Você está na página 1de 5

Perkara yang membatalkan iman - tingkatan 4

1. MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
 percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
 Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan.

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM


- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia

3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN


• SYIRIK
• MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
• JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
- Maksud :
 perlakuan syirik secara terang-terangan
- Contoh :
 menyembah patung dan berhala
 menyembah bulan atau matahari
 mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
- Akibat :
 rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2. Syirik Khafi
- Maksud :
 tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
- Contoh :
 riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
 ujub (mengagumi diri sendiri),
 takbur (membangga diri)
- Akibat :
 dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
 sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :


• Ia membatalkan iman seseorang
• Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
• Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan
dari kepercayaan syirik
• Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik


• Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
• Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
• Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik
• Membatalkan iman
• Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
• Dimurkai Allah

• KUFUR
• MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad S.A.W

• JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
- Maksud :
 ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
- Contoh :
 tidak mengakui balasan diakhirat
 menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
 menyatakan solat fardhu merugikan masa
 menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat :
- Maksud :
 mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
- Contoh :
 menggunakan nikmat kejalan maksiat
 enggan mengeluarkan zakat / sedekah
 boros membelanjakan harta

• FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :


 pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara
perbuatan yang membawa dosa atau pahala
 terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
 kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi
keperluan hidup

• KESAN PERBUATAN KUFUR ….

• RIDDAH
• MAKSUD :
- berpaling atau keluar daripada agama islam

• SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA


- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

• SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH


- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan
• AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya

• CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD


- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

• TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD


- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

• HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD


- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

• LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD


- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh
membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama

• LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD


- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

• KESAN PERBUATAN MURTAD …

• KHURAFAT
• MAKSUD
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama
islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

• CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN


- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat

• FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM


- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar
dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

• CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN


MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai
dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

• AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT


- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

• SIHIR
• MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu
dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

• CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan
penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

• PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR


- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang

• CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR


- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan
tersebut

• AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR


- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

• HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR


- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

• CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR


- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

• NIFAK
• MAKSUD
- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
• CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
- berdusta apabila bercakap
- khianat apabila diberi amanah
- bersikap melampaui batas apabila bertengkar
- selalu mungkir janji

• CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK


- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- bercakap benar apabila berbicara
- bersifat jujur dan amanah
- menunaikan janji

• AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK


- menghilangkan sikap percaya-mempercayai
- melemahkan perpaduan masyarakat
- menghancurkan kekuatan umat islam

4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN


• Berpegang teguh pada ajaran Allah
• Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
• Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL


• Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
• Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada
Allah
• Dilaknat dan dibenci oleh Allah
• Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA


ORANG FASIK • Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
• Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK • Keimanan mereka berpura-pura sahaja
• Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh
Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN • Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat
Allah
• Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
• Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Você também pode gostar