumkan, untuk membantu pelajar-pelajar ini, langkah yang


diambil ialah dengan membuat latih tubi soalan KBAT serta soalan mengikut
format sebenar PT3
Tindakan : Makluman
4.10 Pembentangan matapelajaran Matematik Tingkatan 3 oleh Pn. Siti Aminah
Binti Nain.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Makluman

4.10.1 Beliau memaklumkan bahawa bagi PPT 2016, soalan berformat sebenar PT3
digunakan dan ini telah mempengaruhi pencapaian keseluruhan pelajar
dalam matematik.
Tindakan : Makluman
4.10.2 Beliau memaklumkan bagi membantu pelajar ini, latih tubi berturusan akan
dipraktikkan untuk menghadapi peperiksaan sebenar
Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa satu sesi perjumpaan (Hati ke Hati)
pelajar-pelajar lemah bersama dengan Tuan Pengetua perlu diadakan untuk
member motivasi kepada pelajar-pelajar ini agar terus berusaha untuk
menghadapi peperiksaan
Tindakan : Makluman
5.2 En. Ramli Bin Juri memaklumkan bahawa proses streaming pelajar perlulah
dilakukan dengan cara yang betul agar pelajar dapat diasingkan mengikut
keupayaan sebenar dan penialain bolehlah dimulakan drai tingkatan 1
dengan melihat pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun. Ini bertujuan untuk

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

memudahkan proses PdP guru-guru yang mengajar di dalam kelas.


Tindakan : Makluman

5.3 En. Ramli memaklumkan bahawa, program mencari Bintang di kalangan


pelajar perlulah dimulakan dari Tingkatan 1 lagi agar pelajar ini dapat dibantu,
dipantau untuk menjadi Pelajar Bintang
Tindakan : Semua guru

5.4 En. Asri memaklumkan bahawa Task Force Team perlu diwujudkan bagi
membantu pihak sekolah mencari punca-punca kegagalan dalam setiap
peperiksaan.
Tindakan : Makluman
5.5 En. Ramli memaklumkan juga bahawa, peratus kehadiran pelajar-pelajar ke
sekolah yang baik akan membantu meningkatkan pencapaian peperiksaan
sekolah.
Tindakan : Makluman

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(En. Noor Azam Bin Rahim)
Setiausaha
Tarikh : 12 Julai 2016

Tarikh :

Disahkan oleh,

......................................................

Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Você também pode gostar