Você está na página 1de 3

BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN ANAK

KEMBAR?
Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel
Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:

1. GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar,
kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini
kerana traitsedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang
dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika
diizinkan Allah.

2. UMUR
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar
untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil
rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk
menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi
peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN


Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan.
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi
mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara
mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan
usaha. Kena jaga diet!

6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN


Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat
doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan
kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses
ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus


peluang untuk hamil anak kembar.

7. KAHWIN DENGAN KETURUNAN KEMBAR


Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada
keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak pasangan kita ada
sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal
pasangan ada kembarnya!

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk


mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat
seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di
waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat.
Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan
bermasalah juga tinggi.

8. BANYAKKAN MAKAN UBI, KENTANG DAN SUSU.


Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah
sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.

Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh
dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman
muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk
mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak
bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk
mendapatkan anak.

9. BERDOA PADA ALLAH


Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak
kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk
mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

Você também pode gostar