Você está na página 1de 2

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU SEMANTIK

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU SEMANTIK BAHASA MELAYU

PERINGKAT 1 - SEMANTIK STRUKTURAL

Plato Aristotle C. Chr. Reisig

PERINGKAT 2 - SEMANTIK GENERATIF DAN INTERPRETIF

Michael Breal

PERINGKAT 3 - SEMANTIK SYARAT-BENAR

Ferdinand Norhashim
Bronislaw Leonard John Hashim Hj.
de Jost Trier ah
Malinowski Bloomfield Rupert Firth Musa
Saussure Jalaluddin
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali
sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai
makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi,
perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani
‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan
oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau
makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian
linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Menurut
Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti
atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna
dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan


untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa.
Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member fokus kepada aspek kajian
tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah
berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam
semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah
semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang
berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English
Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang
semantik.

Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi
memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya,
kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga
daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu

Você também pode gostar