Você está na página 1de 3

BAHAGIAN LATIHAN NEGERI KRS N9

BAHAGIAN LATIHAN NEGERI KRS N9

MODUL AKTIVITI KEROHANIAN / MORAL


KURSUS KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL/KOPRAL (TKRS)

1. PENGENALAN
Kerohanian dan moral adalah merupakan kurikulum teras dalam
kurikulum Kadet Remaja Sekolah (KRS). Setiap aktiviti yang dijalankan
mestilah dikaitkan atau dihubungkan dengan aspek kerohanian dan
moral. Penerapan yang dilakukan diharapkan dapat mencapai
kehendakFalsafah Pendidikan Negara

2. MATLAMAT
Melahirkan dan melatih pemimpin dikalangan pelajar yang
berketrampilan dari sudut lahiriah dan mantap dengan jati diri
dalaman.

3. OBJEKTIF
3.1 menyediakan satu garis panduan pelaksanaan modul
kerohanian bagi
kenaikan pangkat Sarjan
3.2 melahirkan pelajar yang sempurna dari sudut Jasmani, Emosi,
Rohani dan
Intelek
3.3 mempraktikkan kurikulum kohanian dan moral dalam kurikulum
KRS
3.4 memastikan pelajar mentaati ajaran agama dan nilai-nilai
murni dalam
kehidupan.

4. PELAKSANAAN
4.1 kaedah pelaksanaan
Dijalankan sepanjang masa kursus. Item kerohanian hanya
akan dilaksanakan oleh pelajar Islam, manakala item moral adalah
untuk pelajar bukan Islam.

4.2 Item kerohanian (pelajar Islam sahaja)


Menjawab secara lisan/bacaan/amali
a. Rukun Solat
b. Bacaan dalam solat
c. Wirid/Doa lepas solat (ringkas)
d. Mandi wajib
e. Rukun Iman/Islam
f. Sifat 20/Asmaulhusna
g. Bacaan ayat Lazim
h. Sifat wajib bagi rasul
i. Nama para sahabat / Nabi
BAHAGIAN LATIHAN NEGERI KRS N9

J. Doa harian

4.3 Item moral (pelajar bukan Islam)


Penerangan secara lisan tentang semua tajuk di bawah.
a. kebersihan
b. keluarga bahagia
c. alam sekitar
d. kepentingan menuntut ilmu
e. belia benci dadah
f. keselamatan jalan raya
g. adab dengan rakan
h. adab dengan guru/jurulatih
i. adab dengan ibu bapa
j. kekemasan diri

4.5. keperluan jurulatih


a. jumlah yang mencukupi: seorang bagi setiap lokasi aktiviti
atau
b. seorang jurulatih akan berada bersama satu kumpulan untuk
sepanjang
kursussebagai jurulatih pembimbing
c. jurulatih bagi aktiviti tersebut yang membuat penilaian bagi
setiap
kumpulan yang tiba dilokasi tersebut.

4.6 kaedah pemarkahan


a. markah akan diberikan kepada setiap pelajar yang terlibat
berpandukan
ujian lisan yang dijalankan mengikut keperluan kad
ujian/borang
pemarkahan yang telah ditetapkan.
b. Pengujian secara berasingan bagi pelajar Islam dan pelajar
bukan Islam.

5. PENUTUP
Adalah diharapkan melalui penilaian ini akan membimbing pelajar
membentuk
jati diri dalaman disamping pemantauan yang berterusan dari
jurulatih
supaya dapat melahirkan bakal Sarjan yang berketrampilan dan
berakhlak
mulia yang akan membantu mengarahkan hala tuju KRS diperingkat
negeri ke
landasan yang sebenar.

Você também pode gostar