Você está na página 1de 2

Kucing ialah binatang kesayangan saya. Nama kucing kesayangan saya ialah Si Tompok.

Si
Tompok sangat comel. Bulu Si Tompok sangat lebat. Matanya biru. Pada waktu malam
matanya menyinar seperti cahaya. Bulunya juga seperti permaidani ,lembut. Si Tompok juga
mempunyai misai yang panjang berwarna putih. Hidung Si Tompok sangat bersih. Saya selalu
membersihkan Si Tompok dengan memandikannya dan menyikat bulunya.

Soalan rangsangan

1. Apa tajuk yang sesuai.?


2. Apa nama kucing kesayangan saya ?
3. Apa yang ada pada kucing kesayangan saya ?
A.
B.
C.

Semua orang ada hobi. Hobi saya membaca. Buku yang saya baca ialah buku cerita, dan
komik. Saya juga membaca majalah seperti majalah kartun. dan majalah masakan. Bapa saya
selalu membeli surat khabar. Saya membaca surat khabar tentang berita dalam negeri dan luar
negeri.

Soalan rangsangan

1. Apa tajuk yang sesuai.?


2. Apa hobi saya ?
3. Apa yang saya baca ?
A.
B.
C.

Membaca banyak memberi faedah kepada kita. Antara faedah adalah kita dapat menambah
ilmu pengetahuan. Kita boleh membaca buku, majalah dan surat khabar. Selain itu, kita juga
dapat mengisi masa lapang. Kita boleh membaca pada waktu lapang seperti ketiadaan guru
dalam kelas, pada waktu rehat dan waktu menunggu ibu bapa mengambil. Membaca juga
dapat menghiburkan hati kita yang duka. Antara buku yang boleh dibaca ialah buku atau
majalah kartun dan buku cerita. Buku-buku itu boleh dibeli di kedai atau dipinjam dari
perpustakaan.

Soalan rangsangan

1. Apa tajuk yang sesuai.?


2. Apa faedah membaca ?
A.
B.
C.