Você está na página 1de 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOL AH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SRI LANANG

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

Tarikh : 21 Mac 2013

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Dewan Tun Sri Lanang

Kehadiran :

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1 Yang Dipertua PIBG mengungkapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
memberi jawatan YDP kepadanya sekali lagi walaupun beliau sudah berumur dan anaknya
sudah tidak bersekolah disitu lagi. Di samping itu, beliau meminta semua pihak yang
berkaitan memberi komitmen kepadanya.

1.2 Disiplin amat ditekankan oleh YDP kepada anak-anak. Ibu bapa harus mengawal
disiplin anak-anak dari segi kehadiran sekolah dengan memantau supaya tidak diberi
kebebasan. Hal ini demikian kerana jika disiplin anak-anak tidak dapat dikawal, maka
perkara ini boleh menganggu proses pembelajaran di sekolah

1.3 Ibu bapa haruslah tegas supaya tidak menurut segala kemahuan anak-anak mereka
untuk berfesyen ketika bersekolah agar tidak melanggar peraturan pihak sekolah.
Tambahan pula, ibu bapa harus menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak-anak
mereka.

Tindakan : Ibu bapa


2.0 Ucapan Penasihat PIBG

2.1 Mementingkan tabung kebajikan pelajar bagi membantu golonga pelajar yang ditimpa
kesusahan, bencana atau kehilangan ibu bapa. Tabung ini akan dijalankan setiap hari dan
tiada paksaan untuk bersedekah. Selain itu, tabung ini dipegang oleh pihak PIBG bukan
pihak sekolah supaya tidak timbul pelbagai permasalahan.

Tindakan : Semua

3.0 Perutusan Pengetua

3.1 Memastikan pihak bertanggungjawab menyediakan insuran bas untuk pelajar.

3.2 Ibu bapa perlu memastikan anak-anak yang bermotosikal lengkap keseluruhannya
seperti brek dan terutamanya lampu belakang berfungsi dengan baik.

3.3 Makluman kepada ibu bapa bahawa masa cuti akan datang iaitu 25, 26 dan 27 , sekolah
akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

3.4 Pengetua tidak membenarkan para pelajar balik apabila adanya kelas tambahan pada
hari persekolahan kerana akan timbul masalah motosikal dan kelas tambahan bermula pada
pukul 2.15 hingga 5.15 petang kecuali pada hari Rabu dan Jumaat.

Tindakan : Semua

4.0 Perkara-Perkara Berbangkit

Tiada perkara yang berbangkit.

5.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG

5.1 Mengumumkan pembubaran ahli jawatankuasa PIBG.


6.0 Pelantikan Jawatankuasa Baru

Pelantikan adalah seperti berikut :

Penasihat :

Yang Dipertua PIBG :

Naib Yang Dipertua :


Setiausaha : En. Aminuddin Bin Ahmad

Naib Setiausaha : En. Mazan Satar Bin Ismail

Bendahari : Tuan Hj. Fakrul Ariffin Bin Kamadi

AJK Guru : 1) Pn. Nor Zawani Bt. Abdul Halim

2) Cik Rohana

3) Pn. Nor Husna

AJK Ibu Bapa :

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

….………………. …………………..
Setiausaha PIBG Penasihat Persatuan
SMK Tun Sri Lanang Ibu bapa dan Guru
Tun Sri Lanang SMK Tun Sri Lanang

Você também pode gostar