Você está na página 1de 8

1.

0 KONSEP MORAL

Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa latin ‘moralis’ yang
membawa maksud sama seperti etika dan tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
serta peraturan masyarakat. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, moral
bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan
ditinggalkan serta bersifat praktikal (Hornby, A. S., & Deuter, M, 2015). Manakala
sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti mempengaruhi
pertimbangan seseorang. Seseorang dapat dianggap bermoral apabila memiliki
kesadaran untuk menerima serta melakukan peraturan yang berlaku dan bersikap
atau memiliki tingkah laku yang sesuai dengan nilai-nilai moral yang dijunjung tinggi di
lingkungannya. Nilai-nilai murni tersebut sepertibertanggujawab, merendah diri, belas
kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila,
tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-
mana masyarakat yang dimaksudkan. Nilai-nilai murni ini menjadi kawalan tingkah
laku yang berdasarkan standard-standard dihayati oleh seseorang individu. Moral
mengurangkan terhadap suatu keinginan atau menjadi penahanan daripada
melakukan suatu tingkah laku yang dianggap salah. Tiga perkara yang terdapat dalam
kesedaran moral ialah kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud
berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima
oleh masyarakat dan muncul dalam bentuk kebebasan.Rumusannya, moral
merupakan sifat peribadi mulia dan juga peraturan komuniti. Peraturan komuniti ialah
peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional oleh masyarakat, iaitu
sebab sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Nilai mulia pula ialah
ciri-ciri kemanusia yang ada manusia dan penting untuk perkembangan dan
kehidupan yang baik. Setiap orang harus berusaha menjadi insan moral yang
seimbang dari segi keperibadian mulia serta mematuhi peraturan moral (Vishalache,
B, 2009).

2.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi aliran pemikiran moral

Antara faktor yang mempengaruhi aliran pemikiran moral seseorang individu


ialah didikan ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa sememangnya merupakan penentuan
aliran pemikiran moral seseorang individu. Sebab keluarga sebagai sebuah unit sosial
yang sangat berpengaruh dalam perkembangan hayat individu (Kamarul, A. J., & Siti,
F. M, 2007). Peribahasa menyatakan, “Getah daun akan mengalir ke batang jua,”
menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah
laku dan sikap. Kalau dalam aspek sebegini anak-anak mahu mencontohi ibu bapa
mereka maka, pastinya mereka cuba mencontohi aspek lain-lain juga. Ibu bapa
sepatutnya menjadi role model untuk dicontohi anak-anak mereka terutama daripada
pelbagai segi. Oleh itu, ibu bapa harus memupuk anak-anak dengan segala bentuk
amalan yang positif seperti amalan berjimat cermat, bertanggungjawab, amalan cara
hidup sihat dan budaya saling hormat-menghormati. Jenis aliran pemikiran moral ibu
bapa turut menentukan aliran pemikiran moral anak mereka. Sekiranya bapa ialah
seorang yang rasionalis dan anak yang mesra atau rapat dengan bapanya, maka akan
terima pengaruh daripada bapanya. Anak tersebut mungkin mempelajari perlakuan
ayahnya seperti membuat keputusan dan tindakan berdasarkan bukti sahih. Lama-
kelamaan, anak tersebut juga menjadi seorang yang rasionalis.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah penentu bagi aliran pemikiran
moral seseorang individu. Rakan sebaya ini dikenali sebagai sahabat daripada
lingkungan umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Boleh dikatakan
ia seorang sahabat yang selalu bersama ketika melakukan aktiviti-aktiviti sosial
(Alsagoff, A, 1987). Seorang individu dan rakan sebayanya akan berkongsi nilai dan
perlakuan yang sama serta struktur sosial seperti antara pemimpin dengan pengikut.
Pendapat dan pengaruh rakan sebaya lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa bagi
mereka. Kadang-kala mereka lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka
dengan rakan sebaya mereka. Terutama bagi remaja, rakan sebaya merupakan
sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Malahan mereka lebih
mempercayai dan menghormati rakan sebaya mereka berbanding dengan ibu bapa
mereka sendiri. Jadi segala perlakuan dan pemikiran mereka terbentuk hasil daripada
pergaulan mereka. Aliran pemikiran moral mereka disesuaikan dengan tingkat laku
rakan sebaya yang diserapkan dalam personaliti diri. Mungkin juga berlakunya hasil
daripada pergaulan dan peniruan daripada rakan sebaya negatif terbentuk satu jenis
pemikiran tidak rasional.

Di samping itu, tahap pendidikan turut menjadi salah satu faktor yang penting
dalam mempengaruhi aliran pemikiran moral seseorang individu. Aliran pemikiran
seseorang individu berkait rapat dengan tahap pendidikan secara langsung mahupun
tidak langsung. Namun tahap pendidikan tidak boleh menentukan adakah seseorang
itu bermoral atau tidak, hanya mungkin menganggu aliran pemikiran moral. Faktor
termasuk tahap pendidikan individu tersebut, ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat.
Orang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi berkemungkinan jenis aliran
pemikiran moral rasionalis sebab mempunyai pengetahuan yang tinggi, lalu boleh
berfikir secara rasional. Ataupun subjek moral mengajar kita reda menerima segala
perkara, ini membentuk sifat naturalisme.
Seterusnya, pengalaman seseorang individu menganggu aliran pemikiran
moralnya. Pengalaman dalam kehidupan boleh membawa perubahan kepada aliran
pemikiran moral seseorang. Apa yang dia pelajari dan alami menentukan aliran
pemikiran moral, selagi boleh menukarkan satu aliran pemikiran moral kepada satu
jenis lain. Pengalaman ini termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran yang dipelajari dan
kisah yang berlaku. Misalnya, seorang murid yang mempunyai aliran pemikiran moral
jenis emotivis bertukar kepada aliran pemikiran moral jenis rasionalis selepas dia
belajar untuk mengawal perasaan dan emosi diri. Aliran pemikiran moral seseorang
individu mungkin berlaku perubahan mengikut peredaran masa.

3.0 Aliran pemikiran moral dan contoh

Terdapat empat aliran pemikiran moral iaitu pemikiran moral naturalis, emotivis,
intuitionis, dan rasionalis. Keempat-empat pemikiran moral ini berbeza.

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam


keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan
yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. manusia perlu diketahui
sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju
bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semula jadi berbanding dengan
haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai
keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal.
Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-
kehendak mereka. Emotivis pula merupakan aliran pemikiran yang merujuk kepada
sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan
melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.
Emotivis menolak pernyataan fakta tentang pertimbangan moral seperti yang
dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. Kritikan
terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap
situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya
dan tidak dikaji terlebih dahulu. Bagi pemikiran intuisionisme pula, ia merupakan
sejenis pemikiran yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza
daripada yang diperoleh secara individu Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan
ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Aliran pemikiran ini
merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan dan ada kaitannya
dengan bisikan hati. Gerak hati orang aliran pemikiran intuisionis berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia waktu menilai
sesuatu pada kali pertama. Rasionalisme pula menyatakan bahawa akal adalah
sumber utama pengetahuan. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang
tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik memerlukan asas pemikiran
rasional yang waras dan logik. Oleh itu, penaakulan atau pemikiran sebagai faktor
utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Namun pengetahuan itu perlu diperoleh
daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria
fizikal sahaja.

Dari aspek ciri-ciri, seseorang yang berfikiran naturalis sentiasa mempunyai


kecenderungan menerima apa sahaja keadaan yang sebenar tanpa berfikir panjang.
Kehidupan mereka dalam keadaan tertekan kerana tiada soal jawab terhadap perkara
yang berlaku di sekeliling mereka. Sebab juga mereka menerima sahaja takdir yang
telah ditentukan ke atas mereka. Sifat-sifat yang terdapat pada seseorang berfikiran
naturalis ialah rendah diri, terlalu bergantung kepada orang lain,tiada motivasi dalam
hidup dan sebagainya. Orang yang seperti ini sukar diterima oleh masyarakat kerana
golongan masyarakat menganggap mereka tidak berguna, tidak berusaha serta tiada
impian sendiri. Mereka ini juga merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah
atas arahan yang diberi. Mereka membiarkan halangan merentangi matlamat hidup
yang ingin dicapai sebab sering berpuas hati dengan apa yang sudah ada sahaja.
Sebagai contoh, Alex terima sahaja keputusan PMR dia yang hanya dapat 1A 1B 6C,
dia menganggap dianya memang begitu bodah dan tidak lagi berusaha untuk PMR
yang akan datang. Kita akan kurang mendengar pendapat daripada golongan yang
berfikiran naturalis. Keadaan ini menyusahkan kehidupan mereka sendiri.

Bagi golongan emotivisme pula, mereka memperkenalkan satu dimensi yang


penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.
Dengan erti kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran
moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya
merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral. Pertimbangan moral adalah subjektif,
dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan moral. Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi
emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Perasaan dilahirkan melalui kata-
kata atau perubahan tingkah laku. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang emotivisme yang
paling jelas ialah mereka ini mudah tersentuh perasaan dan bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Ekspresi mereka ini ditunjukkan melalui perlakuan mereka iaitu
dari air muka atau kata-katanya. Mereka juga cepat iri hati dan cemburu. Bukan itu
sahaja, masalah timbul sebab mereka membuat keputusan terburu-buru tanpa
pertimbangan. Contohnya seorang membunuh diri kerana kecewa dalam percintaan.
Dia rasa tiada lagi perkara yang lagi penting daripada cintanya di dunia ini. Ada yang
juga bersikap agresif, yang boleh menyebabkan pergaduhan besar berlaku.

Sementara itu, bagi pemikiran intuisionisme pula, ia adalah memperoleh


pengetahuan melalui proses kefahaman dan pengertian langsung. Proses melihat
atau memahami sesuatu secara intelek. Individu intuisionisme melakukan sesuatu
berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti
dan kesannya. Ini dikatakan bertindak mengikut perasaan dan hati berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi. Pemikir intuisionisme mempunyai
sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan selalu merasakan diri mereka betul. Ia
dikaitkan dengan pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan idea yang
meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara. Oleh
itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan dan bertindak mengikut bisikan naluri
di mana ada kalanya tidak tepat. Sebagai contoh, masyarakat yang berfikiran bahawa
hanya orang yang berpendidikan tinggi dapat mencari kerja yang jawatannya tinggi.

Bagi individu rasionalisme pula, manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan
masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Mereka
sentiasa mencari bukti dan juga kebenaran dalam sesuatu perkara. Tindakan individu
selalu wajar, waras dan rasional. Yang penting adalah membuat keputusan dan
tindakan berdasarkan bukti sahih. Golongan rasionalis mempunyai pandangan
bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita
berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Pengetahuan diperoleh dengan
cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Mereka juga berpendapat bahawa
pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-
pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera
kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan
bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu
perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna
sebelum ia menjadi pengetahuan. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat
diberikan oleh pacaindera semata-mata. Rasionalisme juga tidak mengingkari
kegunaan deria dalam memperolehi pengetahuan. Pengalaman pancaindera adalah
diperlukan untuk merangsang dan memberikan informasi yang membolehkan akal
bekerja. Akal menetapkan dan menjadikannya pengetahuan yang benar. Namun, akal
juga boleh menghasilkan pengetahuan tanpa berdasarkan deria sama sekali, iaitu
pengetahuan tentang objek yang betul-betul abstrak.
4.0 Peranan membentuk imej ciri-ciri pembentukan guru bermoral

Peranan untuk membentuk imej ciri-ciri pembentukan guru bermoral. Dalam


hal ini, guru perlu memperlihatkan segala perlakuan, penampilan imej kendiri dan sifat
peribadi yang mulia agar menjadi contoh kepada murid-muridnya. Guru tidak hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi membentuk insan yang berguna kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan
menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru
berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam
proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan
pendidikan dengan berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam
menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Guru harus sentiasa berpegang teguh dan
memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta menjadi
teladan kepada murid-muridnya. Guru kena juga sentiasa faham dengan tugas guru
yang mulia.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk


mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual,
rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru bertanggunjawab mengajarkan adab dan budi
pekerti. Dalam hal ini, guru haruslahmemastikan yang adab dan budi pekertinya
adalah di tahap yang cemerlang.Ini adalah kerana guru merupakan model kepada
murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru bukan sahaja perlu mengajar nilai-
nilai murni tetapi sendiri mesti juga mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai
murni yang perlu ada pada seorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah
menyerah kalah.Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif
dan inovatif. Baru guru dapat memandang ke hadapan dan tidakmenyerah kalah.

Guru perlu mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri dengan
mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.
Kesemua urusan dalam kehidupan seharian kita melibatkan orang lain seperti rakan
sekerja, majikan dan sebagainya. Oleh yang demikian pertimbangan yang dilakukan
perlu lebih berperikemanusiaan. Prinsip ini amat menekankan nilai-nilai semangat
bermasyarakat, hemah tinggi, hormat-menghormati, belas kasihan, bertimbang rasa,
ikhlas, saling faham-memahami dan sedia memberi kemaafan.Individu yang
berpegang kepada prinsip ini menunjukkan perasaan simpati terhadap kesusahan dan
kesedihan orang lain. Bila memberi bantuan, kami perlu ikhlas tidak mengharapkan
balasan. Kalau terjumpa murid yang miskin yang tidak mampu membeli buku latihan,
kami boleh memberikan buku latihan secara percuma kepada murid tersebut. Jika
berlaku perselisihan faham dengan rakan sekerja, kita menyelesaikan dengan rasa
tanggungjawab dan saling faham-memahami tentang perasaan dan pendapat orang
lain. Jika berlaku pertelingkahan, masing-masing sedia memaafkan individu dan insaf
terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

Sebagai seorang guru, kami hendak memahami dan mengamalkan konsep


keadilan. Keadilan adalah pemikiran adil iaitu satu pemikiran yang yang tidak berat
sebelah, sesuai dan berpatutan iaitu prinsip keadilan umum. Keadilan sosial dalam
masyarakat mesti dipraktikkan supaya semua ahli masyarakat tersebut memberi
sumbangan kepada kebajikan umum, di dalam agihan kebaikan, kesukaran, bebanan
dan menunaikanpersetujuan antara manusia. Contohnya, jadual waktu mengajar
dibahagi dengan sesuai tanpa membebankan kepada satu pihak. Semua guru
melaksanakan tugasannya untuk mengajar dalam kelas dan tanggunjawab atas
jawatan yang disandar seperti ketua panita, warden asrama, guru kelas dan
sebagainya. Pembentukan aliran pemikiran berkaitan rapat dengan kami, kami hendak
melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Rujukan

Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom. (2007). Pendidikan dan
Pembangunan Keluarga Cemerlang. Successful Family Education and Development.
Skudai, Johor, Malaysia: Penerbit UTM Press.

Abdul, R. M. (1999). Pendidikan moral: Teori etika dan amalan moral. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Alsagoff, A. (1987). Psikologi pendidikan 1: Konsep-konsep asas psikologi, dan


psikologi pendidikan, psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Heinemann.

Hornby, A. S., & Deuter, M. (2015). Oxford advanced learner's dictionary of current
English. Oxford [u.a.: Oxford Univ. Press [u.a.

Kamarul, A. J., & Siti, F. M. (2007). Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Koo, K. P., & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan moral. Kuala Lumpur.

Mukherjee, H. (1992). Strategi pengajaran pendidikan moral KBSM. Petaling Jaya:


Penerbit Fajar Bakti.

Vishalache, B. (2009). Pendidikan moral: Untuk universiti dan kolej. Shah Alam,
Selangor: Arah Pendidikan.

Você também pode gostar