Você está na página 1de 9

AMALAN 5S

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI

DASAR 5S

Amalan 5S menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja perkhidmatan dan


produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.

TUJUAN

Tujuan pelaksanaan Amalan 5S adalah untuk menghasilkan persekitaran kerja yang bersih,
kemas dan kondusif serta membudayakannya secara berterusan sehingga menjadi amalan
di IPKKM. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik
dan praktikal agar dapat mengurangkan pembaziran masa, ruang dan sebagainya, justeru
menjimatkan kos operasi.

LATAR BELAKANG

Imej Korporat yang dipamerkan dalam pelaksanaan Amalan 5S IPKKM ialah seperti berikut:

(a) Persekitaran semua peringkat ruang pejabat sentiasa berada pada tahap yang bersih,
kemas dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.
(b) Keseragaman pelabelan:

 tidak keterlaluan dan memudahkan kecapaian serta bermaklumat;

 warna pelabelan mengikut warna tema zon; dan

 bahan yang digunakan adalah bersesuaian.

(c) Terkeluar dari persepsi ‛persekitaran taska atau tadika’.

MAKSUD AMALAN 5S

5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun dan membawa maksud seperti yang
dinyatakan dalam jadual di bawah sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris:

BAHASA BAHASA BAHASA


MAKSUD CONTOH
JEPUN INGGERIS MELAYU
Seiri Sort Sisih Menyisih barang-barang Menyisih fail lama tidak
yang tidak diperlukan: aktif dengan fail baru yang
masih aktif
Mengasingkan dan
melupuskan barang-
barang yang tidak
diperlukan di tempat kerja
secara sistematik.

Seiton Set in order Susun Kekemasan: Menyusun dokumen


supaya mudah diambil
Menyusun barang-barang
yang diperlukan secara
kemas dan sistematik
supaya mudah diambil
dan dikembalikan di
tempat asal selepas
digunakan.

Seiso Shine Sapu Pembersihan: Menyapu ruang pejabat


serta peralatan kerja
Membersihkan dan individu
memeriksa tempat kerja
secara terperinci supaya
tiada debu atau kotoran di
atas lantai, peralatan dan
persekitaran tempat kerja.

Seiketsu Standardise Seragam Keseragaman: Menyeragamkan susunan


fail/ peralatan pejabat
Mewujudkan piawaian
amalan terbaik di tempat
kerja dan memastikan
piawaian tersebut dipatuhi
BAHASA BAHASA BAHASA
MAKSUD CONTOH
JEPUN INGGERIS MELAYU
di samping memastikan
tempat kerja itu bersih
dan teratur sepanjang
masa.

Shitsuke Sustain Sentiasa Disiplin: Mengamalkan selalu aktiviti


amal sisih, susun, sapu dan
Melatih pekerja untuk seragam
mengamal sistem Amalan
5S secara berterusan
supaya menjadi tabiat
dan budaya kerja
organisasi.

PRINSIP AMALAN 5S

1. SISIH

Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan:

(a) Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera.
(b) Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang, maka
dihapuskan/ dijual mengikut prosedur.
(c) Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk dilupuskan perlu ditentukan kaedah/ kos
yang paling rendah.
2. SUSUN

Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan
selamat. Aktiviti ini melibatkan:

(a) Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu, Keluar Dulu).
(b) Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item.
(c) Menyimpan item mengikut kategori .
(d) Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
(e) Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas meja,
selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat asal.

3. SAPU
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan
bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan:

(a) Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin.


(b) Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
(c) Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.

4. SERAGAM
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan
teratur sepanjang masa. Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman
prosedur, susun atur atau format.

5. SENTIASA AMAL
Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam
serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan Amalan 5S. Aktiviti ini
melibatkan:

(a) Audit dalaman dilakukan secara berkala.


(b) Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
(c) Mewujudkan sistem pengiktrafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan
oleh warga IPKKM.
(d) Mengadakan program kesedaran Amalan 5S secara berterusan melalui latihan.
PENSIJILAN AMALAN 5S DI KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya mendapat persijilan Amalan 5S pada 1
Jun 2012 daripada pihak MAMPU. Sijil ini sahlaku untuk 2 tahun iaitu daripada 1 Jun 2012
sehingga 1 Jun 2014.
JAWATANKUASA PELAKSANA AMALAN 5S DI BPK

PENGERUSI / KETUA ZON

Y.BHG. DATO’ NAZRI


SIRON

URUSETIA

CIK PANG SIEW CHIN

PN .PUVANA A/P NADARAJAH

JAWATANKUASA KECIL LATIHAN


JAWATANKUASA KECIL AUDIT JAWATANKUASA KECIL PROMOSI
PN. NOOR HAJAMAIMUN BT. EN. SHAMSUL AKMAL B. ABD AZIZ
PN. NOORJAZMIN BT. JANUDIN
NORAZLAN
CIK AMILIA AINE BT. AHMAD PN. AZIZAH BT. DERIS
PN. HJH. LAILY BT. MAT TAIB
Seorang wakil bagi setiap tingkat telah dilantik sebagai Ketua Aras untuk memantau aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan di tingkat berkenaan. Setiap aras juga telah diberi nama yang unik
seperti berikut:

ARAS KETUA ARAS


Tingkat Bawah (Sweet) En. Muhamad Ridhwan Bin Adnan
Tingkat 1 (Sparkling) Cik Sakina Binti Abd. Halim
Tingkat 2 (Striking) En. Marwadi Bin Mohamad
Tingkat 3 (Shining) Cik Nor Idayu Bt. Taliha

PERANCANGAN AKTIVITI AMALAN 5S BPK TAHUN 2013

Sebagai meneruskan amalan 5S di Bahagian Pembangunan Kompetensi, perancangan


aktiviti sepanjang tahun telah dibuat seperti dalam carta perbatuan berikut:
PERKARA/BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEP OKT NOV DIS
Kemaskini AJK
Pelaksana/JK Kerja (Ketua
Aras)
Sediakan Pelan Induk
Pelaksanaan Program
Mesyuarat Jawatankuasa
Pelaksana 5S
Gotong-Royong:
* Perdana

* Mingguan

Laksana Promosi: Buletin


(IKUT HQ IPKKM)
Taklimat kesedaran /
refresher kepada semua
anggota
Praktikal 5S di Semua Zon
(sentiasa amal)

Audit Dalaman 5S

Benchmark Best Pratices/


Pertandingan Antara Aras
Tindakan
Penambahbaikan

Pemantauan

Perancangan Pelaksanaan

Você também pode gostar