Você está na página 1de 1

THAMAIYANTHI A/P RATNAM

8PISMP SN

RUMUSAN ARTIKEL

ANJAKAN 4 : MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN

Dalam anjakan ke-4 , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2-2025,KPM


berhasrat untuk memartabatkan kerjaya guru dengan mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesion pilihan. Langkah awal bagi menjamin kualiti guru sekolah adalah dengan mengetatkan
syarat kemasukkan guru mulai tahun 2013. Bakal guru di Negara ini telah mendapat latihan
perguruan di beberapa buah universiti awam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) yang
menawarkan program perguruan. Mereka perlu melalui ujian kompetansi perguruan terlebih dahulu
iaitu Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selesction Inventori(MEDSI)
bagi kemasukkan ke Universiti Awam dan Ujian Kelayakan Calon Guru( UKCG) untuk mengikuti
program ijazah sarjana muda di IPGM. Calon yang lulus akan melalui temuduga untuk memasuki
program latihan perguruan.

Seterusnya, melalui program Pembangunan Profesionalisme Berterusan atau Continuous


Professional Development(CPD) mulai tahun 2013 , para guru diberi sokongan untuk mencapai
potensi diri sepenuhnya. KPM telah melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetansi dan
prestasi mulai 2016 bagi meningkatkan laluan kerjaya guru bagi memotivasikan para mereka untuk
terus komited dalam mendidik murid. Selain itu, Penilsisn Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan atau Unifield Instrument (UI) telah digunakan sebagai instrument penilaian prestasi bagi
tujuan kemajuan kerjaya. Pakej Kerjaya Guru juga dibentuk bagi menyediakan pelaksanaan laluan
kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung kepada minat guru.
Dalam anjakan ini, KPM membuka ruang untuk guru yang ingin memainkan peranan
kepimpinan,pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016. Oleh itu, guru boleh
memilih untuk menjadi pakar dalam bidang tertentu.

Selain itu, pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)
akan terus memberikan sokongan berfokus dari segi pelaksanaan kurikulam,penyusunan jadual,dan
pentaksiran berasaskan sekolah. Ini bertujuan membudayakan kecemarlangan berasaskan pimpinan
rakan sekerja dan proses penjisilan mulai 2025. Anjakan Ke-4 ini membolehkan guru pelatih
menerima latihan yang sebaik mungkin selain daripada peluang pembangunan kerjaya yang menarik
merentas beberapa laluan kerjaya melalui kemajuan berasaskan prestasi dan kompetansi. Justeru,
hasrat KPM bagi memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion pilihan merupakan satu
langkah wajar. Hal ini penting bagi melahirkan guru berkualiti bagi merangsang sistem pendidikan di
Negara ini.