Você está na página 1de 9

SK SRI PULAI PERDANA

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH ( PKSR 1 )


MEI 2016

SAINS ( KERTAS 1 )
TAHUN 4
MASA : 1 JAM

NAMA : ……………………………………………………. KELAS : ………….

Arahan: Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Hitamkan jawapan anda
pada kertas OMR yang di sediakan.

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan sebahagian daripada kemahiran proses
sains?

A Membuat inferens
B Mentafsir data
C Mengelas
D Merekod keputusan penyiasatan yang difikir munasabah sahaja.

2. Maklumat berikut menunjukkan suatu pemerhatian penyiasatan yang di jalankan oleh


Zaara.

Warna daun bertukar menjadi kuning

Nyatakan deria yang digunakan semasa membuat pemerhatian itu.

A Bau
B Sentuhan
C Penglihatan
D Pendengaran

3. Jadual 1 menunjukkan suhu sebuah bandar dalam empat hari.

Hari 1 2 3 4
Suhu (oC) 27 28 27 26

Apakah corak perubahan suhu dalam empat hari yang dikaji?

A Semakin menurun
B Semakin meningkat
C Meningkat dan kemudian menurun
D Menurun dan kemudian meningkat
4. Rajah di bawah menunjukkan satu Kemahiran Manipulatif Sains.

Apakah kemahiran manipulatif yang ditunjukkan di atas.

A Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan Sains dengan betul.


B Melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat.
C Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
D Membersihkan peralatan Sains dengan betul.

5. Cikgu Emir meminta murid-murid Tahun 4 menyukat 50ml air di bilik sains. Antara
berikut, radas manakah yang paling sesuai digunakan?

6. Rajah di bawah menunjukkan situasi-situasi yang berlaku dalam bilik sains.

Mikail Siddiq Aiman Akmal

Murid manakah yang mematuhi peraturan bilik sains?

A Mikail dan Siddiq


B Aiman dan Akmal
C Mikail dan Aiman
D Siddiq dan Akmal

7. Mengapakah kamu perlu mematuhi peraturan bilik sains?

A Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.


B Mengelakkan pakaian menjadi kotor.
C Bilik sains sentiasa bersih dan kemas.
D Tidak dimarahi guru.
8. Antara urutan berikut, yang manakah betul bagi laluan udara semasa menarik nafas?

A Peparu Trakea Hidung


B Hidung Trakea Peparu
C Trakea Hidung Peparu
D Peparu Trakea Mulut

9. Antara aktiviti berikut, aktiviti manakah yang mempunyai kadar pernafasan yang paling
tinggi?
A C

B D

10. Garam yang berlebihan dalam badan manusia disingkirkan melalui proses ........

A. pernafasan
B. pembiakan
C. perkumuhan
D. pertumbuhan

11. Apakah maksud kadar pernafasan?

A. Bilangan pergerakan dada dalam tempoh tertentu. masa.


B. Jumlah udara yang disedut dalam satu unit
C. Bilangan pergerakan dada semasa berehat.
D. Jumlah udara hembus.

12. Rajah di bawah menunjukkan satu organ perkumuhan.

Apakah hasil organ permukaan di atas?

A. Karbon dioksida
B. Air kencing
C. Wap air
D. Tinja
13. Apakah bahan yang dinyahtinjakan daripada badan manusia?

A. Karbon dioksida
B. Air kencing
C. Peluh
D. Najis

14. Apakah yang berlaku semasa proses menarik dan menghembus udara?

Menarik nafas Menghembus nafas


A Dada mengembang dan Dada mengembang dan bergerak
bergerak ke atas. ke atas.
B Dada mengecil dan bergerak Dada mengembang dan bergerak
ke bawah. ke atas.
C Dada mengembang dan Dada mengecil dan bergerak ke
bergerak ke atas. bawah.
D Dada mengecil dan bergerak Dada mengecil dan bergerak ke
ke bawah. bawah.

15. Amirul sakit perut selepas makan. Apakah yang perlu dia lakukan untuk menjaga
kesihatan?

A. Bermain badminton
B. Berlari
C. Menyahtinja
D. Tidur

16. Apakah akan berlaku jika manusia tidak berkumuh?

A. Bahan buangan akan meningkatkan berat badan kita.


B. Bahan buangan akan membahayakan kesihatan kita.
C. Bahan buangan akan membuat badan kita sihat.
D. Bahan buangan akan membuang masa kita.

17. Iman dan Imran menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jenis
bahan dengan keupayaan bahan untuk menyerap air. Antara pemboleh ubah berikut,
yang manakah merupakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

A. Jenis bahan
B. Saiz bahan
C. Isi padu awal air
D. Isipadu air yang tinggal
18. Rajah di bawah menunjukkan reaksi Afifi apabila ternampak seekor ular.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada reaksi itu?

A Manusia menggunakan tangan mereka untuk melindungi diri daripada bahaya.


B Manusia menjerit apabila berada dalam keadaan bahaya.
C Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
D Manusia takut kepada ular.

19. Rajah di bawah menunjukkan gerak balas Firdaus apabila dia lalu di kawasan
pembuangan sampah.

Apakah deria yang bergerak balas terhadap rangsangan di atas?


A Pendengaran
B Penglihatan
C Sentuh
D Bau

Sekumpulan pelajar di sekolah berlari keluar dari


bangunan apabila terdengar siren kebakaran.

20. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang boleh di buat tentang
kepentingan gerak balas.

A. Untuk melindungi diri mereka daripada bahaya.


B. Untuk mengetahui di mana kejadian itu berlaku.
C. Untuk berkumpul di kawasan lapang.
D. Untuk mengetahui punca kebakaran.

21. Rajah di atas menunjukkan gambar peralatan sains. Apakah nama peralatan ini ?
A. Tabung uji
B. Kelalang kon
C. Bikar
D. Silinder Penyukat
22. Apakah perkara yang tidak seharusnya dilakukan di dalam bilik Sains ?

A. Makan dan minum di meja uji kaji.


B. Memulakan ujikaji dengan kebenaran guru.
C. Mencuci peralatan sains selepas digunakan.
D. Menyimpan tabung uji di rak yang disediakan.

23. Antara yang berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri semasa
menjalankan ujikaji ?

A. Topi keledar
B. Sarung tangan
C. Kasut bertutup
D. Cermin mata keselamatan

24. Danish sedang menghembus nafas. Antara berikut yang manakah yang betul
mengenai proses menghembus nafas.

A. Dada bergerak ke atas


B. Udara disedut masuk ke dalam badan
C. Sangkar rusuk bergerak ke atas
D. Dada mengecut

25. Graf berikut menunjukkan bilangan haiwan X bagi tahun 2000 hingga tahun 2002.

Bilangan Haiwan X

Tahun
2000 2001 2002

Graf menunjukkan bahawa haiwan X...


A. pupus.
B. bernafas.
C. terancam.
D. membiak.
26. Di antara aktiviti berikut yang manakah tabiat yang mengganggu proses hidup ?

A. Bersenam
B. Memasak
C. Membaca
D. Merokok

27. Jadual berikut menunjukkan kadar pernafasan Aimann dan tiga orang rakannya
sebelum dan selepas bersenam.

Nama Kadar pernafasan dalam masa satu minit


Sebelum bersenam Selepas bersenam
Haris 22 43
Hazim 19 40
Syahmi 22 45
Aimann 24 48

Manakah antara pernyataan berikut yang betul mewakili kadar pernafasan Aimann
dan rakan-rakannya.
A. Kadar pernafasan Haris adalah yang paling tinggi.
B. Kadar pernafasan Hazim sama dengan Aimann.
C. Kadar pernafasan Aimann adalah paling rendah.
D. Kadar pernafasan Aimann adalah yang paling tinggi.

28. Apakah fungsi peparu…

A. Melakukan pertukaran oksigen dan karbon dioksida.


B. Melindungi ginjal dari cedera.
C. Menyerap zat makanan.
D. Mengalirkan darah.

29. Perkumuhan dimaksudkan sebagai penyingkiran bahan..

A. air kencing dari badan.


B. yang tidak dapat dicernakan.
C. wap air dari badan.
D. yang tidak diperlukan oleh badan.

30. Apabila Wafi menyentuh gelas yang berisi air panas, dia dengan cepat menarik
tangannya dari gelas tersebut secara automatik. Mengapakah Wafi berbuat demikian?

A. Untuk melindungi dirinya dari tekanan.


B. Untuk melindungi dirinya daripada tercedera.
C. Untuk melindungi dirinya dari kejutan.
D. Untuk melindungi dirinya dari jatuh.
31. Jadual menunjukkan ketinggian anak benih keembung mengikut hari

Bilangan hari Ketinggian (cm)


2 4
4 8
6 12
8 16

Ramalkan ketinggian anak benih keembung pada hari ke- 10.


A. 17 cm C. 22 cm
B. 20 cm D. 24 cm

32. Apakah alat yang digunakan untuk menyukat masa dalam bilik sains?

A. Picagari
B. Termometer
C. Jam randik
D. Silinder penyukat

33. Zikri meninggalkan seekor burung di dalam sangkar dengan makanan sahaja.
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada burung itu selepas 10 hari.
A. Burung itu kekal hidup.
B. Burung itu akan mati.
C. Burung akan menjadi semakin gemuk.
D. Burung akan menjadi semakin ganas.

34. Baca petikan di bawah

Nisa dan Alya meletakkan seekor anak tikus di dalam sebuah sangkar. Keesokan
harinya didapati anak tikus itu telah mati. Dia menganggap bahawa anak tikus mati
kerana tidak mendapat air.

Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam petikan di atas?


I Meramal
II Memerhati
III Membuat inferens
IV Mengukur dan menggunakan nombor

A. I dan II C. II dan IV
B. II dan III D. III dan I

35. Antara yang berikut, padanan yang manakah betul?


Pemerhatian Deria yang digunakan
A Nasi menjadi basi selepas 2 hari Pendengaran
B Objek terasa panas apabila dipegang Sentuhan
C Mentol bernyala dalam litar yang lengkap Bau
D Radio berbunyi apabila dihidupkan Penglihatan
36. Rajah di bawah menunjukkan tumbuhan yang telah layu.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan inferens tentang keadaan tumbuhan
itu?
A. Tumbuhan itu memerlukan air untuk hidup.
B. Tumbuhan itu akan mati selepas dua hari.
C. Tumbuhan itu layu kerana tidak mendapat air.
D. Tumbuhan itu adalah tumbuhan yang tidak berbunga.

37. Apakah keperluan untuk proses fotosintesis ?


i. Cahaya matahari iii. Klorofil
ii. Air iv. Tanah

A. i dan ii C. ii dan iii


B. i , ii dan iv D. i, ii dan iii

38. Hasil daripada proses fotosintesis ialah.....

A. kanji dan klorofil C. klorofil dan oksigen


B. oksigen dan kanji D. oksigen dan karbon dioksida

39. Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap ...............................

A. cahaya matahari C. graviti


B. air D. sentuhan

40. Akar tumbuhan bergerak balas terhadap ...............................

A. cahaya matahari dan sentuhan C. graviti dan sentuhan


B. air dan graviti D. sentuhan dan air

Disediakan oleh, Disemak oleh,


........................................... ................................................
(Ahmad Fakharudin B Mat Zin) (Saadah Bt Masrani)
Guru Sains Ketua Panitia Sains
Disahkan oleh,
.................................................
(Asmah Bt Kasim)
Penolong Kanan Kurikulum

Você também pode gostar