Você está na página 1de 2

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

SYELVESTER JOE ANAK BONIFACE ABUN (PRAKTIKUM FASA 1)

Jurnal : 2/12

Minggu Praktikum : Minggu Ke Dua

Tarikh Kejadian : 10 Julai hingga 14 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Kekemasan Tulisan Murid

1. Masalah
Pada minggu kedua saya sudah memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran bersama empat buah kelas yang berbeza. Melalui pemerhatian
yang telah saya lakukan secara tidak formal ataupun terperinci, saya
mendapati murid tahun 2 mengalami masalah kekemasan tulisan. Hanya
segelintir sahaja yang mempunyai tulisan yang baik dan kemas serta senang
dibaca.

2. Langkah Tindakan Susulan


Berikut merupakan langkah yang saya ambil untuk mengatasi permasalahan
ini:-
i. Meminta murid untuk memegang pensel dengan semua jari mengelilingi
pensel tersebut. Kemudian, saya memberitahu mereka untuk
membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut
mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh
anggota tangan harus dihayun, bukan setakat tapak tangan sahaja.
ii. Apabila mereka mahir dalam pergerakan tersebut, saya menunjukkan
cara bagaimana tiha jari harus berada di sebelah belakang pensel.
Pensel harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
iii. Kemudian, murid diminta untuk menggerakkan pensel secara menaik
dan turun dengan menggunakan ibu jari telunjuk, sambil membiarkan
tiga jari yang lain berada dalam keadaan senang dan selesa.
CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
SYELVESTER JOE ANAK BONIFACE ABUN (PRAKTIKUM FASA 1)

iv. Kemudian, murid diminta meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir
dengan mata pensel dan diminta untuk melatih kawalan jari di
kedudukan tersebut.
v. Akhir sekali, murid diajar melonggarkan pegangan pensel oleh ibu jari
serta jari telunjuk supaya pensel dapat bersandar ke atas jari tengah (jari
hantu) di kedudukan yang betul.
vi. Saya juga turut memastikan postur badan murid dalam keadaan yang
betul ketika menulis iaitu tidak terlalu tunduk ke meja serta memastikan
lengan mereka berada di atas meja semasa menulis.

3. Kemajuan Tindakan Susulan:-


Tindakan susulan yang telah saya laksanakan selama tempoh 2 minggu
hanya berkesan pada sesetengah murid sahaja, manakala yang lainnya
masih memerlukan masa untuk memperbaiki tulisan mereka.
Saya mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadi
penyebab kepada keberkesanan langkah tindakan susulan yang saya
telah laksanakan. Antaranya:-
 Kurangnya bimbingan daripada ibu bapa di rumah.
 Pendedahan awal yang tidak ditekankan di peringkat awal
prasekolah.
 Tempoh perlaksanaan yang agak singkat.

Você também pode gostar