Você está na página 1de 6

SANGGARI MOGARAJA JP/8891/13

Bahagian A: Soalan No.3

Tajuk : Laporan Perihal Kes Buli Siber Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Di Malaysia.

Nama Penulis : Guru Displin SMK Puchong Perdana, Selangor.

Disediakan Untuk : Menteri Pelajaran Malaysia

Tarikh : 1 November 2013

1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, salah satu perkara yang kian merunsingkan di kalangan pelajar
sekolah Malaysia adalah kes buli siber. Isu ini menimbulkan kebimbangan di kalangan
semua pihak kerana ia melibatkan data peribadi mangsa yang senang terdedah.
Abstraknya, kes buli siber merupakan bentuk ugutan dan ancaman yang dibuat
terhadap seseorang pengguna internet menggunakan system komunikasi seperti e-mel,
pesanan teks, blog, atau media sosial dengan niat untuk memberi tekanan emosi dari
segi mental dan fizikal. Isu ini perlu dibelenggu supaya perkara tidak diingini dapat
dielakkan.

2.0 Tujuan

Tujuan laporan ini dibentangkan ialah bagi mengadukan isu-isu buli siber dan
menghuraikan cara-cara bagi mengurangkan kes buli siber yang kian menular dalam
kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

900202145798 JUL401 BM IV
SANGGARI MOGARAJA JP/8891/13

3. Sinopsis

Kes buli siber yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah, adalah seperti
penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, blog atau laman web yang
dilakukan dengan niat menbuat gangguan dengan cara memalukan seseorang. Contoh
jenis pembulian yang dilakukan adalah seperti menabur fitnah, mencaci, serta
menyebarkan gambar yang menimbulkan rasa malu seperti ancaman seksual.
Akibatnya, pelajar yang menjadi mangsa keadaan buli siber boleh menghadapi
gangguan dari segi emosi sehingga membolehkan ia mengambil keputusan seperti
membunuh diri. Perkara ini seharusnya penting untuk ditangani secepat mungkin agar
tidak menimbulkan gangguan mental mangsa yang juga boleh mengakibatkan
kecemerlangan akademik mereka terjejas akibat tekanan yang dihadapi. Hal ini
demikian kerana pelajar sekolah adalah pemangkin masa hadapan negara dan ini
secara langsung akan memberi kesan kepada akhlak pelajar itu sendiri.

4. Isi Perbincangan

4.1.

Dipetik daripada Utusan, “Pelajar sasaran mangsa buli siber”, arkib: 27/08/2012

“Berdasarkan kajian “Tingkah Laku Siber Belia Global” yang dikeluarkan Microsoft
Corporation mendapati 33 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun di negara
ini terdedah kepada pelbagai aktiviti siber termasuk jenayah buli dalam talian.”

Dengan ini disertakan beberapa contoh kes buli siber yang berlaku dalam kalangan
pelajar sekolah di Malaysia .Antaranya adalah seperti yang tertera:

900202145798 JUL401 BM IV
SANGGARI MOGARAJA JP/8891/13

4.1.1.

Pada tahun 2004 seorang murid bernama Muhammad Farid Ibrahim mati akibat
dibelasah dan dipijak oleh lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana
Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Ini merupakan
bentuk buli yang melibatkan keganasan dan gangsterism. Pada tahun 2007 pula,
pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya,
Muhammad Ritzwan Roslan dipukul teruk hampr dua jam dengan kemaluannya
ditendang 20 pelajar senior yang termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) di Selangor, berusia 16 tahun akibat salah faham.

Manakala, pada tahun 2008, satu lagi kes berlaku dimana sekumpulan pelajar
tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah secara
beramai-ramai seorang pelajar baru yang dikenali Muhamad di luar pintu sekolah
disebabkan mangsa menjeling mereka.

Bukan itu sahaja, malah pada Februari 2009, seorang murid tingkatan tiga Sekolah
Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dibelasah dengan pelbagai alatan
termasuk cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dengan aksinya dirakam
untuk disiarkan menerusi laman Youtube. Ini menunjukkan keagresifan pembuli yang
sanggup bertindak merakam perbuatan mereka sendiri seolah olah tidak melakukan
sebarang kesalahan.

Kes seumpama itu juga berlaku pada tahun yang sama bulan Mac iaitu seorang pelajar
tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan yang
bernama Mohd Azwan Md Ribi, melecur teruk lengan kanan akibat tindakan pembuli
yang menyeterikanya kerana enggan membelikannya rokok. Ini pula satu lagi kes buli
yang telah berlaku di sekolah rendah pada Ogos 2009. Hanya kerana tidak puas hati
selepas memeras ugut rakan sekelas semata-mata untuk duit, seorang murid tahun
satu nekad bertindak agresif dengan mencederakan Muhammad Amir Amri dengan
sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

900202145798 JUL401 BM IV
SANGGARI MOGARAJA JP/8891/13

Meneliti contoh seperti yang disebut, haruslah kita fahami bahawa tingkah laku agresif
ini wajar dikawal dan dicantas sesungguhnya pada peringkat awal lagi.

4.1.2

Malahan, satu lagi bentuk buli iaitu melalui teknologi dan laman sosial adalah seperti
kes perkongsian gambar-gambar lucah yang lebih banyak berlaku di kalangan pelajar
perempuan di laman sosial ataupun e-mel yang semakin meningkat. Pembuli bertindak
mendedahkan maklumat peribadi menggunakan media internet. Dalam konteks ini, kes
seperti ini melibatkan kenalan rapat mahupun kekasih di mana mangsa mempunyai
kepercayaan terhadap pembuli sehingga terperangkap. Bukan itu sahaja, tetapi
penyebaran pesanan teks di kalangan pelajar sekolah yang berbaur fitnah, ugutan,
cercaan. malah yang paling teruk ialah pesanan teks berbentuk kematian.

4.2.

Jelaslah bahawa seharusnya langkah-langkah perlu diamabil bagi membendung isu ini
daripada berlarutan. Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

4.2.1.

Mangsa sekiranya mendapati ada pembuli, ia seharusnya menasihatkan pembuli


supaya menghentikan perbuatannya serta memberi tahu pada mana-mana guru
sekolah tentang perkara itu ini supaya dapat dikawal segera. Selain daripada itu,
mangsa juga boleh merekod atau mencetak sebarang bukti sama ada bentuk pesanan
teks, e-mel atau pesanan suara supaya pembuli dapat dikenalpasti.

900202145798 JUL401 BM IV
SANGGARI MOGARAJA JP/8891/13

4.2.2.

Mangsa sebolehnya membuat aduan rasmi kepada pihak yang berkaitan seperti
pembekal internet dan syarikat telefon bimbit jika pembuli menggunapakai telefon
bimbit sebagai alat untuk melakukan pembulian terhadap mangsa. Di samping itu,
sebarang bentuk buli yang dihadapi mangsa perlu dimaklumkan kepada ibu bapa
mangsa itu sendiri dan jika pembuli adalah kenalan, maka ibu bapa ia juga harus
diberitahu disertakan dengan bukti supaya gejala ini dapat dibendung.

4.2.3

Misalnya sebarang bentuk buli berasaskan ancaman keganasan atau seksual


merupakan sesuatu yang amat serius serta membimbangkan. Maka, pihak keluarga
dan mangsa perlulah mengambil tindakan sewajarnya dan senantiasa berwaspada
supaya dapat mengelakkan sebarang masalah yang lebih serius.

5. Penutup

Masalah buli siber yang semakin menjadi-jadi ini perlulah dibendung oleh warga
pendidik dan ibu bapa dengan berganding bahu supaya masalah disiplin di kalangan
pelajar dapat ditanggani pendidik perlu memberi perhatian kepada aktiviti pelajar dan
ibu bapa pula perlu memantau kegunaan alat komunikasi serta gadjet supaya anak-
anak tidak tersimpang daripada penggunaan kemudahan teknologi maklumat dengan
cara yang betul Justeru, semua pihak sama ada peringkat sekolah ataupun institusi
kekeluargaan wajar bekerjasama bagi mengatasi isu buli siber ini.

Sudah terang lagi bersuluh, amatlah penting bagi semua pihak bekerjasama dalam
memainkan peranan sebagai pengajar dalam memberikan informasi tentang cara
penggunaan talian siber yan betul supaya dapat membanteras isu masalah buli siber
ini.

900202145798 JUL401 BM IV
SANGGARI MOGARAJA JP/8891/13

BAHAGIAN B:

Penulisan merupakan satu bentuk media atau komunikasi yang menyediakan platfom
terbaik untuk menterjemahkan ideologi penulis kepada pembaca. Sesungguhnya,
seorang penulis perlulah mempunyai integriti supaya kebenaran dapat diberi kepada
masyarakat melalui penulisan tersebut.. Selaras dengan kemajuan teknologi era moden
ini, Internet telah menjadi media utama untuk sesebuah penulisan disampaikan kepada
pembaca. Justeru, amatlah penting supaya penulisan yang dibuat adalah berasaskan
fahaman yang bertauliah serta tidak hanya menjadi igauan emosi penulis serta tidak
menyentuh sensitive masyarakat berbilang kaum kerana seharusnya penulis
bertanggungjawab sepenuhnya atas penulisan yang dibuat.

900202145798 JUL401 BM IV

Você também pode gostar