Você está na página 1de 1

Amalan Altruisme dalam Membentuk 1 Malaysia

Altruisme adalah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri.
Amalan altruisme ini menumpukan perhatian pada dorongan untuk membantu orang lain
atau untuk melakukan sesuatu yang baik tanpa ganjaran. Amalan prinsip altruism juga
bermaksud individu akan menjauhi diri sendiri daripada kejahatan dan tidak mementingkan
diri sendiri sahaja. Antara contoh amalan altruisme dalam Malaysia ialah seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk
tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa-mangsa banjir negeri yang lain. Rakyat
Malaysia juga saling menghormati budaya kaum yang lain. Sebagai contoh, rakyat berkaum
Malay, Cina, India dan kaum asli sering dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka
masinfg-masing. Kaum yang lain akan menhormati kaum Cina dengan menanggalkan kasut
sebelum masuk rumah dan juga akan bersalam dengan kaum Malay dengan meletakkan
tangan di dada dan tunduk sedikit serta mengucapkan salam pada mereka. Satu contoh
altruisme yang telah menakjubkan banyak orang adalah seorang gadis berusia 19 tahun
telah mendermaRM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk
membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang
tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan menekalagu. Beliau ialah Khati
jah Khalilul Rahman. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama
atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme
yang begitu tinggi nilainya.

Você também pode gostar