Você está na página 1de 4

andai patah sayap rajawali,

bertongkat jua saya ke mari,


bukan untuk bermadah saya kesini,
tetapi untuk kita sama-sama menghayati,mendalami dan menyelami
mauduk bicara yang berbunyi melestarikan alam sekitar
tanggungjawab kita bersama. Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat
saudara pengerusi,kombinasi intelektual kehakiman bervisi,guru-guru
yang saya hormati,seterusnya hadirin hadirat yang di kasihi dekat di
hati. Assalammualaikum dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi
melapangkan masa,apa khabar penutur bahasa Malaysia tercinta.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur bicara,saya


mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian melestarikan alam
sekitar tanggungjawab kita bersama sebagai mengekalkan ketulenan
alam amanah kita semua. senario ini mempunyai aspek yang begitu
meluas tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya
terdapat 1 aspek yang perlu dipertekankan dibawah kata kunci
“tanggungjawab bersama”.Sebenarnya alam sekitar bagaikan isi
dengan kuku hubungannya dengan manusia, kerana manusia dan
alam sekitar memerlukan antara satu sama lain justeru alam sekitar
perlu diberi dilestarikan agar seluruh organisma di bumi ini dapat
hidup dangan selesa dan harmoni

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama bagi melestarikanalam sekitar ialah


mengadakan kempen kesedaran alam sekitar,tujuannya bukanlah
untuk membebankan,melecehkan mahupun menyusahkan hadirin
hadirat,sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam yang
berlaku secara abnormal,sepertimana proses penebangan dan
pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan,yang kononnya untuk
menjimatkan masa,tenaga serta mengelakkan bebanan kos. Deklarasi
demi deklarasi telah dijalankan,memang mejoritinya semua individu
sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar namun segalanya
hanya rayuan manis dibibir senyuman sinis yang dilemparkan.kita
sebenarnya tidak sedar bahawa bumi ini bukan milik kita sebaliknya
kita hanya meminjam dari generasi yang akan datang. Tuntasnya
kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat sedar akan
tindak tanduk mereka dan segera melestarikan alam sekitar.
Warga dewan yang bijak bestari,
Indikator saya yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana
ibu bapa merupakan orang yang mempunyai masa senggang yang
panjang bersama anak-anak.terdapat segelintir remaja mahupun
kanak-kanak yang masih lagi acuh tak acuh dalam aspek
kebersihan.saya bawakan contoh yang mudah, pembuangan puntung
rokok dan kertas pembalut gula-gula di merata-rata tempat, acapkali
kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas dan tandas awam
dicemari oleh benda-benda kecil ini,sebenarnya setiap individu
daripada kita mempunyai peranan dalam usaha melestarikan alam
sekitar, walaupun ianya remeh,namun jangan di sebabkan remeh
kelak membinasakan masyarakat sekaligus merobek keindahan alam.
Tegasnya ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik
kepada anak-anak di samping menasihati mereka supaya mencintai
kerbersihan alam sekitar bak kata pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya”.

Warga dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu mengambil


tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam
sekitar di Negara kita sekaligus mengenakan denda yang sebati
dengan kesalahan yang dilakukan sepertimana yang termaktub dalam
seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang menyatakan bahawa sesiapa
yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh didenda RM500 000
atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Hal ini
kerana segelintir individu masih lagi tidak bertanggungjawab dengan
melakukan perbuatan yang mencabul keindahan alam sedangkan kita
dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar begitu juga
Mahatma Gandhi,pemimpin india tersohor ada mengatakan bumi pada
hari ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi tidak kepada orang
yang tamak haloba, yang membawa maksud mereka yang
mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak
berhak keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup
terpanggil untuk mengajak saudara saudari memikirkan kepentingan
manusia melestarikan alam sekitar kita. Rasionalnya jika amalan ini
tidak dipratikkan maka sukarlah untuk kita merealisasikancabaran ke-
4 dengan wawasan 2020
Sidang dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-4 menekankan pihak media massa sebagai


salah satu medium efektif dalam melestarikan alam sekitar, hal ini
merujuk kepada peranan media massa yang mampu mempengaruhi
minda masyarakat, terutamanya remaja selaku generasi pelapis untuk
melesterikan alm sekitar tercinta. Pelbagai informasi tentang alam
sekitar dapat di perolehi melalui media ini, sama ada melalui
iklan,berita,wawancara mahupun rancangan berbentuk dokumentari.
Senario ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan alam sekitar, apakan kesan-kesan
kemusnahanya? serta yang paling utama bagaimanakah cara-cara
untuk kita menjaganya, enak lauk di kunyah-kunyah,enak kata
diulang-ulang,sekiranya iklan tentang kepenting melestarikan alam
sekitar ini sering diulangi,acapkali didengar,sudah pasti setiap
individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab yang harus
dipikul dalam mengekalkan keindahan alam sekitar. Tegasnya pihak
media massa perlu berganding bahu kerana mereka merupakan salah
satu pihak yang penting dalam memberi pendekatan kepada
masyarakat dengan lebih efektif.

Warga dewan sekalian,

Harus di kejut mana yang lena,


Harus ditegur mana yang alpa.
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan


anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintakan alam
sekitar.ingatlah “alam cemerlang,hidup gemilang”. Jadi anda
bayangkan andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan
perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor semut
merah.konklusinya manusia mengancam manusia yang terancam.
Persoalannya demi mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam
menjadi taruhan? Fikir-fikirkan agar masalah ini tidak akan berleluasa
sehingga mengakibatkan ledakan tsunami di jepun, gunung merapi
memuntahkan lavanya,dan taufan Katrina serta Wilma Amarika. Tepuk
dada tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah sendiri, “melestarikan alam
sekitar tanggungjawab kita bersama”

Você também pode gostar